Hari ini aku cuma nak share dengan korang satu lagi bukti pembayaran untuk Program affiliate yang dijalankan oleh CBMalaysia hasil buah tangan saudara Fai. Aku dah dua kali dapat payment dari program ini. Satu pada 15hb Julai dan satu lagi pada hari ini iaiti 1 Ogos 2008. Walaupun tak banyak, tetapi usaha aku mempromosikan program ini membuahkan hasil. KOrang boleh baca semula post lama aku tentang program affiliate CBMalaysia ni.
Secara jujurnya aku tak rasa langsung aku akan berjaya mempromosikan produk CBMalaysia dan sekaligus membuatkan 2 orang berminat untuk membeli produk CBMalaysia ni. Tetapi dalam tempoh 1 bulan ini, aku berjaya mendapat 2 sales. Bolehlah walaupun tak banyak. Satu sales menjana RM15 dan jika dua adalah RM30. Walaupun tak banyak nilai komisen itu, tetapi sudah cukup untuk aku topup celcom RM10 sebanyak 3 kali tanpa meminta satu sen pun dari mak bapak aku. Bagus tak aku?
Ini bukti bayaran yang dibuat dari pihak CBmalaysia ke akaun maybank aku. AKu tunjuk bayaran hari ni punya. Malas aku nak cari balik yang bulan lepas punya. Aku rasa ini pun dah cukup kot untuk tunjuk bukti pada korang kan? Ke korang masih tak puas ati lagi?
Nampak? Tak banyak kan? So, aku takde bende sangat nak post hari ini. Sebelum aku gi solat jumaat hari ini. Saje nak tunjuk bukti duit sikit untuk jadi pemangkin bekerja dengan lebih kuat. Aku yakin dalam beberapa hari nanti akan ada lebih banyak bayaran akan masuk ke akaun maybank dan paypal aku. Aku harap yang terbaik untuk bulan Ogos ini. Bulan Julai penuh dengan bayaran dan tanda tanya. Jadi, aku harap yang terbaik untuk bulan ni.
Ternyata, buat duit dengan menggunakan platform blog membantu aku dalam promosi pelbagai program affiliate dan menjual ebook. Sekarang korang percaya atau tidak?
Ps: Tapi kalau korang minat nak beli Panduan Clickbank yang Fai buat tu. Leh la pegi usha kat website CBmalaysia tu. AKu tak berani jamin korang leh jana juta-juta dengan tools dan report ini. Tapi membantu jugak la sikit-sikit. Panduan CLickbank CBMalaysia Fai.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content
















