Archive for the 'contest' Category


Hari ini takde sangat tips buat duit dari aku. Sebab aku tengah mengalami sindrom malas dalam pertengahan bulan ini. Jangan tanya kenapa aku malas. Ada banyak sebab untuk aku jadi seorang yang pemalas. Kalau korang terer, korang mesti perasan kenapa aku malas. Haha..

Ok. Oleh sebab aku rasa macam malas, aku saje nak rajinkan diri aku review contest member kita yang seorang ni. Dah lama aku tak join contest komen-komen kat blog orang lain ni. Ok, blog Esempoi ada menganjurkan satu pertandingan komen diblognya. Macam biasa, salah satu sebab orang buat contest, untuk dapatkan trafik dan mempromosikan blog mereka. Jadi, mari kita support contest ini dan komen ramai-ramai. Bukan susah pun, baca, komen seikhlas mungkin. Lagipun, banyak gak artikel yang best-best untuk dibaca di blog Esempoi ni..

hidupbiarsempoiblogesempoi Pertandingan di Blog Esempoi.com


Ini serba sedikit apa yang korang perlu tahu tentang contest ini:

1) Link ke post ini iaitu post untuk pertandingan komen dan menang.
2) Link ke blog penaja iaitu blog kimirekonen

Untuk daftar, guna nama yang sama dan email yang selalu guna, supaya senang penganjur contact untuk urusan pembayaran hadiah. Jangan lupa sertakan post blog korang di bahagian komen untuk penganjur check.

Tempoh masa pertandingan pula adalah dari hari ni iaitu 1 Jun 2011 hingga 31 Julai 2011 (12 malam). 2 bulan tempohnya. Sekejap sahaja tempohnya. Kena cepat bertindak. Nak tengok siapa yang lead, tengok kat sidebar pada ruangan pengomen terbanyak (tapi ni ikut bulan sahaja). Untuk tentukan pemenang, korang check guna top commentator plugin secara custom date.

Hadiahnya pula adalah seperti berikut: (HADIAH TUNAI)
Tempat pertama: RM100
Tempat kedua: RM70
Tempat ketiga: RM50

Bonus: Referer terbanyak ke blog ini akan menerima RM80 (Penganjur akan check guna awstat) Pemenang akan diumumkan pada 1 Ogos 2011 atau secepat mungkin. Hadiah ditaja sendiri oleh penganjur iaitu Blog Kimirekonen

Aku tak rasa aku boleh menang sebab ramai lagi yang terer-terer boleh menang. Aku cuma nak kacau daun aje. Dapat tempat ketiga pun dah cukup bagus apa. Tapi kalau tak menang pun tak apa. Sebab aku pun memang tengah malas nih. Kalau aku rajin, mungkin boleh menang tempat pertama. Hehe.. tidak pun, korang tak yah join. Bagi aku menang aje. Senang cerita. Hehe..

Ps: Sekarang ni, memang tengah ramai orang buat contest sana-sini. Dulu, aku selalu buat contest. Sekarang ni, memang cukup malas aku nak buat contest. Kalau ada masa, kalau aku rajin, memang aku nak buat contest. Cuma itulah, aku ni dah pemalas benar sekarang nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sejak kebelakangan ni, aku lihat sudah banyak pertandingan-pertandingan dijalankan secara online. Maksud aku, banyak pertandingan ditawarkan sejak ramai orang aktif menggunakan internet. Lebih-lebih lagi sekarang agak mudah untuk online berbanding 5-6 tahun yang lepas. Selepas peningkatan talian internet melalui Streamyx, Digi, Celcom, P1 Wimax, Maxis dan broadband yang lain, aku boleh kata tahap pemikiran orang Malaysia ni dah sampai satu tahap yang agak baik berbanding negara-negara maju yang lain. Malah, pada bulan lepas, Malaysia dikatakan bahawa negara yang paling ramai didunia menggunakan Facebook setiap hari. (Betulkan aku kalau aku silap, tapi aku dengar macam tu la gayanya..)

Jadi, hari ini aku nak kongsikan 2 pertandingan yang aku rasa mungkin korang berminat untuk sertainya selain pertandingan “The Social Network”. Mungkin korang akan lebih tertarik dengan hadiah yang ditawarkan.

Pihak CIMB Bank telah bermurah hati untuk menawarkan sejumlah RM2.4 juta untuk 2 Good 2 Be True contest. Aku rasa ramai yang perasan dengan pertandingan ni. Jika korang perasan, ada iklan Nuffnang yang mempromosikan pertandingan tersebut. Aku rasa mungkin ianya salah satu cara promosi yang baik untuk mempromosikan bank CIMB Bank nih. Yang lebih baik dan unik, adalah kemunculan Lagenda Mr.2. Sampai hari ini aku tak berapa faham tentang motif dan mengapa mesti namanya Mr.2?

Maklumat lebih lanjut tentang pertandingan ni, korang boleh rujuk kat website nih. Siapalah agaknya yang bertuah untuk memenangi hadiah0hadiah yang lumayan tu ek. Nanti aku akan update siapa yang berjaya. Kalau ada nama aku dalam senarai pemenang, korang agak-agak boleh fahamlah kalau aku tak update sape nama pemenang kat log nih. Hehe..

Satu lagi pertandingan pula ditaja oleh 100Plus. Salah satu minuman isotonik yang cukup bagus untuk ahli sukan dan juga rakyat Malaysia. Aku tak ingat sejak bila aku mula-mula minum air 100Plus ni. Tapi rasanya sampai hari ini berjaya membuatkan aku jatuh cinta dengan 100Plus. Setiap kali aku penat berlari atau berjogging, biasanya aku akan singgah kedai dan beli setin air 100Plus untuk menggantikan air yang hilang dalam badan. Fuhh, rasanya sangat melegakan..

100plus 300x211 Mencabar diri dengan Cabaran 100Plus MindWarp


Ok. Pertandingan ini menawarkan hampir RM50000 untuk jumlah keseluruhan hadiah tersebut. 15 orang perserta yang berjaya ke peringkat final berpeluang untuk merebut hadiah utama iaitu RM10000! Siapakah insan yang bertuah itu? Pertandingan ini diberi nama MindWarp. Korang kena pantas dan mempunyai kebolehan meningat atau menghafal dengan baik. Yang penting sekali, mesti berjaya untuk masuk ke peringkat akhir untuk merebut peluang RM10 ribu itu. Aku kena cuba nih. Mana tahu, ada rezeki. Hehe..

Nak cabar diri korang dengan Mindwarp? Leh gi sini : Mindwarp Contest

Ps: Nak main game Mindwarp ni, kena ada akaun Facebook. Kalau tak, tak leh join. Haa, tau tak apa itu facebook?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Semalam, ada kawan-kawan sepejabat aku bercerita. Masing-masing nak beli laptop sebab mudah nak online kat rumah. Yelah, semua orang sibuk berfacebook dan berblog sekarang, jadi masing-masing pun nak buat akaun facebooklah. Nak ek sana, nak ek sini dan macam-macam lagi. Biasalah, nama pun manusia, kalau orang tu ada laptop, aku pun nak ada laptop jugak. Ni lah namanya orang Melayu. Tapi bagus juga, semangat berdaya saing yang berbara-bara memang bagus dan aku harap lebih ramai orang kita memiliki laptop peribadi sendiri. Apa barang main pinjam-pinjam kan? kan? Hehe..

 Denaihati, Contest Baru dan Dua Bijik Laptop Acer Aspire One untuk dimenangi


Cerita bab laptop atau netbook ni, aku ada satu cara yang mungkin boleh bantu korang memenangi 2 Laptop Acer Aspire One yang comel dan kiut. Jadi, jika korang mahu berpeluang untuk menang laptop tu, ada cara-caranya. Takkan dapat percuma macam tu aje kan? Dan sapelah yang baik hati nak bagi 2 bijik Latop Acer Aspire One nih?  Ya..siapa lagi. Si Denaihati sekali lagi menganjurkan satu contest yang selalunya menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Jadi, aku yakin korang pun mungkin berminat kalau nak menang hadiah ni. Bukan itu aje, korang pun akan dapat RM20 untuk satu referrer yang berminat untuk mempromosi contest Denaihati ini. Kira ok apa kan?

Hanya tiga sahaja syarat yang dikenakan kepada blog yang berminat untuk menang Acer Aspire One :

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://amanz.my. (tengah cari sponsor untuk hadiah entri terbaik)

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

Hadiah Acer Aspire One pertama akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI yang menghasilkan trafik ke blog denaihati sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics. Tak kisahlah macam mana korang nak promote contest ni, janji korang promote. Kalau korang tak promote, korang takkan menang. So, take action la. Orang malas, memang takkan dapat apa-apa..

Manakala, hadiah Acer Aspire One kedua akan dihadiahkan kepada PENGOMEN TERBANYAK sepanjang 2010. Bermula Mac PENGOMEN TERBANYAK akan mendapat ruang iklan percuma selama 1 bulan. So..korang leh target untuk bulanan dan tahunan.

Untuk tahu dengan lebih lanjut, sila rujuk disini : Contest Denaihati

Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih besar hadiahnya. Perhatian katogeri referral yang dimaksudkan di sini adalah apabila blog ANDA menjadi referral kepada contester baru. So, jangan lupa kalau korang berminat nak join contest ni, jangan lupa letak nama TITAN atau blog Earncent sebagai referral korang. Tak dapat laptop, dapat komisen untuk referral pun jadilah. Hehe..

Pss: Aku tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog Denaihati.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Agak sedikit sibuk, tetapi aku lega yang beberapa kerja sudah siap dan aku ingin memberitahu korang satu lagi contest atau pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan yang bernilai 500usd untuk kita menangi. Ya, kita! Aku pun nak menang juga. Tapi aku kongsikan berita ini dengan korang agar kita boleh menang sama-sama. Hehe..

Ok. Aku rasa korang mesti kenal Helmi Asyraf, bukan? Aku pernah buat review tentang beliau dulu dan alhamdulillah beliau sedang melanjutkan pelajar ke Rusia sebagai ACCA student.  Secara jujurnya, aku rasa beliau memang berbeza sedikit dengan blogger yang lain sebab beliau ketagih dengan wordpress. Sepanjang aku mengenali beliau, memang wordpress, theme wordpress dan segalanya tentang wordpress yang akan aku nampak. Memang mungkin beliau ada jodoh dengan perkara yang berkaitan dengan WordPress agaknya sehinggalah beliau muncul kembali dengan contest terbaru beliau iaitu Contest, Comment, Promote and Enjoy!

huzzer Helmi Asyraf dan Huzzer Magazine


Pelik kan mamat ni? Dan ini rasanya dah 2 kali beliau buat pertandingan yang lebih kurang sama. Tetapi hadiah kali ini agak lumayan. Korang boleh tengok list hadiah yang beliau tawarkan dulu. Dah tengok? Kalau dah, korang berminat tak hendak sertai pertandingan ni? Jika berminat, korang cuma perlu lakukan apa yang patut. Korang komen dan korang promotelah projek terbaru beliau iaitu Huzzer Magazine.

Yup, Huzzer Magazine main focus is provide the knowledge in terms of the latest news on WordPress and WordPress related issues, tutorial on WordPress tweaking and modifications and let others to share their expertise and experience in using WordPress. See, all about wordpress, wordpress and wordpress. Thats why Helmi create Huzzer Magazine.

Antara hadiah yang aku minat ialah tawaran dari WPWebHost iaitu one Freedom Hosting Plan (1 year free) and lots of coupons worth up to $176 each, one copy of premium WordPress theme (individual licence) from StudioPress worth $59.95 and one copy of Hash One (individual licence – without support) from Obox Design worth $50 and lots of coupons worth up to $30 each. Kalau dapat salah satu daripada hadiah ni, itupun dah cukup bagi. Boleh ek Helmi? Banyak gak theme wordpress yang menarik. Mungkin ada theme yang sesuai untuk aku gunakan bagi blog aku ini sebab dah ramai sangat orang suruh aku tukar theme kesayangan aku ini. Jadi, mungkin contest ini sesuai untuk dijadikan pemankin untuk aku menukar theme blog ini. Hoho..

helmiasyraf Helmi Asyraf dan Huzzer Magazine


Inilah gambar si Helmi. Owner kepada Huzzer Magazine. Apapun, jika ada yang berminat untuk sertai contest ini, bolehlah korang berbuat demikian. Tak rugi sebab ianya percuma sahaja dan cuma perlu komen dan promosikan Huzzer Magazine ini. Kita supportlah orang kita walaupun dia belajar kat Rusia. Bukan senang anak melayu nak sambung belajar kat luar negara ini. Aku pun belajar luar semenanjung malaysia. Tercampak ke Sabah. Tapi aku dan Helmi bersyukur yang kita masih boleh ada masa untuk belajar dan bermain dengan wordpress.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011