Hari ini aku cuma nak update tentang bayaran terkini yang aku terima dari program Co.cc. Ini merupakan
bayaran ke 8 yang aku dapat dari program affiliate Co.cc. Ya. Co.cc juga ada program affiliate mereka yang tersendiri dan aku yakin tidak ramai dikalangan korang yang tahu tentang kewujudan program ini. Korang juga boleh daftar program affiliate ini selepas korang mempunyai akaun Co.cc. Itu sahaja syaratnya.
Apa yang korang kena tahu tentang program
affiliate Co.cc ini?
1. Ya, ianya percuma. Tak perlu bayar apa-apa.
2. Ada juga bagi tools seperti banner untuk kita promosikan program Co.cc ini. Tapi aku lebih suka buat banner sendiri. Lagi comel.
3. Bayaran boleh dibuat jika korang capai 1 dollar. 1 orang yang korang dapat, korang dapat $0.10.
4. Program ini sama sahaja seperti head hunting. Korang dapat 1 orang, korang dapat $0.10.
5. Sudah tentu ini bukan skim cepat kaya.
6. Bayaran dibuat melalui akaun paypal. Nak tak nak, kena ada satu akaun paypal.
Ok.
Apa bendanya Co.cc? Apa fungsinya?
Co.cc ini secara mudahnya adalah penyedia domain percuma. Jika korang bosan dengan blogspot, korang boleh gunakan Co.cc ini untuk membuat blog. Hanya pointkan domain co.cc ini ke hosting berbayar korang. Dan install wordpress melalui fantastico. Dah siap, boleh tulis blog macam blog aku ni..
Co.cc ini juga boleh korang gunakan untuk cloak atau sembunyikan affiliate link korang. Aku selalu guna cara ini untuk hide affiliate link aku. Itupun kalau korang perasan la..
Dan
mengapa aku guna Co.cc ini?
1. Aku guna untuk buat blog sokongan kepada blog-blog aku yang lain.
2. Aku gunakan untuk bina backlink kepada super blog aku. So, leh dapat backlink, leh juga tackle pagerank.
3. Bila dah ada blog nanti, aku gunakan juga untuk host gambar-gambar yang aku suka.
4. Hosting aku yang selalu jadi mangsa adalah Hostgator. Space dan bandwidth tak habis guna. Haha..
Dah, itu aje aku nak cerita tentang Co.cc ini. Yang lebih-lebih, sila baca artikel aku yang berkaitan dengan Co.cc yang lama-lama dulu tu. Mungkin ayat aku agak poyo masa aku tulis artikel berkaitan Co.cc. Dan mungkin juga kualiti content masa tu agak liar. Biasalah, masih mencari hala tuju untuk blog ini. Sebab tu, kekadang ayat aku agak annoying dan agak bosan. Biasalah tu. Haha..
Dah, boleh sambar domain Co.cc kat sini >>
Co.cc
Sekali lagi, duit dari Co.cc ini tidaklah sebanyak mana. Belum tentu leh angkat
Mazda 3 ni. Tapi sekurangnya, boleh buat aku sengih-sengih cukuplah..
Ps: Esok aku akan gi rewang apa yang patut kat rumah pakcik aku kat Jerantut. Ada kenduri kahwin yang serentak pada hari Ahad. Malam Ahad tu pula, ada akad nikah. So, aku kena tolonglah apa-apa yang patut. Nanti diorang leh tolong aku rewang gak bila aku kahwin nanti. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content