Archive for the 'file panas' Category


Ada pelbagai cara dan teknik untuk buat duit dengan blog. Apa yang perlu korang tahu adalah belajar, fahami dan pratikkan apa yang korang belajar. Maksudnya, korang ambil tindakan dan lihat hasilnya. Jika kurang berjaya atau hasilnya tak memberangsang, sila buat post-moterm dan kaji semula mengapa korang kurang berjay buat duit dengan blog korang. Mungkin ada beberapa masalah yang korang tak faham dan mungkin juga korang tak tahu bagaimana cara yang sepatutnya untuk buat duit dengan blog tersebut.

Di sini, aku kongsikan beberapa program yang mungkin korang boleh cuba terutamanya bagi rakyat Malaysia yang ingin cuba buat duit dengan blog masing-masing.Program yang aku beritahu ini mungkin mudah, dan mugkin juga sukar. Tapi ini antara program yang asasnya patut disertai oleh blogger-blogger Malaysia.

1. Nuffnang
Program ini membayar korang berdasarkan klik. Majoritinya ramai blogger berjaya buat duit dari Nuffnang. Ada yang banyak kali sudah dapat cek dari Nuffnang. Ada juga yang akaunnya tak sampai pun 20 ringgit. Itu normal sebab memang ramai blogger yang kurang berjaya dengan Nuffnang. Tapi aku tahu, itu kerana korang belum tahu cara atau teknik untuk buat duit dengan program ini. Fokus utama adalah trafik. Tanpa trafik korang agak sukar untuk buat duit dengan program ini. Bila trafik ke blog korang banyak, korang akan mudah dapat klik dari para pelawat. Letakkan juga iklan atau ads Nuffnang ditempat yang mudah dilihat dan pastikan juga loading ke blog korang tidak lembab. Jika lembab, ini akan mempengaruhi banyak perkara termasuklah untuk mendapat klik. Nilai minimum untuk Nuffnang adalah RM50 sahaja. Selepas itu, korang boleh cashout earning korang tu. Setakat ini, sudah 8 kali aku terima cek dari Nuffnang. Jika aku dan ramai blogger boleh buat duit dengan Nuffnang, Insya-Allah, korang pun boleh juga.

2. Google Adsense, Bidvertiser dan Adbrite
.
Ramai blogger Malaysia berjaya buat duit dengan 3 program ini. Pendek cerita ianya agak serupa dengan Nuffnang. Korang akan dapat duit jika ramai yang klik iklan diblog korang. Majoriti ramai yang sudah tahu tentang Adsense dan ramai orang kita yang berjaya dapat cek dari Adsense setiap bulan. Ini antara program yang cukup popular di mata blogger-blogger Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program Google Adsense. Tentang Bidvertiser dan Adbrite, kedua-dua program ini juga agak terkenal. Cuma kurang pendedahan dan tidak ramai yang berjaya buat duit dengan Bidvertiser. Setakat ini, sudah 2 kali aku dapat bayaran dari Bidvertiser. Adbrite? Masih belum cukup untuk dapatkan cek dari Adbrite. Tapi program-program ini sesuai untuk korang sertai jika korang mempunyai blog.

3. Sponsoredreviews, Buyblogreview, Payperpost, Blogsvertise, Linkpost dan sebagainya.
Program-program macam ini sesuai jika korang suka buat ulasan atau review post di blog masing-masing. Ramai yang berjaya buat duit setiap bulan dari program-program begini. Cuma masalahnya artikel yang korang buat itu mesti dalam bahasa Inggeris. Ini yang menjadi kelemahan bagi kebanyakkan blogger-blogger. Untuk cara ini, mahu tak mahu, korang kena tahu bahasa inngeris walaupun ianya adalah sangat basic bagi korang. Aku juga sangat lemah dalam bahasa ini, tapi aku berjaya buat duit dari program-program tersebut. Jika ramai yang boleh buat, korang pun boleh buat. Program-program ini bayar korang dengan dollar. Bukan dengan ringgit, jadi pulangannya pasti sangat menghiburkan hati korang pada setiap bulan.

4. Mangga Ad, Innity, Paid-Per-Promote, Clicksor, AdOnion, Burst Traffic dan sebagainya.
Program-program macam ini lebih kepada trafik. Jika korang ada trafik yang tinggi, sertai program-program begini. Program sebegini bayar blogger melalui nilai impression atau hits. Jika banyak blog korang menerima trafik yang tinggi setiap hari, korang boleh sertai program ini. Mereka bayar berdasarkan trafik. Lagi banyak trafik, lagi banyak income yang korang boleh perolehi. Masalahnya, tidak banyak blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Jadi, korang kena belajar cara nak dapat trafik untuk tarik pelawat ke blog korang. Ingat, mempunyai trafik yang tinggi akan membantu korang terima banyak pendapatan dari blog masing-masing.

5. TNX, Text Link Ads, LinkXL, Backlinks, Linkadage, Teliad, Intellilinks dan sebagainya.
Program-program ini bayar korang melalui jualan link. Jika korang ada blog dan mempunyai pagerank yang tinggi, korang boleh jual text link atau inlinks melalui blog masing-masing. Ada link yang dijual sangat tinggi ada link yang dijual dengan harga rendah. Jadi, pilih yang mana sesuai dan sertai program-program sebegini. Program ini memerlukan korang mempunyai blog yang sentiasa update, mempunyai pagerank dan alexa yang tinggi dan content yang segar. Jadi, hasilkan blog sebegitu dan sertai program tersebut. Aku sudah dapat beratus bayaran dari program-program sebegini. Hasilnya sangat memberangskan dan korang boleh cuba dan buat duit dari blog melalui program-program ini.

6. Triond, Bukisa, Squidoo dan sebagainya.
Program-program macam ini bayar korang jika korang rajin tulis artikel dan review. Buat artikel dan publishkan di akaun Triond, Bukisa dan Squidoo korang. Makin banyak trafik ke artikel-artikel korang tu, lagi banyak income yang korang dapat. Setakat ini, sudah banyak kali aku terima komisen dari Triond, Bukisa dan Squidoo. Yang perlu korang lakukan cuma buat artikel dan buat trafik ke artikel tersebut.

7. Amazon, Shareasale, Comission Junction, Clickbank dan program CPA
.
Ada pelbagai program lagi yang sama waktu dengan program-program ini. Apa yang perlu korang lakukan, daftar dengan program tersebut. Pilih program atau produk yang ingin korang promosikan dan lakukan siri-siri promosi untuk buat duit dari program tersebut. Korang boleh gunakan banyak platform untuk promosikannya tak kiralah dari blog, facebook, SEO dan sebagainya. Pokoknya, kena buat kerja dan aku juga sudah dapat beratus kali komisen dari program-program sebegini. Pendek cerita, jangan mudah putus asa dan lakukan promosi yang berterusan.

8. Jual e-book atau jual laporan khas
Ada banyak Internet Marketer dan Blogger yang jual e-book hasil tulisan masing-masing tentang pelbagai niche dan informasi. Jika korang ada idea yang unik dan ada informsi untuk dijual, karang satu ebook dan jual. Jika harga ebook tersebut RM20 dan korang berjaya dapat 100 jualan, ini bermaksud korang dah dapat Rm2000 dalm tangan. Tolak modal minisite dan autoresponder, dekat RM200++. Korang dah untung dekat RM1500 dan ke atas. Ini juga salah satu cara yang bagus dan korang boleh promosi melalui blog korang.

9. Affiliate program tempatan
Sekarang, ada banyak program affiliate yang dianjurkan oleh pelbagai Internet Markter dan Blogger tempatan. Daftar affiliate atau agen program tersebut. Promosi di blog masing-masing. Ini juga salah satu cara untuk buat duit melalui blog korang. Jika blog korang ada banyak pelawat, tak mustahil untuk dapat sales. Cuba dan praktikkan. Insya-Allah, korang boleh dapat buat sales tak lama lagi. Cuma jangan mudah putus asa. Aku dah beratus kali dapat komisen dari affiliate program tempatan dan juga affiliate luar. Jangan buat kerja separuh jalan dan pilihlah affiliate program tempatan yang aktif dan sentiasa mempunyai reputasi yang bagus.

Itu sahaja. Ada banyak lagi. Tapi aku ringkaskan dalam satu entri pendek ini. Mungkin ianya akan membantu sesetengah dari korang yang melawat blog ini. Sekali lagi, jangan mudah putus asa dan keringkan hati korang untuk buat duit mellaui blog. Ya, benda-benda ni semua susah dan akan mengambil masa. Tapi lebih baik daripada terlambat. Betul tak?

Ps: Aku akur, tak ada perkara mudah untuk buat duit melalui blog.

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Petang tadi, selepas pulang dari tempat kerja. Terus aku menuju ke rumah dan membuka tv. Ada benda yang menarik-narik aku untuk melihatnya. Tak silap tekaan aku. Dalam masa 5 minit, Lee Chong Wei akan bermain dalam final badminton Sukan Komenwel yang ke 16 di New Delhi, India. Lawannya..aku tak berapa ingat. Tapi macam orang India tetapi mewakili England. Pendek cerita, Lee Chong Wei menang dengan bergaya walaupun pada permulaan permainan beliau ketinggalan 1-6 kepada pemain England tersebut. Sekali lagi, tahniah kepada Lee Chong Wei sebab menjadi Johan dan pemenang pingat emas dalam edisi Sukan Komenwel kali ini. Mungkin ini antara kenangan termanis bagi beliau pada tahun 2010 ini.

Selepas itu, pemain bergu kita Koo kee kiat dan Tan Boon Heong pula berlawan dengan pemain England. Pendek cerita, bergu kita menang lagi dan lagu Negaraku berkemundangan sekali lagi untuk emas yang ke 12. Aku yakin yang bergu ini akan berjaya menjadi johan dan mengikut jejak langkah Lee Chong Wei. Dan untuk pengetahuan korang, buat masa ini Lee Chong Wei dan Koo Kee Kiat/Tan Boon Heong merupakan ranking pertama dalam dunia samada dalam single atau double.

Kemudian, aku tunggu pula untuk lihat Wong Mew Chu pula yang akan berlawan dengan Santia, pemain India yang merupakan satu-satunya yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara badminton. Seperti yang aku duga, Mew Chu tewas dengan kehebatan Santia. Aku dapat agak kerana aku sempat lihat permainan Santia ketika separuh akhir dulu. Beliau sangat tangkas dan pantas. Malah, pukulan smashnya juga agak laju, suka mengejar bola satu gelanggang dan bijak mengawal keadaan yang dalam satu ketikanya berjaya membuatkan Wong Mew Chu hilang arah, terutamanya pada set yang ketiga. Tak ada apa yang aku dapat kata, tapi aku ucapkan tahniah kepada Wong Mew Chu kerana menghadiahkan kepada negara pingat perak. Jika beliau bermain lebih agresif dan tidak menghadapi masalah kecederaan, aku yakin dia akan jadi pemain no.1 dunia dalam acara single dan beliau pernah duduk dalam ranking tersebut buat satu ketika. Cuma tidak lama seperti Lee Chong Wei..

Dan aku teringat permainan badminton yang aku main malam tadi di Dewan Kampung Baru. Aku dapat pasangan baru untuk liga baru ini. Seperti biasa, kami akan diundi untuk menentukan pasangan masing-masing. Dan aku gembira kerana pasangan aku ini agak hebat dan kami baru sahaja menang game pertama kami dalam liga ini. Masih ada lima game yang perlu kami harungi untuk jadi juara liga dan biasanya selepas itu kami akan bermain dalam permainan kalah mati untuk mencari johan kedua. Dan biasanya kami semua akan mencari kemenangan demi kemenangan untuk mencari juara berganda. Aku pernah jadi juara liga tapi belum pernah lagi juara berganda.

Aku dah lama main badminton. Sejak kecil lagi. Aku pun tak tahu yang sukan ini begitu popular untuk masa sekarang. Dulu aku main kerana abah aku selalu ajak aku dan adik-adik aku main badminton didepan rumah pada waktu petang. Kemudian, terpilih pula untuk wakil sekolah masa darjah 6 cuma team sekolah kami kecundang dalam pusingan awal. Sempat juga aku jadi team sekolah masa tingkatan 5 ketika bersekolah di Subang Jaya, dan alhamdulillah, kami berjaya jadi Johan Berpasukan peringkat daerah dan zon. Selepas itu, aku masih bermain badminton ketika di Matrikulasi. Cuma atas karenah politik dan birokrasi, aku dan beberapa kawan aku yang agak terer tak terpilih mewakili Matrikulasi. Bengang pun ada tapi nak wat camana, rezeki tak ada. Ketika di UMS, pun takde rezeki ketika pemilihan untuk wakil UMS ketika aku ditahun pertama. Semua yang datang, budak cina sahaja. Yang melayu, adalah dalam 3-4 orang termasuk aku. Kesudahannya, menang kami yang melayu ni tak dapat nak counter geng-geng budak cina. Diorang memang lebih hebat dan aku terpaksa mengaku walaupun aku menang lawan seorang pemain cina tu. Cuma aku tak ada rezeki. Itulah adat bersukan. Kalau tak dapat, jangan wat muka seposen. Muka kena tenang aje..dan akhirnya ketika bekerja selepas hampir 2-3 tahun bersara sekejap dari dunia badminton, aku bermain semula dan terlibat dengan liga-liga kecil di Jerantut dan Damak. Kira ok gak la. Bukan selalu. Ternyata, jodoh aku dengan sukan Badminton ni agak rapat sehingga ke hari ini..

Mungkin korang rasa aku macam merepek tentang badminton. Tapi inilah hakikatnya. Hidup aku dengan sukan badminton memang agak susah nak dipisahkan. Andai kata maut menerpa, mungkin saat itu aku terpaksa menggantung raket tu..

Ps: Korang masih main badminton?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Baru aje bantun tidur. Aku rasa cam lama betul aku tertidur nih. Ada mahu lebih 6 jam sudah. Penatnya memang terasa dan aku rasa aku kena buat sesuatu untuk menghilangkan rasa berdengung kat kepala aku sejak tadi. Memang tak sakit. Tapi rasa macam tak best aje.

Ok. Aku nak kongsikan bayaran terkini yang aku terima dari program Tnx. Ya. Bayaran komisen yang ke 58 dari Tnx dan aku yakin korang pun suka bila tengok aku dapat duit dari Tnx ni, kan? Tak banyak yang aku keluarkan. Tapi cukuplah untuk support aku punya duit raya dan tampung apa-apa yang patut nanti.

tnxpaymentseptember2010 300x117 Komisen ke 58 dari TNX


Yap. Memang aku tahu program Tnx ni agak sukar sedikit sekarang untuk terima blog yang kita submit dan kadang-kadang blog kita boleh kena delete dari meraka tanpa kita sangka-sangka. Aku lihat ada banyak blogger yang cuba menipu dan ambil kesempatan dengan sistem Tnx yang kita pasti tidaklah sesempurna mana. Aku nasihatkan yang agar korang berhati-hati dan jangan buat ianya sampai terlalu ketara sehingga menyusahkan korang. Aku tak mahu akaun Tnx korang tergantung tak bertali begitu sahaja. Sorang member aku dari India, dah kena gantung. Tapi memang padan muka dia. Dia bukak 2 akaun dibawahnya dan dari 3 akaun dia tu, dengan selamba dia boleh achieve beratus-ribu point dalam sebulan. Belum campur downline-downline dia lagi. Tapi akibat kerakusannya, dia terima padah. Bila dah kena tangkap, bukti dah cukup. Secara selambanya dia kena tendang dari program ini walaupun dia cuba bagi alasan bodoh yang mana 2 orang downline dia tu adalah adik-beradiknya. Tak ke bengong tu. Tak ada alasan lain ker..

Itu sahaja sedikit info tentang Tnx. Aku agak lama tidak update tentang Tnx. Saje mahu korang tertanya-tanya dan aku mahu keluar untuk beli sedikit barang. Mahu berjalan raya kejap. Sekali lagi, kalau kita nak buat duit dengan program orang lain, kita kena sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kalau tak, jangan harap orang nak bagi peluang kat kita untuk buat duit kat internet ni. Internet ni luas. Tapi jangan kita pula sempitkannya.

Ps: Ok, jom mandi. Badan dah berkarat nih.. icon smile Komisen ke 58 dari TNX

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hehe..ya. Aku akan pulang ke Banting petang ini dan mungkin dalam pukul 2 lebih nanti aku akan bertolak setelah siap kemas-kemas apa yang patut. Isi mintak sikit dan aku akan terus memecut ke Banting dan aku harap takdelah kena speed trap pula. Aku akan cuba bawa BlackSaga aku tu dengan lebih berhati-hati. Doakan aku selamat pulang untuk bersahur dan berbuka dengan mak abah aku hari ini. Rindu dah pulak dengan ikan goreng rangup, nasi lembik, petai dan sambal belacan. 4 kombinasi tu dah cukup membuatkan aku tambah nasi 2-3 pinggan.

Dan hari ini juga kalau sempat, mungkin juga aku akan sempat solat terawih di Banting. Masjid At-Takwa. Teringat kenangan berterawih masa kecil dulu dimasjid nih. Dulu pernah main “polis and thief want to jaga”, pastu main “silat lagenda”, siap aku jadi Hang Kasturi lagi. Main mercun kat masjid ni. Main mercun tali. Gi cari sesiapa punya selipar, ikat mercun tali tu. Waktu paling seronot sekali, bila semua orang dah nak balik. Pakai je selipar, meletup-letup mercun dan melatop terus bunyi orang terkejut dan melatah. Paling best bila kitaorang pedajal selipar-selipar makcik-makcik yang datang terawih. Haha, kitaorang lah setan pada malam tu.

Mungkin juga akan sempat jumpa teman-teman seperjuangan yang sudah lama tidak berjumpa. Yelah, aku dah jarang lepak Banting sekarang, memanjang kat Jerantut dengan Damak aje. Jadi, memang kalau ada member Banting jumpa aku, kata aku sombong. Aku reda ajelah. Nak buat macam mana, kekangan kerja dan masa yang membuatkan aku terjebak sebegini. Takkan sebab ni pun nak putus sahabat pula. Takpe, malam ni aku roger, kita gi makan char kuew tiaw kegemaran aku tuh. Ok?

Pada masa yang sama, ini juga membuatkan aku akan bersahur kali pertama di Banting. Dan mungkin juga berbuka kali pertama di rumah nenek aku yang kat Olak Lempit tu. Dan mungkin ini juga kali pertama dalam bulan Ramadan ini, aku akan mendengar leteran nenek aku yang suruh aku cepat kahwin. Dah lama tak dengar nenek berleter.

Sungguh, aku rindu suaranya.Ye, ye. Aku cucu manja nenek aku. Berbanding adik-beradik aku yang lain, aku yang agak rapat dengan nenek. Aku juga yang selalu mengada-ngada dengan nenek. Aku juga yang selalu jadi tempat nenek luahkan masalah dia kat aku. Bukan aku nak riak. Tapi mungkin sebab aku pernah tinggal kat rumah nenek aku dalam setahun dua masa aku kecil dulu membuatkan aku rapat dengan nenek. Lagipun, antara adik-beradik aku memang aku yang selalu balik kampung. Adik-adik dan akak aku memang sibuk sikit. Lagipun, dalam keluarga aku. Aku yang pakai kereta dulu. Itu pasallah aku juga yang selalu kena bawa mak dan abah aku balik kampung. Ya, aku tahu. Besar tanggungjawab anak lelaki nih. Aku juga yang akan jadi wali untuk kakak dan adik perempuan aku nanti. Mereka masih dalam tanggungjawab aku dan aku akur aku tak boleh lari dari itu semua.

Itu sahaja aku nak kongsi dengan korang. Mungkin hal berbuka puasa dengan keluarga ni dah jadi kebiasaan bagi korang. Tapi bagi aku, dalam beberapa tahun kebelakangan ni, memang cukup susah untuk aku berbuka dan bersahur dengan keluarga. Ya, aku rindu suasana tu. Aku tahu, korang pun rindu mak abah korang dan juga rumah korang tu. Jadi, kalau korang juga balik kampung pada hari ini, memandulah dengan berhati-hati. Ingat pada orang yang tersayang dan insan-insan yang bakal menjadi kesayangan korang.

Ps: Korang sayang nenek korang tak? Aku sayang sangaatttt.. icon smile Hari Pertama Berbuka Puasa di Banting

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011