Ok. Ini satu lagi program yang dibayar berdasarkan impression dan klik. Nama program tersebut adalah CPM.biz. Aku tak selidik habis lagi benda ni dan aku rasa ini pun macam ada bau-bau bacang dengan YMads. Ciri-cirinya memang ada. Tapi kali ini ciri-cirinya agak sangat ketat. Kalau tak bersungguh, memang susah nak buat duit dengan CPM.biz nih. Tak caya? Meh aku cerita sikit..

1. Dia bayar kita melalui 2 benda. Impression dan klik.
2. Dia bayar kita melalui akaun paypal. Diorang juga katanya boleh bayar melalui bank wire. Huh, biar betul. Harap ini bukan lagi satu program menipu.
3. Banner yang disediakan berukuran 300x250, 728x90 dan 160x600. Kita cuma boleh letak 3 banner sahaja maksimum untuk 1 page. Tak leh letak banyak-banyak.
4. Diorang tak terima impression dari negara Asia termasuklah negara kita. Jadi, memang tak banyaklah yang boleh kita dapat kalau ada banyak trafik dari Malaysia. Tapi diorang tetap terima publisher dari negara kita. Alasan mereka, tak banyak advertiser dari Malaysia. Jadi, tak ada sebab untuk mereka bayar CPM atau CPC punya rate untuk negara kita. Huhu..apa kata korang gi beriklan kat CPM.biz nih?
5. Diorang kata diorang bayar secara harian jika sempat. Tapi kalau duit diorang kena hold dengan advertiser, diorang akan bayar dalam tempoh 60 hari. Ok, alasan biasa. Faham-faham ajelah. Kalau dibayar, sanggup lagi aku tunggu. Tapi kalau jadi macam kes YMads, babailah jawabnya. Haha..
6. Minimum payment adalah $5 dollar untuk publisher dan $1 untuk affiliate payments.
7. Ok, yang agak best tapi macam tak best. Jika korang ada downline dan downline korang tu request payout, korang akan dapat $5 dollar dari CPM.biz. Dan kita juga dapat 3% daripada hasil downline-downline kita. Haa, macam best kan? Cuma macam ada ciri-ciri YMads sikit aje aku rasa.
8. Dah cukup. Gi daftar dulu kalau berminat. Tidakpun, korang daftar aje, biar aku dapat banyak sikit komisen. Nanti kalau depa bayar, aku kongsilah bukti bayaran dengan korang semua. Haha..gurau aje. Korang nak join ke tak. Aku tak kesah. Hoho..
Daftar kat sini: CPM.biz

Ps: Jadi macam YMads, aku tak tanggung. Risiko, tanggunglah sendiri. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















