Archive for the 'Cabaran Menulis Blog' Category


Ok, sebab hari ini adalah hari isnin, aku malas nak tulis panjang-panjang. Nak kumpul tenaga untuk bersorak malam nanti bila Malaysia jumpa Indonesia buat kali kedua dalam final Bola Sepak Sukan SEA 2011 di Indonesia. Aku siap paksa mak aku tengok bola lagi malam ni. Nasiblah..tak kira. Tak kira..

komisen86daritnx Komisen ke 85 dari TNX


Bayaran terkini dari TNX aku dah dapat. Tak banyak disebabkan banyak blog-blog Tnx aku tak diupdate, takde banyak artikel baru dan banyak juga advertiser yang blah. Tapi ada juga advertiser baru yang ambil alih. Tak apalah, mungkin itu aje rezeki aku dengan diorang. Biarpun tidak sebanyak macam mana aku dapat dulu, tapi sekurangnya rezeki aku tak pernah lagi putus dengan TNX. Lambat pun takpe. Janji masih berjaya kekal kacak bersama Tnx. Hoho..

Kepada yang mahu cuba Tnx, korang memang akan rasa sakit sikit diawal penyertaan korang tu. Memang masa mula-mula korang nak cepat dapat duit dari program ini kan? Bila tak dapat, rasa macam nak sepak aku aje kan? Yelah, dah aku dok promosi bagai nak gila program ni kat orang Malaysia, tapi bila korang join, korang ikut tips yang aku dah berikan, korang tiru teknik yang aku turunkan di Panduan Tnx 2.0, TAPI masih tak membuahkan hasil..mestilah korang berapi-ais kan? Sabar dulu, teknik  dan trik aku tu berkesan pada aku, tapi tak semestinya berkesan 100% dengan korang. Itu teknik dan trik yang aku jumpa, yang aku asah untuk aku buat duit dengan Tnx. Memang berkesan dengan aku. Buktinya, sudah sampai 85 kali aku dapat bayaran dari Tnx. Kalau benda ni tak berkesan, aku takkan saja-saja jual ebook Panduan Tnx tu. Sebab dah ada orang yang beli ebook tu berjaya buat duit dengan Tnx walaupun tidaklah sebanyak yang aku dapat. Sekurangnya, ada hasil daripada tak ada langsung memandangkan program ini memang tidak semudah program-program tempatan yang lain.

Jadi, korang kena faham. Kalau korang nak aiskrim Cornetto, korang kena usaha kuat. Berganda-ganda penatnya. Tapi kalau korang tak kisah makan aiskrim 20 sen tu..aku pun takde masalah. Kerja pun tak banyak. Mudah sikit. Leh enjoy sana-sini. Leh gi dating tiap-tiap malam. Oleh itu, korang nak aiskrim 20 sen tu ke nak aiskrim Cornetto?

Dah, leh daftar kat sini kalau mahu: Tnx.net

Ps: Aku teka Malaysia menang 2-0 atau 2-1 malam ni. Kalau penalti, 5-3. Tapi kalau susah sangat, 1-0 dah memadai. Itu dah cukup untuk menundukkan ego penonton Indonesia yang pukul ratanya sombong tak bertempat. AKu harap tak ada lagi sesi menghina dan “boo” pemain Malaysia ketika lagu Negaraku dimainkan.

 

 

 

Popularity: unranked [?]


Sphere: Related Content


Semalam aku cerita pasal Nuffnang. Bini no.1. Tapi hari ini aku nak cerita pula bini aku yang agak bongsu yang selalu dicemburui oleh si Nuffnang. Yelah..cek dari Nuffnang dah 13 kali. Bayaran dari Innity baru 11 kali. Jadi..of course bini pertama lagi banyak sebab aku kenal dia dulu kan? Huh.

Ok. Ini bayaran ke 11 dari Innity. Tak banyak yang aku dapat. Tapi kira bolehlah untuk aku beli apa yang patut dan bayar apa yang patut. Campur duit Nuffnang dan duit 701panduan yang aku bakal dapat nanti, leh la bayar segala bil yang tertunggak tu. Gaji aku, aku tak nak kacau. Hahahaha..

komisenke11innity Komisen ke 11 dari Innity


Nasihat aku. Kalau nak buat duit dengan Innity. Pastikan blog korang ada taraf Superblog. Kalau korang sendiri dah rasa dan layak iktiraf blog korang tu sudah masuk tahap Superblog. Sila apply Innity. Tapi kalau belum cukup afdal dan korang rasa blog korang belum akil baligh lagi. Jangan mengada nak hantar ke Innity untuk cuba nasib. 99% takkan diluluskan. 1%, kira tuah memang memihak pada korang jika pihak Innity pilih blog korang untuk masuk senarai blog-blog kacak yang boleh memaparkan iklan kacak Innity tu.

Jadi, usaha lagi kuat. Tips mudah untuk korang menyasarkan blog korang melepasi syarat-syarat Innity..

1. Pastikan sehari korang boleh dapat sekurangnya 1000 unik visitor sehari.
2. Bila dah lepas 1k unik visitor, impression biasanya akan 2-9 kali ganda dalam sehari.
3. Korang boleh pilih cara mudah atau cara susah. Dua-dua boleh lepas. (Nanti aku cerita)
4. Pastikan korang update artikel setiap hari tanpa gagal.
5. Pastikan sehari paling teruk pun, 2 artikel diupdate.
6. Target untuk 3-6 bulan.
7. Biasanya kalau korang tak hilang tumpuan dan fokus. Bulan 6 tu, insya-Allah blog korang diluluskan oleh pihak Innity dengan syarat, korang buat dan dapat setelkan 6 point yang aku tulis tu.

Dah. Gi buat. Sekurangnya, tips aku ni mampu bagi korang buat duit dari Innity antara RM50-RM300 sebulan. Kalau korang nak lebih, kena usaha lebih. Itu sahaja.

Iklan: Adakah korang seorang yang Player?

Ps: Ngantuk. Lepas tengok cerita Licence to Grill ni, aku tidur. Babai.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku tengah penat ni. Drive 4 jam. Pecut bagai nak rak. Silap aku juga..tertidur lepas subuh. Bangun, tup. Kul 1 petang. Ambik. Siapa suruh berjaya sampai pagi? Kan dah terlajak tidur walaupun dah pakai alarm kat handset? Selalu terbangun. Tapi kali ni, mungkin badan aku penat sangat agaknya. Jadi..terlajak tidur jadinya. Dan aku kejar masa untuk sampai ke rumah aku tu pukul 6.30 petang untuk menonton siaran langsung Malaysia vs Kemboja. Dapat tengok separuh masa kedua pun jadilah. Dapat tengok 10 minit pun jadilah..dan akhirnya..berkat pecut tak ingat dunia..aku sampai betul-betul depan tv, 6.22 petang. Haha..memang aku bawah 100-140 km/j tadi. Nasib ikut jalan kampung. Memang takde speed trap. Haha..

Ok. Sementara aku tengah tengok MasterChef Malaysia ni, aku nak kongsikan bayaran terbaru yang aku terima dari program RO2.biz. Ini adalah bayaran yang keempat. Dan bayaran kali ini agak berbeza. Aku tidak terima lagi bayaran melalui Alertpay. Tetapi melalui payment processor yang baru iaitu Payboard.net.

komisenkeempatro2biz Komisen ke 4 dari RO2.biz


Payboard.net ni akan menjadi akaun bank aku untuk menerima bayaran dari program RO2.biz. Aku buka akaun Payboard.net ni semata-mata nak terima bayaran dari program RO2.biz. RO2.biz sudah tidak guna Alertpay. Sebabnya? Aku tak tahu. Tapi aku agak, sebab nak kurangkan kos atau caj-caj yang biasanya tidak disukai oleh mereka. Biasalah, paypal dengan alertpay kan ada caj-caj yang kena bayar kan? Sebab tu, diorang gunakan Payboard.net yang aku rasa mungkin adalah salah satu anak syarikat diorang juga. Haha..biasalah. Nak jimat kos sana-sini. Dan Payboard.net ni boleh transfer duit ke akaun bank kita di Malaysia melalui bank wire ataupun guna Western Union. Ok. Cukup cerita pasal Payboard.net. Korang boleh daftar kalau mahu ada satu. Nak daftar empat belas pun boleh.

Untuk program RO2.biz ni, aku nak bagitau yang program ni tetap terima trafik dari Malaysia. Cuma diorang bayar kita tak banyak. $0.05-$0.06 sahaja untuk 1000 unik IP address. Jadi, memang tak banyak. Tapi benda ni tak jadi masalah kalau blog korang ada banyak trafik dari tempatan atau luar negara. Jadi, nak buat duit dengan RO2.biz ni, macam ginilah caranya. Ya, RO2.biz juga bayar anda melalui klik. Nilai untuk 1 klik itu, korang boleh tetapkan. Tetapi berpadalah, kalau 1 klik, korang nak dapat 1 dollar. Agak-agak, ada advertiser tak nak terima? Cuba letak diri korang kat tempat advertiser. Baru korang tahu triknya bagaimana. Dan jangan pula terlalu murah. Tak berbaloi pula rasanya. Hoho..

Dah. Pi daftar kat sini: RO2.biz

Ps: Aku penat. Nak tidur jap.. icon smile Komisen ke 4 dari RO2.biz

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Earning dari program Paid-to-Promote.net aku agak jatuh. Banyak impression, tapi yang diterima sangat sedikit berbanding bayaran yang lepas. Tak apalah. Sabar aje dibuatnya. Popup dari blog aku lagilah. Berapa kerat aje yang diterima. Mungkin bayaran popup untuk trafik lokal tak berapa diterima. Dia kira impression dari Malaysia sahaja. Huhu..

komisenpaidtopromotenetlatest Komisen ke 27 dari Paid to Promote.net


Kepada yang baru kenal program Paid-to-Promote.net, program ini bayar kita jika ada trafik di blog kita even trafik tersebut dari Malaysia. Jadi, silalah berebut untuk sertai program ini jika berminat untuk tambah duit melalui blog-blog anda. Aku tak paksa. Aku promosi aje. Haha..

Ya. Jangan mengada nak letak iklan Paid-to-Promote.net ini dengan iklan dari Nuffnang. Confirm hilang status Glitterati kegemaran korang tu. Iklan dari Advertlets, Innity, ManggaAd, Iklaan.com dan sebagainya juga jangan mengada nak berkongsi pada blog yang sama. Melainkan korang tak kisah jika korang hilang status tu. Aku sendiri letak kat tempat yang berbeza. Rugi gak kalau letak kat blog yang sama. Kekadang, 1 klik untuk pemain Nuffnang yang berstatus Glitterati, boleh mencecah RM0.50 hingga RM0.75. Kira banyak juga tu. Bukan senang nak dapat.

Jadi, pepandailah memilih. Kalau korang ada satu sahaja blog, pilihlah syarikat mana yang sesuai untuk blog korang. Aku ada banyak blog, jadi aku memang suka hati nak letak mana-mana syarikat kat blog-blog aku tu. Hoho..

Berminat dengan program ini, daftar disini: Paid-to-Promote.net

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011