cabaran | EarnCent.com


Archive for the 'cabaran' Category


Sementara aku sempat update blog ini, aku update juga satu lagi bayaran ciput yang aku terima dari Triond. Yap, bayarannya sangat rendah. Tetapi ianya membuktikan bahawa kita tetap boleh buat duit dengan program Triond ini. Ya, aku tahu ada yang gelak sebab aku tunjuk bukti bayaran yang rendah-rendah macam ini. Biarlah kalau ada yang gelak. Jika korang faham apa yang aku lakukan, aku yakin korang takkan gelak setelah mengetahuinya.

Ini bukti bayaran yang aku dapat dari Triond. Cukuplah. Leh beli gula-gula hacks kegemaran aku tu. Boleh meneman aku yang kadang-kadang mengantuk malam kalau sabun Aqura dah habis guna. Hehe..



Cara nak buat duit dengan program Triond ni tidaklah susah sangat. Korang boleh pilih 2 cara untuk buat duit dengan Triond. Pertama, melalui gambar. Yang kedua, melalui artikel. Jika korang ada banyak gambar yang menarik, upload gambar korang di Triond dan letakkan tag yang sesuai dan panas di gambar tersebut. Aku yakin, ramai orang akan search gambar tersebut nanti. Melalui cara inilah aku berjaya dapat komisen dari Triond sebanyak 5 kali.

Bagaimana pula dengan Artikel? Ya. Korang boleh buat duit melalui artikel. Senang sahaja. Korang fikirkan satu topik yang menarik, letakkan keyword-keyword panas dan korang yakin ramai orang akan berminat dengan keyword tersebut, letak sikit perasa SEO, boldkan apa-apa yang patut dan buat artikel yang agak tersusun dari segi bahasa. Nak senang, buat sistem point. Itu lagi mudah. Tak perlu nak buat karangan macam aku tengah karang nih..dah siap semua. Haa, submit dan tunggu pihak Triond aktifkan artikel tersebut. Selalunya dalam 2-3 hari sahaja. Kalau gagal, korang buat artikel lain yang lagi hebat dari yang sebelumnya. Macam tak biasa tulis artikel plak, kan?

Ok. Itu sahaja. Banyak benda lagi pasal Triond ni. Tapi lebih baik korang fikir dulu dan decide, nak join atau tidak. Jika korang selesa dengan program yang korang sertai sekarang, tak perlu join triond. Tapi kalau tanya aku, aku join semua program yang aku suka. Yang tak suka pun kekadang aku join. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan mencabar minda sahaja..

Ps: Dah tak penat. Tapi nak tidur petang ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang aku duga, ujikaji aku untuk program Bukisa telah membuahkan hasil dan aku telah menerima bayaran komisen kedua dari Bukisa tanpa sebarang halangan. Terima kasih kepada Bukisa kerana membayar komisen tanpa halangan dan cepat macam biasa. Hoho..



Seperti entri edisi siasat dan open case yang lalu, apa yang aku lakukan untuk membuat duit pasif melalui program Bukisa telah membuahkan hasil. Di sini, aku sediakan beberapa tips yang mungkin membantu korang untuk mempercepatkan proses korang untuk dapat buat duit dengan Bukisa ini. Ianya menjadi dengan aku, tapi aku tak tahu pula dengan korang.

Cara pertama. Pilih niche, berita panas, cerita panas, anime, gambar panas yang korang rasa sesuai untuk korang letakkan dalam artikel yang bakal korang tulis di Bukisa. Dan jangan lupa, Bukisa sudah mencapai Pagerank 3. Rugi korang tak wat artikel dan buat backlink ke blog-blog korang. Ok, dah pilih kan? Kemudian, disini korang kene aplikasikan ilmu SEO korang. Boldkan keyword-keyword utama dan juga keyword utama itu mesti ada kat ruang title korang. Kalau 2 benda ni takde, jangan harap artikel korang leh masuk 1st dan 2nd page kat Google. Kat Yahoo, susah sikit. Boleh, tapi lambatla. Betul. Aku kata lambat, lambatlah..

Cara kedua. Promote kat 3 tempat keramat ini. Twitter, Digg dan juga Facebook. Pendek cerita, semua site social networking, korang promote dengan berhemah. Jangan main cincai aje. Kang akaun kene ban, aku tak tanggung. Aku sendiri pun blast 2-3 artikel sehari untuk promotion dan aku cuma pakai 16 artikel aje dan ianya sudah cukup untuk buat aku terima bayaran setiap bulan. Bukisa itu income pasif? Aku setuju.

Cara ketiga. Korang ada join Adf.ly? Triond? AssociateContent? Gather? Squidoo? Gabungan 5 program dan Bukisa akan membuatkan income keenam-enam program tu meningkat dengan mendadak. Pepandailah korang buat combination antara 6 program tu. Takkan tak faham kan? Selit-selit je antara artikel bukisa dengan Gather, combine plak squidoo dengan gambar dari Triond, link-link tu semua korang clock dengan Adf.ly. Pendek cite, kalau korang kreatif, memang income 6 program ini akan meningkat. Tak nak cuba sudah, gi main jauh-jauh. Itu belum lagi combination dengan abrite, widgetbucks, adsense, obeus, bidvertiser dan program2 ppc yg lain. Huhu..

Cara keempat, korang tahu kan Bukisa ni ada program referral? Ambil code referral, promote. Blast kat email list korang dan promote supaya diorang masuk dan hantar artikel. Ingat, 1000 impression bersamaan dengan $3.42 dollar. Sape nak bagi tu? Ini program yang paling mahal dibayar berdasarkan impression yang aku pernah jumpa setakat ni. Memang gila. Itu yang aku suka. Bukisa itu memang boleh jadi income pasif setipa bulan? Sekali lagi aku setuju!

Cara kelima, korang tahu kan yang Bukisa ada fungsi feed? Dan setiap username ada feed masing-masing? Haa, korang ada blog jugak kan? Apa lagi, tepeklah ke blog high trafik korang. Blog low trafik pun letak juga feed bukisa tu. Feed bukisa korang tu akan list semua artikel yang korang tulis dan diluluskan oleh Team Bukisa. Kalau tak lulus, memang tak kuar punye sebab tak menepati syarat-syarat dan TOS diorang.

Cara keenam, klik sendiri korang punye artikel sejuta kali. Confirm banyak impression kan? Haha, ini bukan cara topi hitam lagi. Ini cara gila. Jadi, abaikan cara yang ke enam ini melainkan korang tahu cara nak tukar ip korang setiap saat. Kalau korang leh wat, cuba saja. Mana tahu diorang tak leh tahu. Korang gak dapat duit tu. Tapi aku malas wat cara tu. Susah wei. baik pakai SE0. Ingat nak tambah lagi 10 artikel. Mesti leh dapat lebih dari Bukisa ni. Haha..

Cara ketujuh. Korang tahu teknik spamming? Ada 2 cara teknik spamming. Yang baik, korang ada email list kan? korang list semua link artikel dalam email yang korang nak blast, tulis ayat-ayat yang memberangsangkan, blast ke email list korang. Mesti 50% akan klik link tersebut. Tak caya, pergi buat. Itu cara spamming yang pertama, cara yang kedua plak, korang gi mana-mana blog high traffic, haa, apa lagi, wat lah komen yang bagus-bagus dan elakkan daripada dicop sebagai spammer. Kalau kantoi, sendiri mahu ingatlah. Apapun, cara ini pun aku tak rekomen sebab aku tahu orang kita memang kaki spamming.

Ok. Cukuplah 7 tips untuk buat duit dengan Bukisa. 7 cara ni kalau korang buat betul-betul, memang korang leh goyang kaki setiap bulan terima duit dari Bukisa. Aku dah 2 bulan berturut-turut terima duit dari Bukisa dan aku rasa bulan depan dan bulan depan pun masih maintain untuk terima duit dari Bukisa. Jadi, dipendekkan cerita. Jika aku sebagai lelaki melayu boleh, korang pun mesti boleh gak kan? kan? Dah, pi register Bukisa dan ikut arahan diatas.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Hari ini aku hendak tulis satu lagi ujikaji yang baru sahaja aku jumpa semalam. Aku ingin mencabar diri aku untuk mendapat bayaran dari satu program yang aku sendiri rasa macam mustahil. Jadi aku memerlukan kerjasama semua pengunjung di sini untuk membantu aku menjayakan ujikaji ini. Haha. Hadiah? Ehm..aku tak dapat fikirkan sekarang. Tapi jika aku berjaya dapat bayaran, aku hanya mampu ucap ribuan terima kasih kerana turut membantu. Tak ada hadiah wang tunai sebab aku takde budget untuk ujikaji ini. Ujikaji ini hanya tujuan suka-suka sahaja dan mahu membuktikan bahawa program itu berbayar atau tidak.



Ok. Nama program yang akan aku kaji ini adalah CBclickbank. Rata-rata ramai yang sudah tahu tentang program ini kan? CBclickbank lebih kepada forced 3 X 15 matrix. Kiranya, kita cuma perlu cari 3 orang sahaja dan downline kita yang lain akan force ke bawah sebanyak 15 level. Fuh, kalau semua berjalan lancar, aku mampu capai $167,422.89 hanya dengan mencari 3 orang downline yang meniru apa yang aku buat. Ianya agak sukar dan sangat memerlukan kerjasama dari pihak yang ramai dan yang jenis tak kesah. HOho..korang leh tak join aku punye ujikaji ni?

Yang lebih memeritkan lagi, minimum payout CBclickbank ini. $110 usd diperlukan untuk mengeluarkan duit ke akaun paypal dan $125 dollar jika korang memohon untuk dapat duit melalui cek. Aku cabar diri aku untuk dapat $110 itu. Mungkin boleh jika ramai yang sanggup bekerjasama untuk menjayakan ujikaji aku. 1 downline, korang akan dapat $0.25. Jap, aku kira kalkulator sat..aku memerlukan 440 direct downline first level untuk mencapai bayaran pertama. Aku Gila atau program ini menggunakan sistem yang mengarut?? Dan lagi 14 level tu, korang akan dapat spillover jika first level downline korang dapat downline baru..

Fuh, korang faham ke tak? Adakah aku berjaya mendapat bayaran itu atau tidak, itu bergantung pada promosi aku yang berterusan dan bantuan dari korang semua. Jika setiap visitor yang melawat blog aku ini register program ini. Itu sudah cukup membantu. Setiap hari, blog ini dikunjungi hampir 500-2000 unik visitor dan lebih dari 2-3k impression setiap hari. Jika sebahagian atau 50% dari mereka sanggup bekerjasama dengan aku dengan sukarela. Aku berani jamin yang aku mampu buat duit dengan program CBclickbank ini. Amacam. Berminat atau tidak untuk sertai kempen ujikaji aku kali ni?

Jika berminat dan mahu bantu aku, sila daftar disini : Daftar CBclickbank

Itu sahaja dari aku. Aku sudah melancarkan perang gerila untuk promosi program ini dibeberapa forum luar dan aku akan launch kat beberapa forum lokal. Itupun hanya forum terpilih sahaja. Jadi aku memerlukan bantuan korang. Hehe, tapi aku tak paksa koranglah. Sebab tujuan aku adalah untuk membuktikan bahawa program ini scam atau tidak. Ini lebih sukar dari program pay per lead Dinberamboi atau Pay Per Lead TheReds tu..

Thats all for today.

Ps: Aku lapar. Sila bantu aku. Pilih antara Yong Tau Fu atau Lamb Leg. Mana yang patut aku makan? :)

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak share dengan korang satu lagi bukti pembayaran untuk Program affiliate yang dijalankan oleh CBMalaysia hasil buah tangan saudara Fai. Aku dah dua kali dapat payment dari program ini. Satu pada 15hb Julai dan satu lagi pada hari ini iaiti 1 Ogos 2008. Walaupun tak banyak, tetapi usaha aku mempromosikan program ini membuahkan hasil. KOrang boleh baca semula post lama aku tentang program affiliate CBMalaysia ni.

Secara jujurnya aku tak rasa langsung aku akan berjaya mempromosikan produk CBMalaysia dan sekaligus membuatkan 2 orang berminat untuk membeli produk CBMalaysia ni. Tetapi dalam tempoh 1 bulan ini, aku berjaya mendapat 2 sales. Bolehlah walaupun tak banyak. Satu sales menjana RM15 dan jika dua adalah RM30. Walaupun tak banyak nilai komisen itu, tetapi sudah cukup untuk aku topup celcom RM10 sebanyak 3 kali tanpa meminta satu sen pun dari mak bapak aku. Bagus tak aku?

Ini bukti bayaran yang dibuat dari pihak CBmalaysia ke akaun maybank aku. AKu tunjuk bayaran hari ni punya. Malas aku nak cari balik yang bulan lepas punya. Aku rasa ini pun dah cukup kot untuk tunjuk bukti pada korang kan? Ke korang masih tak puas ati lagi?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Nampak? Tak banyak kan? So, aku takde bende sangat nak post hari ini. Sebelum aku gi solat jumaat hari ini. Saje nak tunjuk bukti duit sikit untuk jadi pemangkin bekerja dengan lebih kuat. Aku yakin dalam beberapa hari nanti akan ada lebih banyak bayaran akan masuk ke akaun maybank dan paypal aku. Aku harap yang terbaik untuk bulan Ogos ini. Bulan Julai penuh dengan bayaran dan tanda tanya. Jadi, aku harap yang terbaik untuk bulan ni.

Ternyata, buat duit dengan menggunakan platform blog membantu aku dalam promosi pelbagai program affiliate dan menjual ebook. Sekarang korang percaya atau tidak?

Ps: Tapi kalau korang minat nak beli Panduan Clickbank yang Fai buat tu. Leh la pegi usha kat website CBmalaysia tu. AKu tak berani jamin korang leh jana juta-juta dengan tools dan report ini. Tapi membantu jugak la sikit-sikit. Panduan CLickbank CBMalaysia Fai.

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------