Archive for the 'Cabaran Menulis Blog' Category


Lelaki kacak baru jumpa cek nuffnang yang dah lama hilang tanpa jejak dibiliknya. Haha..

Ya. Aku baru jumpa cek tu. Dah lama gak cari. Tapi bila aku cari memang takkan jumpa. Biasanya aku akan jumpa benda yang hilang ni bila aku tak cari. Dengan sendirinya barang yang hilang tu akan memunculkan dirinya. Entahlah, dah banyak kali aku cari kat kawasan tu dulu. Tapi tak jumpa. Mungkin ada hijab dan mungkin belum masanya aku jumpa cek nuffnang ni lagi. Hoho..

Walaupun tak banyak dan belum lagi tahap sampai nak riak sebab dapat cek nuffnang ni, aku tetap bersyukur sebab bukan senang nak buat duit dengan nuffnang yang terkenal dengan cemburunya, popular dengan masalah, tidak disukai oleh ramai blogger dan macam-macam lagi. Bagi aku, aku tak ada masalah dengan nuffnang. Memang aku mata duitan, tapi kalau aku dah usaha, tapi tak dapat. Aku takde masalah.

cekbarunuffnang Cek ke 14 dari Nuffnang


Yang aku pelik, ramai blogger suka buat anggapan sendiri. Mereka fikir, jika mereka boleh dapat puluhan ribu unik visitor setiap hari, mereka PASTI akan dapat klik. Mereka tidak percaya tidak ada earning langsung dari Nuffnang walaupun ramai orang datang ke blog mereka. Kalau blog korang tu blog isu semasa, blog copy paste, blog yang bosan walaupun korang terer main SEO sekalipun, belum lagi menjamin seorang manusia kat muka bumi ni nak klik iklan Nuffnang tu.

Belum tentu. Biar 1 juta orang masuk ke blog orang, peratus untuk diorang klik iklan korang masih 50-50. Jika tak ada, kira nasib koranglah yang memang tak bernasib baik atau masih kurang skill dan pengalaman lagi. Jadi, tak PERLU nak salahkan nuffnang kalau korang tak dapat klik langsung. Tak perlu nak kata Nuffnang ni PENIPU. Tak perlu kata Nuffnang ni cuma pilih BULU kaki blogger yang paling lawa aje. Tak perlu.

Aku kata, bukan sebab aku nak AMPU syarikat Nuffnang ni. Aku punya status pun dah tukar ke Ordinary member. Ntah apa silap aku sampai bertukar status. Tapi aku biar aje. Malas nak cari pasal. Mesti Nuffnang ada sebab wat macam tu. Nanti ada masa, aku nak tanya balik kenapa jadi macam tu. Jadi, nasihat aku kepada blogger yang bajet mereka power sebab ada beratus dan berjuta unik visitor dan impression diblog masing-masing tu, tak payahlah nak buat topik kat facebook dan cerita macam-macam bagai nak rak. Menyalahkan sana-sini, menuduh syarikat itu jahat dan penipu dan sebagainya. Kalau BETUL, korang boleh saman syarikat itu. TAPI mesti ada BUKTI maa. Ada bukti, bukan setakat seratus dua ratus korang boleh dapat. Beribu dan berpuluh ribu boleh dapat kalau menang kes. Tapi korang ada BUKTI kukuh ke? Setakat cakap besar aje, belum cukup modal tu derr..

Ps: Aku malas nak layan topik bangang macam ni. Kekadang, aku rasa macam nak sepak orang aje. Tapi masalahnya, time aku bengang tulah tak ada orang disekeliling aku. Tuhan tu memang maha mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambanyaNya.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, adalah hari pertama dalam tahun 2012 dan juga merupakan hari pertama aku menerima bayaran komisen yang pertama untuk tahun 2012. Ya, komisen dari Paid-to-Promote.net ini adalah bayaran pertama yang aku terima untuk tahun ini. Tapi kalau ikut kiraan, ini adalah bayaran yang ke 30 dari Paid-to-Promote.net. Alhamdulillah, setakat ini masih berjaya lagi dapat buat duit dengan program ini tanpa gagal.

Dan berita tak baiknya, bayaran minimum yang perlu kita capai untuk membolehkan kita dapat duit dari program ini 2 kali setiap bulan adalah 5 dollar. Sudah naik. Jadi, dah tak macam dulu. Dapat 50 cent aje, dah boleh dapat bayaran. Tapi kali ini, mesti lebih dari 5 dollar, barulah boleh dapat bayaran. Kalau tak, tak dapatlah jawabnya. Hehe..

komisenptpdecember2012 Komisen ke 30 dari Paid to Promote.net


Oleh kerana program Paid-to-Promote.net ini juga menerima trafik dan popup dari Malaysia, jadi korang boleh cuba kat blog korang. Kalau blog korang ada dalam 1000-10000 impression setiap hari, aku sangat cadangkan korang guna program ini. Kena caranya, leh dapat 5-10 dollar sehari. Tapi kalau macam aku, trafik kejap naik, kejap turun berdasarkan keadaan isu dan keyword semasa, aku biasanya dapat antara 50 cent hingga 1 dollar dalam sehari. Trafik tiba-tiba naik, dapatlah aku lebih masa tu. Kalau teruk..kekadang tak sampai 20 cent pun ada. Jadi, terima aje seadanya. Tak perlu nak buat artikel baru dan kutuk program Paid-to-Promote ini teruk. Faham-faham sudahh..

Ya. Jangan cuba dengan dalam blog yang mempunyai iklan Nuffnang. Hilang status Glitterati korang tu. Aku tak tanggung. Korang salahkan aku, aku terajang sekor-sekor. Huh, kalau tak hilang. Itu maksudnya orang Nuffnang lom terjah lagi blog korang atau sistem siasatan diorang mungkin dalam maintainance. Tapi kalau kantoi, tak yah nak teriak sampai beritahu kawan korang kat Planet Zuhal tu. Itu maksudnya korang minta aaku terajang korang dua kali. Aku dah bagitau, risiko tanggung sendiri. Haha..

Ps: Sekali lagi, tema tahun ini - Hidup untuk lebih kacak.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Hari ini aku nak update satu lagi bayaran komisen yang aku dapat dari satu lagi program affiliate yang aku sertai. Aku rasa aku cuma promosikan dalam tempoh 10 hari sebelum cabaran itu tamat. DAn akhirnya aku berjaya mendapat jualan hasil dari promosi melalui beberapa artikel dalam blog kerjaya aku tu. Alhamdulillah, usaha aku membuahkan hasil. Walaupun tak banyak, tapi ini sudah cukup kacak bagi aku. Korang semua setuju bukan?

Ya. Tak banyak. Aku tak tipu.

komisenkplijqaf Komisen Pertama dari KPLIj Qaf.com


Tak ada strategi yang berbeza dari apa yang aku pernah cerita sebelum ini. Taktik sama. Tulis artikel dan buat ayat-ayat pemanis agar para pembeli yang terdesak mahukan panduan tentang KPLI-JQAF akan berminat untuk membelinya. Akhirnya, ada juga 2 orang yang terdesak dan aku dapatlah sejumlah itu hasil dari promosi beberapa hari aku. 3-4 hari terakhir, memang tak dapat sales. Aku dapat sales dalam masa 3 hari sahaja. Hari selepas itu, semua tak dapat dan banyak klik dan trafik sahaja yang dapat aku perhatikan. Tak apalah, dah ini sahaja rezeki aku. Itupun dah cukup bersyukur bukan?

Ok. Ringkas sahaja hari ini. Sebab aku ada hal sikit. Kena keluar kejap dan uruskan perkara yang belum selesai. Balik nanti, baru sambung kerja update blog-blog yang memerlukan belaian kasih sayang dari aku. Dah beberapa hari aku tinggalkan diorang. Haha..

Iklan: Melancong Ke Europe with Muhibbah Travel

Ps: Wokehh..aku blah dulu.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Masa belajar dulu, korang pernah belajar subjek Matematik Tambahan bukan? Jadi, mesti korang suka dengan mata pelajaran ni kan? Ke korang sama saja dengan aku yang kurang gemar dengan matematik tambahan ni? Ya, aku mengakui yang aku agak lemah dengan subjek ini. Masuk bab janjang, masuk bab pengamiran, pembezaan dan lain-lain, memang boleh bagi muka kacak aku jadi hodoh. Jadi, aku terpaksa lepaskan subjek ini dan aku cuma belajar untuk lulus. Bukan untuk dapat A. Hasilnya, memang aku lulus. Dapat 5C sahaja. Oklah tu, selalu dalam ujian bulanan, aku dapat 8E atau 9G sahaja. Bagi aku, itu satu pencapaian terhebat yang pernah aku lakukan selama aku bercinta dengan matematik tambahan. Awek yang hanya suka pada nombor sahaja. Huh.

Tapi hari ini, jangan tak sangka. Dengan matematik tambahan ini jugaklah aku dapat buat duit dengan nombor. Ya, ada satu program affiliate yang mempromosikan tips dan pakej soalan untuk bagi kita mahir dengan subjek Matematik Tambahan. Sejujurnya, aku tak pernah pun baca pakej tersebut. Aku cuma daftar kat bahagian affiliate program ni dan buat 1 artikel kat salah satu blog kerjaya aku. Dan tak disangka, dapat pula jualan dengan 1 artikel pendek tu. Siapalah yang tak berapa pandai matematik macam aku ni??

komisenaddmath Komisen pertama dari AddMathTambahan.biz


Tak banyak. Tapi ok kan? Salah satu umpan aku mengena dari 1001 program affiliate yang aku dah sertai. Kiranya, ini satu kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Aku yakin, korang setuju dengan aku bukan? Kalau tak setuju, sah korang tak cukup kacak hari ini. Haha..

Jadi, macam mana aku boleh dapat 1 jualan tu? Aku tak ada jawapan yang tepat. Yang aku buat adalah:

1. Sediakan BANYAK umpan.
2. Gunakan mata kail yang tajam.
3. Gunakan joran yang kacak dan boleh berfungsi.
4. Dapatkan lebih banyak maklumat tentang umpan, ikan, mata kail dan joran.
5. Berdoa dan bertawakal.

Aku rasa itu dah cukup untuk bagi korang faham. 5 Hint inilah yang jadi sumber atau punca atau sebab untuk buat duit melalui program affiliate macam AddMathTambahan.biz ni. Sedikit-sebanyak, ini juga aku terapkan untuk menghasilkan superblog dan ultrablog. Aku harap sebahagian besar dari korang boleh tangkap apa yang aku cuma sampaikan walaupun metaforanya berbeza.

Ok. Itu sahaja aku nak update. Aku nak layan tengok Final Badminton Super Siri 2011. Jap lagi agaknya Chong Wei main. Sekarang baru geng-geng bergu main. Single lambat lagi. Oleh itu, aku beransur dulu ye. Hehe..

Ps: Matematik tambahan aku dapat 5C. Tapi Matematik aku dapat 1A. Pelik kan?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011