Archive for the 'co.cc' Category


Hari ini aku nak kongsikan satu lagi bayaran yang aku dapat dari program Co.cc. Setakat ni, memang tak ada masalah dari segi pembayaran. Pihak Co.cc masih berjaya membayar tanpa masalah sejak aku menyertai Co.cc dan juga program affiliatenya.

Ok. Untuk pengetahuan korang, program Co.cc memberikan korang peluang untuk mendapat domain atau subdomain percuma dari mereka. Kalau tak silap, kita akan diberikan 3 domain percuma dan kita boleh pilih nama yang kita suka. Kita boleh juga gunakannya untuk URL Forwarding dan create blog dengan mengubah DNS domain kita tu kat hosting yang kita ada.

septembercoccpayment2010 300x125 Komisen ke 6 dari Co.cc


Aku ada berpuluh domain kat Co.cc dan gunakannya untuk pelbagai tujuan. Bagaimana nak dapat lebih dari 3 domain sedangkan aku ada berpuluh domain? Akaun percuma cuma akan memberikan 3 domain sahaja secara percuma manakala akaun aku adalah akaun berbayar. Untuk menukarkan akaun korang jadi akaun berbayar, korang cuma perlu menderma 10 dollar ke Co.cc sekali sahaja dan selepas itu korang dah bolehlah create seberapa banyak domain percuma yang korang mahu.

Samada hendak menggunakan Co.cc atau tidak. Itu terpulang pada korang. Aku selesa menggunakan Co.cc untuk tujuan pemasaran dan pelbagai benda lagi dan aku tidak memaksa korang gunakan Co.cc. Itu hak korang dan aku memang lebih suka Co.cc berbanding gunakan penyedia domain percuma yang lain. Mungkin dah terlalu biasa agaknya. Oklah. KOrang leh cuba jika mahu cuba untuk buat duit dengan Co.cc atau nak dapatkan domain percuma tersebut.

Daftar disini : Co.cc

Ps: Secara jujurnya aku sangat mengantuk sekarang.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, aku bangun dengan tubuh badan yang agak lemah. Sakit tulang belakang aku mengalami simptom yang agak ketara. Sakitnya lain daripada yang lain. Mungkin sebagai akibat dari tidur semalam yang membuat tubuh kurang selesa.Tapi aku gagahkan juga menulis artikel untuk memberitahu bahawa aku telah selamat menerima cek ke 5 daripada Nuffnang.

Terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berjaya membayar sebanyak lima kali ini walaupun aku telah benar-benar menunggu lama. Hakikatnya, cek nuffnang ini telah tiba di rumah aku, hanya abah aku lupa bagitahu aku. Beliau hanya ingat dan beritahu aku tentang kewujudan cek itu padaminggu lalu, ketika aku kembali ke rumah untuk meraikan Hari Raya tahun ini.

ceknuffnang5a 300x197 Cek Ke 5 dari Nuffnang


Ya. Gambar diatas merupakan cek yang aku sebut dari tadi. Walaupun tidak banyak, tetapi aku yakin ianya akan membantu dalam banyak perkara dan ini sekaligus membuktikan bahawa Nuffnang tetap membayar ahlinya yang berjaya dan yang tidak berputus asa. Dan kepada rakan-rakan yang masih kurang berjaya dengan Nuffnang, anda tentunya kecewa. Tetapi jangan risau. Perkara pertama yang korang kene lakukan adalah mendapatkan title gelaran Gliteritti dan belajar cara untuk tarik trafik. Tulis sesuatu yang menarik diblog anda dan lakukan SEO dengan berkesan. Penekanan terhadap Meta Marketing mungkin banyak membantu dalam promosi korang. Percayalah, ianya akan berjaya jika korang yakin ianya akan berjaya.

Untuk berjaya dan untuk mendapatkan cek dari Nuffnang, Kita mesti dapat sekurangnya RM50. Jadi, bagaimana nak dapatkan RM50 daripada Nuffnang? Caranya, kita mesti menghasilkan sebuah blog yang mampu menguntungkan pihak advertiser dan juga kita. Setiap Blog yangada iklan Nuffnang mesti penuh dengan artikel-artikel yang berkualiti, mempunyai bahasa yang memikat, penggunaan perkataan yang baik, memilih kata kunci yang sesuai dan pemilihan niche blog yang tepat pasti akan membantu korang menghasilkan sebuah blog yang mempunyai trafik dan memberikan pulangan yang lumayan, sekaligus menerima bayaran daripada Nuffnang. Ini juga salah satu teknik yang aku lakukan dalam teknik Cincai Blogging. Cincai blogging berkesan bukan sahaja untuk Nuffnang. Malah, untuk banyak program seperti Adsense, TNX, TLA, Bukisa, Co.cc dan sebagainya.

Ps: Jadi, jangan putus asa. Jika korang tidak putus asa gadis menawan yang korang cintai, korang tentu tidak mudah patah dengan cabaran ini. Seorang lagi orang yang aku sayang akan bertunang pada hari ini. Aku doakan dia gembira dan tidak lagi bersedih seperti biasa.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Walaupun aku rasa tidak banyak yang hendak aku kongsikan hari ini, tapi aku rasa mungkin komisen yang baru aku dapat dari program affiliate Co.cc ni akan membantu korang ceria dipagi raya ini. Sesiapa yang masih belum berjaya mengumpul duit raya, bolehlah cuba dengan program affiliate Co.cc ni. Mudah dan lakukannya tanpa sebarang tekanan. Aku lakukannya secara bersahaja dan masih menerima bayaran daripada program ini walaupun aku tahu ianya tidaklah memberikan aku pendapatan yang lumayan. Janji pendapatan aku dengan Co.cc ini tidak putus.

paymentcoccseptember 300x159 Komisen ke 4 dari Co.cc


Bagaimana hendak buat duit dengan Co.cc? Sebenarnya caranya agak mudah. Korang cuma perlu perkenalkan program Co.cc dan menarik minat mereka untuk menggunakan yang disediakan oleh Co.cc. Co.cc menawarkan servis setup DNS secara percuma, 4 domain secara percuma dan URL Forwarding juga secara percuma. Jadi, barang baik dan percuma seperti ini pastinya ramai yang suka bukan? Jadi, apa kata korang promosi servis Co.cc kepada kawan-kawan korang dan dalam masa yang sama buat duit dengan program affiliate Co.cc.

Untuk mengetahui serba sedikit tentang cara nak gunakan Co.cc, aku pernah buat 1 artikel tentang Co.cc sebelum ini. Sila baca disini. Panduan Co.cc

Korang boleh cuba servis Co.cc di sini : Daftar program Co.cc

Ps: Hanya ringkas sahaja untuk hari ini. Aku tidak ada banyak masa sebenarnya sebab semalam aku pergi Alamanda jumpa kawan-kawan lama. Maklumlah, lama tak jumpa. Layan filem G-force kejap. Fuhh, Small is New Big. Aku setuju dengan pernyataan itu.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011