Cincai Blogging | EarnCent.com


Archive for the 'Cincai Blogging' Category


Dalam 2-3 minggu ini memang kehidupan aku dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja. Memang besar perbezaan antara kerja-kerja seorang blogger, kerja-kerja seorang blogger dan kerja-kerja seorang penjawat kerajaan. Sangat berbeza dan aku akui aku mula menyukai kerja-kerja tersebut.

Kerja-kerja seorang blogger

Aku akui aku memang sangat suka dengan kerja ini. Sejak aku melangkah ke dunia blogging ini. Banyak benda yang aku dapat tak kiralah benda baik atau benda yang kurang baik. Aku terima seadanya. Mana taknya, ketika aku memulakan dunia blogging pada 2006, aku hanya bermula dengan blogspot sahaja. Itupun blog personal dan aku itu juga blog yang aku gunakan untuk buat duit dengan program Google Adsense dan akhirnya, aku berjaya dengan blog tersebut. Pada tahun 2007, aku beli domain pertama dan kedua aku dan akhirnya sehingga hari ini aku sudah membeli lebih dari seratus buah domain dari pelbagai syarikat. Semuanya untuk projek-projek blogging aku dan separuh daripadanya telah aku set untuk membantu aku menjana income secara automatik.



Ya..percaya atau tidak, income TNX, TLA dan Google Adsense telah menjadi 3 side income automatik bagi aku setiap bulan. Biarpun jumlahnya tidaklah sebanyak mana, tetapi aku tidak putus duit dari 3 program tersebut.

Selain itu, servis seperti mengaktifkan akaun paypal dengan menggunakan VCC juga merupakan servis paling untung yang pernah aku lakukan. Selama 3 tahun lebih aku buat servis ini dan tidak salah aku katakan yang aku sudah jana lebih dari 10k daripada servis ini. Pernah dalam 1 bulan aku berjaya mendapat bersih 1k daripada servis ini sahaja. Dulu la. Tapi sekarang, aku sudah tak menawarkan servis ini. Sebab aku terlalu sibuk dengan kerja kerajaan aku sekarang ni. Servis review dan penjualan banner di blog-blog aku juga merupakan income yang lumayan sejak aku menceburi bidang ini. Alhamdulillah. Itu sedikit sebanyak tentang kerja-kerja blogger aku..

Kerja-kerja seorang Internet Marketer (IM)

Kerja ni berbeza dengan kerja-kerja blogger. Aku tidaklah mahir sangat dan aku bukanlah seorang IM yang berjaya. Aku lebih cenderung dengan dunia blogger. Aku pernah muncul dengan beberapa panduan seperti Panduan Rajapayloadz, panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan terkini adalah Panduan TNX 2.0. Alhamdulillah, kesemua produk itu berjaya membantu aku sedikit income setiap bulan. Jangan tak percaya, panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan Panduan TNX 2.0 merupakan penyumpang utama aku setiap bulan jika dikira dari sudut IM. Sedikit sebanyak, panduan tersebut membantu diri aku dan juga rakan-rakan yang lain dari pelbagai aspek. Tidak salah aku katakan bahawa melalui kerja-kerja blogger ini aku mampu untuk tidak lapar setiap bulan.

Dan Panduan TNX 2.0 merupakan produk panas yang pastinya berbeza berbanding produk aku yang lepas kerana inilah satu-satunya Panduan TNX yang berbahasa melayu di dunia dan juga di Malaysia. Mungkin aku bukan pengguna TNX yang hebat, tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya mendapat 100 dollar sebulan dari program ini dan panduan yang aku tulis itu akan membantu ramai pembeli dan blogger untuk menjana pendapatan dari TNX. Insya-Allah, kita semua bolehh..

Kerja-kerja seorang penjawat kerajaan

Pastinya sangat berbeza. Aku kena bangun awal pagi. Kena berdisiplin dan bertanggungjawab. Terpaksa mendengar leteran bos dan jumpa ramai orang. Terpaksa berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Malah, berpeluang untuk jumpa orang-orang besar kerajaan. Dan macam-macam kekangan dan masalah yang akan aku hadapi apabila aku bekerja sebagai seorang penjawat kerajaaan. Tetapi aku temui beberapa perkara yang telah aku cari selama ini. Insya-Allah, apa yang aku inginkan akan tercapai. Jika aku masih stay dengan kerja aku yang lama, aku kurang pasti adakah aku akan berjaya menemui apa yang aku hendak. Yap, keinginan dan kehendak kita berbeza. Aku tidak kata hidup sebagai seorang Full Time Blogger atau IM tidak best. Cuma apa yang aku cari, aku tidak jumpa. Tetapi aku jumpa ketika aku bekerja sebagai seorang penjawat kerajaan. Ianya berlaku apabila aku cuba berubah angin. Akhirnya, Allah makbulkan. Tapi aku yakin bahawa dunia blogging dan IM akan tetap sebati dengan darah daging aku..

Dari segi gaji atau keuntungan, memang income aku drop hampir 50% bila aku masuk dalam dunia kerja kerajaan ini. Tetapi aku tak kesah. Mengapa? Aku jumpa apa yang aku mahukan. Aku nampak target dan tujuan hidup aku. Mungkin korang pun ada tujuan masing-masing. Bila dan dimana? Ianya berbeza bukan? Jadi, setiap pekerjaan ada kelebihan masing-masing. Aku menyanjungi mana-mana kerja di dunia ini biarpun cumalah seorang cleaner. Tanpa Cleaner, jangan harap tandas kat KLIA tu bersih. Huhu..

Ps: Okeh..penat nih. Aku nak taip benda lain. Benda lain yang keluar..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Jap lagi aku nak mandi. Barang semua dah siap kemas. Dah masuk dalam black saga aku tuh. Tinggal nak drive. Kena isi mintak sikit dan pam tayar kereta aku sikit. Baru seronok nak merempit. Kalau tak, rasa cam ada benda yang kurang aje. GPS ok. Charger Sony Ericsson pun ok. Charger Nokia pun ok. Rambut dah kasi pendek sikit. Ubat-ubatan dan panadol pun cukup dah. Minyak rambut, Baby Oil, sabun, syampu herba, bekalan kerepek selama 2 minggu, novel-novel keluaran Alaf21 dan PTS,  Laptop Fujitsu dah habis cas, duit syiling untuk tol pun ok, back up spek mata, baju-baju kerja yang dah siap dibasuh dan juga raket badminton untuk berentap di Damak dan Jerantut. Banyak pula benda nak kena bawa. Nak buat macam mana, inilah cabaran dan kehidupan seorang part time blogger, Travel Blogger, TNX player dan juga salah seorang penjawat kerajaan yang berwibawa. Hehe..

Ok. BIla aku dah dalam Damak mode ini, dengan secara rasminya support aku untuk blog ini dan juga blog lain akan agak terbatas. Masalah internet di Damak diluar pengetahuan aku. Jika laju, lajulah. Jika tidak, mungkin tiada update dari aku. Jadi, aku mintak maaf awal-awal jika aku lambat menghantar produk atau link download atau menjawab segala persoalan korang tu. Aku akan jawab. Tapi mungkin lambat. Jadi, jangan marah-marah aa..

Satu perkara atau fenomena yang aku lihat sekarang dalam dunia blogger dan IM ni, sudah ramai otai dari blogger dan IM dilahirkan. Aku yakin mungkin ada antaranya merupakan pembaca blog ini. Malah, aku yakin mereka sudah boleh berbangga dengan usaha yang mereka telah lakukan. Cuma sekarang sudah wujud juga gelaran baru iaitu otai segera yang terhasil apabila produk diorang meletup buat kali pertama, kali kedua atau kali ketiga. Sekaligus, gelaran otai itu melekat pada mereka walaupun mereka suka atau tak. Bagi aku itu adalah perkara yang baik dan aku harap semua ini akan terus berkembang. Part-part yang tak elok tu, malas aku nak tegur. Yelah, kadang-kadang bila ada orang dah perasan dia dah dikenali, dah naik level otai, diorang akan rasa apa yang diorang cakap orang akan dengar, orang akan respect diorang, orang akan ikut apa yang diorang cakap. Aku tak nafikan hal itu. Ada faedahnya bila ada orang suka berkongsi pendapat. Tapi jangan sampai pendapat orang lain dia tak boleh terima. Siap kata blogger atau newbie yang baru nak naik pun dikatanya “bodoh”. Cikgu aku pun tak pernah kata aku atau pelajar lain  “bodoh” even bebal sekalipun masa aku kat sekolah rendah dulu. Perkataan yang tidak patut disebutkan tu agak kurang sesuai. Ada hati dan mulut yang perlu dijaga. Ya, aku tahu mungkin kau lebih hebat, mungkin kau ada segalanya, mungkin semua produk ko meletup dan ramai orang yang menghormati kau, tapi perlukah ko sebut atau taip perkataan “bodoh” tu?

Itulah yang jadi bila korang memberi pendapat. Ya, aku tahu pendapat hak masing-masing. Ianya fakta yang kejam. Tapi perlu disusuli dengan hujah yang sesuai dan pendapat setiap orang perlu kita hormati. Tapi perlukah hingga tahap menghina dan mengutuk seseorang secara peribadi? Kalaulah blogger yang terasa atau newbie yang baru nak panjat tangga dalam dunia IM dan blogger ni, apalah agaknya perasaan diorang. Baru nak belajar, dah kena hentam macam tu. Kurang dah semangat diorang dan kita pula mungkin akan hilang potential blogger atau potential IM. Nanti siap ada orang kata IM ni penipu, blogger nih jahat, blogger ni memperbodohkan orang dan macam-macam istilah yang kurang elok kita akan dengar. Perlukah sampai tahap begitu sekali? Ya, korang akan kata kalau nak survive dalam dunia ni, kita kena kuat, kena lantang mengeluarkan pendapat biarpun pendapat itu pahit, tapi perlukah sampai kita keluarkan perkataan-perkatan tabook dan bahasa yang kurang elok didengar? JIka mahu juga, risiko tanggung sendiri.

Ok. Sudahlah. Kekadang kita kena tahu, tak selamanya kita diatas. Aku tahu korang mungkin hebat, korang mungkin popular, korang berjaya menjadi IM yang berjaya. Tapi perlukah korang tambah satu title dalam diri korang iaitu seorang yang suka menghina blogger lain dengan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar? Fikirkan sendiri. Jika mahu bermain dalam dunia blogging dan im, fikirkan perkara ini. Kita lihat, berapa ramai IM dan blogger yang telah berjaya survive dari tahun 2003 hingga 2010? Siapa? Tak perlu aku beritahu, korang sendiri pun boleh tahu kan?

Dah. Aku nak mandi. Babai..

Ps: Hidup ini memang kejam. Aku terpaksa terima hakikat tu. :(

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Benarlah, penantian itu satu penyeksaan. Dalam banyak-banyak kesengsaraan dan penyeksaan samada secara zahir atau batin, penantian adalah antara salah satu jawapan yang tepat untuk itu. Yap. Itulah yang aku rasa ketika aku mula-mula menyertai program ini. Aku sendiri mengambil masa untuk menjual link di blog aku setelah beberapa bulan menyertai TNX. Ianya tak mudah seperti yang aku ceritakan dalam panduan TNX itu. Agak lambat. Tetapi setelah aku menemui trik dan cara yang mudah untuk buat duit dengan TNX, aku akui bahawa ramai orang akan mudah buat duit dengan program TNX ni. Ternyata, apa yang aku harapkan, ianya membuahkan hasil. Sehingga lebih dari 21 orang TNX super knight telah dilahirkan dan mereka semua telah tahu apa yang mereka perlu buat untuk lebih berjaya dalam TNX.



Jadi, jika korang tanya pada aku adakah susah hendak buat duit dengan program TNX ni? Ya. Susah. Tapi jika korang dah tahu apa yang diperlukan, apa yang tidak diperlukan, ianya akan jadi mudah. Tak ada benda yang tak susah didunia ini. Sebab itu kita kena belajar bagaimana hendak memudahkan setiap pekerjaan kita. Dan dengan cara itulah juga aku apply dalam TNX dan program-program yang lain. Dan kini, korang sendiri boleh lihat sendiri samada aku berjaya buat duit dengan TNX atau tidak.

Ya. Aku tahu, aku belum capai lagi tahap sehingga 500usd setiap bulan dengan TNX atau menjadi kaya dengan TNX. Sebab aku tahu aku belum capai ke taraf itu. Tetapi ianya masih tidak mustahil. Aku cuma perlu naik secara perlahan-lahan tanpa hilang asas yang telah aku bentuk sejak 2 tahun yang lepas. Program TNX tak dapat bagi pulangan dengan cepat? Ya. Satu lagi fakta yang aku terpaksa setuju. TNX bukan program atau skim cepat kaya. Jadi, memang takkan jadi kaya dengan cepat samada dalam 2 atau 3 bulan. Semuanya mengambil masa. Jika korang benci aku setelah beli panduan tnx ini dan korang membuat hipotesis bahawa ebook ini tak berguna pada korang, aku tak dapat kata apa-apa. Aku dah tulis kat web jualan, fikir elok-elok sebelum beli. Jika korang dah beli, itu bukan salah aku. Korang kena praktikkan apa yang aku kongsikan dengan korang dan korang sendiri yang perlu corakkan. Aku dah tunjuk jalan. Aku dah beritahu apa yang aku buat. Sekarang, korang perlu ubahsuai mengikut acuan korang sendiri.

Aku akui sekali, memang susah nak buat duit. Tapi tak adalah sampai tahap dimana aku putus asa. Nasihat aku, jika korang tak dapat berjaya dengan baik untuk sesebuah program, cuba program lain pula. Tak ada salahnya. Kalau ada orang kata, kau ni tak fokus. Ya. Akui sahaja. Sebab apa? Mungkin korang ada sebab sendiri untuk tidak fokus atau rasa memang tak boleh pergi dengan program tu. Jadi, baik korang teruskan dengan program-program yang lebih bagus, menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan yang paling penting, pasti membuahkan hasil. Tak perlu nak salahkan e-book atau program itu tak bagus, harga mahal, program haram, skim cepat kaya, penipu atau admin nak kaya cepat aje dan sebagainya. Bukankah korang lebih baik berusaha lebih untuk mencapai matlamat korang? Dalam mencapai matlamat, sempat lagi korang nak mengutuk orang lain, menghina blogger lain, menjatuhkan hukum tanpa bukti dan mengarut tak tentu pasal? Aku tak faham betul mereka-mereka nih. Usaha dulu beb. Korang dah capai matlamat terakhir korang, korang nak kutuk pun orang akan suka dengar. Ini usaha tak seberapa, nak mengutuk orang lebih-lebih. Sudahlah tanpa bukti yang kukuh, korang dah melalut tak tentu pasal. Jadi, sekali lagi. Usaha dulu. Biar sampai sengal badan korang tuh. Aku tak pernah lagi jumpa orang berjaya tanpa usaha yang menyengalkan.

Ps: Cukup, aku nak teman mak abah aku gi beli kereta baru untuk adik perempuan aku. Huh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Benar. Tak sampai sehari aku duduk di Banting dan nak tak nak esok aku akan pulang kembali ke Jerantut untuk melawat Wan aku yang berada disana. Aku balik dari Damak semalam. Hari ini hari ahad. Esok hari pula hari Isnin. Pagi esok, aku akan berangkat terus ke Jerantut. Tapi bukan dengan kereta hitam aku tu. Kali ini dengan Toyota Vios abah aku. Aku dan adik aku akan bergilir bawa. Kalau aku rajin, aku bawa terus dari Banting. Tapi memandangkan aku dok berjaga malam nih, aku rasa baik aku pass tugas memandu ini kat adik atau abah aku. Confirm esok pagi aku mengantuk punya. Biarlah orang yang cukup tidur ni yang memandu. Lepas subuh rasanya nanti baru aku cari bantal. Kul 8 pagi dah nak bertolak. Satu hape pun tak kemas lagi. Mesti mak aku mengamok besar pagi esok. Wakaka..



Akhirnya, merasa juga aku menggunakan internet melebih 10 jam sehari. Jika tidak, memang tak sampai 2 jam aku dapat menggunakan internet dengan mesranya. Terasa azab sekali. Mungkin sebab aku dah terlalu lama bermain dengan internet dan terlalu cepat mengenal dunia komputer. Aku rasa, memang aku akan kerja sendiri tak lama lagi. Kerja kerajaan ini pun aku tak tahu sampai bila aku akan buat. Bergantung juga pada bos aku. Dia tak suka, dia buang aje aku. Tapi kalau dia suka, dia simpanlah aku lama-lama. Aku pun tak pasti, tapi once aku dah capai tujuan aku, mungkin aku akan meninggalkan dunia kerja kerjaan ini.

Banyak faedah yang aku dapat dari kerja-kerajaan ni. Malas aku nak cerita, tapi pendek cerita aku faham sangat dah perangai dan peel orang kerja kerajaan. Selagi kita tak cuba masuk dalam bidang ni, memang sampai bila-bila kita takkan tahu “feel”nya. Sebab tu aku cukup “respect” dengan mereka-mereka yang kerja dengan kerajaan. Bukan senang tu. Karenah birokrasi, politik dalaman, politik bawah pokok, politik kedai kopi, politik bawah kain, politik sana sini dan sebagainya tu memang dah jadi darah daging menda ni. Biarpun korang tak nak terlibat, tapi kalau dah terbabit, memang sampai bila-bila kat dahi kita ni dah tercalit dalam buku rekod politik kerja-kerajaan ni. Yang baik tu kira baguslah, yang kurang baik nih, korang faham-faham ajelah. Pergi mana-mana pun, mesti jumpa politik punya. Tak ada politik, takkan wujudlah sesebuah negara dengan baik. Ada bagusnya juga wujudnya politik. Bila berlakunya perbezaan pendapat, barulah sesebuah negara itu akan maju. Dan sebab itulah politik tu dah macam darah daging dalam sesebuah negara. Apa benda yang kita buat, mesti ada orang tak suka. Dah realitinya macam tu. Kita terpaksa dapat menerimanya sama ada kita suka atau tidak..

Cerita bab politik ni. Jangan kita fikir jauh sangat. Politik blogger tempatan dan IM tempatan pun lebih kurang juga. Aku rasa ramai yang dah nampak bukan? Mesti ada turun naiknya. Setiap blogger, ada pengikutnya masing-masing. Setiap IM ada peminatnya yang tersendiri dan setiap otai, ada murid-muridnya yang akan follow. Bagi aku, ini satu perkembangan yang menarik jika kita pandang dari sudut positif. Jika 5-6 tahun dulu, jangan haraplah korang boleh tengok para blogger bergaduh, mengutuk antara satu sama lain, berkongsi pendapat, buat personal coaching, buat seminar dan sebagainya. Kini, bilangan blogger yang muncul di Malaysia, dah tak terhitung rasanya. Itu belum lagi jumlah blog yang memang susah untuk kita kira secara manualnya. Jadi, politik blogger dan IM tempatan memang akan berterusan. Benda ni mudah dan kita kena pandang dari sudut yang berbeza. Selagi ada unsur kebaikan dan kejujuran, aku akan terus bersaing dalam arena ini. Insya-Allah, pasti ada perkara yang positif yang boleh kita belajar dan kongsi bersama.

Okey. Tengkuk aku dah penat. Aku pun dah penat update blog-blog aku seharian ni. Jadi, aku undur diri dulu untuk mengemas barang-barang aku untuk 2 hari dan 1 malam. Insya-Allah hari Rabu aku akan online macam biasa.

Ps: Pelan tindakan untuk projek GDI aku sedang dirangka. Harap-harap success pada tahun 2010 ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------