Ok. Hari ini hari sabtu, jadi aku malas nak buat karangan panjang-panjang macam biasa. Aku cuma nak update bayaran terkini yang aku dapat dari program 701panduan Ad Network. Ini bayaran terkini aku dapat. Tak banyak kan? Agak-agak lepas tak nak bayar duit muka Proton INspira? Haha..
Kan? Aku dah kata, tak banyakk..

1. Website 701panduan ni ada banyak subdomainnya. Itupun kalau korang pandai cari. Dan salah satu subdomainnya adalah 701panduan Ad Network. Page ini ada beritahu semua info tentang cara nak buat duit dengan 701panduan Ad Network. Yang berminat, korang boleh daftar melalui page tersebut.
2. Alexa rank untuk website 701panduan. 16611. Lawa nombornya. Tapi kalau ranking Malaysia, terletak di tangga yang ke 98. Dah cukup bagus tu rasanya kan?
3. Kalau perasan, banyak iklan dari 701panduan di website pengiklanan termasuklah di Google. Aku rasa korang perasan kan?
4. Minimum payout untuk program ini cumalah RM50. Bayaran akan dibuat melalui cek. Cek itu akan float dalam akaun bank korang dalam 1-7 hari. Habis float, duit tu akan masuk ke akaun korang tanpa ada masalah. Setakat ini, aku takde masalah lagi dari segi pembayaran. Semuanya dapat tanpa banyak soal.
5. Akaun bank korang, korang kena bagitau ke pihak 701panduan melalui email. Email yang korang dapat dari 701panduan tu, korang reply balik dan berikan butiran pembayaran seperti nama penuh dan juga nombor akaun bank korang. Jangan silap satu nombor pun tau.
6. 701panduan Ad network tidak bayar kita berdasarkan impression (CPM). Mereka cuma bayar berdasarkan klik sahaja. Rate terkini, 1 klik adalah bersamaan dengan RM0.10. Jadi, memang sakit jiwa la nak dapat banyak klik bukan? Tapi tak ada masalah jika korang ada super blog yang mempunyai ribuan trafik setiap hari.
7. Aku rasa dah panjang aku membebel ni..
8. Aku tak pasti semua blog akan diterima atau tidak bila korang submit blog korang ke 701panduan. Selalunya memang akan lepas. Tapi kalau ada yang tak lepas tu, sila cuba lagi sampai lepas. Jangan mudah putus asa pula kalau tiba-tiba blog korang kena reject plak. Faham?
9. Dah, cukup la. Kalau ada yang nak tanya, sila tanya diruang komen. Yang aku tahu, aku jawab. Kalau aku tak tahu, korang tanya pihak 701panduan sendiri. Boleh?
10. Kalau korang terer, meh lawan aku dalam 100plus Infinity challenge ni. Kalau berani la. Kalau tak berani, gi main game monopoly. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















