Archive for the 'cek nuffnang' Category


Akhirnya, seperti yang aku duga, aku dapat buffered earning yang ketiga dari Nuffnang. Dan yang lebih mengharukan, blog aku yang satu lagi dapat pula buffered earningnya yang pertama. Ini sangat bagus dan aku sangat mengalu-alukan pihak Nuffnang dan para advertiser untuk memberikan lebih banyak buffered earning untuk blog-blog aku. Aku yakin mereka akan lebih gembira jika iklan produk mereka berada diblog aku. Mungkin mereka rasa ada sesuatu diblog-blog aku itu. Hehe..

bufferedearningketigadankeempatdarinuffnang Buffered  Earning ke 3 dari Nuffnang


Buffered earning yang ketiga ini datangnya dari Syarikat Prudential. Aku rasa korang tahukan apa benda Prudential nih? Yang bagusnya, siap dapat CTR bonus lagi dan sejujurnya janganlah tanya aku bagaimana aku dapat CTR bonus sebab aku sendiri tak tahu macam mana formula sebenar untuk mengira earning untuk CTR bonus. Yang aku yakin, mesti ada kaitan dengan peratus CTR dan trafik yang hadir ke blog-blog kita yang ada iklan Nuffnang tu. Kalau ada sesiapa yang mampu terangkan tentang CTR bonus dalam bahasa melayu, mungkin korang boleh ceritakan kat ruang komen nanti.

Yang peliknya, blog earnword tu dapat kempen buffer dari filem The Eagle. Mungkin ada sebab tertentu mereka pilih blog tu atau mungkin disebabkan bahasa untuk blog itu adalah bahasa english. Sebab tu blog tu dipilih? Entahlah, aku tak faham dan kurang pasti. Apapun, terima kasih sebab pilih blog tu untuk buffered earningnya yang pertama.

Aku sebenarnya dah layak untuk cashout untuk bulan ini. Tapi aku akan tekan butang cashout sebelum hujung bulan ini berakhir. Rasa rugi pula cashout awal-awal dan aku harap Nuffnang akan terus bagi aku Buffered Earning setiap hari. Haha!

Ps: Aku lapar ni. Nak masak pizza jap. Nak beli lilin jap. Esok nak bergelap kejap sempena Earth Hour.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap, aku dah dapat buffered earning yang kedua dari Nuffnang setelah aku dapat status Glitterati dari Nuffnang. Kira oklah tu kan daripada tak dapat apa-apa langsung. Sesetengah orang, mereka rasa senang nak dapat buffered earning ni, sesetengah orang pula berbulan tak merasa buffered earning ni. Tak tahulah kenapa susah sangat nak dapat benda nih kan?

bufferedearningkeduadarinuffnang Buffered Earning ke 2 dari Nuffnang


Buffered earning yang pertama datangnya dari Maxis Nokia E7 SS. Kalau korang perasan, banyak kali gak iklan tu muncul kat blog ni. Korang perasan kan? Terima kasih la kepada Maxis kerana sudi pilih blog ini untuk iklankan produk mereka tu. Aku rasa ramai gak yang dapat buffered earning dari Maxis ni kan? Tahniah untuk korang dan blog korang tu.

Buffered earning yang kedua pula hadirnya dari AirAsiaX New Zealand(India). Terima kasih kepada AirAsia kerana memilih blog ini untuk sasaran promosi mereka. Memang blog ini bukan blog khas untuk travel,  tapi mereka mungkin gembira memilih blog ini. Siapa tahu bukan? Lagipun, aku penumpang setia AirAsia sejak aku belajar di UMS, Sabah dulu. Tak pernah pun naik MAS airlines. Jadi, AirAsia ni dah jadi macam kenderaan aku kalau pergi ke Sabah tu. So far, servis mereka sentiasa upgrade dari masa ke semasa. Sejarah AirAsia sudah gemilang di Malaysia dan aku harap AirAsia akan terus unggul sebagai syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia ini.

Sekarang? Aku nantikan buffered earning yang ketiga. Dari syarikat mana? Aku tak tahu, kalau ada, aku update lagi. Kalau tak ada, tak adalah. Memang tak berapa banyak earning dari buffered earning. Kalau korang maintain dapat 10 klik setiap hari dari Nuffnang dan satu nilai itu paling ciput pun adalah 50 sen, korang dah dapat Rm5.00 bukan? So, dah counter balik untuk buffered earning korang yang biasanya dapat 1-5 ringgit. Nilai klik bagi status Glitterati ni sangat tinggi. Pukul rata antara 50-75 sen untuk 1 klik bergantung pada jenis iklan yang dipaparkan. Jadi, agak beruntung bukan jika kita gunakan Nuffnang diblog-blog kita tu, betul tak?

Jika kita bandingkan, Advertlets pun cuma bayar antara 10-20 sen untuk 1 klik, Innity pula bayar antara 50-1 ringgit lebih untuk 1 klik, Heartbeat pula 1 sen untuk setiap klik, rasanya mana lagi berbaloi jika korang dapat klik-klik tersebut? Jadi, berusahalah bersungguh-sungguh jika korang ada akaun Nuffnang. Sangat rugi jika korang tak tingkatkan earning Nuffnang jika korang ada akaun Nuffnang berstatus Glitterati nih. Aku pun rasa menyesal tak contact Nuffnang awal-awal dulu. CIss, dan ciss lagi..

Wokeh. Cerita banyak pun tak guna. Korang nak join Nuffnang? Gi sini: Buat duit dengan Nuffnang

Ps: Haha, promosi baik punya untuk Nuffnang. icon smile Buffered Earning ke 2 dari Nuffnang

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada pelbagai cara dan teknik untuk buat duit dengan blog. Apa yang perlu korang tahu adalah belajar, fahami dan pratikkan apa yang korang belajar. Maksudnya, korang ambil tindakan dan lihat hasilnya. Jika kurang berjaya atau hasilnya tak memberangsang, sila buat post-moterm dan kaji semula mengapa korang kurang berjay buat duit dengan blog korang. Mungkin ada beberapa masalah yang korang tak faham dan mungkin juga korang tak tahu bagaimana cara yang sepatutnya untuk buat duit dengan blog tersebut.

Di sini, aku kongsikan beberapa program yang mungkin korang boleh cuba terutamanya bagi rakyat Malaysia yang ingin cuba buat duit dengan blog masing-masing.Program yang aku beritahu ini mungkin mudah, dan mugkin juga sukar. Tapi ini antara program yang asasnya patut disertai oleh blogger-blogger Malaysia.

1. Nuffnang
Program ini membayar korang berdasarkan klik. Majoritinya ramai blogger berjaya buat duit dari Nuffnang. Ada yang banyak kali sudah dapat cek dari Nuffnang. Ada juga yang akaunnya tak sampai pun 20 ringgit. Itu normal sebab memang ramai blogger yang kurang berjaya dengan Nuffnang. Tapi aku tahu, itu kerana korang belum tahu cara atau teknik untuk buat duit dengan program ini. Fokus utama adalah trafik. Tanpa trafik korang agak sukar untuk buat duit dengan program ini. Bila trafik ke blog korang banyak, korang akan mudah dapat klik dari para pelawat. Letakkan juga iklan atau ads Nuffnang ditempat yang mudah dilihat dan pastikan juga loading ke blog korang tidak lembab. Jika lembab, ini akan mempengaruhi banyak perkara termasuklah untuk mendapat klik. Nilai minimum untuk Nuffnang adalah RM50 sahaja. Selepas itu, korang boleh cashout earning korang tu. Setakat ini, sudah 8 kali aku terima cek dari Nuffnang. Jika aku dan ramai blogger boleh buat duit dengan Nuffnang, Insya-Allah, korang pun boleh juga.

2. Google Adsense, Bidvertiser dan Adbrite
.
Ramai blogger Malaysia berjaya buat duit dengan 3 program ini. Pendek cerita ianya agak serupa dengan Nuffnang. Korang akan dapat duit jika ramai yang klik iklan diblog korang. Majoriti ramai yang sudah tahu tentang Adsense dan ramai orang kita yang berjaya dapat cek dari Adsense setiap bulan. Ini antara program yang cukup popular di mata blogger-blogger Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program Google Adsense. Tentang Bidvertiser dan Adbrite, kedua-dua program ini juga agak terkenal. Cuma kurang pendedahan dan tidak ramai yang berjaya buat duit dengan Bidvertiser. Setakat ini, sudah 2 kali aku dapat bayaran dari Bidvertiser. Adbrite? Masih belum cukup untuk dapatkan cek dari Adbrite. Tapi program-program ini sesuai untuk korang sertai jika korang mempunyai blog.

3. Sponsoredreviews, Buyblogreview, Payperpost, Blogsvertise, Linkpost dan sebagainya.
Program-program macam ini sesuai jika korang suka buat ulasan atau review post di blog masing-masing. Ramai yang berjaya buat duit setiap bulan dari program-program begini. Cuma masalahnya artikel yang korang buat itu mesti dalam bahasa Inggeris. Ini yang menjadi kelemahan bagi kebanyakkan blogger-blogger. Untuk cara ini, mahu tak mahu, korang kena tahu bahasa inngeris walaupun ianya adalah sangat basic bagi korang. Aku juga sangat lemah dalam bahasa ini, tapi aku berjaya buat duit dari program-program tersebut. Jika ramai yang boleh buat, korang pun boleh buat. Program-program ini bayar korang dengan dollar. Bukan dengan ringgit, jadi pulangannya pasti sangat menghiburkan hati korang pada setiap bulan.

4. Mangga Ad, Innity, Paid-Per-Promote, Clicksor, AdOnion, Burst Traffic dan sebagainya.
Program-program macam ini lebih kepada trafik. Jika korang ada trafik yang tinggi, sertai program-program begini. Program sebegini bayar blogger melalui nilai impression atau hits. Jika banyak blog korang menerima trafik yang tinggi setiap hari, korang boleh sertai program ini. Mereka bayar berdasarkan trafik. Lagi banyak trafik, lagi banyak income yang korang boleh perolehi. Masalahnya, tidak banyak blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Jadi, korang kena belajar cara nak dapat trafik untuk tarik pelawat ke blog korang. Ingat, mempunyai trafik yang tinggi akan membantu korang terima banyak pendapatan dari blog masing-masing.

5. TNX, Text Link Ads, LinkXL, Backlinks, Linkadage, Teliad, Intellilinks dan sebagainya.
Program-program ini bayar korang melalui jualan link. Jika korang ada blog dan mempunyai pagerank yang tinggi, korang boleh jual text link atau inlinks melalui blog masing-masing. Ada link yang dijual sangat tinggi ada link yang dijual dengan harga rendah. Jadi, pilih yang mana sesuai dan sertai program-program sebegini. Program ini memerlukan korang mempunyai blog yang sentiasa update, mempunyai pagerank dan alexa yang tinggi dan content yang segar. Jadi, hasilkan blog sebegitu dan sertai program tersebut. Aku sudah dapat beratus bayaran dari program-program sebegini. Hasilnya sangat memberangskan dan korang boleh cuba dan buat duit dari blog melalui program-program ini.

6. Triond, Bukisa, Squidoo dan sebagainya.
Program-program macam ini bayar korang jika korang rajin tulis artikel dan review. Buat artikel dan publishkan di akaun Triond, Bukisa dan Squidoo korang. Makin banyak trafik ke artikel-artikel korang tu, lagi banyak income yang korang dapat. Setakat ini, sudah banyak kali aku terima komisen dari Triond, Bukisa dan Squidoo. Yang perlu korang lakukan cuma buat artikel dan buat trafik ke artikel tersebut.

7. Amazon, Shareasale, Comission Junction, Clickbank dan program CPA
.
Ada pelbagai program lagi yang sama waktu dengan program-program ini. Apa yang perlu korang lakukan, daftar dengan program tersebut. Pilih program atau produk yang ingin korang promosikan dan lakukan siri-siri promosi untuk buat duit dari program tersebut. Korang boleh gunakan banyak platform untuk promosikannya tak kiralah dari blog, facebook, SEO dan sebagainya. Pokoknya, kena buat kerja dan aku juga sudah dapat beratus kali komisen dari program-program sebegini. Pendek cerita, jangan mudah putus asa dan lakukan promosi yang berterusan.

8. Jual e-book atau jual laporan khas
Ada banyak Internet Marketer dan Blogger yang jual e-book hasil tulisan masing-masing tentang pelbagai niche dan informasi. Jika korang ada idea yang unik dan ada informsi untuk dijual, karang satu ebook dan jual. Jika harga ebook tersebut RM20 dan korang berjaya dapat 100 jualan, ini bermaksud korang dah dapat Rm2000 dalm tangan. Tolak modal minisite dan autoresponder, dekat RM200++. Korang dah untung dekat RM1500 dan ke atas. Ini juga salah satu cara yang bagus dan korang boleh promosi melalui blog korang.

9. Affiliate program tempatan
Sekarang, ada banyak program affiliate yang dianjurkan oleh pelbagai Internet Markter dan Blogger tempatan. Daftar affiliate atau agen program tersebut. Promosi di blog masing-masing. Ini juga salah satu cara untuk buat duit melalui blog korang. Jika blog korang ada banyak pelawat, tak mustahil untuk dapat sales. Cuba dan praktikkan. Insya-Allah, korang boleh dapat buat sales tak lama lagi. Cuma jangan mudah putus asa. Aku dah beratus kali dapat komisen dari affiliate program tempatan dan juga affiliate luar. Jangan buat kerja separuh jalan dan pilihlah affiliate program tempatan yang aktif dan sentiasa mempunyai reputasi yang bagus.

Itu sahaja. Ada banyak lagi. Tapi aku ringkaskan dalam satu entri pendek ini. Mungkin ianya akan membantu sesetengah dari korang yang melawat blog ini. Sekali lagi, jangan mudah putus asa dan keringkan hati korang untuk buat duit mellaui blog. Ya, benda-benda ni semua susah dan akan mengambil masa. Tapi lebih baik daripada terlambat. Betul tak?

Ps: Aku akur, tak ada perkara mudah untuk buat duit melalui blog.

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak update sedikit bayaran yang telah aku terima. Aku akan sentiasa update beberapa bayaran yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan bersama dengan pembaca blog ini. Alhamdulillah, trafik ke blog ini semakin baik dan beberapa ujikaji ke atas blog-blog baru aku sudah pun menampakkan hasilnya. Aku harap sesuatu yang baru dalam tempoh 3 bulan percubaan ini.

Ini merupakan bayaran terkini daripada TNX. Ini bayaran ke 25 jika tak silap aku. Mungkin payment yang ke 24. Aku sendiri tak pasti sebab aku malas nak login akaun TNX aku sekarang. Nanti-nantilah aku buka semula untuk confirmkan kesahihannya.

tnxpayment19april 300x135 Edisi Siasat: Berapa gaji bulanan Titan?


Dan ini pula bayaran komisen yang aku terima daripada hasil promosi produk Kerja-Kerajaan.com. Tak sia-sia aku letak banner disidebar kanan aku tu. Dapatlah sikit sales dan aku berterima kasih kepada mereka yang mendapatkannya. Semoga korang akan dapat kerja kerajaan macam aku juga. Haha..

komisenkerjakerajaan 300x183 Edisi Siasat: Berapa gaji bulanan Titan?


Cukuplah dua screenshot yang aku ambil. Samar-samar plak gambarnya. Takpelah, janji korang leh nampak dengan baik. Apapun, terima kasih kepada Jamal sebab bayar komisen tu. Aku sendiri tak tahu aku ada dapat sales. Jadi, jika sebelum ni korang memanjang failed temuduga kerja kerajaan, dapatkan panduan kerja kerajaan Jamal ni. Insya-Allah akan membantu. Hah, result Mtest untuk panggilan interview KPLI akan keluar 29 April nih. So, kalau kene panggil interview, korang dah patut sangat dapatkan panduan kerja kerajaan ni dengan segera. Senang sikit masa interview nanti..

Dan aku masih menunggu beberapa cek seperti Cek Nuffnang, Cek adsense, Cek Shareasale, Cek clickbank, Cek Bukisa dan beberapa cek yang lain. Tak perlu aku bagitau semua. Nanti korang kata aku belagak plak. Cukuplah kalau aku mampu buat duit dan hidup sederhana seadanya..

Begitulah income atau gaji bulanan yang aku akan terima. Dari TLA, Inlinks, TNX, Teliad, Backlinks, Linkadage, LinkXL, Adsense, Shareasale, Nuffnang, Bukisa dan beberapa lagi side income yang hasilnya dari blog merupakan gaji bulanan yang aku tunekan sebelum ni. Akhirnya, menjadi juga. Gaji bulanan aku? Adalah dalam 4 angka..

Ini sahaja update untuk hari ini. Maaf. Entri ni lambat dipublishkan. Aku tertido plak tadi..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011