1. Jika dulu, empat lima tahun dulu, berapa kerat sangatlah blogger-blogger kat Malaysia ni. Boleh dihitung rasanya. Tapi kini, sudah ratusan ribu blogger-blogger tempatan mewarnai dunia blogger. Semuanya ada sebab dan tujuan masing-masing menulis blog. Cuma sekarang, banyak blogger baru yang yang merintih dan mengadu atas macam-macam perkara..yang kadang-kadang membuatkan jiwa dan hati rasa macam gundah-gulana..
2.
Banyak blogger yang baru nak naik atau memang dah lama naik ni, terlalu pentingkan trafik. Sikit-sikit cerita tentang trafik dan ranking. Trafik jatuh, alexa jatuh, pagerank hilang, pagerank menjunam, trafik naik mencanak, trafik tak cukup power dan macam-macam lagi. Bukan tak boleh cerita, tapi agak-agaklah. Aku tahu nak dapat duit, trafik adalah perkara utama. Tapi perlukah dijajanya cerita tu sepanjang masa. Orang lain pun nak trafik juga. Tapi takdelah semacam aje bisingnya..
3. Banyak blogger baru biasanya menggunakan Nuffnang sebagai pembuka bicara untuk iklan-iklan diblog mereka. Ya, Nuffnang dah jadi satu fenomena bagi tahun 2010-2011 ni. Semuanya nak cerita pasal Nuffnang. Jika ada satu blog, boleh kata cerita pasal Nuffnang dah macam segala-galanya. Belum lagi cerita pasal income Nuffnang yang ciput tu. Kalau nak lebih, kena usaha. Tak dapat macam yang kita nak, kena gandakan lagi usaha. Kalau memang macam ditakdirkan korang memang tak ngam dengan Nuffnang, ucapkan selamat tinggal sahaja. Tak perlu dikutuknya program Nuffnang tu. Apalah salah Nuffnang agaknya..
4.
Nuffnang pilih kasih, Nuffnang berat sebelah dan Nuffnang penipu. Banyak lagi perkataan yang berkait dengan Nuffnang ni. Isu ni memang panas dan aku rasa sampai bila-bila pun mesti tak habis isu ni. Ingat senang ke nak buat duit dengan Nuffnang? Kalau korang cuma bergantung pada pendapatan BE, memang susahlah nak buat duit dengan Nuffnang. Mesti pandai gak umpan pembaca atau pelawat untuk klik iklan Nuffnang tu. Takkan nak harap pada BE aje. Kalau tak dapat BE macam mana? Tak menangis dibuatnya? Jadi, usahakanlah lagi sampai korang rasa korang dapat income yang korang mahukan. BIasanya blogger-blogger baru nak naik ni la yang suka bising-bising pasal ni. Sikit-sikit BE, sikit-sikit Nuffnang. Kalau orang lain leh dapat income rm200-500 dari Nuffnang, takkan korang tak boleh kot. Cuma, usahalah lebih sikit..
5.
Blogger otai dah jadi sombong. Blogger lama perangai cam samseng. Blogger popular tak layan blogger baru. Sudahh, dah macam-macam isu aku baca dan dengar dari dulu hingga sekarang. Semua blogger lebih kurang sama aje. Tak perlulah nak buat isu ni semula. Isu ni dari zaman 2005 lagi. Tak sangka sampai tahun 2011 pun isu ni masih berlarutan. Blogger otai atau blogger popular tu, bukannya larat nak layan korang semua. Diorang dah jadi makin sibuk, kekadang, nak update blog pun tak sempat. Biasalah tu. Even Irfan Khairi pun bukan balas semua komen kat blog dia. Tun Mahathir punya blog. (Ni baru blogger otai) Â Beliau lagilah, cukup jarang komen dekat blognya. Inikan blogger-blogger popular dan blogger otai yang lain. Takkan kes tak balas komen atau tak balas email pun nak jadi isu? Had0iii..
6. Aku lihat, terlalu banyak
blogger yang terlalu taksub dan semacam memuja blogger-blogger yang diorang labelkan otai. Blogger-blogger otai tu tak mintak pun korang label atau taksub dengan diorang. Semuanya nak jadi macam blogger otai. Diorang pun manusia biasa. Tapi bila aku lihat sampai bergaduh dibuatnya. Dah macam tak best aje aku tengok. Sikit-sikit gaduh. Sikit-sikit jeles, sikit-sikit nak nangis. Aku lempang kang. Baru tahu. Aku rasa, blogger-blogger otai tu tersengih-sengih aje atau buat bodo aje bila korang bergaduh pasl dia. Dia yang dapat nama, dia dapat trafik, korang dapat apa? Dapat penat aje..
7.
Bila blogger baru mengikut blogger otai. Semua bendanya nak diikutnya. Apa blogger otai tu buat, apa yang blogger tu sampaikan. Korang ikut semuanya. Tak ada satu pun salahnya. Sebab tu, blog korang tak ada keunikannya. Sebab tu kekadang, even korang follow apa yang blogger otai tu buat, tak ada banyak trafik masuk ke blog korang, tak ada banyak income yang korang dapat, tak ada orang pun ingat nama atau blog korang. Sebab apa? Identiti. Korang tak ada identiti sendiri. Jadi, binalah identiti sendiri dan cuba cari keunikan blog masing-masing. Kadang-kadang, bila ada orang kutuk blogger otai yang korang suka, korang bengang dengan orang yang kutuk mereka. Korang benci si anon-anon..kenapa jadi macam ni??
8. Banyak blogger perempuan sekarang jika kita bandingkan pada tahun 2005-2007. Tahun 2008, aku nampak peningkatan dan peningkatan yang ketara bermula pada tahun 2010-2011. Banyak orang perempuan ni dah ada blog masing-masing. Kalau korang perasan, blogger mereka penuh dengan macam-macam. Dengan lagunya yang kadang-kadang soundnya level 100, dengan gambar-gambar besar kat header, dengan aksi-aksi manja kat sepanjang artikel-artikel mereka, dengan template dan theme yang berwarna pink yang pekat dan juga super lambat nak loading dan macam-macam lagi. Aku rasa mungkin mereka kena alert benda-benda macam ni. Kekadang, agak menyukarkan orang nak lawat blog mereka. Tapi tidak semua blogger perempuan macam tu, ada yang ok dan ada yang sangat bagus berbanding blogger lelaki. Overall, bagi aku kewujudan blogger perempuan umpama bunga yang harum dalam dunia blogger Malaysia ni..
9.
Blogger baru nampaknya lebih cenderung kepada mahu duit cepat. Mahu dapat hasil cepat. Mungkin kerana tempias blogger-blogger otai yang berjaya buat duit dengan blog mereka. Mereka juga mahu dapat duit. Mereka juga mahu dapat BE. Mereka juga mahu dapat banyak komen. Mereka juga mahu banyak trafik ke blog mereka. Tapi mereka kurang usaha. Bila tak dapat, mulalah buat serangan berlandaskan nafsu. Mulalah cakap program tu yang salah. Mulalah cakap orang lain yang tak betul. Mulalah bebel kata ini tipu dan itu jahat. Kenapalah sampai macam tu..korang sahaja yang betul ke??
10. Blogger baru yang aku nampak, mereka lebih kreatif bagi sesetengah blogger yang dah lama bertapak. Banyak blogger baru yang lebih handsome dan comel berbanding blogger lama. Kelebihan mereka memang terbukti banyak dari pelbagai aspek. Lebih muda, lebih kreatif, lebih up to date, lebih mengancam, lebih seksi, lebih gedik, lebih moden dan macam-macam lebih lagi. Cuma mungkin bab emosi dan kelantangan bersuara tu boleh dikawal sedikit. Kalau sampai ada yang mencarut tu, macam kurang sopan la rasanya. Lagi-lagi kalau blogger tu perempuan. Nampak kurang gula rasanya blogger tu. Kalau yang perempuan, kurangkanlah gambar-gambar yang mengiurkan. Tak perlulah nak tunjuk jerawat kat muka tu besar-besar. Tak perlulah cerita dan bergosip memanjang. Bukannya ramai orang suka pun. Cukuplah kalau kami kagum dengan gaya penulisan korang tu dan cara korang berkomunikasi dengan pembaca korang. Itu dah memadai.
Apa yang aku cerita ni, bukan semua. Hanya kumpulan yang kecil sahaja. Tak semua. Aku harap korang tak terasa la pulak. Ramai blogger-blogger yang bagus-bagus belaka. Cuma kalau korang selalu gak merayau kat blog orang lain macam yang aku buat, mesti korang sependapat dengan aku. Betul tak?
Ps: Habislah, lepas ni lagi ramai orang benci dan hentam aku. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content