Archive for the 'Churpchurp' Category


Semalam aku dah cerita pasal ManggaAd, jadi hari ini aku nak cerita pasal Says.my pula. Sejak beberapa minggu lepas, aku cuba buat eksperimen untuk cuba promosikan kempen-kempen dari Says atau Youthsays ni. Kira sakit kepala gak fikir camana nak jana trafik dan lepas tu nak pancing para pelawat untuk klik pada kempen-kempen tu. Kena main psikologi sikit dan kena pandai main silap mata. Akhirnya, kebanyakan kempen yang kene klik tu berjaya juga aku sudahkan. Memang susah, tapi ianya tidak mustahil Memang boleh berjaya kalau kena caranya.

kempensays Edisi Siasat   Buat Duit dengan Says.my


Ini contoh earning-earning terkini yang aku dapat dari Says.my.Doposen, doposen, doposen, ouppss dua ringgit, doposen balik, doposen, doposen dan doposen. Haa, macam best plak buat duit dengan Says.my ni. Hehe..

Jadi, kalau korang terer dalam bab-bab promosi ni dan korang dah ada pengalaman dengan kempen-kempen Churpchurp, korang boleh cuba Says.my. Tak ada paksaan. Aku suka Says ni sebab dia update earning dia cepat dan terkini. Si Yuna tu pun selalu update earning yang kita dapat. Misal kata kita dah dapat berapa hari ini, dia akan update melalui email. Setiap kali aku capai nilai maksimum klik bagi sesebuah kempen, dia akan email aku. Kalau kempen Earth Hour tu, minimum dia 20 klik, jadi, cukup 4 ringgit, klik yang lebih takkan dikira dan secara cepatnya si Yuna akan email aku bagitau yang aku dah dapat maksimum klik. Berbeza dengan churpchurp, cukup susah aku nak nampak klik yang kita dapat secara harian. Ada orang kata, kita boleh tahu selepas sesebuah kempen Churpchurp tu habis. Tapi aku rasa sangat lambat. Mungkin pihak Churpchurp boleh buat sesuatu tentang itu. Dan mungkin juga aku tersilap. Kalau silap, sila bagtau aku. Ini pandangan liar aku ajer..

Dah, boleh join kat sini kalau nak: Says.my

Ps: Wokehh, nak buat benda lain plak. icon smile Edisi Siasat   Buat Duit dengan Says.my

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


1. Kempen dari Celcom. Masih berjalan lagi sampai ke hari ini walaupun aku rasa memang dah lama. Korang boleh kumpul token-token korang dan kalau dah cukup, boleh tukar dan angkat satu Smartphone baru yang korang suka. Itu pun kalau dah cukuplah Haha..

2. Kempen dari Petronas. Ceritanya berkisar bila sambutan tahun baru cina dah habis. Tapi mungkin ada yang belum mak abah diorang gi makan besar. Jadi, iklan kat TV yang dibuat oleh Petronas ada siarkan tentang kisah pengorbanan dan apa yang diorang mahu dari anak-anak. Salahkah kalau ada perayaan macam tahun baru cina atau hari raya, kita balik kejap dan makan bersama-sama dengan mereka?

3. Kempen dari FineTV. Kiranya macam televisionlah. Tapi aku rasa yang ini untuk versi online punya. Bukan macam tvalhijrah tu. Nampak macam ok. Kalau nak tahu, bolehlah pergi tengok apa yang best dan tak bestnya tentang FineTV nih..

4. Kempen pasal produk Svenson. Cite pasal rambut. Rambut bermasalah, rambut kering, rambut itu ini, macam-macamlah boleh tahu tentang rambut. Aku yang tak penah-penah nak tahu pasal rambut, gi jugak usha apa yang patut sebab rambut aku ni kadang-kadang gatal semacam. Ada kelumumur bertakung kot. Tak pun, ada pendatang asing yang bernama encik kutu merempat agaknya. Kena buat post-moterm kat rambut nih..

5. Kempen pasal American Idol. Aku tak tengok sangat cerita nih. Lagipun, aku kurang minat bab-bab idol nih. Tak tahu aje, dah ada macam-macam artis. Bagi aku, artis kurang sesuai untuk jadi idola. Bukan aku bangkang, aku tak kesah korang nak idolkan sape-sape sekalipun, cuma dalam bidang aku, artis atau idol-idol ni, tak sesuai untuk dijadikan sebagai idola ataupun guru. Ahh, korang tak suka, aku pedulik apa kan. kan?

6. Kempen dari AXE. Ni memang semata-mata nak popuplarkan produk minyak wangi Axe diorang tu. Sebab tu kalau perasan, bersepah iklan Axe ni merata-rata. Kat facebook pun ada. Ternyata, pandai Axe buat marketing. Sana-sini, semua dok cerita pasal benda nih. Huhu..

7. Kempen kesihatan dari Nestle. Kempen ni antara yang terlama dekat Churpchurp nih. Kalau korang rasa berat badan korang ada masalah, leh rujuk kat sini dan leh belajar banyak benda tentang kesihatan korang tu. Takdelah lepas ni asyik sakit-sakit ajer..

8. Kempen dari Milo. MAcam biasa, ada contest dan ada game yang bernama Jam Pack. Korang kena main game tu dan kena menang. Baru leh dapat hadiah untuk contest dari Milo ni. Kiranya, lama gak Milo buat kempen ni. Aku rasa ni 2nd round punya kempen kalau tak silap aku..

9. Kempen pasal PizZa Hut. Eat, laugh and share. Kiranya tema baru untuk resipi dan perasa baru untuk piza dan produk piza yang lain. Pendek cerita, Piza ni ada resipi baru dan mahu kita makan, kita gelak dan kita share melalui blog-blog kita nih. Kiranya, ini salah satu promosi yang bagus untuk Pizza Hut. Bagus diorang wat macam ni, leh dapat beribu blogger untuk support mereka promosi setiap kali ada promosi dari Pizza Hut.

10. Kempen pasal gula-gula getah 5 GUM. Tak habis-habis lagi kempen ni. Aku rasa dah masuk 2nd round punya promosi dan setakat ni, aku belum rasa lagi gula-gula getah 5 GUM ni. Dengar ceritanya harganya agak mahal. Tapi aku rasa aku kena cuba sekali gula-gula ni. Sedap ke tak sedap..

Yang aku pelik, tak ada lagi update earning terbaru aku Churpchurp nih. Aku tak berapa faham, setiap kali klik yang kita dapat tu, earningnya dia update dalam tempoh satu hari atau ada tempoh tertentu? Takkan tak ada langsung yang klik iklan-iklan churpchurp yang aku letak kat beberapa blog aku? Tak ada update pun kat bahagian history. Ke memang lambat updatenya? Emmm…korang perasan benda ni? ke aku sorang aje yang terkena macam ni??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tadi, bila aku semak akaun Churpchurp aku, rupa-rupanya, ada banyak kempen terbaru yang aku tak perasan telah muncul. Ada yang tinggal sikit aje baki dan ada yang 2-3 ribu masih berbaki. Jadi, aku kongsi dengan korang disini, mana tahu ada yang macam aku. Lupa nak login akaun churpchurp selalu.

1. kempen tentang pertandingan Milo Fuze. Aku rasa kempen ni pun ada masa kat Youthsays dan aku perasan ada juga iklan Nuffnang yang sedang promote Milo-fuze contest ni sekarang. Pendek kata, youthsays, churpchurp dan Nuffnang, tengah promosi benda yang sama.

2. kempen tentang gula-gula getah Wrigley baru yang diberi jolokan sebagai 5 Gum. Kononnya ada lima rasa yang berbeza dan setiap rasa itu ada ciri-ciri tertentu. Yang pasti, tak ada satu pun gula-gula getah tu yang rasanya rasa belacan, durian atau cencalok. Mesti rasa buah yang pelik-pelik agaknya.

3. kempen pasal Axe. Tahukan pasal minyak wangi Axe tu. Ada semacam kempen cari gadis cuci kereta untuk kempen Axe kali ini. Kalau korang perasan, kat tv pun ada promosi pasal Axe. Banyak betul duit syarikat Axe ni rupanya. Promosi sana-sini. Aku rasa mahu ribu-ribu juga habis promosi kat Malaysia aje. Lum campur kat negara lain lagi.

4. kempen pasal Pizza Hut terbaru sempena tahun baru Cina tu. Kiranya macam pertandingan juga. Kena makan piza, ambil gambar dan share gambar. Rajin betul-betul Piza promosi kali nih. Yang best, leh dapat keju lebih. Apapun, layankan aje kempen ni..

5. kempen kesihatan dari Nestle. Aku rasa kempen ni dah lama jalan. Ni kempen baru. Cuma diberi nafas baru dan disuntik dengan modal baru. Kalau tak silap, ada baki dekat 2 ribu ringgit untuk dihabiskan. So, bahagi dengan 20 sen, berapa kali klik aje yang tinggal?

Ok, nak tahu lebih lanjut pasal kempen-kepen tu, korang gi sendiri kat website diorang. Ada yang kat facebook, ada yang terus ke website promosi diorang. Cuba aje mana-mana contest yang korang berkenan. Mana tahu, leh angkat iphone ke, dapat duit ke, dapat laptop ke. Mana tahu kan? Rezeki korang bulan februari nih..

Ps: Mahu tidur. Esok nak kena gi kerja lagi. Adeh, adeh.. icon smile 5 Kempen Terkini di ChurpChurp

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak update satu lagi cek yang aku dapat dalam bulan ni. Ada 5 cek yang aku dapat untuk bulan ini dan salah satunya adalah cek dari Program ChurpChurp. Pernah dengar kan? Program ini kiranya adik-beradik dengan program Nuffnang. Pendek ceritanya, Nuffnang dan Churpchurp adalah satu keluarga.

cekkeduachurpchup Cek kedua dari Churpchurp.com


Kalau nak diikutkan, memang lama dah aku tunggu cek churpchurp ni. Lama jugaklah. Tapi baru aje beberapa hari lepas sampai ke peti surat kat Banting nih. Tak apalah, lambat pun tak apa. Janji jangan tak hantar langsung.

Nak buat duit dengan program Churpchurp ni, mudah aje. Apa yang perlu buat, kita cuma perlu buat satu tweet sahaja. Tapi mesti ikut apa yang pihak pengiklan atau advertiser mahukan. Dan satu tweet tu pun, ada jumlah patah perkataan yang perlu kita kawal. Kalau lebih, rasa susah plak nak tweet nanti. Jadi, korang kena lebih kreatif untuk menghasilkan satu tweet yang ringkas tapi tercapai hasrat si pengiklan dengan keyword-keyword yang wajib ada dalam tweet tersebut.

Tapi ada yang susahnya dengan program Churpchurp ni. Haa, ingat mudah-mudah aje korang boleh buat duit dengan Churpchurp ni? Ya, jumlah follower Twitter korang tu. Kalau setakat seratus dua ratus. Pening kepalalah korang nak capai seratus ringgit dari program ini. Paling teruk pun, mesti ada 1000 follower kat Twitter korang tu. Barulah pihak Churpchurp dan pengiklan akan memilih kita untuk bagi job kat kita. Ingat tu, langkah penting untuk buat duit dengan program ini, mempunyai bilangan Twitter yang tinggi. Kalau ada 5 ribu, dah mudah-mudah korang leh dapat seratus dari program ini. Dalam bulan ni, aku belum lagi dapat satu job pun dari Churpchurp. Korang ada yang dah dapat? haa, itu baru 1000 lebih follower aku kat Twitter ni, kalau lagi rendah dari aku? Tak tahulah berapa job yang korang da dapat sekarang. So, pepandailah cari follower yang banyak kat akaun Twitter korang. Baru sonang korang nak buat duit dari program ini.

Ok. Aku nak wat kerja lain pulak. Esok nak jalan jauh lagi. Aduhh..

Ps: Fuhh, lelah gak buat artikel nih bila demam tak kebah-kebah..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011