Archive for the 'buluhmas' Category


KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain. (Buluhmas ada kaitan ke dengan ni semua? Ni aku tak faham..)

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

—————————

Ok. Itu yang aku copy dan paste dari Utusan Malaysia Online. Aku ada banyak nak cakap. Tapi aku malas aje. Kalau nak cakap, beribu orang kat Malaysia nih ambil deposit tanpa lesen. Beribu orang gak yang berniaga tanpa lesen. Beratus ribu gak orang yang makan gaji buta. Tapi, korang jawab sendirilah persoalan ni semua. Yang aku pasti korang mesti ada banyak soalan dan jawapan dalam kepala otak korang sekarang. Berapa ribu company yang masih belum ada lesen dengan BNM? Ini aku tak pasti. Tapi aku yakin mesti ada.

Yang aku pelik. Kenapalah nampak sangat diorang memperincikan artikel diatas dengan syarikat Buluhmas? Lagi 3 syarikat, tak diterangkan seperti yang diorang cite pasal Buluhmas. Terlalu ketara bukan??

Popularity: 10% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak tunjukkan gambar-gambar yang menarik sahaja sebelum memasuki bulan ramadan. Azam aku tahun ini mahu puasa penuh seperti bulan-bulan yang lepas. Harap diperkuatkan tubuh badan dan juga menahan nafsu makan yang tinggi. Huu..

Seperti tajuk utama diatas. Ini dia Cek Buluhmas yang kedua aku daripada mereka. Benar, seperti dugaan aku. Jika cek sebelum ini bertarikh 22 Jun 2008. Cek kedua ini bertarikh pada 22 Julai 2008. Dan ianya hadir 5 hari + 1 bulan dari perkiraan aku. Jadi aku sudah faham akan jadual pembayaran cek dari buluhmas ini.

sampulsuratbuluhmas 300x225 Cek Kedua dari Buluhmas

Ini sampul surat Buluhmas dan setem 30 sen..

cek2buluhmasaku 300x225 Cek Kedua dari Buluhmas

Ini cek kedua dari Buluhmas..

laumao 300x225 Cek Kedua dari Buluhmas

Kedai Buku Lao Mao. Tempat aku lepak selalu..

yongtaufu 300x225 Cek Kedua dari Buluhmas

Ini aku beli kat Pasar setiap hari ahad. Terbang woo RM10..


Aku bayar pendahulan yang diperlukan sebanyak RM197.50 pada 3 bulan lepas dan menerima cek pertama pada bulan Julai dan cek kedua pada bulan Ogos. Jadi, cek ketiga adalah pada bulan September dan cek keempat adalah pada bulan Oktober. Cincainya, cek dapat lewat sebulan dari tarikh yang tertera di cek korang. Faham? Itu kira-kiranya..

Jadi, siapa kata kita tak boleh buat duit dari Buluhmas? Apa yang perlu buat. Promosi buluhmas setiap bulan dan tampal sticker kat kereta. Selepas itu, terima bayaran setiap bulan. Jika mahu komisen lebih, leh la cari downline. Aku malas cari downline. Sesiapa yang berminat nak jadi downline aku, leh la try contact aku. Itupun kalau mau la. Aku takde apa-apa kuasa dengan Buluhmas. Cuma aku kamcheng gak la dengan upline aku tu. Huhu..

Ps: Cuba teka berapa aku dapat untuk cek kedua dari buluhmas ni?? Sesiapa yang nak tengok cek pertama aku. Leh lihat kat sini : Cek Pertama dari Buluhmas

Pss: Gambar yang lain tu hanya penyeri sahaja ye. Takde tujuan atau agenda tertentu.

Popularity: 14% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, aku share dengan korang satu lagi cara baru untuk buat duit melalui blog. Ini bukan program jual beli link yang macam backlinks, TNX atau Text link ads tu. Program ni lebih kepada program blogsvertise dan payperpost. Aku yakin korang pun tahu kan benda-benda macam ni? Kalau dah tahu, bagus. Aku malas nak terang panjang lebar.

banner5 Edisi Siasat: Buat Duit dengan BuyBlogReviews



OK. Nama program tersebut adalah Buyblogreviews. So, korang akan dapat buat duit melalui review. JIka korang pandai berbahasa english dan mampu membuat artikel dalam english, ini adalah salah satu cara untuk buat duit. AKu tidak tipu kerana aku sendiri sudah berjaya dapat bayaran dari diorang. Salah satu daripada bayarannya akan aku share pasni. Walaupun tak banyak. Tapi bulihla sikit-sikit. Janji aku tak rompak Maybank..

paymentbuyblogreviewsok7.th Edisi Siasat: Buat Duit dengan BuyBlogReviews



Ok. Bagaimana cara nak buat duit dari program ini? Seperti biasa. Mula-mula, korang kene daftar dan confirmakan data-data korang serta apa-apa yang patut. Masukkan detail anda dan juga akaun paypal anda.

So, macam mana nak dapat buat review dan sekaligus dapat bayaran daripada program ini? KOrang kena menang BID. Barulah dapat kerja review tu. Program ini lebih kurang macam Sponsoredreviews jugaklah. Jika harga bid yang korang tawarkan itu menarik hati advertiser. Dia akan pilih korang. Jika tak minat, tak dapatlah korang dapat job untuk buat review tu. Nak buat bid, masuk bahagian “Find Oppurtunities” yek.

LEpas dah dapat job dari advertiser, korang buat review secepat mungkin dan submit link tu kat tempat yang sepatutnya. Advertiser akan buat semakan dan jika dia puas hati. Korang akan dibayar. Aku tak pasti diorang bayar instant atau setiap hujung bulan. Tapi diorang memang bayar dan korang tak perlu risau. Krediabiliti diorang tidak aku ragui.

Jadi, jika korang berminat. Boleh la gi ke site diorang >> www.BuyBlogReviews.com

Ps: AKu baru je bertatih dengan program ni. So, kalau aku dapat henjut banyak. Aku share dengan korang untuk contest bulan depan aa.. dan aku sedang tunggu cek kedua dari Buluhmas. Cam biasa. Memang lewat bab2 pakai sampul surat ni..

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Seperti tajuk diatas. Aku malas nak cakap banyak lagi. Ya, aku sudah dapat cek dari BuluhMas. Bukan aku nak tipu tapi ini hakikat yang terpaksa aku dan kau orang semua hadapi. So, sat lagi aku share dengan korang gambar cek dan apa-apa yang berkaitan. Sori gambar tak jelas sebab aku tangkap pakai kamera SONY aku. Tak bape clear. Ahh, takde maknanya aku tipu korang kan?

Ini gambar-gambar cek Buluhmas dan laptop fujitsu aku. Korang kenal kan laptop aku macam mana? So, aku takde masa nak tipu. Mungkin gambar cek tu tak clear sangat. So, kalau korang tak nampak, itu maksudnya korang kene pakai spek mata. Sila klik gambar kalau nak tengok versi gergasi. Sori aa kalau still masih tak jelas-jelas gak ek..

dsc09028ll6.th Cek Pertama dari Buluhmas



Dan lagi satu..



.

dsc09029tv9.th Cek Pertama dari Buluhmas



So, aku takde alasan nak menipu kan? Rata-rata kenal aku siapa dan aku takkan tunjuk bukti kalau aku tak sertai sesuatu program dan soal sama ada diorang bayar atau tak, sistem diorang problem atau tak. Itu aku malas dengar. Aku cuma nak buktikan sesuatu dan meneruskan kajian aku terhadap Buluhmas sahaja.

Ok. Apa yang aku dapat untuk cek pertama ini? AKu dapat satu sampul surat, satu cek yang mempunyai nama aku, satu salinan yang menunjukkan komisen yang aku dapat dan satu kelegaan bahawa akhirnya Buluhmas membayar ahlinya. Aku tahu ramai yang dah dapat duit dari Buluhmas dan banyak gak bukti di internet ni. Tapi inilah antara bukti yang aku mampu tunjukkan. Upline aku pun dah buktikan pada aku yang dia pun dah dapat duit. Siapa upline aku? Kalau dia baik hati dan handsome. Dia akan datang dan komen kat blog aku ni. Beranikah wahai upline? Hehe..

SO, jika ada yang nak bincang pasal BUluhmas dan nak menyertai Buluhmas, boleh usaha hubungi aku dan aku rasa korang tahu kan macam mana nak hubungi aku? Ada 3 cara. Satu melalui email, no hp aku dan yahoo mesengger. Alah..korang leh cari aku kat sini kalau nk tanya pasal blog, nak sewa iklan kat blog aku, vcc dan buluhmas. Kalau nak ngorat aku, sila tanya mak aku dulu..

———————-
Yahoo Mesengger: titaniumhijau
HP: 019-2009289
email: titan1[at]earncent.com
**Sila gantikan [at] dengan @ jika mahu hantar email kepada aku
———————-

Secara pendeknya, untuk cek pertama, korang akan menunggu lebih kurang hampir 48 hari. Cincainya 2 bulan la. Tapi untuk bulan seterusnya. Korang akan dapat cek sebulan sekali. Semua member buluhmas tahu yang kita akan dapat cek pertama lambat sikit.

Kekurangan untuk buluhmas yang aku perasan, ianya tak sama macam affiliate program yang lain atau program buat duit yang lain. Korang mungkin cuma leh tahu status akaun korang kat headquaters sahaja dan kita takkan ada peluang untuk tengok akaun kita sendiri. So, jangan tanya aku pulak, kenapa tak dapat confirmation email, kenapa tak dapat login akaun buluhmas, kenapa tak dapat update profile. Semua itu tak ada. Kita bergantung pada borang yang kita hantar tu sahaja. Sebab itu aku kata, sila pilih upline yang berwibawa. Senang untuk dirujuk dan disoal siasat.

Ok. Sambung dimasa lain kalau aku rasa aku nak cakap lagi. KEpala aku dah pening lalat ni masak ayam madu tengah malam. Lapar punye pasal. Jangan demam balik sudahlah. Baru je baik demam dengan batuk ni. Takkan nak sakit lagi..

Ps: Buluhmas adalah Agensi Pengiklanan Bergerak. Korang suka tak slogan ni?

Popularity: 37% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011