Archive for the 'comment master' Category


Mula-mulanya sekali aku mahu mohon ampun jika korang tertunggu-tunggu entri aku selepas post lama aku itu. Sesungguhnya aku sangat sibuk dengan kerja-kerja offline yang sedang aku usahakan sekarang. Kepada yang email untuk service blog dan service mengaktifkan paypal by VCC tu. Aku minta maaf sebab lambat response. Keadaan diluar kawalan tahap genius aku. So, aku akan cuba bertindak secepat mungkin pada masa yang akan datang.

Ada beberapa ujikaji dan edisi siasat yang sedang aku jalankan sekarang dan sedang menunggu hasilnya. Hope semuanya akan menepati ujikaji dan juga mampu membuat sesuatu yang berbeza pada pada edisi siasat kali ini. Aku yakin korang juga menunggu aku membuat sesuatu dan meneruskan entri edisi siasat dan entri open case aku itu bukan? Hoho icon biggrin Basikal Merah ketika aku berumur 4 tahun

Tak lupa juga ada yang bertanyakan aku tentang perihal 1004 cara-cara untuk buat duit dari internet. Aku rasa aku dah sentuh banyak kali dalam post-post ini sejak aku menulis blog ini. Kalau ramai yang rajin, korang leh baca semua entri aku ini. Aku yakin korang akan dapat sesuatu. Terlalu banyak cara untuk buat duit dari internet. Pokoknya, usaha, usaha dan usaha. Jika korang malas, aku pun tak tau nak buat macam mana. Bagi aku, nak duit. Kene kerja. Tak ada duit autopilot selama-lamanya. Walaupun aku juga turut menggemari arena HYIP dan skim cepat kaya pada 3-4 tahun yang lepas, tapi aku akur ianya tidak mampu memberikan aku nilai kepuasan dalam mencari pendapatan di internet. Tapi aku juga tahu ada sesetengah yang berjaya dengan program-program sebegitu. Tidak dinafikan. Tapi secara jujurnya, aku tidak mahir dengan program sebegitu.

Ok. Salah satu cara untuk berjaya dalam membuat duit di internet atau dari internet. Adalah promosi. Jika korang tahu macam-macam jenis promosi untuk advertise korang punya produk atau affiliate, aku yakin korang pasti mampu mencecah RM1-5k dalam masa sebulan. Itupun jika korang terror lah dan jangan asyik cakap tak tahu buat duit aje. JIka aku boleh, korang pun boleh apa. Aku pun masih sedaya upaya untuk mengekalkan target setiap bulan. Target aku berapa banyak aku boleh simpan setiap bulan selepas tolak modal pusingan, pulangan, untung dan macam-macam lagi. Jika aku mampu capai target aku. Itupun sudah cukup. Tapi target jauh aku sekarang adalah mencapai kebebasan bersuara kewangan sebelum 30 tahun. Mampukah aku? Ya. Aku sangat yakin aku mampu melaksanakannya icon exclaim Basikal Merah ketika aku berumur 4 tahun

Salah satu project aku akan dimulakan pada bulan hadapan. Project e-book hampir siap. Project yang menelan belanja RM500++ itu juga akan dimulakan pada bulan depan. Pendek cerita, bulan depan. Aku akan leburkan duit aku untuk 3-4 projek yang ada dalam list ini. Hope memecah target dan mencapai pulangan yang lumayan setiap bulan.

So, siapa kata korang tak boleh buat duit? Jika susah sangat dan tidak ada duit. Sertai saja program2 yang percuma seperti affiliate program. Asahkan saja bakat mempromosi dan membodek korang itu. Aku yakin RM500 sebulan bukan khayalan lagi jika korang mahir dalam sudut marketing dan advertising. Bukan begitu? Tidakpun, join saja Program AWsurvey yang aku sertai sekarang. Aku tak rasa susah untuk dapat capai minimumnya. Aku harap payment kedua akan menyusul pada bulan Mei nanti.

Ps: Jangan lupa sertai Comment Master Duo Contest dan Leo Contest. Hanya tinggal beberapa hari sahaja dua contest ini akan tamat tempoh. Jangan menyesal jika tidak memenangi hadiah yang sangat lumayan ini icon cry Basikal Merah ketika aku berumur 4 tahun

Pss: Korang mahu lihat basikal aku ketika aku berumur 4 tahun? Lihat saja di SINI sekarang icon eek Basikal Merah ketika aku berumur 4 tahun

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini hari ahad dan aku bersyukur kerana aku berjaya online. Dari malam tadi aku sukar untuk blogging dan membuat kerja macam biasa disebabkan line streamyx yang kurang enak. Penghantaran ebook hadiah untuk bebrapa hadiah di forum luar dan blog ini juga tergendala. Aku cukup bengang dan aku tak dapat kata apa-apa bila streamyx wat hal. Sian kat kawan aku si pie yang datang tapi tak dapat main game online dengan aku. Sorila pie ek. Tapi aku dah belanja nasi lemak sambal sotong kan?? icon biggrin Interview Irfan Khairi?

Hari ini hanyalah entri biasa. Tidak cite pasal buat duit dan juga pasal apa2 yang berkaitan dengan duit. Hari ini entri santai dan aku mahu berehat. Tinggal 1 payment lagi untuk sorang pemenang top commentator yang meminta bayaran by CIMB. Aku akan cuba wat secepat mungkin. Kalau ada akaun paypal, lagi mudah aku bayar korang. Kalau nak tukar, bagitau ek. So, aku akan update hadiah untuk Comment Master Duo minggu depan yang memberikan hadiah dari segi iklan di blog Earncent.com, Titan Method dan juga 2 pendrive 1Gigabyte serta e-book2 berbisa dan produk yang sesuai untuk blog dan berkaitan marketing. So far, aku harap hadiah kali ini lebih best dan korang akan lebih berusaha untuk memenangi contest ini. :XO:

Ok. Insya-Allah akan ada satu e-book khas aku buat dan lancarkan pada bulan April ini. Konpem. Aku selalu lambat dan aku rasa aku perlu buat. Ini produk killer aku untuk long term. So, produk ini lain dari biasa dan aku akan jual. Jika korang berminat, korang boleh dapatkan dan aku tak nafikan banyak belanje yang aku akan keluarkan untuk buat ebook terbaru ini. Doa-doakan aku berjaya ek. 2nd project e-book aku pada tahun 2008 ini dan ebook ke 3 akan keluar sebelum Julai 2008 icon wink Interview Irfan Khairi?

Ok. Aku nak bagitahu korang. Aku sebenarnya adalah bekas student dengan major Geologi dan minor sampingan aku adalah marketing. Aku belajar di Matrikulasi Negeri Sembilan sebelum melanjutkan ke bidang ijazah sarjana muda di Universiti Malaysia Sabah. Aku baru sahaja selesai majlis konvokesyen pada bulan September 2007. Baru je lagi kan? Ini sedikit sebanyak tentang latar belakang pelajaran aku. Walaupun aku tidak bekerja sebagai Geologist atau bidang yang berkaitan dengan Geologi, tapi aku sangat suka GEologi icon twisted Interview Irfan Khairi? Tapi aku lebih berminat pada marketing. Kenapa? Aku memang minat dan aku nampak masa depan di bidang ini dan sesungguhnya terlalu banyak cabang dalam dunia marketing ni. Baik internet marketing atau offline marketing. Haha, kalau korang tanya apa skill aku yang paling best. Aku jawab marketing. Itu sahaja. Yang selebihnya, masih banyak lagi mahu belajar. So, korang pun boleh belajar tentang marketing dan trafik melalui sham rajaadsense. Beliau telah kuarkan produk baru tentang pengiklanan. So, jika nak belajar tentang traffic dan juga peluang pengiklanan. Boleh dapatkan panduan ini secepat mungkin!

So, aku malas nak cakap banyak lagi. Aku sangat penat dan banyak benda yang aku nak buat. Korang boleh main Jin Online macam biasa. Aku dah leh main. Aku create akaun baru dan pilih Mage. HOho. BEst gila main magic dekat game ni.Ps: Nantikan juga peluang-peluang buat duit di Titan Method. Aku ada list beberapa program yang leh wat duit. Biarpun tak dapat juta-juta. Tapi bolehla kalau nak income 10-100 dollar. It takes time. but its worth to give a try. Jangan lupa untuk Join Centriads. Ini antara peluang baru yang aku jumpa di Wangcyber icon smile Interview Irfan Khairi?

Iklan Percuma : Dapatkan E-book Percuma tentang Memaksimumkan Duit di Blog Anda
 
Korang nak dengar interview Irfan khairi di Radio? Meh dengar kat sini. Aku bukak satu minggu je aa

[audio:irfan.mp3]

Popularity: 9% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Banyak orang bertanya dan befikir, bagaimana aku boleh dapatkan traffic yang berterusan dan juga macam mana nak buat orang ramai stick dekat forum atau blog kita. Macam-macam cara telah dilakukan tapi kurang berjaya. Adakah ini kerana aku salah makan ataupun tidak tahu strategi yang baik untuk mendapatkan traffic? Ahh, tidak. Itu dua perkara yang berbeza icon exclaim Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?

Jadi, hari ini aku kongsikan satu cara bagaimana nak tambahkan traffic ke website korang. Mungkin ianya kurang membantu korang. Tapi ianya banyak juga membantu aku dari segi traffic dan juga SEO. Aku rasalah. Aku main agak aje nih. So far, line internet aku tengah problem sekarang. Hope post kali ini berjaya dihantar sebelum line aku buat hal lagi. Tak tahu apasal streamyx suka buat lawak time orang tengah dok bercuti ni icon cry Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?

Gunakan Digg. Aku rasa ramai yang tahu tentang Digg bukan?


thum 64447e1c4bddd6b1 Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?


Apa faedahnya menggunakan Digg dan bagaimanakah cara untuk submit artikel kita ke Digg.com? Aku pasti itu akan menjadi tanda tanya korang. Aku sedang buat satu report pasal benda ni. Walaupun ringkas, tapi aku rasa berbaloi kalau aku ajar pasal Digg. Even aku bukan otai bab-bab social bookmarking ni, tapi aku tau la jugak sikit-sikit cara nak dapatkan traffic dari Digg. Ianya menjadi kegilaan aku untuk submit article lepas aku post di blog-blog aku. Pasti aku akan update di Digg. Jika korang perasan, korang akan nampak traffic dari Digg di bahagian feedjit widget aku tu icon smile Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg? Weh, korang nampak tak icon twisted Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?

Aku terang ringkas sahaja cara nak submit artikel ke Digg.

- register akaun di Digg.com. Tak susah. Kacang je. Macam register forum Wangcyber je.
- Macam biasa, update la detail dibahagian profile.
- Cari bahagian setting dan masukkan blog korang atau website korang tu.
- klik dibahagian atas sekali. Korang akan nampak tab profile, add friends,submit news dan logout. So, pilihlah submit news.
- JIka korang dah wat post diblog atau website, korang leh letak link dibahagian enter the url dan pilihlah bahagian news/article dibahagian media. Setakat ni korang faham kan? icon wink Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?
- Lepas itu, klik dan klik dan klik pada yang sepatutnya. Pilih bahagian yang korang rasa patut artikel tu dipublishkan dan ianya akan siap dalam masa tak sampai 1 minit.
- Dah siap dan rajin-rajinkan diri korang untuk add friends. Ini menambahkan potensi untuk dapat traffic. Tak percaya? Cuba dulu la kawan. Jangan dok asyik cakap tak percaya, tak percaya je. Kita kene pandang untuk jangka masa panjang maa icon question Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?

Ok. Itu sahaja. Nanti aku wat satu report tambahan untuk produk aku yang akan datang. Aku sangat malas sekarang untuk menaip report sebab busy dengan kelas mengajar adsense dan affiliate offline. Ramai plak kengkawan aku nak suruh aku ajau. Ingat nak ajar free je. Tapi bila benda ni dah ganggu perjalanan income online aku, terpakse jua aku kenakan caj mengajar. Semoga diorang leh wat duit dari apa yang aku ajau. Hope sangat-sangat icon surprised Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?

Apapun. Aku sebenarnya tak berniat nak post apa-apa hari ini. Cuma aku rasa aku perlu tambah post untuk hari ini. So, aku laksanakan kewajiban aku sebagai blogger yang berwibawa. Hehe. Tak salah puji diri sendiri kan? Nak harap orang puji kita. Entah bilalah agaknya. So, tips hari ini. Berikan penghargaan untuk diri sendiri. Manjakan juga diri anda sekali sekala. Ok? icon wink Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg?

Ps: Hadiah e-book akan dihantar hari ini dan sebahagian besar pemenang contest bulan februari sudah menerima bayaran. Kecuali yang membuat pilihan untuk bank CIMB atau Public Bank. Aku akan deposit hari ini. So, harap sabar menunggu. Line internet aku out of league sekarang icon rolleyes Macam mana Nak Buat Traffic dari Digg? Untuk Contest terbaru, boleh refer dekat sini untuk maklumat lanjut.


Iklan Percuma : Sape Nak Beli Bush Bumper Sticker? Meh pilih kat sini!

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Sejak petang semalam sehinggala jam 9 pagi ini, aku gagal untuk memasuki dunia internet. Abah aku dok tanya dari kul 7 petang semalam. Apsal tak dapat masuk internet nih?? Tak tahulah. Mungkin line dia problem kot ataupun pihak TM point ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Abah aku kata nih mesti keje BN nih. Takkan dah kalah nak potong line internet. Tekanya dan yang aku pasti dia sedang cuba untuk buat lawak. Haha..aku tak ketawa. Sebab aku tahu benda tak cukup untuk membuatkan aku membuat senaman mulut ketika itu. Mahunya tak, tengah makan nasi. Mahu tersembur kalau aku gelak time tu..

Oklah. Tanpa membuang masa aku announce dan mahu buat pengumuman Pemenang Contest Top Komentator Bulan Februari 2008. Walaupun tarikh pemenang diumumkan agak lari sedikit. Tapi aku rasa masih sempat untuk umumkan. Kepada Para Pemenang. Tahniah aku ucapkan pada korang semua. Ok. Ini list pemenang yang berjaya memenangi Contest kali ini. Yang tidak berjaya, boleh cuba untuk bulan Contest bulan Mac ini macam biasa.

Senarai Pendek Pemenang Terrorist Pembangkang Contest Top Komentator Bulan Februari 2008 :

1. Abdfatah (118 post)
2. emet (101 post)
3. rina (76 post)
4. merahkatak (54 post)
6. fino (51 post)
7. Din Beramboi (43 post)
8. Nadzal (42 post)
9. Akazuma (38 post)
10. silentleo (28 post)

Hadiah istimewa kali ini jatuh kepada : silentleo (4% dari RM600 (Penjualan E-book Raja Payloadz v0.3 bulan Februari) = RM24)

Itu sahaja untuk kali ini. Untuk Top Comentator Yang seterusnya. Kita akan buat gabungan dan masa yang lebih lama. Jadi contest kali ini diberi nama Top Comment Master Duo. Ini bermaksud pertandingan ini akan dilancarkan dari bulan Mac sehingga bulan April. Tarikh akhir pertandingan ini adalah pada 30 April dan anda akan ketahui pemenangnya pada 1 Mei 2008 dan pastinya hadiah kali ini akan lebih lumayan daripada hadiah contest sebelum ini.

Kepada beberapa penaja yang telah menghubungi titan atau pihak Earncent. Terima kasih kerana berminat hendak jadi penaja. Ada juga kawan-kawan aku yang volunteer yg jadi penaja tapi tanak bagitau nama. Dan macam-macam lagi. So, kepada sesiapa yang berminat untuk jadi penaja untuk contest kali ini. Bolehlah hubungi titan dari email, yahoo mesengger ataupun SMS. So, korang nak tahu hadiah kali ini kan?

Hadiah Pertandingan Comment Masters Duo :

Sumbangan Hadiah Wang Tunai Tempat Pertama dan Kedua : Syarikat X
Sumbangan Hadiah Wang Tunai Tempat Ketiga : Titan
Sumbangan Hadiah Wang Tunai Tempat Ke 4 dan ke 5 : Silentleo
Pemenang Tempat ke 1-5 : Boleh Mendapat Ruang Iklan di Blog Earncent.com selama 1 Bulan.

Tempat Pertama : 1 GB Pendrive  + E-book Tips Adsense + E-book FTP Cara Mudah(MRR) + 16 PLR WP theme + Iklan 1 bulan di Blog JustKhai.com + RM50
Tempat Ke 2 : 1 GB Pendrive + E-book Tips Adsense + E-book FTP Cara Mudah(MRR) + 16 PLR WP theme + RM30
Tempat Ke 3 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) +E-book FTP Cara Mudah(MRR) + 16 PLR WP theme + RM20
Tempat Ke 4 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) +E-book FTP Cara Mudah(MRR) + 16 PLR WP theme + RM20
Tempat ke lima : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) +E-book FTP Cara Mudah(MRR) + Template WordPress PLR + RM20

Sumbangan hadiah wang tunai di sponsor oleh SupernetStation
Pemenang Tempat ke 6-7 : Boleh Mendapat Ruang Iklan di Blog Earncent.com selama 1 Bulan.

Tempat ke 6 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10
Tempat ke 7 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10
Tempat ke 8 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10
Tempat ke 9 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10
Tempat ke 10 : Produk Graphical Opt-In-Box Collection(MRR) + 16 PLR WP theme + RM10

Sumbangan hadiah wang tunai di sponsor oleh SupernetStation
Pemenang Tempat ke 11-15 : Boleh Mendapat Ruang Iklan di Blog Titan Method selama 1 Bulan.

Tempat ke 11 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5
Tempat ke 12 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5
Tempat ke 13 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5
Tempat ke 14 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5
Tempat ke 15 : E-book E-bay Cash Cow(MRR) + 16 PLR WP theme + RM5

Syarat baru : Mesti mempunyai komen melebih 10 komen di blog ini untuk layak semua hadiah di atas!

Update 27 Mac 2008 : Hadiah ini mungkin akan berubah mengikut pertambahan sponsor atau pengurangan sponsor. Kepada saudara Khai atau MohdIsmail yang berminat untuk menjadi sponsor, sila emailkan ke titan atau SMS beliau di 019-2009289 atau titan[at]earncent.com jika berminat icon wink Contest Comment Masters Duo

Hadiah kali ini aku bocorkan sedikit. Aku akan buat post khas untuk hadiah contest kali ini. Yang pasti hadiah kali ini melebih RM500 dari segi nilai dan juga wang ringgit. Itupun jika korang pandai menilai la. Hehe. Hadiah terdiri dari wang tunai, e-book, panduan, script dan pendrive. Hehe. Kami dapat tajaan dari seseorang yang sanggup menaja 2 biji pendrive.

So, jika ada antara anda diluar sana yang ingin menjadi penaja atau sponsor kami kali ini. Bolehlah menghubungi kami di sini. Pihak kami mengharapkan lebih ramai penaja tak kiralah anda ingin menaja dari segi e-book, script, software, hosting atau domain, space iklan atau kupon. Anda boleh membuat demikian dengan menghubungi titan secepat mungkin.

Apapun. Tahniah kepada para pemenang nak juga para bakal pemenang dan para pemenang hendaklah menghubungi titan dengan secepat mungkin untuk penghantaran hadiah. Aku juga akan update siapa yang dah dapat duit atau belum. Hadiah boleh rujuk di post sebelum ini. Siapa yang menang, sila email aku dengan kupon ini :

Title :Kupon Hadiah Top Commentator Bulan bulan Februari 2008

Nama:
Alamat:
No HP:
Pemenang No :
No Akaun Maybank/Paypal. CIMB :

Emailkan kepada alamat ini : titan1@earncent.com

Itu sahaja dan hadiah akan dihantar sebelum hujung minggu ini. Pertandingan Comment Master Duo berkuatkuasa pada hari ini. So, anda boleh mula bersaing hari ini. Seperti biasa. Rules, jangan menghina orang lain atau melakukan perkara-perkara yang tak best. Jangan spamming referrals link. Semua komen tidak akan dipadam melainkan aku rasa tak sesuai aje. Itu hak korang nak komen apa aa. Syarat wajib, anda hanya layak menang jika anda sudah menjadi subsriber blog ini. Itu sahaja.

Ps: Tension aku lebih 12 jam tak dapat masuk internet. Banyak keja dah terbengkalai semalam. So, sebab aku tension. Aku nak dengar lagu. Jom layan 2 lagu besh ni..

Lagu Cicakman Original Soundtrack Aznil Nawawi dan Aku Ingin Pulang dari Ebiet G Ade.

[audio:Cicakman Original Soundtrack - 10 - Profesor Klon - Aznil Nawawi.mp3]
[audio:Ebiet_G_Ade_-_01_-_Aku_Ingin_Pulang.mp3]

Update : 8.24 malam

Popularity: 16% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011