Archive for the 'Churpchurp' Category


Hari ini aku cuma nak update bayaran yang aku terima dari pihak Churpchurp. Ini merupakan bayaran komisen ke 4 dari Churpchurp. Aku sebenarnya dah dapat lama dah cek ni, tapi sebab cek ni sampai masa aku kat tempat kursus, barulah aku dapat tengok. Aku ingatkan cek nuffnang, tapi bukan. Bila semak semula, memang cek dari churpchurp. Apapun, terima kasih kepada Churpchurp kerana bayar blogger seperti kami walaupun mungkin agak lambat. Haha..

cekchurpchurpkeempat Cek ke 4 dari Churpchurp


Aku takde tips nak kongsi hari ini tentang Churpchurp. Siapa yang dapat panduan Says, korang boleh apply tips dan trik yang aku ceritakan dalam panduan tersebut. Mungkin berguna, mungkin berkesan dan mungkin juga langsung tak berkesan. Bergantung pada flow dan cara korang promosikan link-link Churpchurp tu. Kena caranya, banyak trafiknya, berjaya menarik dan psiko pembaca, insya-Allah, mesti ada klik nanti.

Untuk pemenang pertandingan Earncent Review 2011, aku sudah transfer mereka yang claim menggunakan akaun Maybank. Untuk akaun CIMB, petang ini aku akan ke bank. Banner akan aku hantar dan naikkan malam ini kerana semalam aku tak sempat nak buat. Review akan aku tulis selepas itu jika aku masih ada masa. Penat dan mengantuk gila punya pasal lepas blog walking sana-sini kejap. Itupun tak lama, bila mata dah mengantuk dan aku rasa macam nak karam aje, jadi aku baring. Macam nobita, terus terlena tanpa banyak bicara..

Serius, aku masih penat lagi. Esok ada open house dan majlis sempena persaraan mak dan abah aku. Mereka telah tampat tempoh bertugas sebagai seorang guru. Abah aku sekarang umurnya 58 tahun, emak aku 55 tahun. Hari isnin ini, diorang tak pergi sekolah dah macam dulu. Leh lepak dah kat rumah layan drama swasta tv3 dan cerita-cerita kat Astro.

Ps: Korang nak datang? Halo aku malam ini. Nanti aku bagi alamat dan kod longitud dan latitud GPS untuk ke rumah aku tu. Itupun kalau beranilah nak datang. Leh la tengok aku yang kacak nanti. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang korang tahu, aku dah dapat cek ketiga dari Churpchurp. Cek ini aku dapat sama hari dengan cek nuffnang semalam. Cuma aku rasa bayaran kali ini agak lama walaupun aku sebenarnya tidak menghitung hari. Haha..

komisenketigadarichurpchurp Cek ketiga dari Churpchurp


Nampak macam banyak kan? Tetapi ianya tidaklah sebanyak mana sebab ada orang dapat lagi tinggi dari aku. Setakat 2-3 ratus tu, selamba aje dengan diorang. Tetapi aku, nak dapat RM50 pun berusaha bagai nak gila. Walaupun tidak segila Miha Pogacnik yang bermain biola dengan liarnya atau Alex Au-Yong yang sanggup berlari dengan gilanya sehingga berpuluh kilometer, tetapi usaha gila aku itu agak membuahkan hasil. Betul tak?

Tips untuk churpchurp, tak banyak beza dengan program Says. Baca apa yang aku tulis sebelum ini dan ambil tindakan. Setakat ini, ada 2-3 panduan yang bercerita tentang Churpchurp dan korang boleh dapatkan panduan tersebut untuk membantu korang buat duit dengan blog masing-masing. Tidakpun, korang boleh tunggu aku selesai tulis ebook terbaru aku kerana aku akan sentuh sedikit isu berkaitan dengan program Churpchurp dan Says. Itupun kalau korang sanggup tunggulah. Hehe..

Ok, sekian. Terima kasih.

Ps: Mehh, vote Mia Sara untuk Digi WWWOW Awards. Aku harap dia menang. Aku harap Mia Sara ni kekal comel sehingga dewasa. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Baru balik dari solat Jumaat tadi. Aku cuma nak tanya korang tentang program yang diberi nama GrapeVine. Pernah dengar tak? Kalau tak pernah dengar, meh aku cecite sikit benda ni ngan korang..

grapevine2 Edisi Siasat   Buat Duit dengan Grapevine


Dari apa yang aku faham, kalau kita jumpa gambar dibawah iklan Nuffnang kita dan ada gambar anggur tu, korang boleh ambil link yang ada kat sebelah share tu dan promosikan. Selepas tu, letak email korangChurpchurp dan claim atau redeem komisen korang. Kiranya, yang tuan punya blog pun dapat komisen, yang tukang promote pun dapat komisen. Kiranya, hubungan simbiosis ni berlaku. Ko dapat, aku pun dapat. Haaa..macam best kan?

2-3 hari lepas, aku ada jumpa kat blog aku dan blog orang lain. Tapi aku tak reti camana benda ni berjalan. Jadi, kalau korang jumpa iklan anggur tu kat blog aku ni, haa, tolonglah ambil link dan promosikan. Korang pun dapat, aku pun dapat. Haha..tapi aku tak paksa. Buat kalau korang suka-suka. Hehe..

Kalau nak tengok history klik-klik Grapevine ni, korang boleh tengok kat akaun churpchurp korang sebab semuanya boleh tengok jika korang login akaun Churpchurp korang.

Ps: Hemm, Nur Kasih the Movie, Kung Fu Panda 2 dan The Priest. Fuhh, bilalah aku nak tengok cerita-cerita ni. Astro Fist ada kaa?? Pakej Mustika ada kaaa??? Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada banyak kempen yang dijalankan oleh Churpchurp setiap bulan. Jadi, korang boleh promosikan kalau berminat. Ada yang menarik dan semuanya datang dari syarikat-syarikat yang agak besar seperti Digi, Maxis, Milo, Celcom, TM, Proton, MilkAdeal, Cornetto dan sebagainya. Kali ini kempennya datang dari..


1. Kempen kali ni datangnya dari Digi. Digi tengah promosi iPhone 4 dan korang boleh dapat harga yang agak murah hanya dengan melanggan line Digi. Jadi, kalau nak dapat iPhone dengan harga yang agak best ni, korang yang rasa nak tukar dari prepaid ke line, bolehlah cuba. Tak mahal pun.

2. Kempen Digi broadband. Dengan harga serendah RM38 sebulan, korang boleh dapat broadband ini dengan harga yang terbaik. Sesuai pada mereka yang masih tak ada broadband, selalu berjalan dan sukakan produk-produk Digi. Nak tahu offer terbaik tentang broadband ini? Pergi ini >> Digi Broadband Offer

3. Kempen dari Digi tentang Opera Mini FY. Sesiapa yang rasa nak surf guna opera kat smartphone atau telefon bimbit korang, bolehlah download opera ni secara percuma. Camana? Caranya ada kat sini. Cuma perlu SMS aje. Gi tengok cara-caranya kat SINI.

4. Kempen dari Frames Care, Sunway Piramid. Kedai ni ada buat berger yang paling besar kat Malaysia. Naman berger tu adalah GOLIATH burger. Kiranya diorang ada buat cabaran atau contest. Cabaran GOLIATH. Sesiapa yang nak makan burger besar ni dan mahu cabar cabaran gila ni, bolehlah pergi sana dan makan. Maklumat lanjut ada kat website ni. Cabaran makan burger GOLIATH.

5. Kempen dari Milkadeal. Kalau korang rasa bosan dengan nasi. Boleh cuba pergi makan Pie. Dengan RM13.80, korang dapat makan pie yang sedap, dapat rasa sosnya yang mengagumkan dan kepedasan yang mengegar jiwa, dapat rasa salad yang segar-bugar dan sup yang menenangkan jiwa. So, boleh pergi cuba kalau rasa macam tak pernah atau mengidam nak makan pie. Maklumat lanjut, leh rujuk site Milkadeal ni : Makan Pie

6. Kempen ni datangnya dari Proton. Diorang tengah sibuk promosi Proton Exora dengan specs baru. Kalau tidak kerana aku dah ada kereta sendiri, memang aku rasa macam nak angkat kereta nih. Mengapa Proton Exora ni yang diorang sibuk nak promosi? Ada pertandingan yang tawarkan banyak hadiah termasuklah sebanyak RM6000! Nak tahu? Semuanya ada di SINI.

7. Kempen dari Cornetto. Syarikat aiskrim yang sangat famous di Malaysia. Kalau korang rasa nak dapat hadiah menarik dari Cornetto, bolehlah sertai pertandingan atau contest yang mereka anjurkan ini. Contest COrnetto.

Ps: Ada 10 kempen. Tapi aku cerita 7 kempen aje. Sebab lagi 3 kempen tu, aku lom join lagi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011