Hari ini aku cuma nak share sesuatu dengan korang. Aku telah memenangi 1 review contest yang telah dianjurkan oleh Saudara Ammar Zahar.
Ok. Bukti bayaran yang agak lumayan ini datangnya dari Review Contest yang dijalankan oleh Saudara Ammar. Masihkah korang ingat tentang contest itu? Ya. Aku sudah mendapat email dari beliau dan menerima pelbagai hadiah dari beliau. Serius, aku tak sangka boleh menang selepas mencetuskan kontroversi dengan review aku itu.
INi hadiah yang telah dan akan dapat:
1. RM 100
2. Koleksi Grafik V2 secara PERCUMA ! (saya akan berikan pada 15 Ogos ni)
3. Temuramah istimewa (ini saya akan beritahu nanti bila.
4. Bonus Rahsia (join affiliate Koleksi Grafik V2)
**Saya amat tertarik dengan ‘keunikan’ review dari bro Titan. Contest ni bukanlah dijuri berdasarkan backlink yang contestor berikan. 100% bergantung kepada keunikan. Ammar Zahar
Lupa. Ini bukti bayaran yang telah dibuat oleh saudara Ammar.

Biarpun tak banyak bagi sesetengah orang. Tapi aku bersyukur sebab aku memenangi hadiah ini sekaligus menewaskan pencabar yang lain. Kepada yang kurang berjaya, korang leh cuba lain kali atau cuba sahaja peluang di contest-contest sebegini. Aku sendiri sudah tidak ingat, ini kali ke berapa aku menang pertandingan sebegini di arena blogging dan forum.
Ok. Ringkas sahaja post hari ini. AKu masih tak berada dalam keadaan yang selesa untuk buat edisi siasat atau open case. Berita lain, jika korang perasan, aku sudah letak iklan chitika disidebar kanan aku. Untuk pengetahuan korang, pihak chitika sendiri yang menjemput aku menyertai chitika. Korang percaya atau tidak? Aku sampai hari ini masih tak percaya. Jika rajin, silalah melawat ke website-website pengiklan yang bermurah hati itu. Hoho..
Ps: JIka sekali aku terluka, 1 bulan aku tak tidur malam. Itu tidak elok untuk mata dan kesihatan. Aku tanya korang, jika korang terpaksa hilang salah satu anggota badan korang. Bahagian mana yang korang sanggup hilang? Mata? Tangan atau kaki? Tengkorak kepala tak leh
Pss: Ini review yang aku buat yang melayakkan aku memenangi review Contest ammar ini - Who is Ammar Zahar.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content

















