Ini ada satu lagi contest yang aku rasa mungkin korang boleh sertai. Tak berapa susah dan aku rasa jika korang ada kamera tak kiralah kamera digital atau kamera handset korang, korang boleh sertai Contest AmBank Inspector ATM. Cara nak sertai contest ini tidaklah menyusahkan. Tetapi ianya memerlukan korang pergi ke kedai 24 jam 7 evelen dan ambil gambar korang di mesin ATM AMBank tu.

Sebenarnya, pada 28 Oktober yang lepas telah diadakan Majlis Perasmian untuk Contest AmBank Inspector ATM. Seramai 30 orang blogger, termasuklah media cetak telah dijemput ke majlis tersebut untuk membuat liputan. Aku yakin antara 30 orang blogger itu ada pelbagai cerita selepas pergi ke majlis tersebut. Mungkin ada diantara korang yang pergi ke majlis tersebut berkongsi 1001 cerita yang berbeza untuk dikongsikan bersama.
Ok. Macam mana nak sertai contest ini? Masih belum terlambatkah?
1. Mula-mula sekali, korang kena daftar di application AmBank Inspector ATM di Facebook. Masukkan nama, no kad pengenalan dan juga apa yang patut.
2. Selepas itu, korang pergi ke mana-mana kedai 7-eleven yang biasanya mempunyai mesin ATM AmBank dan snap gambar korang dengan mesin tersebut. KOrang juga perlu gunakan mesin tersebut untuk membolehkan korang layak untuk menyertai pertandingan ini. Dalam resit itu ada nombor yang perlu korang isi dalam application AMBAnk Inspector ATM nanti. Jangan hilang resit tu plak . Nanti jadi sia-sia kerja korang.
3. Dah ambil gambar? So, upload dan korang akan semakin hampir untuk memenangi hadiah yang aku rasa agak lumayan untuk kerja yang agak mudah ni. Nak Ipad? iPhone 4G? Kamerda digital? Kalau nak, join contest ni la wehh..

Pemenang Utama dan Mingguan adalah berdasarkan kombinasi markah daripada AmBank Inspector ATM “Spot The Different”, gambar yang dimuat naik, dan undian gambar yang paling tinggi. Maknanya korang kena ada banyak kerja yang kena buat nanti. Markah yang tinggi, akan dapat hadiah-hadiah tersebut.

Selain hadiah utama iPad, dan iPhone. Ada dua lagi kategori bagi pemenang, iaitu undian gambar paling tinggi yang akan memenangi sebuah kamera. Dan juga hadiah untuk anda yang mengundi, ada 4 hadiah semuanya untuk anda bagi setiap minggu. Mak aii, banyak gila hadiah tu. Jadii, bolehlah cuba dan teruskan mencuba setiap minggu.
Leh cuba kat sini: Inspector ATM AmBank Contest
Ps: Kalau dapat iPad tu, bolehlah aku melaram dengan kawan-kawan tempat sekerja aku nanti. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















