Secara jujurnya, dalam seminggu ini aku banyak tak update blog dan tak buat apa-apa promosi yang agak berat untuk buat duit dan mencari network mahupun membina backlinks. Ini semua penangan permainan Monopoly City yang baru aje aku ambil dari kawan aku. Sebaik sahaja install game tersebut, terus aku main siang dan malam. Memang boleh jadi gila dibuatnya bila main game berhantu ini. Aku ni memang kaki game. Even game yang simple-simple pun aku boleh ketagih nak main. Selagi aku tak menang semua komputer yang level “hard” dan tak pernah menang lawan 3 komputer berstatus hard, selagi tu aku takkan berhenti main game ini. Setakat ini, aku baru sahaja menang 2 komputer yang bertaraf easy. Kalau lawan one by one, memang aku menang semua komputer yang bertaraf easy, medium dan hard. Tapi bila lawan 2 komputer atau 3 komputer bertaraf hard, memang sakit kepala aku dibuatnya. Kena pula bila mereka bekerjasama untuk menjatuhkan aku. Haha..gila meroyan dibuatnya..
Ya. Itulah yang terjadi dalam minggu ini. Aku yakin korang pernah main game monopoly, Jutaria dan Saidina. Tapi Monopoly City ini sangat berbeza dan ianya berjaya membuatkan aku bermain berjam-jam dengan game ini. Tapi bila memikirkan sampai bila aku nak berterusan begini, baik aku buat sesuatu dan start malam tadi aku dah buat apa yang sepatutnya untuk mencari pendapatan lebih. Kalau tak, susah plak aku nak melancong pada hujung tahun ini. Nanti cuti tak buat apa. Memang setiap tahun aku akan buat siri-siri melancong didalam negara, jadi tak best plak kalau tak pergi mana-mana nanti..
Alhamdulillah, 2 orang kawan yang bekerja disini sudah mula menulis blog masing-masing selepas belajar sediki demi sedikit tentang dunia blog dengan aku. Tak kenakan apa-apa caj pun. Itupun sebab diorang memang berminat nak belajar tentang blog dan setelah mengetahui aku dapat buat duit dengan blog. Entah siapa yang baik hati promosi nama aku pun aku tak tahu. Tapi aku bersyukur jika apa yang diorang belajar itu dapat membantu diorang buat duit dengan blog dan mengenali blog dengan lebih baik lagi. Cuma, aku harap jangan hangat-hangat tahi ayam aje. Kalau tak, satu pun kita takkan dapat. Apapun, all the best untuk mereka!
Dan jika ada yang berminat untuk buat duit dengan blog, jangan mudah putus asa dan teruskan belajar dan cari ilmu yang berkaitan dengan blog. Memang ianya akan mengambil masa dan memang ianya agak menyakitkan jiwa, tapi ianya lebih baik daripada kita tak dapat apa-apa langsung dari blog kita tu. Sekurang-kurangnya, kita belajar sesuatu yang istimewa di dunia ini.
Ps: Tengah sibuk bermain MonopolyCity dengan hati yang geram..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content















