Archive for the 'ebook' Category


Baru aje dapat update beberapa blog yang lain. Kiranya ini baru dapat menulis untuk blog ini. Minggu lepas banyak pula kertas kerja yang kena disiapkan dan beberapa lagi kerja luar yang terpaksa diselesaikan sebelum tertangguh-tangguh. Terpaksa mengaku yang aku tidak segagah ketika masih muda dulu. Mana tidaknya, nak jogging pun semput masa pusingan ke 5, inikan pula nak lebih-lebih dari tu. Tapi aku yakin aku masih mampu untuk buat kerja lebih hebat berbanding dulu selagi aku masih mahu meneruskan kerja-kerja online aku ini.

Tentang plan-plan yang akan datang, Panduan TNX 3.0 masih dalam peringkat draft. Banyak benda yang masih dalam peringkat ujikaji dan aku akan publish panduan ini bila ianya sesuai untuk dikeluarkan. Bagi produk baru yang akan datang. Aku tak pasti samada produk ini aku akan beri secara percuma ataupun berbayar. Sebabnya aku dah boring bagi benda secara percuma sebab orang kita ni memang tak berapa ramai yang nak hargai. Sampai satu tahap, produk kita yang percuma tu dijual pula dengan harga yang tinggi. Kekadang, aku tak berapa faham dengan perangai orang Malaysia nih. Perangai memang macam-macam sampai kekadang membuatkan ramai blogger dan IM meluat dah nak jual e-book atau publish produk diorang. Tapi kalau nak jadi IM dan Blogger yang berjaya, korang tak boleh nak putus asa hanya sebab meluat dengan perangai orang Malaysia ni. Nak tak nak, kita kena terima yang memang ramai orang kita yang berperangai sedemikian. Sebab itulah kita tak boleh putus asa untuk terus membantu mereka. Kalau mereka tak faham, kita jugak yang susah nanti kan?

Tadi aku lepak kedai makan, sarapan roti telur. Inilah aktiviti hari ahad aku. Keluar ke Jerantut dan makan roti telur kegemaran aku. Aktiviti melepak aku yang aku rasa agak bermanfaat. Untuk ketenangan otak aku juga dan tak perlu nak perah otak memikiran pelbagai benda dalam dunia aku ini. Sementara aku masih bernafas, tak salah rasanya untuk aku menikmati hidup ini dengan gaya aku tersendiri. Pedulikan perangai manusia seketika dan nikmatinya seadanya.

Satu perkara yang membuatkan aku hilang mood untuk menikmati kenikmatan roti telur dengan kari ikan tadi apabila aku melihat seorang gadis yang tak menghabiskan roti canainya. Bukan banyak pun. Tapi kira separuh lagi lah. Kalau dia telan aje benda tu, aku rasa hati si penebar roti tu gembira juga. Terkilan aku apabila aku lihat adik kiut tu muram apabila melihat roti kedainya tak habis dijamah oleh pelanggan perempuan tadi tu. Sedangkan aku boleh terkilan, apatah lagi diorang kan? Macam mana perasaan korang bila lihat ada lauk atau nasi yang tak habis dimakan? Tak kiralah di kedai atau dirumah. Apa perasaan korang? Apa pula perasaan mak korang bila korang tak habiskan nasi dan lauk yang dia masak? Korang tahu kan perasaan tu? Hampa. Terkilan. Sedih. Marah pun ada gamaknya. Mak aku, kalau aku tak habis makan. Memang dia terkilan habis. Macam-macam dia fikir. Lauk masak tak sedap ke. Nasih terlebih masak ke. Sampai satu tahap, dia marah kita orang. Sejak tu, memang aku nekad yang aku akan habiskan semua nasi dan lauk yang aku ambil. Tak kiralah kat rumah atau kat kedai. Walaupun aku kenyang macam mana sekalipun, aku akan gagahkan untuk habiskan. Sebab aku tahu, bukan senang nak memasak itu dan ini. Kita tinggal makan aje tu..

Ye, aku tahu. Itu duit korang. Itu hak korang untuk makan atau tak makan. Tapi kalau dah sampai tahap membazir, apa perasaan korang? Adakah korang tahu ada orang yang setiap hari kelaparan dan kebuluran kerana tidak dapat makan? Korang tahu? Aku tahu yang Malaysia nih syurga makanan. Ada macam-macam jenis makanan yang ada. Dari makanan melayu sampailah ke makanan orang korea pun ada kat Malaysia nih. Tapi kalau boleh, habiskanlah lauk korang tu. Jangan sampai terlampau banyak yang berbaki. Kita patut bersyukur yang negara kita ni aman damai, tak ada peperangan, tak ada bencana alam yang serius, tak ada kacau bilau. Kita tak kelaparan sebab banyak makanan yang boleh kita pilih untuk dimakan. Jadi, elakkan pembaziran dan tingkatkan produktiviti korang. Hoho..

Ps: Ok, nak makan ikan patin dengan sambal tempoyak. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada beberapa kawan aku benci dengan keadaan dunia blog dan blogger ni. Aku malas nak bertekak dengan diorang sebab aku tahu aku akan menang. Sebab aku tahu cara nak counter balik apa yang diorang cakap. Tapi aku juga tak mahu hilang sahabat hanya kerana nak tegakkan benda-benda macam ni. Bukan apa, kawan-kawan aku ni jenis tak mahu kalah. Nanti ada yang kena baling dengan handset Nokia aku ni kang. Bila dah kena hentam, memang takkan ajak aku kuar makan, ajak lepak, call, sms dan sebagainya. Dan mahu tak mahu, aku jugak yang kena wat muka tak malu minta maaf kat diorang. Walhal, diorang yang cari pasal dulu. Pernah tak korang berdepan dengan situasi mangkuk macam ni? Pernah kan? Kan?

Ada yang benci blogger kerana apa yang seseorang blogger tu tulis dalam blog ni membuatkan diorang terkecil hati, bengkak, sakit hati, cemburu dan mungkin membuatkan mereka terasa macam orang bodoh. Walhal diorang kena tahu, itu mungkin cumalah pendapat dari penulis blog tersebut, jadi perlukah kita emosi tak tentu pasal? Tak salah bukan kalau diorang berfikir dengan lebih matang? Walaupun aku tahu ada kalanya kita perlu luahkan apa yang kita rasa, tapi perlukah korang membenci mereka yang korang sendiri tak berapa nak kenal? Kalau kenal tu, oklah jugak kan. Tapi kalau tak kenal, apalah faedahnya korang benci diorang tu. Bukan diorang nak pujuk korang pun..

Ada yang benci blogger kerana apa yang blogger tu tulis kat dalam blog tu mencemarkan agama dan adat. Maksud aku, ada kawan aku tak suka blogger-blogger yang tulis tentang hiburan artis, gosip dan seks. Diorang kata, tulis artikel pasal hiburan, tegur+nasihat macam-macam, tunjuk gambar artis seksi-seksi dengan tujuan kononnya nak menasihati golongan artis tapi diri blogger tu sendiri pun wat perangai yang lebih kurang aje. Lom lagi plak dikatakan perangai penulis blog tu plak memang kurang ajar, mangkuk tingkat dan sebagainya. Aku tak nak sentuh hal ni. Korang fikir sendiri. Ada benda yang aku dapat terima dan ada perkara yang aku sokong tentang bab ni. Itu yang depa fikir. Aku cuma dengar, terima dan berbincang. Satu yang aku ingatkan, nak buat satu benda, kena tanggung risiko.

Ada yang benci blogger kerana blogger ni dah tipu korang. Aku tak tahu apa yang kawan aku kata sampai dia bengkak dengan seorang blogger ni. Dia kata blogger tu dah tipu dia. Duit dia hilang sebab join satu program yang blogger tu promosikan. Dan blogger tu tak melayan apa yang  dia mahukan. Maksud dia, support, pertolongan dan sebagainya. Mungkin sebab perangai kawan aku ni agak kurang ajar bila bertanya, mungkin itu yang membuatkan blogger tu pun jadi bengkak jugak. Ini baru satu kes, ada banyak kes yang melibatkan duit sehingga menyebabkan RAMAI orang yang kat luar sana tu benci penulis blog dan kita yang menulis blog ni tercalar juga dari segi reputasinya. Ada yang dapat surat layang ni kang gamaknya. Haha..

Ada yang benci blogger kerana blogger ni dikatakan suka syok sendiri. Suka buat apa yang dia suka dan suka cakap benda yang tak serupa bikin. Pendek cerita blogger ni buat apa yang dia sukalah tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Bagi aku, setiap blogger perlu ada sifat syok sendiri ni. Kalau kita sendiri tak syok sendiri dengan blog kita, siapa lagi yang nak syok dengan blog kita kan? Tapi kalau dah tahapa macam mengada-ngada dan membodohkan diri sendiri, mungkin ada blogger yang perlu muhasabah diri. Kita tak tahu mungkin kita dah menggeli-gelemankan orang. Kita tak tahu mungkin kita dah wat orang termuntah-muntah kat depan laptop. Kita tak tahu mungkin ada makcik-makcik yang meluat dengan apa yang kita tulis. Jadi, berhati-hati dan jangan putus asa. Kalau kita give up hanya sebab syok sendiri ni, kita takkkan ke mana-mana..

Ada orang benci blogger kerana blogger ni ada jual e-book. Kena plak e-book tu jenis cetak rompak ataupun jenis yang copy dan paste. Yang paling teruk, jika buat e-book jenis “make money online” ni, bukti bayaran untuk program yang disyorkan itu tak ada bukti bayaran. Yang paling gampang, mengaku yang bukti bayaran tu dia yang punya dan bila kantoi bukti bayaran tu orang lain punya, terus senyap dan support entah ke mana. Itu belum lagi yang blogger ni tak bayar komisen bagi affiliate yang blogger ni jalankan. Yang paling hancus sekali, tak ada khabar berita dari blogger tersebut untuk satu tempoh yang sangat lama. Hidup lagi ke tak, berbayar lagi ke tak program ni, kita tak tahu. Ini yang paling hangat kawan-kawan aku bincangkan. Aku cuma nasihat pada diorang, kita kena berhati-hati. Pilih yang korang rasa korang boleh percaya dan risiko tu sebenarnya tanggungjawab sendiri. Yang korang gatal nak beli e-book blogger tu apa pasal?

Ada banyak lagi yang diorang celotehkan dan aku cuma listkan apa yang aku rasa sesuai untuk dikongsi ditambah pula dengan garapan dari aku sendiri. Aku tahu mungkin apa yang aku tulis dalam blog ini dan blog lain, mungkin ada yang mengguris perasaan dan mungkin ada yang membuatkan korang terasa. Tapi biasanya apa yang aku tulis ni, itulah hakikat yang nak tak nak korang kena terima. Aku tahu aku tak sempurna. Korang pun tak sempurna. Blogger lain pun tak sempurna. Jadi, apa kes sampai korang nak benci blogger-blogger nih?? Melainkan korang ada alasan kukuh untuk benci diorang, itu lain cerita. Tapi kalau alasan yang tak masuk akal, baik tak payah nak emosi dengan tanah. Main game flash dari LG ni lagi best..

Ps: Ada orang tak suka blog ni dan orangnya?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ini selingan sebelum aku gi gunting rambut petang ni. Dah panjang sangat rasanya. So, Ammar Zahar telah mengeluarkan satu lagi report yang agak bagus untuk tatapan korang. Leh download sekarang sebab ianya adalah percuma. Its totally Free!



Antara usahawan yang akan berkongsi rahsia itu adalah:

1. Zul Smartusaha
2. Shuth Wangcyber
3. Amirol Pakej Web Jualan Evolusi
4. Yusri JomSeminar
5. ABooin Pakar Jual Produk MRR
6. Eruwan Gerry Raja Lelong

Untuk pengetahuan korang, Ammar juga telah mengikut jejak langkah Din Dan Mawardee. Beliau telah mula memberikan peluang kepada anda untuk buat duit. Setiap 1 downline yang anda bawak dan register report Rahsia Usahaawan Internet ini, anda akan mendapat RM0.25. Jadi jika korang dapat promote ke 100 orang. Dengan mudahnya korang akan dapat RM25 bukan?

So, jangan berlengah lagi. Jika korang nak sertai dan dapat Laporan percuma Rahsia Usahawan Internet ini, sila download sekarang sementara promosi ini masih dijalankan. Download sekarang!

Ps: So, try aje. Banyak plak produk baru sekarang yek..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content




Hari ini, aku nak sentuh sikit dengan perkataan Jutawan. Aku yakin ramai yang memiliki impian untuk menjadi seorang jutawan. Jadi, ambil masa sekarang dalam masa 5 minit dan baca sahaja garapan dari aku ini. Walaupun aku bukan jutawan, tapi aku yakin aku akan capai title itu suatu hari nati. Aku harap pada tarikh itu ianya akan menjadi kenyataan. Doakan aku yek.

Ok. Jika korang tercari-cari bagaimana untuk menjadi jutawan. Aku rasa kita sudah ada satu ebook yang sungguh sesuai untuk perkara itu. Jadi, korang kene Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Ikon Jutawan Malaysia jika hendak juga menjadi jutawan. Aku tahu ianya bukan kerja yang mudah, tapi bacalah ebook ini dulu dan korang komen kemudian. Aku yakin korang faham apa yang aku maksudkan. Sat, siapakah 8 ikon Jutawan yang aku maksudkan itu? Mereka ialah..

1)Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
2)Azizi Ali, Jurulatih jutawan
3)Chef Li (Dato’ Dr Rusly), Jutawan Senyap
4)Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
5)Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
6)Dato’ Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
7)Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapura
8)Irfan Khairi, Jutawan Internet

Sayangnya, takde cite pasal Siti Nurhaliza. Aku rasa beliau dah taraf Jutawan gak. Yelah, kawin pun dengan Jutawan kan? HEhe, dah terbocor satu lagi cara nak jadi jutawan. Kahwinlah dengan jutawan, insya-Allah. Korang pun jadi jutawan gak. Betul tak?

Ok. Harga ebook yang diberi Judul Mentor Jutawan ini adalah RM40 sahaja. Tak mahal pun. Aku dah beli semua buku yang dikeluarkan oleh Irfan Khairi dan aku juga akan memiliki ebook ini. So, jika korang nak beli, korang leh beli sekarang. Serius, ini ebook panduan dan motivasi yang bagus untuk korang. Jika korang nak ubah apa yang korang ada sekarang, cubalah baca ebook ini.

Aku tak berani kata lepas baca ebook Mentor Jutawan ini korang terus bertukar jadi Jutawan. Ada adabnya, ada tatacaranya dan ada langkah-langkah berduri yang perlu ditempohi. So, baca dan fahamkan. Itu sahaja dari aku. JIka minat, beli dari link aku. Dapat gak aku sikit komisen. Hehe..

Jika korang tak ada duit. Ok. Cuba cara ni. Korang join affiliate program Mentor Jutawan. Promosi dan dapatkan 4 orang pembeli ebook Mentor Jutawan. KOmisen dari 4 orang itu adalah RM40. So, korang leh pakai duit tu dan beli ebook Mentor Jutawan ini. Haa. Mudah kan? Itu cara kalau orang yang rasa takde duit nak beli. Kalau duit tu dah cukup. Sambar ajela..

Akhir kata, Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Manakala, jika anda hendak pulak jadi Doktor Pakar Diagnosis, anda perlu bekerja dengan Dr House. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Leh beli kat sini : Projek Mentor Jutawan

Ps: Sat lagi aku beli. Nak tengok drama bersiri House plak..

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------