Archive for the 'Damak Life' Category


Bila aku lihat perlawanan Hoki antara Malaysia dengan India semalam, aku sungguh teruja. Aku yakin ramai rakyat Malaysia juga turut teruja dan bersemangat untuk melihat perlawanan final antara Malaysia dan Pakistan pada esok nanti. Kemenangan Malaysia kea atas India betul-betul menggembirakan semua peminat hoki termasuklah aku. Aku pun tak tahu kenapa, tapi memang gembira bila tengok perlawanan hoki semalam.

Ketika Malaysia mendapat pukulan sudut penalti kali pertama, mereka gagal. Tapi dalam hati aku berkata, lepas ni mesti boleh gol kalau dapat pukulan sudut penalti. Ternyata, apa yang aku teka, betul-betul terjadi. 3 pukulan sudut penalti selepas itu, gol belaka termasuklah satu jaringan padang yang dilakukan oleh pemain Malaysia. Tidak aku nafikan semangat dan pengalaman mereka menjadikan permainan semalam begitu menarik. Permainan yang agak agresif dari pemain-pemain Malaysia membuatkan aku rasa permainan semalam sangat menarik berbanding permainan-permainan Malaysia yang pernah aku tontoni selama ini. Ya, sangat berbeza dan aku cuma harap barisan pertahanan dan barisan tengah dapat memperkuatkan kawasan masing-masing. Mereka terlalu mudah membenarkan pemain India untuk menguasai kawasan tengah dan mudah membocori pertahanan Malaysia. Nasib baiklah bila bertahan, hampir keseluruhan pemain Malaysia berkampung di kawasan D. Macam main bola pula gayanya. Haha..tak kesahlah, janji depa menang semalam..

hokimalaysia 300x156 Bila Skuad Hoki Malaysia ke Final Sukan Asia..


Apa yang aku nampak, pemain Malaysia tidak putus asa walaupun ketinggalan 2 kali walaupun kita pernah mendahului mereka dengan jaringan awal. Tapi tak sampai 3 minit, skuad India berjaya membolosi gawang gol skuad Hoki Malaysia. Dan gol kedua pula memang sukar nak cakap. Pendek kata, kalau pemain Hoki kita bermain bersungguh-sungguh seperti semalam, aku yakin emas adalah dalam gengaman Malaysia untuk Sukan Asia ni. Mereka cukup bersemangat dan tak henti-henti berlari dari awal permainan hinggalah minit terakhir.

Dalam banyak-banyak gol, aku suka gol yang kedua dan ketiga. Set piece diorang menjadi dan aku akui, bukan mudah nak jaringkan gol dalam permainan hoki nih. Tak sama macam bola sepak atau bola baling. Bermain hoki dengan kayu hoki, kena guna tenaga yang tepat untuk menghayun kayu hoki dan sekaligus target ke arah pintu gol. Bukan mudah nak menjaringkan gol. Tapi semalam, aku lihat setiap gol pasukan Malaysia betul-betul menarik. Dah lama aku tak tengok perlawanan hoki seperti semalam. Aku harap mereka dapat teruskan bermain agresif seperti semalam dalam perlawanan akhir Sukan Asia nanti. Sekaligus menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 secara automatik. Seperti yang kita tahu, Juara Sukan Asia 2010 ini akan mendapat tiket automatik ke Sukan olimpik 2012 nanti. Wahh, best betul macam nih. Tapi aku tahu, bukan senang. Skuad Pakistan juga mahu layak secara automatik ke Sukan Olimpik. Jadi, mungkin kita akan lihat satu lagi perlawanan epik antara Malaysia dan Pakistan, esok. Pasti menarik. Pasti mendebarkan. Jam 5 petang, waktu Malaysia. Bersiap sediahlah dengan teh tarik dan roti canai atau nasi lemak didepan tv untuk menyokong pasukan Malaysia. Yehh!!

Ps: Main hoki ni lagi susah daripada main Mindwarp nih. Huhu..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini memang agak gembira. Ada banyak jamuan yang aku kena datang. Tapi dalam banyak-banyak, aku cuma datang undangan makan malam untuk kelab badminton kita orang. Aku gagal untuk jadi johan dan sekadar layak untuk tempat ke 3 dari semua pasukan. Tewas pada separuh akhir dan team yang mengalahkan team aku menjadi Johan kali ini. Huh, sekurang-kurangnya, aku kalah pada team yang jadi johan. Takdelah rasa trauma sangat. Haha..

Cerita tentang badminton ni, aku sedih lagi dengan kekalahan skuad badminton negara dalam Sukan Sea 2010 ini. Mungkin apabila Chong Wei kalah, semua semangat untuk menang menyebabkan skuad badminton negara terus hilang arah dan menyebabkan kita kalah 2-3 kepada Thailand. Aku tidak terkejut apabila Bonsak menang kita berlawan dengan Chong Wei. Dia ada kemampuan untuk mengalahkan Chong Wei. Jadi, kalau dia menang, aku tidak terkejut sangat. Cuma rasa kecewa tu memang terasa sebab kita memang mengharapkan pingat dari skuad Badminton untuk Sukan Sea kali ini.

Berita kekecewaan demi kekecewaan menimpa pula pada Skuad Bola Sepak negara yang kalah 3 kali berturut-turut. Kekalahan pertama ditangan Jepun. Kemudian, kepada China. Yang ni, memang aku cukup panas bila menyaksikan skuad Malaysia cuma bermain seramai 8 orang sahaja. Manalah cukup nak lawan 11 orang pemain China dan 1 orang pengadil yang agak berat sebelah. Dan hampir separuh pemain Malaysia dapat kad kuning. Seingat aku, cuma seorang sahaja pemain China yang dapat kad kuning. Aku rasa, hampir seluruh rakyat Malaysia memang angin satu badan dengan pengadil yang berasal dari Australia tu. Tapi kita tetap tak boleh buat apa. Pengadil adalah segalanya. Kita maki hamun ke, kita complain ke, kita santau ke, kita tetap telah kalah dengan China. Huh, Ben William, inilah nama pengadil yang buat aku sakit kepala dari hari kita kalah sehinggalah saat ini.  Kena pula kali ini Sukan Sea diadakan di China, so memang sangat advantage bagi mereka. Dan kekalahan ketiga kepada Iran. Yang ni memang kebal. 3 gol berbalas satu (3-1). Kalau tak kerana keeper Malaysia tu, aku rasa Iran dah pesta gol rasanya. Tapi nak buat macam mana, pemain yang ada pun bukan kesebelasan utama. Ramai pemain Malaysia yang dah cedera dan separuh daripadanya ada kad kuning. So, memang bayang-bayang kekalahan memang sudah kelihatan. Apapun, aku harap skuad Malaysia akan lebih gigih berusaha dan mengembalikan kegemilangan Bola Sepak Malaysia seperti zaman Mokhtar Dahari dulu. Memang sukar, tetapi tidak mustahil.

Kembali ke sukan Badminton, apapun, kita masih ada peluang untuk Perseorang Lelaki dan Bergu Lelaki. Kita ada peluang untuk mengondol pingat. Tak kisahlah pingat warna apa, janji peluang tu sangat cerah. Harap Chong Wei dan bergu utama  kita dapat menyinar kembali. Dan mungkin Hafiz Hashim dapat menyelit ke separuh akhir untuk mendapatkan pingat juga. Inilah masa bagi Hafiz untuk membuktikan yang dia masih berbisa.

Esok, aku akan pulang ke Banting untuk meyambut Hari Raya Aidil Adha bersama-sama keluarga. Harap perjalanan aku nanti tak ada apa-apa masalah walaupun aku tahu esok mungkin jalan raya baik highway atau lowway akan sibuk sehingga ke malam. Aku harap tak ada juga kemalangan jiwa yang berlaku pada esok. Cukup-cukuplah eksiden sebelum ni, bagilan kereta Ambulan tu rehat dan staff-staff kat hospital tu tak kerja lebih masa..

Ps:  Aku tengah belajar semula untuk jumping smash. Asyik-asyik kurang menjadi ajer..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Petang tadi, selepas pulang dari tempat kerja. Terus aku menuju ke rumah dan membuka tv. Ada benda yang menarik-narik aku untuk melihatnya. Tak silap tekaan aku. Dalam masa 5 minit, Lee Chong Wei akan bermain dalam final badminton Sukan Komenwel yang ke 16 di New Delhi, India. Lawannya..aku tak berapa ingat. Tapi macam orang India tetapi mewakili England. Pendek cerita, Lee Chong Wei menang dengan bergaya walaupun pada permulaan permainan beliau ketinggalan 1-6 kepada pemain England tersebut. Sekali lagi, tahniah kepada Lee Chong Wei sebab menjadi Johan dan pemenang pingat emas dalam edisi Sukan Komenwel kali ini. Mungkin ini antara kenangan termanis bagi beliau pada tahun 2010 ini.

Selepas itu, pemain bergu kita Koo kee kiat dan Tan Boon Heong pula berlawan dengan pemain England. Pendek cerita, bergu kita menang lagi dan lagu Negaraku berkemundangan sekali lagi untuk emas yang ke 12. Aku yakin yang bergu ini akan berjaya menjadi johan dan mengikut jejak langkah Lee Chong Wei. Dan untuk pengetahuan korang, buat masa ini Lee Chong Wei dan Koo Kee Kiat/Tan Boon Heong merupakan ranking pertama dalam dunia samada dalam single atau double.

Kemudian, aku tunggu pula untuk lihat Wong Mew Chu pula yang akan berlawan dengan Santia, pemain India yang merupakan satu-satunya yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara badminton. Seperti yang aku duga, Mew Chu tewas dengan kehebatan Santia. Aku dapat agak kerana aku sempat lihat permainan Santia ketika separuh akhir dulu. Beliau sangat tangkas dan pantas. Malah, pukulan smashnya juga agak laju, suka mengejar bola satu gelanggang dan bijak mengawal keadaan yang dalam satu ketikanya berjaya membuatkan Wong Mew Chu hilang arah, terutamanya pada set yang ketiga. Tak ada apa yang aku dapat kata, tapi aku ucapkan tahniah kepada Wong Mew Chu kerana menghadiahkan kepada negara pingat perak. Jika beliau bermain lebih agresif dan tidak menghadapi masalah kecederaan, aku yakin dia akan jadi pemain no.1 dunia dalam acara single dan beliau pernah duduk dalam ranking tersebut buat satu ketika. Cuma tidak lama seperti Lee Chong Wei..

Dan aku teringat permainan badminton yang aku main malam tadi di Dewan Kampung Baru. Aku dapat pasangan baru untuk liga baru ini. Seperti biasa, kami akan diundi untuk menentukan pasangan masing-masing. Dan aku gembira kerana pasangan aku ini agak hebat dan kami baru sahaja menang game pertama kami dalam liga ini. Masih ada lima game yang perlu kami harungi untuk jadi juara liga dan biasanya selepas itu kami akan bermain dalam permainan kalah mati untuk mencari johan kedua. Dan biasanya kami semua akan mencari kemenangan demi kemenangan untuk mencari juara berganda. Aku pernah jadi juara liga tapi belum pernah lagi juara berganda.

Aku dah lama main badminton. Sejak kecil lagi. Aku pun tak tahu yang sukan ini begitu popular untuk masa sekarang. Dulu aku main kerana abah aku selalu ajak aku dan adik-adik aku main badminton didepan rumah pada waktu petang. Kemudian, terpilih pula untuk wakil sekolah masa darjah 6 cuma team sekolah kami kecundang dalam pusingan awal. Sempat juga aku jadi team sekolah masa tingkatan 5 ketika bersekolah di Subang Jaya, dan alhamdulillah, kami berjaya jadi Johan Berpasukan peringkat daerah dan zon. Selepas itu, aku masih bermain badminton ketika di Matrikulasi. Cuma atas karenah politik dan birokrasi, aku dan beberapa kawan aku yang agak terer tak terpilih mewakili Matrikulasi. Bengang pun ada tapi nak wat camana, rezeki tak ada. Ketika di UMS, pun takde rezeki ketika pemilihan untuk wakil UMS ketika aku ditahun pertama. Semua yang datang, budak cina sahaja. Yang melayu, adalah dalam 3-4 orang termasuk aku. Kesudahannya, menang kami yang melayu ni tak dapat nak counter geng-geng budak cina. Diorang memang lebih hebat dan aku terpaksa mengaku walaupun aku menang lawan seorang pemain cina tu. Cuma aku tak ada rezeki. Itulah adat bersukan. Kalau tak dapat, jangan wat muka seposen. Muka kena tenang aje..dan akhirnya ketika bekerja selepas hampir 2-3 tahun bersara sekejap dari dunia badminton, aku bermain semula dan terlibat dengan liga-liga kecil di Jerantut dan Damak. Kira ok gak la. Bukan selalu. Ternyata, jodoh aku dengan sukan Badminton ni agak rapat sehingga ke hari ini..

Mungkin korang rasa aku macam merepek tentang badminton. Tapi inilah hakikatnya. Hidup aku dengan sukan badminton memang agak susah nak dipisahkan. Andai kata maut menerpa, mungkin saat itu aku terpaksa menggantung raket tu..

Ps: Korang masih main badminton?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yahh. Sempena internet connection malam ni agak laju sikit berbanding biasa, jadi sempat juga aku nak update blog aku nih. Betul, ini komisen terkini yang aku terima dari program Text Link Ads. Yang ke 33 dan aku rasa aku akan dapat lagi pada bulan-bulan yang akan datang. Mungkin tak banyak, tapi lebih baik dari tak ada langsung kan?

tlaseptember2010 300x129 Komisen ke 33 dari Text Link Ads


Aku rasa ramai antara korang yang dah naik menyampah dengan program ni. Biarpun korang ada blog yang pageranknya tinggi, tapi korang masih gagal mendapat sebarang jualan di TLA. Malah, jika dapat pun, mungkin setelah menunggu lebih dari 6 bulan. Dan pada waktu itu, bila-bila masa sahaja blog korang boleh kehilangan pagerank jika Google berjaya mengetahui yang blog korang telah mula menjual link. Jadi, sampai satu tahap, korang langsung tak dapat 1 sen pun dari program Text Link Ads. Ini membuatkan ramai orang putus asa dengan program ini dan beralih ke program lain.

Jadi, kat sini aku nak beritahu. Jangan bergantung harap pada satu program sahaja. Ada banyak program yang macam Text Link Ads dan korang boleh cuba program-program tersebut. Antaranya seperti Backlinks, Linkadage, Teliad, Advertisespace, LinkXL, Linkads, Tnx dan sebagainya. Itupun jika korang berminat untuk buat duit dengan menjual link. Jadi, jangan buang masa dan cuba alternatif lain yang mungkin boleh beri korang peluang yang lebih baik. Tapi jika berminat dengan TLA, korang boleh cuba. Lebih-lebih lagi pada mereka yang tak pernah lagi cuba program ini.

Gi sini: Text-Link-Ads.com

Ps: Baru lepas makam mee goreng basah. Fuhh..manis dan pedas..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011