Mengapa dan mengapa? AKu pasti ramai yang mengalami masalah ini bukan? Ya. Dulu aku juga mempunyai masalah yang sama seperti korang juga dan kadang-kadang, aku juga mengalami masalah yang sama. Kita semua tahu mengapa ianya berlaku. Masalah mencari prospek, downline atau referrals ini sebenarnya sudahh menjadi masalah normal dalam dunia internet marketing ini. Jika anda seorang blogger atau IM, aku yakin sedikit sebanyak korang akan menghadapi masalah ini.
Ok. Kita tengok dalam aspek affiliate program yang dijalankan oleh program2 luar. Maksud aku bukan affiliate yang dijalankan oleh orang kita. Mereka mempunyai pelbagai cara untuk mengumpan orang untuk menjadi affiialiate mereka dan aku yakin tak ramai orang kita boleh ikut cara mereka. Secara jujurnya, aku sudah tidak beli langsung produk dari program2 luar. Langsung sudah tidak beli kerana aku sudah tidak berapa percaya produk mereka. Kadang-kadang terlalu basic dan terlalu sukar untuk difahami. Aku malas cerita tentang produk yang mana satu. Cukuplah aku faham apa yang berlaku. Tapi tak dinafikan ada sesetengah produk yang sangat bagus. Itu satu fakta yang kene aku fahami dan aku yakin ramai yang masih bebal tentang perkara ini bukan?
Anda tahu apa itu produk MRR? Produk MRR yang dijual oleh produk luar sudah jadi huru hara kerana kebanyakan mereka memberikannya secara percuma sahaja. Tiada lagi aktiviti jual beli dan bagi aku, ianya agak tepu seketika. Kalau korang perhatikan, blogger luar menggunakan produk MRR untuk menjadi bonus untuk program affiliate mereka dan juga produk jika kita subsribe blog mereka. Selalu aku dapat produk MRR dari cara begini. Berdasarkan kajian aku, tak semua produk MRR ni tak berguna. Banyak yang berguna terutamanya jika melibatkan isu-isu teknikal dan design. Tapi jika tentang adsense atau make money online, jujurnya. Banyak yang copy paste dan tak kurang juga isinya terlalu sama..Tak percaya? Aku tak kesah. Aku cakap berdasarkan pengalaman dan fakta. Bukan main hentam kromo je..
Jadi, situasi ini akan mencabar kita untuk mendapat lebih ramai prospek. Aku yakin korang pun faham situasi sekarang kan? Affiliate program dan MRR menjadi medan pertarungan blogger dan IM untuk mencari pendapatan sampingan yang lumayan. Masalah sekarang, cara promosi bagaimanakah yang berkesan? So, korang agak kan?
Dari mailing list, blog marketing, forum marketing, article marketing, video marketing, PPC marketing dan sebagainya, yang mana menjadi keutamaan korang dalam proses promosi? di sini, aku cuma hendak bagi nasihat. Pilih satu atau dua cara dan jadikan ia sebagai keutamaan. Mahirkan bidang tersebut dan korang akan nampak hasil dari cara promosi tersebut. JIka korang pilih viral marketing, buat betul2 promosi sama ada dari segi landing page dan design yang lawa-lawa. Jangan terlalu ala kadar dan usahakan promosi di banyak tempat seperti squidoo, hubpages, friendster, facebook dan pelbagai tempat lagi.
Dan jika korang guna PPC marketing pula, keyword mesti pandai pilih. Jika tidak, korang hanya buang duit dan masa sahaja. Jika pilih blog marketing, korang kene rajin update blog. Macam yang aku buat ni la. Faham? Jika korang bijak menggunakan forum, gunakan sepenuhnya peluang yang ada. Contohilah mereka-mereka yang telah berjaya dan satu. Usaha untuk berjaya adalah seumpama kopi yang sangat pahit. Jika korang nak berjaya, korang kene pastikan kopi yang pahit itu semakin manis dan enak rasanya.
So, persoalannya sekarang, kopi yang korang rasa tu kan, pahit ke manis? Jadi, perjalanan untuk menjadi raja affiliate atau pro affiliate itu masih panjang. Korang kene usaha dan terus usaha. Promosi mesti dilakukan dan walaupun kita belum sampai tahap untuk upah seseorang untuk membuat promosi terhadap produk kita. Usahakan cara lain yang mungkin korang rasa ianya membantu sama ada cara itu berbayar atau percuma.
Aku malas cakap banyak lagi sebab hari ini aku penat kemas bilik dan aku rasa masalah mencari downline ini merupakan masalah dunia. Ramai yang mudah putus asa. Jadi, jika korang putus asa dan kurang berjaya dengan affiliate, cuba sahaja program lain. Tinggalkan affiliate program. Noktah!
Ps: Aku rasa baik korang dapatkan ebook percuma Rahsia Pro Affiliate untuk ketahui cara beberapa otai affiliate yang berjaya buat duit dengan affiliate program >> Download Rahsia Pro Affiliate
Pss: Aku hanya melontarkan pandangan aku tentang Affiliate dan MRR. Mungkin ianya betul dan mungkin juga pandangan mengarut dari sudut mata aku. Tapi aku pedulik apa kalau korang benci apa yang aku tulis ni. Tapi kalau tak dapat wat duit dari program affiliate, itu tandanya, kopi korang pahit lagi la. Jangan call aku untuk tahu bagaimana nak bagi kopi korang lagi manis aa. Kene diabetes, aku tak tau..
Psss: Aku lupa. Korang pun leh belajar dengan video marketing di sini untuk memantapkan promosi korang. BAca sahaja ebook percuma ini >> Rahsia Trafik Video Marketing
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content















