Archive for the 'cerpen' Category


Tempat: Kedai Cendol Muthusamy
Mode Kedai: Sunyi Sepi..

Aku dan Elyan bersama-sama pulang dari sekolah. Oleh kerana tekak yang dahaga dan terasa kebahangan mentari yang menikam-nikam, kami pun berhenti di kedai cendol Mutusamy. Sudah lama rasanya aku dan Elyan tidak datang makan cendol disini. Maklumlah, ujian bulanan dah dekat. Semua sibuk mengulangkaji pelajaran yang dikatakan sangat penting ketika itu.

“Muthu, cendol dua! Kacang letak lebih aa!” Jerit aku pada Muthusamy yang sedang sibuk melayan pelanggannya.

Aku dan Elyan mengambil tempat dibangku yang masih kosong.

“Betul kau tak mahu pergi pemilihan tu, Elyan?” tanya aku padanya setelah aku lihat mamat ini asyik sungguh menyikat rambutnya yang sedikit itu.

“Malas!” Pendek tapi kedengaran macam tidak puas hati tentang seseuatu.

“Yang ko panas semacam ni kenapa?” tanya aku lagi tanda tidak puas hati juga.

“Aku bengangla..takkan itupun nak bagitau kau.”

Baru sahaja aku nak menjawab, si Muthusamy datang mencelah.

“Allo budak. Apa pasal sudah jarang datang makan cendol Muthu lagi?” jerkahnya dari belakang sambil membawak dua mangkuk cendol untuk kami yang penuh dengan kacang merah itu. Sedap!

“Ala Muthu, kita orang sibuklah. Banyak kerja sekolah. Mak bapak marahlah, itulah. Inilah dan blah serta blah lagi..” bebel Elyan. Nampak sangat ada benda budak ni tak puas hati.

Kami berdua terus menikmati cendol Muthu tanpa banyak bicara. Sebenarnya, kami sudah lama berkawan. Aku kenal Elyan ketika aku berumur 5 tahun. Itupun kalau aku tidak silaplah. Detik pengenalan kami agak menarik. Ini kerana, aku membelasah beliau kerana dia cuba untuk mengacau adik perempuan aku. Selepas bergaduh dengan beraninya, aku dan dia jadi kawan baik. Tapi sampai hari ini, adik perempuan aku itu, langsung tak nak cakap dengan Elyan. Aku pun tak tahu kenapa. Elyan ni bukan jahat sangat pun. Baik. Tapi kepala otak tak betul sikitlah..

“Kau tengah kutuk aku kan? kan?” teka Elyan tanpa memberi salam.

Aku terserdak seketika apabila Elyan meneka begitu. Bagaimana dia tahu? Adakah dia seorang psikik yang mampu membaca minda aku yang tidak berapa betul ini juga?

Kadang-kadang, aku hairan. Elyan boleh dikategorikan sebagai seorang yang sangat genius. Tapi dia jarang menunjukkannya. Yang paling aku bengang, ketika ujian penilaian darjah 3, dia yang selalu dapat nombor terakhir setiap kali ujian dijalankan, tiba-tiba menjadi pelajar terbaik pada ketika itu. Bahkan, dia mengalahkan aku dan Fariza yang selalu mengungguli takhta pertama dan kedua dalam setiap apa-apa penilaian hatta ujian bulanan sekalipun. Mahu aku tak bengang?? Huh!

“Aku rasa kau tengah bengang kan?” Tiba-tiba Elyan bersuara lagi. Bibir senyum puas. Tapi mulut kekal aktif menghabiskan sisa-sisa cendol.

“Bengang pasal apa pulak?” tanya aku. Pantas tapi penuh tanda soal.

“Kau bengang aku dapat nombor 1 masa ujian penilaian darjah 3 dulu kan? Siap dapat kalahkan kau dan Fariza kan? Betul tak?”

Dub!!

Terjatuh terduduk aku dibuatnya oleh si Elyan ini. Elyan ketawa dengan sekuat hatinya. Berjaya mengenakan insan seperti aku. Hari ini sahaja, sudah lebih dari 2 kali aku terkena dengan perangai meneka dia. Kalau salah tu, tak apalah juga. Ini semua tepat-tepat belaka. Aku nak kata tidak pun susah. Sebab aku dilahirkan sebagai seorang yang sangat jujur. Jadi, aku hanya mampu diam. Bukankah diam itu tanda seorang yang bijak?

Selepas membayar harga cendol tersebut. Kami pun kembali berjalan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kadang-kadang, bila berjalan dengan Elyan. Aku seram sejuk. Takut pun ada. Elyan bukanlah spesis hantu atau jembalang. Dia juga manusia biasa. Kawan-kawan pun tak berani dekat dengan Elyan kerana perangai psiko beliau. Sejak kejayaannya pada darjah 3 dulu, cikgu-cikgu mula memberikan perhatian kepadanya sehinggakan Fariza yang tak pernah nak tegur Elyan pun mula bertegur sape dengan Elyan. Dan cuma aku, Adha, HIdayah dan Fariza sahaja yang berani. Itupun kerana kami Top 4 student terbaik sekolah.

“Elyan..”

“Apa?” Jawabnya pendek.

“Kau marah lagi ke Adha rampas Fariza dari kau?” Soalan maut dari aku.

“Marah juga..”

“Jadi?” soalku acuh tak acuh.

“Entah!”

“Aii..tak faham aku kau ni”

“Kau wat apa petang ni? Tanya Elyan tiba-tiba walaupun kebengangan aku masih tidak hilang lagi akibat jawapannya yang menyakitkan hati aku ini.

“Tak ada apa nak buat. Kenapa?” Tanya aku semula padanya.

“Tak ada. Saje tanya.”

Pulak. Apa benda dia sedang komplot ni. Mesti ada sesuatu yang dia sedang rancangkan. Jika tidak, dia tidak akan bertanya aku sedemikian rupa. Takkanlah dia nak pergi pemilihan badminton petang ni di sekolah kot?

Elyan berhenti berjalan dan memandang muka aku dengan penuh senyuman.

“Aah, aku nak pergi pemilihan tu, kenapa? Tak boleh??”

bersambung..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Tempat: Kelas 6 Kenanga
Mode Kelas: Tidak Tenang..

Hari ini ada pemilihan badminton wakil sekolah. Elyan, Adha, aku dan budak-budak lain sangat berminat untuk menyertainya. Kebiasaanya, wakil sekolah akan dipilih dari kalangan murid-murid darjah enam. Mungkin cuma satu atau dua orang sahaja murid darjah lima akan diserap ke skuad badminton sekolah.

“Elyan, kau nak masuk wakil sekolah tak? Main badminton?” tanya Adha.

“Aku tak mahu!”

“Kenapa plak? Kau kan terror. Aku tengok kau selalu main petang-petang kan?” paksa Adha lagi.

“Aku tak mahu laa. Yang kau paksa ni apa pasal??” Geram Elyan sambil sibuk memadamkan kesan degil di buku matematik darjah enam yang kotor diconteng oleh Adha 2 minggu lepas.

“Habis, aku nak ajak siapa. Seganlah aku nak gi pemilihan petang ni..” Rayu Adha lagi tanpa putus asa.

“Mana aku tau. Kau ajaklah awek kau tu. Hidayah dengan Fariza tu. Dia orang kan terror. Kau kan selalu main dengan diorang” Selamba Elyan berkata-kata sambil mengaru-garukan kepala kerana pemadam yang digunakan tidak lut untuk membersihkan kesan degil di buku matematiknya itu. Gerutu.

“Sebab tu aku nak ajak kau. Dia orang paksa aku suruh ajak kau sekali!”

“Ahh, tak naklah. Aku pergi pun bukan dapat wakil!”

“Eh, belum cuba belum taulah. Kita kena cuba dulu!” paksa Adha lagi.

Aku hairan. Sudah si Elyan itu tidak mahu. Kenapa mahu dipaksa-paksa? Ingat Elyan itu lembukah yang mahu ditarik-tarik dan dipaksa??

“Emmm..”

“Nak ikut ke tak?”

“Tak nak.” ringkas tapi menusuk kalbu aku dan Adha.

“Tak nak sudahlah. Apalah nak jadi dengan anak Zaki ni..” geram Adha sambil mengejek nama bapak si Elyan tanda tidak puas hati.

“……….. “ Elyan dan aku menjeling. Aii, main nama bapak nampak..

bersambung..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011