Aku masih pening dan demam. Tapi macam dah nak baiklah. Selsema pun dah hilang. Tapi sakit kat bahagian hamstring aku masih berbisa lagi. Tak sakit macam awal-awal dulu, tapi dah boleh dah kalau nak lari laju kalau aku mahu. Tapi sebab aku malas nak kasi beban pada peha dan kawasan hamstring tu, jadi aku tak jogging dalam seminggu ni. Aku cuma jalan-jalan aje. Tidakpun, aku buat lari anak-anak kat atas tredmill tu aje.Sekurangnya, boleh juga keluar peluh.
Ok. Ini bayaran terkini dari Innity. Ada orang kata macam lambat benar diorang bayar untuk bulan Februari 2012 ni kan? Siap heboh sana-sini. Orang kita ni, kalau bab gaji masuk lambat, elaun masuk lambat, bayaran masuk lambat, mencanang-canang kat blog. Bercerita bagai nak rak kat facebook. Menuduh macam-macam kat sana-sini. Cuba bawa bersabar sikit. Kalau syarikat bagus, kalau selama ini bayar tak pernah miss, sesekali ada masalah macam ni, takkanlah nak keluar berita kurang manis plak. Agak-agaklah kan?

Mengapa aku dapat detect bayaran ini adalah dari Innity? Bila aku check kat bahagian history, memang ada bayaran yang dah dibuat. Sama dengan jumlah yang aku dapat di akaun Maybank aku. So, tekaan aku mengatakan ini adalah bayaran dari program Innity. Jadi, yang korang tengok ini, adalah bayaran dari program Innity. Ya, patutnya dapat masa pertengahan bulan Februari ni, tapi sekarang dah nak penghujung. Bagi aku, tak ada masalah. Sekurangnya diorang bayar dan beri sebab.
Korang dapatkan email dari Innity yang bagitau mengapa mereka bayar lambat pada bulan ini? Kalau tak dapat, jangan dok bercerita bagai nak rak. Gi kaji balik kenapa korang tak dapat email atau mengapa korang terlepas pandang email dari Innity tu. Akaun email tu berapa tahun tak buka?? Jangan asyik login akaun bank aje. Sesekali, bukak juga email korang tu. Aku tahu, ada yang dah berzaman tak buka email masing-masing kan? Bukak pun bila ada keperluan aje. Jadi, tak perlu nak salahkan orang lain atau buat spekulasi pelik-pelik bila kita tak dapat seperti yang kita nak. Belajarlah bersabar sikit. Kalau leh sabar dan berusaha untuk lepas Innity dulu, takkanlah tak boleh sabar sekarang kan?
Ok. Aku nak sambung buat kerja. Nanti korang marah pula. Dah lambat sangat kan ni? Hari ini baru ada masa sikit dan demam aku dah kebah sikit. Peha pun dah kacak balik. Dah leh buat kerja dengan kacaknya. Huhu..
Ps: Fokus. Fokusss..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















