Archive for the 'cgyhost' Category

Oct 22

I have problem..

28 comments - Post a comment


Sejak semalam internet connection dirumah aku ini menghadapi masalah yang agak membengangkan. Jadi aku tak dapat update satu pun blog aku dan aku sedang menunggu makluman dari 2 hosting yang telah aku gunakan sejak tahun lepas. 1 hosting tersebut menghadapi masalah. Aku masih boleh login ke dalam cpanel. Tapi aku tak dapat masuk ke bahagian blog aku. Cpanel pulak meragam tak tentu pasal dan aku malas nak cari sebabnya dan aku serahkan pada mereka untuk tengokkan. Malas aku nak memandai. Kang silap apa-apa, aku yang susah. 1 lagi hosting pulak aku ingin bertukar hosting. Tapi aku masih memakai domain yang aku beli dicompany mereka. Jadi blog aku akan aku tembakkan ke hosting yang ketiga ini.

Huh, berapa banyak syarikat hosting yang aku telah gunakan? Antaranya adalah, Cgyhost, Namsahaz, Netkl, Rawanaz, Fivio, Godaddy dan Namecheap. Yang mana bagus? Semua bagus, cuma biasalah, setiap company mesti ada kurangnya dalam 1-2 aspek. So, aku tanak cakap mana yang tak best dan mana yang best. Korang sendiri tentukan.

Ini update ringkas. Kepada pembeli vcc yang telah menghubungi aku. Tunggu saja update aku dalam tempoh 48 jam. Aku baru sahaja berjaya online pada pagi yang indah ini. Seramai 7 orang masih tertangguh dan aku mintak maaf. Kekangan masa, masalah peribadi dan masalah internet yang menyebabkan aku gagal untuk menjawab persoalan korang. Itu sahaja. Babai! icon smile I have problem..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


 Apa itu Top Level Domain dan 2nd Level Domain?


Hari ahad ini aku cuma akan sentuh perkara yang sama saja dan aku rasa ramai yang tak tahu tenteng perkara ini. Apakah dia fungsi domain dan hosting? Aku rasa persoalan ini selalu bermain difikiran ramai IM otai ataupun yang newbie. Bagi yang masih baru di dunia internet ini, perkara tentang domain dan hosting mungkin menjadi taboo bagi diorang. Diorang takut dan tak biasa dengan domain dan hosting dan tidak kejam aku katakan diorang tak ada niat mahu ada domain dan hosting sendiri. Juga tidak terlalu zalim aku katakan, diorang tak tahu menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan domain dan hosting. Betul tak? Alah, jangan kau orang temberang lagi..

Ok. Apa itu domain? Aku bagi contoh sahaja ye. Malas aku nak terangkan dalam bahasa baku tu. Nanti kau orang tak faham jugak. Tapi aku beri juga definisinya. Baca ya..

Nama Domain adalah nama unik yang diberikan untuk mengidentifikasi nama server komputer seperti web server atau email server di internet. Nama Domain memberikan kemudahkan pengguna di internet untuk melakukan akses ke server dan mengingat server yang dikunjungi dibandingan harus mengenal deretan nomor atau yang dikenal IP. Baca lagi info yang korang patut tahu.

Apa itu Top Level Domain?

Top Level Domain Name adalah deretan kata dibelakang nama domain seperti .com (dotcommercial), .net (dotnetwork), .org(dotorganization), .edu(doteducation), .gov(dotgoverment), dan .mil(dotmilitary).

Ada dua macam Top Level Domain, yaitu Global Top Level Domain (gTLD) dan Country Code Top Level Domain (ccTLD). gTLD adalah seperti yang diungkapkan diatas dan ccTLD adalah TLD yang diperuntukkan untuk masing-masing negara, seperti Indonesia dengan kode ID (co.id, net.id, or.id) atau Singapura dengan kode SG (com.sg, net.sg, dsb).

Apa itu Second Level Domain (SLD)?

Second Level Domain Name (SLD) adalah nama domain yang anda daftarkan. Misalnya nama domain yang anda daftarkan adalah domainku.com, maka domainku adalah SLD dan .comnya adalah TLD.

Earncent.com

Earncent : Second Level Domain
.com : Top Level Domain

Nak tahu third level domain atau bahasa pasarnya sub-domain?

blog.earncent.com

Earncent : Second Level Domain
.com : Top Level Domain
blog : third level domain/sub-domain.

So, faham sudah kan? Ok. Untuk memeningkan kau orang lagi. Kita baca plak lagi beberapa definisi penting yang patut kau orang tahu.

Apakah dia Webhosting?

Merupakan tempat dimana seseorang bisa menyimpan data atau dokumen di sebuah web server dan data atau dokumen ini tersambung dengan internet dengan harapan dapat dicapai oleh orang lain.

Perkhidmatan hosting ini sudah banyak diMalaysia dan banyak syarikat lokal yang sudah menunjukkan taring masing-masing dengan mempromosikan perkhidmatan mereka seperti cgyhost, planhoster, namsahaz, netkl dan sebagainya. So, tidak dinafikan kewujudan mereka telah memeriahkan perkembangan tanah air. Munkin pada satu hari nanti aku juga berminat untuk ada website khas untuk perkhidmatan hosting seperti mereka. Setakat ini, aku sangat setia pada Namsahaz dan Netkl.

Jadi, jika kau orang tanya aku mana satu yang sesuai dipakai. Aku mencadangkan 2 Webhosting lokal ini. Kenapa? Ada beberapa sebab yang aku rasa sesuai aku kongsikan dengan kau orang.

Pertama : Support Netkl dan Namsahaz memang tip top! JIka kau orang ada masalah, hanya perlu email atau hantar tiket pada bahagian support diorang. Pengalaman aku dengan Namsahaz, jika mereka hendak mengadakan maintainance, diorang akan email kita at least 1 minggu awal. So, takde la ralat sangat jika tetiba site kita down kan? Tentang Netkl juga begitu. Mesti ada email masuk dalam inbox kau orang jika ada maintainance. Aku rasa banyak yang buat macam nih. Tapi ada sesetengah yang wat dek je. Satu lagi, Netkl juga mempunyai support yang sangat pantas. Aku pernah hantar tiket pada jam 12 tengah malam dan dalam setengah jam, diorang reply balik dan benda itu berlarutan sampai jam 3 pagi sehinggalah masalah aku selesai. Aku tidak tahu diorang tidur malam atau tidak. Tapi bagi aku, itu satu perkara yang bagus aku temui di Netkl. Aku tak tahu syarikat lain. Tapi aku suka Netkl.

Kedua : Harga pakej Namsahaz dan Netkl sangat murah. Tapi aku lebih prefer menggunakan Netkl sekarang kerana mungkin dah terlalu biasa. Akaun aku di Namsahaz still berjalan macam biasa. Mungkin sebab ada 4 domain dan 2 hosting di Netkl membuatkan aku setia bersama Netkl. So, jika kau orang tanya mana webhosting yang bagus. Aku sarankan Netkl Webhosting. Harga domain mereka pun cumalah RM29.95 setahun. Murah maa.

Pakej terbaik Netkl adalah Plan Personal yang berharga RM100. Kau orang akan dapat 1 domain percuma + 20 GB Bandwith + 1.5 GB untuk space hosting. Walaupun aku tahu banyak webhosting yang offer yang lebih menggila, tapi aku selesa dengan Netkl. Aku tahu banyak syarikat lokal dan luar negara yang lebih murah dan lebih banyak function. Tapi aku prefer dengan Netkl. Takde alasan lain. Aku cuma sudah terlalu biasa dengan Netkl. Hehe..

So, aku rasa sedikit sebanyak kau orang sudah tahu kan apa itu domain dan hosting. Biarpun penerangan aku ini tidaklah penerangan yang bijak atau skema. Tapi aku rasa ianya sudah mampu memberikan kefahaman kepada mereka yang masih kurang arif tentang domain. Jika ada kesilapan, aku minta maaf la awal-awal. Aku kurang bisa mentakrifkan definisi-definisi yang terlalu sukar untuk aku bicarakan. Engkau orang bisa bukan?

Bah, jika kau orang memerlukan hosting dan domain. Aku cadangkan kau orang menggunakan perkhidmatan Netkl. Jika ada masalah, tanya saja aku dibahagian komen, aku akan cuba jawab jika kau orang mahu bertanya. Pergi sini untuk register atau dapatkan maklumat tentang Netkl : Netkl ada disini aa!!


image banner3 Apa itu Top Level Domain dan 2nd Level Domain?

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


ANtara benda yang buatkan aku semakin bengang sekarang nih. Cgyhost memanjang buat lawak dan menyukar semua visitor dan pembaca setia blog aku. Aku yakin ramai yang tertanya-tanya mengapa blog aku sukar dicapai dalam tempoh 2-3 hari ini. Aku tahu kenapa. Sebab penyedia webhosting aku down lagi berlagi-lagi!

Nampak gaya aku terpakse tukar baru dalam masa terdekat nih. Harap2 time aku tukar nanti diorang tak down. Kalau aku refund, korang rasa leh dapat duit tak? Sebab aku bayar pakai diorang dulu pakai paypal. Ikut hati jahat aku, aku refund je. So, jika tidak ada kemajuan atau apa-apa alasan yang konkrit. Aku akan bertukar.

Kepada semua pemenang Top Commentator, sila emailkan semua data yang diperlukan jika anda hendak menerima hadiah. SEtakat ini hanya beberapa sahaja yang email. Aku cuba buat bayaran serentak jika boleh. Jika tak boleh, aku bayar la sesape yang dah bagi details dengan kadar yang segera!

Tak ada apa-apa nak update. Cuma nak bagitahu aku busy sikit dalam 1-2 minggu nih. Sesiapa nak pakai service VCC, boleh contact aku di Yahoo Mesengger atau di forum2 yang aku aktif macam italkcash atau wangcyber.

Tentang masalah payloadz, aku rasa diorang buat maintainance besar-besaran. Susah nak cakap. Better korang email diorang untuk dapatkan penjelasan yang sebenar-benarnya. Aku dah dapat payment, tapi aku rasa semua dapat tak lebih 50 cent pun kan? Aku pun sama. Janji ada nafas baru dari payloadz dan memang membuatkan aku dan semua member tak senang duduk rasanya..

Projek baru sedang dibuat. Projek lama yang cukup susah tu aku tangguh dulu. Otak tengah bernanah ni. So, kene tunggu sembuh. Aku betul-betul nak rehat dan nak memanjakan diri. Ke manakah aku patut pergi bercuti?? Ada cadangan? Ho ho ho..

Apapun, kepada yang baru datang ke blog ini. Selamat datang dan selamat berkomen seperti biasa. Memang sakit jiwa kalau webhosting down..aku ada 2 domain dengan Cgyhost ni. Kalau down 2-3 hari seminggu. Memang rugi aku beratus..

Ps: Biarlah rugi. Jangan hati ni mati..

 Cgyhost Down! Payloadz Up!

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011