Hari ini aku akan cerita tentang satu lagi cara untuk buat duit diinternet menggunakan platform blog. Aku tak pasti korang pernah dengar atau tidak program ini. Tapi yang pasti, ianya mesti baru bagi korang. Dan ianya sangat sesuai untuk website atau blog yang ada aktiviti trafik yang sangat mengagumkan. Sebelum aku cerita lebih jauh, baik aku terangkan sikit apa yang perlu kita tahu tentang Program ExitJunction ini.

Program ExitJunction ini baru sahaja aku tahu dan aku sendiri tak pasti berapa ramai yang dah berjaya buat duit dengan benda ni. Jadi, ini satu lagi ujikaji baru yang aku sesuaikan untuk 1 blog high traffic dan 1 blog baru yang sedang meningkat untuk menjadi high traffic blog. Ini bermakna, blog baru juga sesuai untuk program ini dengan syarat traffic ke website korang bukan tahap cipan atau contentnya terlalu buruk. Janji content korang sentiasa update dan ada sedikit traffic, itu sudah mencukupi untuk menyertai program ini.
Syarat lain, mungkin blog bahasa english sahaja yang mereka terima. Tapi aku telah hantar blog-blog bahasa melayu untuk diluluskan oleh pihak ExitJunction. Kita lihat samada diorang luluskan atau tidak. 2 blog bahasa english aku diluluskan dalam tempoh 48 jam. Tapi tempoh untuk kita lulus menyertai program ini mungkin mengambil masa yang agak lama. Aku rasa aku daftar program ExitJunction ni 2 minggu lepas dan baru sahaja beberapa hari lepas aku dapat email yang memberitahu aku lulus untuk program ini. Tapi selepas aku submit blog baru, blog tersebut lulus dalam tempoh 48 jam. Jadi, bagi aku ianya bukan satu proses yang menyukarkan kita. JIka kita mahu buat duit. Susah sikit tak apa kan?
Ok. Jadi bagaimana hendak buat duit dengan ExitJunction? Kita dibayar bukan berdasarkan klik macam adsense atau Nuffnang. Tapi kita dibayar jika ada visitor yang meninggalkan blog kita. Tapi bukan berdasarkan impression. Kiranya cam ginilah. Jika ada orang masuk blog korang, dia blah lepas tu. Jadi, kiraan earning korang berdasarkan itu. Bukan berdasarkan jumlah impression. Jika jumlah impression, memang senang sangatlah kan nak buat duit? Aku tahu banyak blog yang ada nilai impression sehingga tahap gampang sekali. Berjuta impression setiap bulan. Mahu putih mata admin program nak bayar duit diorang. Haha.. tapi program ExitJunction mencipta fenomena baru dengan membayar kita apabila ada orang keluar dari blog kita. Dan aku rasa ianya juga berdasarkan IP address. Mungkin 1 IP, satu orang. Bagi aku, still macam pay per impression tapi khas untuk 1 IP dan diorang mengira semua IP tak kiralah korang dari international ataupun US. Biasanya trafik dari US sahaja program macam ni bayar kan? Tapi international trafik macam negara kita pun diambil kira. Nantikan sahaja edisi open case dari aku bila aku rasa ianya sesuai untuk dikongsikan.
Bayaran adalah dalam bentuk paypal. Minimum pula adalah 25 dollar. Aku tak rasa ianya satu nilai yang sukar untuk dicapai. Tapi jika trafik blog kita tu memang ciput, mungkin ianya mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke nilai minimum. Jadi, jangan marahkan sesiapa jika korang tak dapat buat duit dari ExitJunction. Setiap program ada risiko dan setiap orang ada kelebihan masing-masing. Tidak bermakna korang gagal buat duit dengan Exit Junction, korang gagal buat duit dengan blog. Mungkin ada program lain yang lebih sesuai dengan korang. ExitJunction cumalah satu lagi program adsense alternative yang aku jumpa dan aku kaji. Jadi, terpulang samada korang mahu mencuba atau tak.
Risiko untuk kene tendang dengan pakcik G? atau hilang pagerank. Itu aku tak pasti. Sebab ini bukan program jual beli link. Takde kaitan langsung. Jadi, aku tak pasti samada ianya berkaitan atau tidak jika korang ingin mencuba diblog-blog buat duit korang. Terpulang pada pemerhatian masing-masing.
Ps: Selsema dan batuk masih galak. Perlukah aku pergi ke klinik kali kedua? Ubat klinik haritu dah habis. Aku pelik. Kenapa takde antibiotik kali ini agaknya? Mungkin itu penyebab demam, batuk dan selsema aku menjadi-jadi kali ni..
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content













