Archive for the 'Damak Life' Category


Tahun 2007 hinggalah sekarang..

Pada tahun 2007-2008, inilah tempoh 2 tahun aku menjadi full time blogger dan dalam masa yang sama full time internet marketer. Semua kerja aku lakukan dirumah dan memang aku tidak nafikan hasil pendapatan yang aku dapat dalam tempoh 2 tahun ini agak lumayan. Banyak program dan projek yang berjaya memberikan aku income setiap bulan. Jika korang masih ingat, dalam tempoh 2 tahun itu aku cukup rajin untuk mengeluarkan panduan digital seperti Panduan Rajapayloadz, Panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan juga Ebook Rahsia Titan. Dan pada bulan puasa dalam 2 tahun itu memang cukup bermakna kerana aku menyambutnya dirumah ini setelah sekian lama menjalani ibadah puasa dirantauan sejak aku sekolah berasrama penuh di Subang Jaya selama 2 tahun, berpuasa satu tahun lebih di Matrikulasi Negeri Sembilan dan 4 tahun di Universiti Malaysia Sabah. Agak jarang aku berpuasa dirumah dengan penuh dan ketika 2 tahun inilah aku berpeluang untuk merasa berpuasa penuh dan berhari raya bersama keluarga tercinta.

Setiap hari berbuka bersama keluarga dan tugas aku adalah mengejutkan mak abah aku dan adik-beradik aku untuk sahur bersama-sama. Dan memang aku duduk rumah la. Kalau orang lain tanya aku buat apa, aku kata aku kerja kat rumah. Diorang mengagak yang aku ni kira tak ada kerjalah sebab pada zaman ni mereka masih beranggapan pekerjaan blogger ni macam kerja yang tak mendatangkan manfaat dan umpama macam orang yang tak ada kerja tetap.  Tapi dalam tempoh 2 tahun inilah yang mengajar aku macam-macam perkara. Dan dalam tempoh itu juga aku banyak juga mengajar orang dalam pelbagai perkara. Aku tak harap apa sangat. Aku cuma harap apa yang aku sampaikan akan membantu diorang dan aku harap apa yang aku belajar itu akan dapat aku gunakan pada masa hadapan.Dan pada Hari Raya AidilFitri tahun ini, aku mampu untuk beli baju raya sendiri, mampu beri sedikit hasil pendapatan aku kepada mak abah aku, nenek aku, wan aku, dan mampu beri duit raya kepada anak-anak buah aku. Tak banyak. Tapi lebih baik daripada tak ada langsung.

Ok. Masuk cerita kenangan berpuasa pada tahun 2009. Iaitu, tahun lepas. AKu berpuasa di Jerantut. Kerja disana dan kebanyakkanya aku berpuasa disana. Aku duduk dirumah pakcik aku dan setiap kali sahur, memang pakcik aku rajin kejutkan aku. Aku panggil dia Pak Cu. Sebab dia adik kepada abah aku. Orangnya baik tapi sangat tegas. So, mak Cu aku plak jenis ramah dan aku suka masakan dia. Mahu tak naik berat badan aku dok rumah diorang. Naik segan pun ada. Tapi dah namapun keluarga. Apa nak malu sangat. Orang dah bagi, kita makan ajelah. Dan dirumah pakcik aku ni lah sempat aku berblogging. Apa faedah yang paling best aku bagi kat diorang? Yang pertama, aku selalu jadi tukang jaga rumah diorang yang besar tu sebab pakcik dan makcik aku ni jenis sibuk sikit. Kekadang tak ada kat rumah. Siang hilang. Malam je ada. Kekadang jumpa pun keesokkan paginya. Kekadang tak ada kat rumah beberapa hari. Tinggal aku sensorang. Yang kedua, akhirnya rumah Pak Cu aku dah ada streamyx. Puas aku hasut dan nasihat. Akhirnya terbuka hati juga sebab anak-anak diorang suka main internet. Bil internet yang dial-up tu kekadang leh cecah 3-4 ratus. Gila nak bayar tiap-tiap bulan. Bila aku hasut satu keluarga tu supaya melanggan Streamyx yang plan Combo tu, yang cuma bayar Rm60 setiap bulan, akhirnya mereka bersetuju dan sejak hari talian Streamyx itu ONline kat rumah tu, aku memang selalu tidur lewat. Gi tempat kerja pun dah selalu lewat. Haha. Jahat tol aku. Ini kenangan yang agak indah dan masih aku ingat. Yang cerita lain, tak mau cerita. Ini yang aku rasa paling best nak share dengan korang. Lupa nak habaq, Panduan Tnx aku tu dilancarkan pada awal tahun 2009 secara rasmi. Kalau korang ingat, harga panduan ni bermula dengan harga RM27 sahaja. Tapi ramai yang rasa panduan tu macam hampeh dan tak memberi manfaat. Tapi lepas aku naik harga ke Rm47. Dekat 100 lebih yang mendapatkannya dan selepas aku naikkan ke RM50, makin bertambah-tambah yang berminat untuk buat duit dengan Tnx. Aku pun tak faham dengan psikologi manusia, kalau barang murah, memang korang tak suka beli ke???

Tahun 2010 iaitu tahun ini. Memang banyak sangat berbeza sebab tempat kerja aku dah berubah. Aku kena campak pula ke Damak. Kira-kiranya 20 minit dari Jerantut kalau pecut dengan menggunakan Black Saga aku tu. Tempat kerja ni agak bagus. Aman. Damai. Tenteram dan tidak ada peperangan seperti di Iran atau Iraq. Tak ada Bush, tak ada Obama, tak ada Saddam Hussein dan orang-orang yang aku tak suka. Pendek cerita, disebabkan udara kat sini sangat aman, aku hidup dengan santai sekali. Kenangan berpuasa? Ya, kat ini memang banyak betul dugaan. Aku pernah jumpa budak-budak kat sini selamba aje minum air atau hisap rokok disiang hari. Itu belum jumpa yang gogok air oren Twiter ketika menunggan motosikal. Kedabau betul budak-budak ni. Aku tak kata semulah, tapi boleh kata ramai la jugak. Aku harap diorang akan berubah suatu hari nanti sebab budak-budak yang aku jumpa tu umurnya belasan tahun. Bukan bawah umur lagi. Ada yang tengah ambil SPM, dan ada juga yang dah bekerja. Tok sah ceritlah. Tapi dari segi sosial, memang pening kepala gak la dok kat sini. Budak lelakinya kalau ok, ok la. Kalau teruk, teruklah. Tapi aku akui, kaum-kaum gadis terutamanya budak sekolah sangat ayu dan manis. Tergugat gak kekadang bila limpas diorang balik sekolah. Haha..

Peristiwa yang paling menarik pada tahun berpuasa kali ini adalah tadi. Aku baru aje eksiden tadi. Esok dah nak raya. Sekali bulih pulak berlanggar dengan sebuah kereta wira yang aku rasa macam nak menerajang orang aje malam ni. Tapi mungkin level kesabaran aku masih ditahap yang masih dikatakan membanggakan, aku sabarkan aje. Setelah berbincang secara separa serius, aku terima Rm300 dari brader Wira tu. Malas nak berpanjangan. Habis kereta kelisa tu. Kena ketuk la jawabnya. Harap-harap tak teruk. Sebab aku budget kalau ketuk lekuk kat pintu + harga cat, mau dekat-dekat dua ratus lebih. So, kalau ada balance, brader Wira tu dah halalkan. Tapi kalau tak cukup, dia kata akan transfer duit ke akaun bank aku. Waa, main transfer-transfer plak. Kesian plak aku tengok anak dia yang perempuan tu. Agaknya tertidur tadi. Bila berdegung kereta bapak dia langgar kereta blogger bujang ni, terus bangun dan menangis bila dengar aku marah-marah tadi. Sorilah dik, abang bukan saja nak marah bapak adik. Dah bapak adik kurang ajar sikit dengan Black Saga abang tu. Itu yang abang tak leh nak terima. Abang kena pertahan maruah Black Saga abang tu. Harap adik tak marah-marah abang dalam kereta balik nanti ye. Hehe..

** Panduan TNX 2.0 pula dilancarkan pada awal tahun 2010 dengan harga Rm47. Alhamdulilah, ramai yang membelinya dan mampu buat duit dengan Tnx. Malah, program Tnx ini semakin popular dikalangan blogger-blogger tegar dan blogger Malaysia yang lain. Rugi woo tak buat duit dengan Tnx ni..


Cukuplah kisah kenangan berpuasa aku dalam beberapa tahun ini. Ada duka dan ada nestapa. Aku rasa korang pun ada kisahnya tersendiri dan mungkin ada yang berkongsi diblog masing-masing. Cerita yang aku beritahu ini merupakan part-part yang aku rasa perlu kongsikan dengan korang. Yang baik, korang ambil. Yang jahat tu, korang benci dalam hati dan maafkan aku jika ada terkasar bahasa samada dari segi tatabahasa, bicara dan juga kelancangan aku menaip perkataan-perkataan yang mungkin membuatkan hati korang rasa macam nak benci kat aku sepanjang zaman.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf zahir dan Batin dari Titan Sekeluarga. Assalamualaikum!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini kerja. Hari esok kita cuti. Tadi sahur, petang ni berbuka.

Tak banyak perkara yang hendak aku cerita, tapi yang pasti aku tahu setiap hari aku ada kerja yang perlu diselesaikan, aku ada tanggungjawab yang perlu digalas, aku ada arahan yang perlu dipatuhi dan aku ada banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Begitu juga dengan korang, adik korang, mak angkat korang dan sebagainya. Setiap orang ada kerja masing-masing yang tersendiri.

Bila cerita bab kerja nih, aku cukup tak suka dengan perangai seorang kawan aku ini. Aku dah penat berperang mulut dengan dia. Bukan aku nak kata apa, tapi mamat ni memang tak makan saman. Kerja berlambak tak siap. Tapi dia masih banyak masa untuk bermain-main, berborak, chatting sana sini dan juga rajin juga pergi mengorat gadis-gadis ditempat kerja.

Aku tak halang dia buat macam tu. Aku tak larang dia nak chatting lama-lama. Aku tak kesah dia nak test ilmu mengorat dia tu dan aku langsung tak hairan langsung kalau dia nak main-main masa kerja. Tapi kerja yang bertimbun tu, tolonglah selesaikan. Dia kena faham. Kalau kerja dia tak siap-siap. Dia kena tahu plak yang ramai lagi orang yang tengah tunggu kerja dia siap untuk menyudahkan kerja. Contohnya begini. Setiap orang ada tugas-tugas yang telah diagihkan. Team A, cari kain. Team B, buat ukuran kat kain. Team C, cari butang baju dan sampin. Team D, jahit baju. Kalau team B tak buat kerja. Camana Team D nak buat kerja? Jadi, takkan siaplah baju melayu encik W ni. Kiranya gitulah perbandingannya. Aku tahu yang hati tu kerja macam nak tak nak ikhlasnya. Tapi kita kena faham yang kita ni bukan kerja sorang-sorang dan ada setiap tempat kerja ada politiknya tersendiri. Kita kena campur sekali-sekala. Bukan hendak tahu sangat macam-macam perkara, cuma kita kena alert tentang sesuatu. Ada bagusnya politik pejabat ni kalau kita gunakannya untuk perkara yang baik.

Dan terapkan dalam diri yang kita buat kerja ni ikhlas dan untuk mencari rezeki yang halal. Ya. Kita dapat gaji. Jadi, buatlah kerja dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita dapat kerja yang mudah. Jadi, cepatlah siapnya. Kadang-kadang kita dapat kerja banyak dan melampau-lampau susahnya. Jadi, agak lambatlah siapnya. Kalau terlalu sukar, minta pertolongan kawan. Mungkin kawan-kawan kita ada teknik dan cara yang lebih bagus dan cepat untuk selesaikan masalah kita tu. Sama juga dalam dunia blogging. Kita nak belajar tentang blogging. Jadi, kita kena tahu apa yang kita kena belajar. Jika nak belajar sorang-sorang. Boleh. Cuma lambat sikit kita lihat hasilnya dan perlukan banyak masa dan tenaga untuk digunakan. Kalau kita belajar dengan kawan atau kita cari guru, ianya akan menjimatkan masa dan sekaligus akan menghasilkan kerja yang lebih mengagumkan. Betul tak? Tak perlu nak bodoh sombong atau pura-pura tak tahu. Bersederhana itu lebih afdal dan lebih bagus!

Jadi, nasihat aku. Apa sahaja kita yang kita buat, kita lakukannya dengan bersemangat dan jangan lupa, kita nikmati saat tersebut. Jika kita boleh enjoy ketika kita makan atau berdating, takkan waktu kerja kita tak boleh nak enjoy??

Ps: Pagi tadi terlajak tidur. Secara officially, ini kali kedua aku tak bersahur dalam bulan Ramadan tahun ini. Adehh..rugi. Rugi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hehe..ya. Aku akan pulang ke Banting petang ini dan mungkin dalam pukul 2 lebih nanti aku akan bertolak setelah siap kemas-kemas apa yang patut. Isi mintak sikit dan aku akan terus memecut ke Banting dan aku harap takdelah kena speed trap pula. Aku akan cuba bawa BlackSaga aku tu dengan lebih berhati-hati. Doakan aku selamat pulang untuk bersahur dan berbuka dengan mak abah aku hari ini. Rindu dah pulak dengan ikan goreng rangup, nasi lembik, petai dan sambal belacan. 4 kombinasi tu dah cukup membuatkan aku tambah nasi 2-3 pinggan.

Dan hari ini juga kalau sempat, mungkin juga aku akan sempat solat terawih di Banting. Masjid At-Takwa. Teringat kenangan berterawih masa kecil dulu dimasjid nih. Dulu pernah main “polis and thief want to jaga”, pastu main “silat lagenda”, siap aku jadi Hang Kasturi lagi. Main mercun kat masjid ni. Main mercun tali. Gi cari sesiapa punya selipar, ikat mercun tali tu. Waktu paling seronot sekali, bila semua orang dah nak balik. Pakai je selipar, meletup-letup mercun dan melatop terus bunyi orang terkejut dan melatah. Paling best bila kitaorang pedajal selipar-selipar makcik-makcik yang datang terawih. Haha, kitaorang lah setan pada malam tu.

Mungkin juga akan sempat jumpa teman-teman seperjuangan yang sudah lama tidak berjumpa. Yelah, aku dah jarang lepak Banting sekarang, memanjang kat Jerantut dengan Damak aje. Jadi, memang kalau ada member Banting jumpa aku, kata aku sombong. Aku reda ajelah. Nak buat macam mana, kekangan kerja dan masa yang membuatkan aku terjebak sebegini. Takkan sebab ni pun nak putus sahabat pula. Takpe, malam ni aku roger, kita gi makan char kuew tiaw kegemaran aku tuh. Ok?

Pada masa yang sama, ini juga membuatkan aku akan bersahur kali pertama di Banting. Dan mungkin juga berbuka kali pertama di rumah nenek aku yang kat Olak Lempit tu. Dan mungkin ini juga kali pertama dalam bulan Ramadan ini, aku akan mendengar leteran nenek aku yang suruh aku cepat kahwin. Dah lama tak dengar nenek berleter.

Sungguh, aku rindu suaranya.Ye, ye. Aku cucu manja nenek aku. Berbanding adik-beradik aku yang lain, aku yang agak rapat dengan nenek. Aku juga yang selalu mengada-ngada dengan nenek. Aku juga yang selalu jadi tempat nenek luahkan masalah dia kat aku. Bukan aku nak riak. Tapi mungkin sebab aku pernah tinggal kat rumah nenek aku dalam setahun dua masa aku kecil dulu membuatkan aku rapat dengan nenek. Lagipun, antara adik-beradik aku memang aku yang selalu balik kampung. Adik-adik dan akak aku memang sibuk sikit. Lagipun, dalam keluarga aku. Aku yang pakai kereta dulu. Itu pasallah aku juga yang selalu kena bawa mak dan abah aku balik kampung. Ya, aku tahu. Besar tanggungjawab anak lelaki nih. Aku juga yang akan jadi wali untuk kakak dan adik perempuan aku nanti. Mereka masih dalam tanggungjawab aku dan aku akur aku tak boleh lari dari itu semua.

Itu sahaja aku nak kongsi dengan korang. Mungkin hal berbuka puasa dengan keluarga ni dah jadi kebiasaan bagi korang. Tapi bagi aku, dalam beberapa tahun kebelakangan ni, memang cukup susah untuk aku berbuka dan bersahur dengan keluarga. Ya, aku rindu suasana tu. Aku tahu, korang pun rindu mak abah korang dan juga rumah korang tu. Jadi, kalau korang juga balik kampung pada hari ini, memandulah dengan berhati-hati. Ingat pada orang yang tersayang dan insan-insan yang bakal menjadi kesayangan korang.

Ps: Korang sayang nenek korang tak? Aku sayang sangaatttt.. icon smile Hari Pertama Berbuka Puasa di Banting

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tahun 1997-2001.

Kali ini kisah aku berpuasa pada bulan Ramadan juga seperti siri yang lepas. Cuma kali ini ianya berlaku pada tahun 1997-2001. Kiranya ketika aku di alam sekolah menengah. Di sini, aku bersekolah di sekolah A selama 3 tahun dari tahun 1997 hingga 1999. Selepas aku berjaya dapat keputusan yang agak baik dalam PMR, aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah B). Maksudnya, semua pelajar baik lelaki atau perempuan WAJIB duduk dekat asrama. Takda pelajar yang berulang-alik dari rumah ke sekolah. Jadi, cerita kali ini lebih kepada 2 tahun terakhi aku dalam alam sekolah iaitu pada tingkatan empat dan lima atau lebih tepat ketika di sekolah B.

Tahun pertama ketika di sekolah B, tak ada banyak yang menarik. Maklumlah, sekolah B tu pun masih baru. Baru aje 3 tahun ditubuhkan dan pada tahun itu juga baru ada budak tingkatan 1 masuk. Selama ini cuma ada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Dan aku akui, kemasukan pelajar tingkatan 1 memeriahkan lagi suasana kat sekolah tu. Yelah, kat sekolah tu wajib panggil abang atau kakak walaupun usia korang cumalah berbeza beberapa bulan sahaja dengan orang lain. Kekadang, berbeza satu dua bulan sahaja dan aku terpaksa juga panggil diorang abang walaupun aku tak berapa gemar. Tapi kalau akak-akak tu, aku tak kesah. Haha..sebab majoriti budak-budak perempuan sekolah aku tu, semuanya pandai-pandai belaka. Baik dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sudahlah pandai, lawa plak tu. Kekadang, aku sendiri tak sangka begitu ramai pelajar perempuan yang lawa-lawa semasa aku belajar kat sekolah tu. Kiranya macam kejutan budaya gak dibuatnya.Aku ni kira masih hijau lagi kot masa tu..

Ok. Stop! Aku dah melalut ni. Dipendekkan cerita, bulan puasa pada tahun 2000. Kiranya tahun y2k la yang katanya akan merosakkan semua sistem komputer seluruh dunia. Tapi tak rosak pun. Cis! Bulan puasa pada tahun itu memang aku berpuasa penuh, solat terawih 20 rakaat, 3 rakaat untuk witir da membaca al-Quran. Dan aku harap ianya mendapat keredaan dari Allah walaupun aku ni takdelah sebaik mana. Alhamdulillah aku tak pernah datang bulan ataupun tumpah darah. Dan pada bulan tersebut juga aku kenal dengan satu pelajar perempuan. Nak kata kenal, tak juga. Tapi lebih kata aku rasa cam terpaut dengan seseorang. Biasalah, zaman budak sekolah. Bohonglah kalau korang tak suka kat sesiapa. Yang peliknya, aku cuma nampak dia pada bulan Ramadan aje. Bulan-bulan sebelum ni aku tak pernah nampak budak tu. Selidik pun selidik, rupanya-rupanya budak tu tingkatan 5 dan ketika itu aku baru tingkatan 4. Tapi kira aku masih tinggi banding budak tu sebab dia rendah banding aku. Biasalah, budak lelaki memang biasanya lebih tinggi dari budak perempuan.

Jadi, bermulalah episod aku cuba untuk mengorat dia. Segala jenik taktik dan strategi telah aku buat. Kekadang tak menjadi dan akhirnya aku reda. Mungkin dia bukan untuk aku dan aku akur jika aku dapat bercakap dengan budak tu sekali seumur hidup pun, dah kira orait apa. Dan pada penghujung ramadan, lagi 2 hari kita orang semua nak balik berhari raya ke kampung masing-masing, aku berpeluang untuk bercakap dengan budak tu. Itupun nasib aku rasa nak keluar gi tandas. Kalau tak, memang takkan terserempak punya. Budak tu masuk ke perpustakaan. Jadi, aku saja-sajala lalu kat situ. Sekali masa dah nak kat pintu perpustakaan tu, budak tu tetiba plak keluar. Aku dah susah nak elak, terus budak tu terlanggar aku. Oleh sebab badan aku agak sasa sikit waktu, budak tu tergolek plak kat situ. Aku dengan spontan terus tarik budak tu bangun sebab aku rasa cam aku bersalah plak. Budak tu dah tersipu-sipu bila aku tarik dia bangun dan aku terus minta maaf sebab muncul tiba-tiba. Aku pandang dia dengan tak reti malu. Dia pandang aku termalu-malu. Dan selepas berborak sikit-sikit. Terus aku pergi masuk dalam kelas. Dan akibat keluar kelas menghampiri 30 minit, aku kena denda dengan cikgu sebab masuk lambat. Lantaklah, janji aku dapat cakap dengan budak tu. Haha..

Dan yang paling best, esoknya aku dapat sedikit titipan dari budak tu. Dia passing bekal kuih tu ke pelajar tingkatan 1 yang lelaki. Dan budak tu cari aku. Budak tu cerita, tadi ada akak tingkatan 5 suruh bagi bekal ni kat abang (aku).Aku bukak, sekali ada kuih karipap dua bijik dan kuih keria 2 bijik. Aii, camana leh tau kuih kegemaran aku. Satu yang pedas, satu yang manis.  Dan aku terima dua berita pada hari terakhir sebelum kami pulang ke kampung.

Berita pertama. Budak tu bagi aku surat. Itu pun dia main pass-pass gak. Tapi kali ini dia pass kat budak perempuan yang satu kelas dengan aku. Dalam surat tu dia ceritalah memacam. Biasalah, ayat-ayat jiwang. Mukadimah aje dah bagi hadis dan ayat Al-Quran. Aku sengih sorang-sorang kekadang bila ingat benda nih. Last sekali dia kata, dia suka dengan aku dan dah lama perhatikan. What!!?? Aku terkedu. Itu berita gembira.

Berita kedua. Dalam surat tu juga budak tu beritahu. Dia akan berpindah sekolah selepas raya kerana mengikut ayahnya yang berpindah kerja ke Kedah. Aku sekolah kat Subang Jaya masa tu. Jadi, kira jauhla. Dan aku memang jenis tak suka hubungan kawan jarak jauh ni. Selebihnya, korang boleh corakkan mengikut imaginasi liar korang. Ok. Itu berita sedih.

Penutup. Dalam 2 tahun itu, inilah salah satu cerita dalam bulan Ramadan yang sukar aku hendak lupakan sebab itu kali pertama aku tersuka pada budak perempuan yang lebih tua dari aku. Sebelum ini tak pernah. Sekali lagi. Tak pernah. Dan sekarang pun tak pernah. Jeling-jeling aje pernah. Ada banyak cerita lagi. Tapi kiranya ini yang aku rasa nak kongsikan sebab aku sendiri jarang cerita bab aku bercinta monyet kat korang kan. So, ini salah satu cinta monyet aku pada sekolah menengah dulu.

Ps: Nama budak perempuan tu, Husna.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011