Archive for the 'buluhmas' Category


Hari ini kita nak bercerita tentang trend yang dah berlaku kat Malaysia. Trend apa? Trend buat duit dan juga perniagaan internet di Malaysia. Mesti korang pelik kenapa aku nak bercerita tentang benda macam ini. Baik aku buat edisi siasat dan macam-macam lagi benda lain kan? Tidak pun ulas produk-produk member yang lain atau promosikan apa yang patut. Memanglah, cuma aku rasa terpanggil untuk bercerita dan badan aku masih sengal setelah pulang dari seminar Speed Adsense. Jadi, biarlah aku menulis sesuatu yang agak berat tapi dalam versi yang agak santai. Korang boleh terima kan?

duitreview 300x210 Edisi Siasat: Trend Buat Duit di Malaysia Tahun 2009


Ok. Jika kita perasan, ada pelbagai cara untuk buat duit tak kiralah sama ada di internet ataupun cara lama seperti berniaga dikedai atau menyertai MLM.  Dan semuanya berputar setiap tahun dan aku akui aku sendiri mengikut trend tersebut. JIka korang perasan pada penghujung tahun lepas, program dan syarikat yang menggunakan MLM atau menggunakan sistem MLM, sistem trading dan binary muncul seperti Buluhmas dan Asia Ceramic. Kesudahannya, kene gantung tak bertali dengan BNM. Sampai sekarang tak tahu apa kesudahannya. Kemudian, kemunculan Vemma mencanakkan lagi dunia MLM kerana Vemma merupakan MLM versi online. Ramai orang kita yang berjaya dengan Vemma seperti member aku iaitu Din Beramboi yang menjadikan Vemma sebagai pekerjaan utama. Kemudian yang terkini tentang MLM adalah GDI yang dipromote dengan ganas oleh saudara Abg_X sehingga aku sendiri menyertainya. Haha..

Selepas kemunculan Buluhmas dan Ceramic, Clickbank menyerang. Jika kita perasan pada awal tahun 2009, begitu banyak produk clickbank yang bersepah muncul. Tak kiralah produk atau ebook itu dikeluarkan oleh otai, petai, newbie, IM, blogger, kebanyakkany orang akan terpengaruh untuk mendapatkan produk tersebut dan akan membeli produk tersebut. Pendek cerita, clickbank popular dimata rakyat Malaysia dan berita baiknya adalah orang kita mula mengenal apa itu Clickbank dan tahu cara untuk buat duit dengan Clickbank kerana sudah ramai orang kita yang mampu bercerita tentang Clickbank dengan baik.

Ketika inilah E-bay menyelit dan kemunculan Noorizam, Riduan, Mansurbiz, Sifu-Lan dan beberapa orang lain semakin menyemarakan dunia E-bay ke Tanah Besar Semenanjung Malaysia dan Tanah Sabah Sarawak. Aku tak sangka momentum E-bay membuatkan ramai orang kita terkesan dan berjaya menyebabkan ramai orang bertukar menjadi pemain E-bay yang hebat. Ramai pemain E-bay yang baru memecahkan kebuntuan dan berjaya buat duit dengan E-bay dengan pendapatan yang lumayan. Tak kurang juga yang jadi Power Seller. Tahniah aku ucapkan pada korang dan aku harap trend E-bay akan kekal setiap bulan.

Kemudian, program-program CPA pula semakin dicari oleh orang kita dan IM tegar. Ramai otai-petai CPA (Cost Per Action) atau PPL (Pay Per Lead) yang berjaya mendapat income yang lumayan dengan CPA mengeluarkan produk masing-masing. Jika korang perasan tentang trend buat duit yang melanda rakyat negara kita, bila ada ebook sebegini muncul, makin banyak produk dan ebook akan terhasil. Sekaligus memberikan peluang kepada kita untuk buat duit dengan cara yang baru. Bagi golongan Blogger dan IM, CPA memang merupakan syurga pendapatan bagi mereka. Ini kerana kebanyakkan daripada mereka tahu cara untuk membuat duit dari program CPA seperti Affiliatier, Affiliatebot, Clickbank, CJ, Shareasale, Max Bounty dan macam-macam lagi. Senang cerita, ramai orang boleh buat duit dah dengan program CPA. Bukankah ini satu perkembangan yang bagus?

Dalam masa yang sama, trend berkembang dengan kemunculan banyak produk berdasarkan informasi. Maksudnya, ramai orang yang berjaya menjadikan produk informasi dalam bentuk ebook sebagai produk killer mereka. Contoh terbaik adalah Ebook Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh saudara Jamal. Memang betul-betul meletup dan mendapat liputan meluas di internet. Tapi tak tahulah jika ebook tersebut dapat dbukukan. JIka dapat dibukukan, mesti lagi meletup sebab buku-buku motivasi atau perniagaan memang tak pernah keluar niche buku sedemikian. Untuk pengetahuan korang, trend produk informasi memang kekal ada setiap bulan. Ini bermaksud produk ini hidup sepanjang tahun dan jika korang bijak, memang boleh buat duit melalui niche yang berbeza seperti produk informasi, produk seks dan produk kesihatan. Jika pandai menulis dan mengolah dalam bentuk tulisan dan dibukukan dalam bentuk ebook, aku percaya duit memang boleh mengalir ke poket masing-masing..

Ok. Apa trend seterusnya? Blogging. Yap. Blogging ataupun buat duit melalui Blog. Bagaimana dengan menulis blog kita boleh menjana pendapatan diinternet? Fenomena blogging ini semakin menjadi-jadi bila Saudara Rohaizad membuat Seminar dan Personal Coaching tentang Blog dan juga Saudari Catzer yang membuat bengkel untuk wordpress dan blog. Dua benda ini sekaligus meriangkan lagi arena blogging di Malaysia walaupun kita semua tahu blogging memang dah sebati kepada rakyat Malaysia sejak 2-3 tahun ini. Cuma tahun 2009 ini menjadikan dunia blogging begitu dekat dihati kita. Betul atau tidak, itu aku tak pasti. Tapi itulah hakikat yang  kita kena terima. Blogging menjadi trend yang memang takkan putus sepanjang zaman dan aku sendiri berada dalam trend ini sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah, memang boleh buat duit dan boleh hidup dengan duit blogging.

Dan trend terbaru adalah Adsense. Jika nak cakap, adsense ni memang dari 6 tahun lepas lagi ramai orang dah tahu dan setiap tahun akan wujud trend adsense ni. Kejap naik, kejap turun dan aku akui trend adsense memang menjadi topik utama setiap tahun dan trend terkini adalah Trend Speed Adsense. Ramai yang bercakap tentang benda ini dan sampailah wujudnya Seminar Speed Adsense yang aku sertai tempoh hari. Jadi, aku harap lepas ini semakin ramai orang kita yang dapat terima cek adsense yang kaler hijau tu setiap bulan dan tak kurang juga ramai orang akan cuba buat duit dengan adsense selepas ini..

Ps: Aku rasa ada juga program dan cara buat duit yang aku tertinggal. Tapi tak larat aku nak ulas semua tapi aku rasa inilah trend yang aku perasan dan aku akui ianya akan berulang setiap tahun. Cuma kita kena tahu, sejarah memang berulang dan akan tetap berulang..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang aku duga, ujikaji aku untuk program Bukisa telah membuahkan hasil dan aku telah menerima bayaran komisen kedua dari Bukisa tanpa sebarang halangan. Terima kasih kepada Bukisa kerana membayar komisen tanpa halangan dan cepat macam biasa. Hoho..

bukisamaypayment 300x136 Komisen Kedua dari Bukisa dan 7 Tips Buat Duit dengan Bukisa


Seperti entri edisi siasat dan open case yang lalu, apa yang aku lakukan untuk membuat duit pasif melalui program Bukisa telah membuahkan hasil. Di sini, aku sediakan beberapa tips yang mungkin membantu korang untuk mempercepatkan proses korang untuk dapat buat duit dengan Bukisa ini. Ianya menjadi dengan aku, tapi aku tak tahu pula dengan korang.

Cara pertama. Pilih niche, berita panas, cerita panas, anime, gambar panas yang korang rasa sesuai untuk korang letakkan dalam artikel yang bakal korang tulis di Bukisa. Dan jangan lupa, Bukisa sudah mencapai Pagerank 3. Rugi korang tak wat artikel dan buat backlink ke blog-blog korang. Ok, dah pilih kan? Kemudian, disini korang kene aplikasikan ilmu SEO korang. Boldkan keyword-keyword utama dan juga keyword utama itu mesti ada kat ruang title korang. Kalau 2 benda ni takde, jangan harap artikel korang leh masuk 1st dan 2nd page kat Google. Kat Yahoo, susah sikit. Boleh, tapi lambatla. Betul. Aku kata lambat, lambatlah..

Cara kedua. Promote kat 3 tempat keramat ini. Twitter, Digg dan juga Facebook. Pendek cerita, semua site social networking, korang promote dengan berhemah. Jangan main cincai aje. Kang akaun kene ban, aku tak tanggung. Aku sendiri pun blast 2-3 artikel sehari untuk promotion dan aku cuma pakai 16 artikel aje dan ianya sudah cukup untuk buat aku terima bayaran setiap bulan. Bukisa itu income pasif? Aku setuju.

Cara ketiga. Korang ada join Adf.ly? Triond? AssociateContent? Gather? Squidoo? Gabungan 5 program dan Bukisa akan membuatkan income keenam-enam program tu meningkat dengan mendadak. Pepandailah korang buat combination antara 6 program tu. Takkan tak faham kan? Selit-selit je antara artikel bukisa dengan Gather, combine plak squidoo dengan gambar dari Triond, link-link tu semua korang clock dengan Adf.ly. Pendek cite, kalau korang kreatif, memang income 6 program ini akan meningkat. Tak nak cuba sudah, gi main jauh-jauh. Itu belum lagi combination dengan abrite, widgetbucks, adsense, obeus, bidvertiser dan program2 ppc yg lain. Huhu..

Cara keempat, korang tahu kan Bukisa ni ada program referral? Ambil code referral, promote. Blast kat email list korang dan promote supaya diorang masuk dan hantar artikel. Ingat, 1000 impression bersamaan dengan $3.42 dollar. Sape nak bagi tu? Ini program yang paling mahal dibayar berdasarkan impression yang aku pernah jumpa setakat ni. Memang gila. Itu yang aku suka. Bukisa itu memang boleh jadi income pasif setipa bulan? Sekali lagi aku setuju!

Cara kelima, korang tahu kan yang Bukisa ada fungsi feed? Dan setiap username ada feed masing-masing? Haa, korang ada blog jugak kan? Apa lagi, tepeklah ke blog high trafik korang. Blog low trafik pun letak juga feed bukisa tu. Feed bukisa korang tu akan list semua artikel yang korang tulis dan diluluskan oleh Team Bukisa. Kalau tak lulus, memang tak kuar punye sebab tak menepati syarat-syarat dan TOS diorang.

Cara keenam, klik sendiri korang punye artikel sejuta kali. Confirm banyak impression kan? Haha, ini bukan cara topi hitam lagi. Ini cara gila. Jadi, abaikan cara yang ke enam ini melainkan korang tahu cara nak tukar ip korang setiap saat. Kalau korang leh wat, cuba saja. Mana tahu diorang tak leh tahu. Korang gak dapat duit tu. Tapi aku malas wat cara tu. Susah wei. baik pakai SE0. Ingat nak tambah lagi 10 artikel. Mesti leh dapat lebih dari Bukisa ni. Haha..

Cara ketujuh. Korang tahu teknik spamming? Ada 2 cara teknik spamming. Yang baik, korang ada email list kan? korang list semua link artikel dalam email yang korang nak blast, tulis ayat-ayat yang memberangsangkan, blast ke email list korang. Mesti 50% akan klik link tersebut. Tak caya, pergi buat. Itu cara spamming yang pertama, cara yang kedua plak, korang gi mana-mana blog high traffic, haa, apa lagi, wat lah komen yang bagus-bagus dan elakkan daripada dicop sebagai spammer. Kalau kantoi, sendiri mahu ingatlah. Apapun, cara ini pun aku tak rekomen sebab aku tahu orang kita memang kaki spamming.

Ok. Cukuplah 7 tips untuk buat duit dengan Bukisa. 7 cara ni kalau korang buat betul-betul, memang korang leh goyang kaki setiap bulan terima duit dari Bukisa. Aku dah 2 bulan berturut-turut terima duit dari Bukisa dan aku rasa bulan depan dan bulan depan pun masih maintain untuk terima duit dari Bukisa. Jadi, dipendekkan cerita. Jika aku sebagai lelaki melayu boleh, korang pun mesti boleh gak kan? kan? Dah, pi register Bukisa dan ikut arahan diatas.

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


I got one payment from Text Link Ads. Hoho!

Hari ini aku cuma hendak tunjuk dan kongsikan satu lagi bukti bayaran yang aku terima untuk program Text Link Ads. Aku rasa korang dah tahu tentang Text Link Ads bukan? Setiap bulan aku akan menerima sejumlah wang dari TLA. Setakat ini memang tak pernah failed setiap bulan.

paymenttextlinkadsoctobjn9.th Komisen Ke 10 dari Text Link Ads


Jadi, jika ada antara korang yang belum menyertai program TLA ini, korang boleh menyertai mereka dengan kadar yang segera. Korang semua boleh rujuk post-post aku yang lepas untuk ketahui bagaimana cara hendak buat duit melalui program TLA.

Ini antara program yang menjadi salah satu income passive melalui blog yang telah aku pelajari. Jika nak diceritakan, terlalu banyak program yang sama macam Text Link Ads atau TLA ini, tapi tak semua setanding dan sehebat TLA. Backlinks dan Teliad antara pencabar utama TLA. 3 program ini mempunyai modus operandi yang sangat serupa iaitu menjadi penyedia ruang untuk jual beli text link di website atau blog korang. Jadi, sudahkah korang menyertai program seumpama ini? Yang pasti, ianya sangat berbeza dengan program buat duit Blogstarz ataupun Buluhmas. Hoho!!

Ok. Itu sahaja untuk hari ini. Jika ada blog, sertai Text Link Ads sekarang : Text Link Ads

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Cicakman Original Soundtrack - 10 - Profesor Klon - Aznil Nawawi.mp3]

Lupakan cite pasal Buluhmas dan 3 syarikat yang kene ambush semalam. sampai adik aku call tanya pasal Buluhmas. Tak jadila dia dan kawan-kawannya nak masuk Buluhmas disebabkan perkara semalam. Ahh, biarlah. Aku tak rugi apa-apapun. Yang penting aku sampaikan apa yang aku perlu bagitau pada korang.

Okey. Hari ini kita cerita lagi satu program yang boleh bantu kita tambah duit melalui blog. Sori. Bagi sesiapa yang tak ada blog. Sila buat blog. Kalau tak, program ini bukan untuk korang. Aku mintak maaf sangat-sangat.

Ceritanya mengisahkan tentang Program Infolinks. Aku kira masih tak ramai orang Malaysia yang menggunakan Infolinks. Selalunya kita dimomokkan dengan Nuffnang, Adsense, Zango, TLA, jual e-book dan sebagainya. Aku tak kata yang tu semua karut. Teruskan aje perjuangan korang dengan program tu. Cuma korang leh tambah lagi peluang pendapatan korang dengan Infolinks. Amacam. Teruja?

Macam mana Infolinks berfungsi?

- sama macam Kontera, adbrite, clicksor dan sewaktu dengannya.
- Infolinks membayar kita melalui in-Text ads.
- Biasanya kita akan dapat 1 klik dalam $0.01-$0.20. Kira oklah banding Advertlets..
- Bayaran melalui Paypal dan Cek.
- Cuma perlu letakkan code diorang di blog korang sahaja.
- Tak sama macam adsense.
- Iklan in-Text ni akan muncul dalam website korang.
- Minimum payout adalah $100. Tinggi bukan?

Kalau korang nak tengok contoh blog-blog yang dah guna Infolinks. Aku tunjuk beberapa website wanted yang aku sempat usha 2-3 hari lepas. Aku siap bookmark untuk jadikan panduan pada masa akan datang. Ni dia contoh site yang dah test power program Infolinks.

1. Engkayblog
2. Bantingboy
3. Lifeiscolourful
4. Ihateher
5. Tivitune
6. Zaki Cyza

So, ada yang dah cuba? meh aku update site korang kat sini. Aku harap aku leh dapat capai bayaran pertama dari Infolinks ini. Tapi aku tak dapat letak kat blog ini sebab INfolinks hanya terima blog dalam bahasa english. So, bagi yang ada blog bahasa melayu ni. Korang leh try kat blog bahasa english korang. Manatau dalam 1-2 bulan. Cecah 100usd. Dapat RM340. Siapa nak bagi kan? kan? Dah gi lawat site Infoinks ni : Infolinks : Linking Text to Revenue

infolinksLogo Edisi Siasat: Buat Duit dengan Infolinks


Itu sahaja kajian ringkas dari aku. Malangnya, Infolinks ni takde affiliate program. So, aku tak dapat untung apa-apa dari korang. Aku cuma harap korang leh amalkan dan jadikan ini sebagai satu ilmu yang berguna. Aku nak dapat saham dari situ aje. Boleh kan? kan?

Benar. Blog yang mempunyai trafik yang tinggi sangat sesuai untuk mencuba program ini. Jika blog korang masih gagal untuk dapat sekurang-kurang 100 unik visitor setiap hari. Cuba baca tips yang aku tulis kat sini. Mungkin berkesan untuk korang agakya : 6 Tips Untuk dapat Gila Trafik

Ps: Aku dah jumpa referrals link tu. Ada rupanya. Cuma ternyuruk..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011