Archive for the 'file panas' Category


Dalam 2-3 hari ini, sibuk sana sini dengan krisis dan kehangatan isu yang berlaku ke atas pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Ramai pelajar kita yang dianggarkan lebih 11 ribu itu cuba untuk pulang ke Malaysia akibat huru-hara yang berlaku disana. Dikatakan sampai rumah-rumah bagi pelajar Malaysia dijadikan sasaran oleh pihak-pihak tertentu. Dan usaha ke arah untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia sedang giat dijalankan dan aku tak pasti adakah dua orang kuat Malaysia iaitu Dato Najib dan Dato Muhyiddin Yasin akan berbuat sesuatu tentang perkara itu. Aku harap, mereka telah berbuat sesuatu dan menyelamatkan pelajar-pelajar Malayia. Dengarnya sampai balai polis kena hentam sampai polis pun susah nak kawal keadaan. Malah, lapangan terbang pun turut dibakar dan keadaan kelam-kabut sehingga saat ini. Oleh itu, aku harap tak ada apa-apa yang tidak dingini berlaku pada mereka.

Semalam, Lin Dan mengalahkan Chong Wei dalam terbuka Korea. Memang tak ada rezeki Chong Wei dan aku boleh lihat Lin Dan sangat bersungguh-sungguh mengalahkan Chong Wei. Tidak seperti ketika dia bermain dengan pemain-pemain badminton lain yang nampak lauk baginya. Asal jumpa Chong Wei, barulah nak main sungguh-sungguh. Semalam, memang aku nampak baik Chong Wei atau Lin Dan, boleh menang. Dua-dua boleh menang. Set pertama, nampak memang fair, mata pun tak jauh sangat dan Lin Dan menang. Masuk set kedua, Chong Wei main steady aje, cuma Lin Dan nampak sangat nak cepat menang dan akibatnya banyak kesilapan mudah berlaku dan Chong Wei mengambil kesempatan dan menang pada set kedua. Set ketiga, nampak sangat Lin Dan bermain bagai naga yang sudah terluka, mengaum dan mengganas. Sampai naga Malaysia tewas dengan naga China akhirnya..

Dalam piala Sumbangsih pula, Kelantan jadi johan. Menang 2-0 ke atas Selangor. Tak dapat nak buat apa. Ada Sapik dan Sapee belum cukup untuk memalukan penjaga gol kebal Kelantan tu. Khairul Fahmi tetap kebal baik diluar negara atau di tanah air sendiri. Jadi, tahniah kepada Kelantan.

Jepun memenangi Piala Asia mengalahkan Australia walaupun aku lihat pemain tengah dan striker Australia memang gila menyerang. Jepun nampak menganas pada minit-minit akhir dan aku tahu itulah style permainan Jepun. Suka tunggu minit-minit terakhir, barulah dapat gol. Sejak dari Piala Dunia sampai berjangkit ke Piala Asia. Tak menang minit-minit terakhir, menang masa penalti. Entahlah, mungkin itu taktik diorang dari dulu sampai sekarang. Nampak memang mudah taktik tu, tapi mereka berjaya dengan cara semudah itu.

Emm..hari ini aku penat. Jadi, mahu tidur awal..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hoho..ya. Aku tahu, kalau aku kata macam tajuk diatas, ramai blogger lelaki bengang. Mari aku kupas mengapa ramai blogger lelaki mempunyai kebarangkalian tidak subur.

1. Pengambilan kafein yang berlebihan. Ya, pengambilan kafein yang tidak terkawal atau berlebihan akan menganggu kesuburan blogger lelaki. Aku tahu ramai blogger yang selalu tidur lewat dan tidak mustahil juga ada yang tidak tidur malam. Tidakkah korang tahu kopi yang mengandungi kafein tu mampu mencacatkan atau merendahkan kualiti sperma korang? Jika sperma kurang berkualiti, senangkah nak berenang kat tiup fallapio tu?

2. Kurang tidur yang secukupnya. Ya. Ramai blogger lelaki kurang tidur. Jangan tipu. Korang memang selalu tidur lambat kan? Salah satu sebabnya, nak siapkan kerja. Ada banyak job tertangguh. Banyak review yang kena siapkan. Semuanya duit-duit dan duit belaka. Aku tahu cari duit tu betul. Tapi kita kena jaga tidur juga. Sudahlah nak siapkan kerja, gi minum kopi banyak-banyak. Kena pula ambil kopi atau minum 3+1 tu. Lagilah banyak kafeinnya. Gabungan antara tidur tak cukup dan kafein yang berlebihan, sekaligus akan menyebabkan bilangan sperma yang aktif dan berkualiti menjadi kurang dari 20 juta. Tahukah korang korang jika air mani korang kurang dari 20 juta, itu tandanya sperma korang kurang berkualiti? Sudahlah tak cukup, tak berkualiti plak..sperma kena power, kena laju. Baru best nak berenang kat air asid kat tiup fallapio tu. Nak dating dengan cik ovum pun senang nanti. Line clear ajer..

3. Tekanan atau stress. Ini pun salah satu yang mungkin menyebabkan ramai blogger lelaki mungkin tidak subur. Mengapa? Stress ni ada banyak puncanya. Tekanan tempat kerja, tekanan tak dapat job dari advertiser, tekanan tak bayar bil air lagi, tekanan bos tak handsome, tekanan nak tukar kereta mercedes dan tekanan juga masih tak dapat-dapat lagi cahaya mata. Yelah, semua dok tanya. Bila nak dapat anak? Dah 3 tahun ni.. Bila korang tertekan. Macam-macam boleh terjadi. Antaranya proses nak buat anak pun rasa macam tak best. Yelah, kalau korang tertekan, bini pun tertekan. Memang takkan jadi proses tu. Lelaki bila tertekan, dia jadi hilang semangat. Moody semacam. Tu tandanya dia datang bulan. Masa tu, jumpa malam Jumaat pun, dia buat sardin aje. Penghasilan sperma pun macam nak tak nak. Kilang kat testis tu pun macam tak ada letrik je nak berfungsi. Jadi, masih ada chance ke nak dapat anak?

300x250 Benarkah ramai blogger lelaki tidak subur?


4. Persekitaran beracun. Pernah dengar tentang persekitaran beracun? Benda ni ada kaitan dengan alam sekitar. Senang cerita, aku kata pasal merokok. Tahu asap rokok? Aku tahu ramai blogger yang suka makan asap rokok ni. Tapi tahukah korang yang asap rokok berpotensi untuk menurunkan kualiti dan kuantiti sperma korang? Tak caya? Dalam ebook lelakisubur ni, ada bagitau sebab-sebab yang aku boleh terima mengapa lelaki tidak harus merokok untuk mendapatkan zuriat. Kiranya, hujah-hujahnya agak logik diterima walaupun aku tahu masih ada lagi perokok yang masih dapat anak. Tak semua. Tapi amalan merokok ni tak elok. Bukan sahaja leh kacau hubungan laki bini, malah boleh membawa maut. Duit pun terbang. Harga rokok pun dah naik sekotak sepuluh ringgit. Sehari dah sekotak. 30 hari? RM300 maa!!! Kalau yang sehari dua kotak? Mahu tak beracun persekitaran tu? Ada blogger lelaki yang masih tak ada cahaya mata dan masih merokok? Jika ada, bolehlah berhenti merokok mulai hari ini..

5. Faktor pemakanan. Blogger lelaki ni, kalau dah banyak duit. Dia suka makan macam-macam. Sampai satu tahap, dah tak boleh control perut. Buncit ke depan. Badan masih kurus. Tapi perut?? Sebab tu, kalau kita perasan, ramai blogger dan IM kita ni yang besar-besar belaka dan sampai satu tahap dah melepasi tahap obesiti yang dibenarkan. Bila dah gemuk, korang rasalah kan, macamana proses malam jumaat tu nak berlangsung? Ada macam-macam faktor yang boleh menganggu proses malam jumaat tu. Kalau aku cerita bab ni, memang tak habis. Jadi, korang baca ebook lelakisubur yang Hafiz Wasa tulis ni. Dia ni belajar bab-bab kesihatan dan ambil kos Farmasi masa kat UPM. Kiranya, dia tahu gak apa-apa yang patut kita makan dan tak patut kita makan.

6. Malas bersenam. Kita gabungkan semua faktor-faktor kat atas tadi. Korang rasalah kan, korang masih rajin nak bersenam? Dengan tertekannya, dengan banyak tidurnya, dengan persekitaran beracunnya, dengan perut buncitnya, ada feel lagi nak bersenam? Ada semangat lagi nak jogging 2-3 round? Kalau ada, baguslah. Tapi 90% tak ada feel. Tak percaya? Jangan tipulah. Aku berani potong pokok pisang berkali-kali kalau ada orang yang gemuk atau buncit mahu jogging 3-4 round setiap hari secara konsisten. Tak ada punya..kalau korang bersenam dengan baik, itu dah membuktikan korang lelaki yang subur. Insya-Allah..

Ok. Cukup. Mana aku tahu semua ni? Selain dari pemerhatian, hendapan, intipan dan siasatan serta skodengan tidak terlatih selama aku hidup bujang ni. Itulah yang aku nampak. Tambahan pula aku baru aje baca ebook lelaki subur yang Hafiz Wasa ni tulis. Siap bagitahu lagi apa dia teknik bersenam pelvis, pelincir apa yang tak menganggu kualiti sperma, sebab-sebab lelaki tidak subur, kaedah holistik dan macam-macam lagi. Korang tahu tak apa itu kaedah holistik? Kaedah ni merupakan salah satu kaedah yang boleh membantu blogger-blogger lelaki ni untuk meningkatkan kesuburan mereka. Ohhh..

Dahh, gi baca ebook lelaki subur ni>> Panduan Muktamad Kesuburan Lelaki

Ps: Sejujurnya, ni ebook paling lengkap dengan hujah-hujah yang aku tak boleh pangkah sepanjang aku baca ebook-ebook rumah tangga sebelum ni. Terkejut gak banyak benda. Aku dah tak mau bersukan dan berlumba basikal lagi dah. Mengapa? Ada sebab-sebabnya yang tak dapat aku terangkan. Korang baca sendirilah ebook tu..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ini ada satu lagi contest yang aku rasa mungkin korang boleh sertai. Tak berapa susah dan aku rasa jika korang ada kamera tak kiralah kamera digital atau kamera handset korang, korang boleh sertai Contest AmBank Inspector ATM. Cara nak sertai contest ini tidaklah menyusahkan. Tetapi ianya memerlukan korang pergi ke kedai 24 jam 7 evelen dan ambil gambar korang di mesin ATM AMBank tu.

inspectoratm AmBank Inspector ATM Contest


Sebenarnya, pada 28 Oktober yang lepas telah diadakan Majlis Perasmian untuk Contest AmBank Inspector ATM. Seramai 30 orang blogger, termasuklah media cetak telah dijemput ke majlis tersebut untuk membuat liputan. Aku yakin antara 30 orang blogger itu ada pelbagai cerita selepas pergi ke majlis tersebut. Mungkin ada diantara korang yang pergi ke majlis tersebut berkongsi 1001 cerita yang berbeza untuk dikongsikan bersama.

Ok. Macam mana nak sertai contest ini? Masih belum terlambatkah?

1. Mula-mula sekali, korang kena daftar di application AmBank Inspector ATM di Facebook. Masukkan nama, no kad pengenalan dan juga apa yang patut.

2. Selepas itu, korang pergi ke mana-mana kedai 7-eleven yang biasanya mempunyai mesin ATM AmBank dan snap gambar korang dengan mesin tersebut. KOrang juga perlu gunakan mesin tersebut untuk membolehkan korang layak untuk menyertai pertandingan ini. Dalam resit itu ada nombor yang perlu korang isi dalam application AMBAnk Inspector ATM nanti. Jangan hilang resit tu plak . Nanti jadi sia-sia kerja korang.

3. Dah ambil gambar? So, upload dan korang akan semakin hampir untuk memenangi hadiah yang aku rasa agak lumayan untuk kerja yang agak mudah ni. Nak Ipad? iPhone 4G? Kamerda digital? Kalau nak, join contest ni la wehh..

inspectoratm2 300x155 AmBank Inspector ATM Contest


Pemenang Utama dan Mingguan adalah berdasarkan kombinasi markah daripada AmBank Inspector ATM “Spot The Different”, gambar yang dimuat naik, dan undian gambar yang paling tinggi. Maknanya korang kena ada banyak kerja yang kena buat nanti. Markah yang tinggi, akan dapat hadiah-hadiah tersebut.

grandprize 300x125 AmBank Inspector ATM Contest


Selain hadiah utama iPad, dan iPhone. Ada dua lagi kategori bagi pemenang, iaitu undian gambar paling tinggi yang akan memenangi sebuah kamera. Dan juga hadiah untuk anda yang mengundi, ada 4 hadiah semuanya untuk anda bagi setiap minggu. Mak aii, banyak gila hadiah tu. Jadii, bolehlah cuba dan teruskan mencuba setiap minggu.

Leh cuba kat sini: Inspector ATM AmBank Contest

Ps: Kalau dapat iPad tu, bolehlah aku melaram dengan kawan-kawan tempat sekerja aku nanti. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Seperti yang aku tulis, aku mahu menonton filem yang bakal panas di setiap pawagam pada awal Disember nanti. The Social Network. Filem ini mengisahkan tentang bagaimana terhasilnya Facebook.com hasil dari seorang pemuda yang belajar di Universiti Havard.

Bila aku baca sipnosis The Social Network ni, Mark Zuckerberg memang nampak seperti seorang pelajar universiti yang kaki buku, kaki komputer dan kurang bersosial. Tapi dia mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan hatinya iaitu membuat sesuatu yang dengan laptopnya tak kiralah coding ke, programming atau sebagainya. Pada suatu hari, dia kene tinggal dari aweknya. Oleh kerana taman kecil dalam hati Mark bergelora, dia membuat sesuatu pada malam dia kena tinggal itu dan menghasilkan Facemash. Apa kebendanya Facemash ni, kita kena tengok sendiri filem ini. Agak kelakar Facemash ini, Mark buat satu program “simple” iaitu antara dua gadis, yang mana satu lebih hot. Jadi, semua gadis-gadis cun yang ada kat Universiti Havard terlibat secara tak langsung samada diorang tahu atau tidak. Dan akibat dari situ, terjadilah sesuatu yang menyebabkan terhasilnya Facebook.com.

Selain itu, korang akan tahu sedikit kontroversi tentang ada kembar yang mengatakan bahawa Mark mencuri idea mereka menghasilkan Facebook dan berjadilah sedikit ketegangan antara mereka sehingga melibatkan pihak Havard dan pihak perundangan. Pendek kata, agak menarik untuk menarik minat aku untuk menonton filem ini.

Malah, dari filem ini rasanya kita boleh tahu siapa kawan-kawan dan pihak-pihak yang bekerjasama untuk menghasilkan Facebook. Kalau tak silap aku, sebelum nama Facebook.com digunakan, nama asalnya adalah TheFacebook.com. Betulkan aku jika silap dan ketika itu program ini hanya digunakan oleh pengguna Universiti Havard sahaja dan tidak terbuka pada luar. Jadi, bagaimana Facebook ini boleh tersebar luas? Aku yakin dalam filem ini ada jawapannya.

big poster Saya ingin menonton filem The Social Network!!


Sejujurnya, aku memang dah lama rasa akan ada filem khas untuk Facebook akan difilemkan. Cuma aku tak tahu bila. Sama juga macam kartun Dragon Ball dan AstroBoy. Aku rasa akan difilemkan ketika aku lihat television waktu aku kecil-kecil dulu. Tak sangka, memang betul-betul difilemkan. Aku yakin, filem The Social Network ini akan box office di banyak negara termasuklah Malaysia. Malah, pasti peminat tegar Facebook akan berlumba-lumba untuk menonton filem ini. Pasti menarik dan pasti mengagumkan.

Dulu, ketika aku mula mengenal Facebook, aku tak tahu macam mana nak gunakannya. Tak tahu camana nak guna sebab kalau korang ada Facebook, tapi tak ada rakan yang korang kenal, umpama korang berbicara dengan dinding. Tapi kini, cukup mudah untuk tambah kawan dan cari kawan-kawan lama. Dulu, berapa kerat sahaja orang Malaysia yang mengetahui tentang Facebook. Semua hanya berkata tentang Friendster dan Myspace. Tapi kini, Facebook mengatasi semua laman sosial yang ada diluar sana. Aku terfikir jika ada mana-mana syarikat di Malaysia ni mahu beli Facebook. Pasti dunia Malaysia akan lebih menarik pada saat itu. Siapa tahu, mungkin Petronas atau pemilik AirAsia mahu beli Facebook. Tak mustahil kan?

Ps: Cuba teka, siapakah yang memegang watak Mark Zuckerberg?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011