Tahun 1997-2001.
Kali ini kisah aku berpuasa pada bulan Ramadan juga seperti siri yang lepas. Cuma kali ini ianya berlaku pada tahun 1997-2001. Kiranya ketika aku di alam sekolah menengah. Di sini, aku bersekolah di sekolah A selama 3 tahun dari tahun 1997 hingga 1999. Selepas aku berjaya dapat keputusan yang agak baik dalam PMR, aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah B). Maksudnya, semua pelajar baik lelaki atau perempuan WAJIB duduk dekat asrama. Takda pelajar yang berulang-alik dari rumah ke sekolah. Jadi, cerita kali ini lebih kepada 2 tahun terakhi aku dalam alam sekolah iaitu pada tingkatan empat dan lima atau lebih tepat ketika di sekolah B.
Tahun pertama ketika di sekolah B, tak ada banyak yang menarik. Maklumlah, sekolah B tu pun masih baru. Baru aje 3 tahun ditubuhkan dan pada tahun itu juga baru ada budak tingkatan 1 masuk. Selama ini cuma ada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Dan aku akui, kemasukan pelajar tingkatan 1 memeriahkan lagi suasana kat sekolah tu. Yelah, kat sekolah tu wajib panggil abang atau kakak walaupun usia korang cumalah berbeza beberapa bulan sahaja dengan orang lain. Kekadang, berbeza satu dua bulan sahaja dan aku terpaksa juga panggil diorang abang walaupun aku tak berapa gemar. Tapi kalau akak-akak tu, aku tak kesah. Haha..sebab majoriti budak-budak perempuan sekolah aku tu, semuanya pandai-pandai belaka. Baik dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sudahlah pandai, lawa plak tu. Kekadang, aku sendiri tak sangka begitu ramai pelajar perempuan yang lawa-lawa semasa aku belajar kat sekolah tu. Kiranya macam kejutan budaya gak dibuatnya.Aku ni kira masih
hijau lagi kot masa tu..
Ok. Stop! Aku dah melalut ni. Dipendekkan cerita, bulan puasa pada tahun 2000. Kiranya tahun y2k la yang katanya akan merosakkan semua sistem komputer seluruh dunia. Tapi tak rosak pun. Cis! Bulan puasa pada tahun itu memang aku berpuasa penuh, solat terawih 20 rakaat, 3 rakaat untuk witir da membaca al-Quran. Dan aku harap ianya mendapat keredaan dari Allah walaupun aku ni takdelah sebaik mana. Alhamdulillah aku tak pernah datang bulan ataupun tumpah darah. Dan pada bulan tersebut juga aku kenal dengan satu pelajar perempuan. Nak kata kenal, tak juga. Tapi lebih kata aku rasa cam terpaut dengan seseorang. Biasalah, zaman budak sekolah. Bohonglah kalau korang tak suka kat sesiapa. Yang peliknya, aku cuma nampak dia pada bulan Ramadan aje. Bulan-bulan sebelum ni aku tak pernah nampak budak tu. Selidik pun selidik, rupanya-rupanya budak tu tingkatan 5 dan ketika itu aku baru tingkatan 4. Tapi kira aku masih tinggi banding budak tu sebab dia rendah banding aku. Biasalah, budak lelaki memang biasanya lebih tinggi dari budak perempuan.
Jadi,
bermulalah episod aku cuba untuk mengorat dia. Segala jenik taktik dan strategi telah aku buat. Kekadang tak menjadi dan akhirnya aku reda. Mungkin dia bukan untuk aku dan aku akur jika aku dapat bercakap dengan budak tu sekali seumur hidup pun, dah kira orait apa. Dan pada penghujung ramadan, lagi 2 hari kita orang semua nak balik berhari raya ke kampung masing-masing, aku berpeluang untuk bercakap dengan budak tu. Itupun nasib aku rasa nak keluar gi tandas. Kalau tak, memang takkan terserempak punya. Budak tu masuk ke perpustakaan. Jadi, aku saja-sajala lalu kat situ. Sekali masa dah nak kat pintu perpustakaan tu, budak tu tetiba plak keluar. Aku dah susah nak elak, terus budak tu terlanggar aku. Oleh sebab badan aku agak sasa sikit waktu, budak tu tergolek plak kat situ. Aku dengan spontan terus tarik budak tu bangun sebab aku rasa cam aku bersalah plak. Budak tu dah tersipu-sipu bila aku tarik dia bangun dan aku terus minta maaf sebab muncul tiba-tiba. Aku pandang dia dengan tak reti malu. Dia pandang aku termalu-malu. Dan selepas berborak sikit-sikit. Terus aku pergi masuk dalam kelas. Dan akibat keluar kelas menghampiri 30 minit, aku kena denda dengan cikgu sebab masuk lambat. Lantaklah, janji aku dapat cakap dengan budak tu. Haha..
Dan yang paling best, esoknya aku dapat sedikit titipan dari budak tu. Dia passing bekal kuih tu ke pelajar tingkatan 1 yang lelaki. Dan budak tu cari aku. Budak tu cerita, tadi ada akak tingkatan 5 suruh bagi bekal ni kat abang (aku).Aku bukak, sekali ada kuih karipap dua bijik dan kuih keria 2 bijik. Aii, camana leh tau kuih kegemaran aku. Satu yang pedas, satu yang manis. Dan aku terima dua berita pada hari terakhir sebelum kami pulang ke kampung.
Berita pertama. Budak tu bagi aku surat. Itu pun dia main pass-pass gak. Tapi kali ini dia pass kat budak perempuan yang satu kelas dengan aku. Dalam surat tu dia ceritalah memacam. Biasalah, ayat-ayat jiwang. Mukadimah aje dah bagi hadis dan ayat Al-Quran. Aku sengih sorang-sorang kekadang bila ingat benda nih. Last sekali dia kata, dia suka dengan aku dan dah lama perhatikan. What!!?? Aku terkedu. Itu berita gembira.
Berita kedua. Dalam surat tu juga budak tu beritahu. Dia akan berpindah sekolah selepas raya kerana mengikut ayahnya yang berpindah kerja ke Kedah. Aku sekolah kat Subang Jaya masa tu. Jadi, kira jauhla. Dan aku memang jenis tak suka hubungan kawan jarak jauh ni. Selebihnya, korang boleh corakkan mengikut imaginasi liar korang. Ok. Itu berita sedih.
Penutup. Dalam 2 tahun itu, inilah salah satu cerita dalam bulan Ramadan yang sukar aku hendak lupakan sebab itu kali pertama aku tersuka pada budak perempuan yang lebih tua dari aku. Sebelum ini tak pernah. Sekali lagi. Tak pernah. Dan sekarang pun tak pernah. Jeling-jeling aje pernah. Ada banyak cerita lagi. Tapi kiranya ini yang aku rasa nak kongsikan sebab aku sendiri jarang cerita bab aku bercinta monyet kat korang kan. So, ini salah satu cinta monyet aku pada sekolah menengah dulu.
Ps: Nama budak perempuan tu, Husna.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content