Dalam 1-2 hari ni, rasanya beberapa hosting aku bermasalah. Kebanyakkanya adalah masalah akismet dan juga masalah htaccess. Aku sendiri tak tahu bagaimana file htaccess aku berevolusi samada disebabkan oleh aku sendiri atau anasir-anasir yang gagal aku dan pihak hosting ketahui. Tapi aku sangat berterima kasih kepada Netkl Network. Mereka memang betul-betul buat kerja dan tak mengular. Inilah antara syarikat hosting tempatan yang cukup aku respek kerana betul-betul hebat dari segi support terutamanya untuk aku yang agak jahil bab-bab teknikal hosting nih. Aku tau serba-sedikit, tetapi aku tidak tahu semua benda. Benda-benda basic sahaja yang aku tahu. Sebab tu aku masih suka dengan Netkl walaupun aku ada banyak hosting lain.Huhu..

Kini, aku rasa korang dah tak ada masalah untuk komen diblog ini macam biasa. Cuma satu masalah yang masih membelenggu aku adalah pemilihan untuk theme blog ini. Aku sudah melakukukan beberapa siri ujikaji untuk pemilihan theme blog ini dibeberapa blog aku yang lain, ada theme yang bagus, tetapi ramai yang dah pakai theme tu. Jadi, mungkin aku akan jeling-jeling di premium theme yang sesuai untuk blog aku. Beli pun, beli ajelah. Janji blog ni akan lebih cepat ketika loading dan tidak serabut. Aku akui banyak banner yang bersidai diblog aku dan mungkin juga aku akan buang sedikit-sedikit yang mana tak mendatangkan apa-apa lead atau sales. Tapi hampir 90% banner yang aku letak mendatangkan hasil. Takkan aku nak buang pulak. Tapi mungkin aku akan gunakan plugin yang sesuai untuk iklan diblog ini.
Aku juga merancang untuk beli satu hosting bersaiz besar dan mempunyai specs seperti unlimited add-on, unlimited space, unlimited mysql, unlimited bandwitch dan sebagainya. Sesuai untuk aku letakkan blog-blog aku dalam satu rumah dan mudah untuk aku control. Malah, mempunyai hosting yang besar yang berharga dalam lingkungan RM400-RM800 sebulan, mampu menghasilkan income yang lumayan jika kena caranya. Yup. Aku sudah tahu 3-4 cara untuk meningkatkan pendapatapatan 2-3 ganda dengan cara yang aku temui sendiri. Salah satunya adalah Cincai Blogging dan juga serpihan daripadanya adalah dengan terhasilnya Panduan TNX versi 2.0. Tentang Panduan TNX versi 2.0, sudah siap semuanya. Link download juga sudah aku siapkan. Apa-apa hal-hal teknikal juga sudah 70% selesai dan sekarang cuma tinggal web jualan sahaja. Aku sudah cari designer untuk uruskan hal itu. Jika siap cepat, aku akan lancar seperti yang aku usahakan iaitu sebelum masuk bulan November. Jika lambat, mungkin diawal bulan November. Harap-harap tidak ada apa-apa masalah yang berbangkit dalam tempoh waktu itu.
Kawan sekerja aku hairan. Apa yang aku buat dengan laptop aku sehingga diorang ajak makan pun sampai kena paksa aku untuk keluar makan. Diorang kata nanti aku kene colon cancer kalau tak makan. Gila apa. Takkan sampai kene colon cancer kot.Yelah, aku tak lapar lagi takkan nak gi kuar makan. Nanti aku ceritakan pada beliau kerana aku kesuntukan masa hari itu. Mungkin beliau juga sesuai untuk aku jadikan apperantice untuk projek TNX ini. Insya-Allah, akan ada satu forum private untuk semua pembeli Panduan TNX versi 2.0. Di sana nanti, kita akan bincang tentang TNX dengan lebih lanjut. Tapi maaf, hanya untuk pembeli sahaja.
Ps: Agak bengang hari ini. Ada budak perempuan cari gaduh dengan aku. Huh..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content












