Archive for the 'Bukit Teresek' Category


Tak banyak yang aku hendak kongsikan. Tapi ini sedikit tatapan untuk korang-korang semua. Gambar yang aku ambil dan curi dari member aku sendiri. Yelah, dia bagi aku sedut dari pc dia. Tapi aku tak bawa pendrive plak tadi. Jadi, aku masuk blog dia dan aku edit sana sikit apa yang patut untuk tatapan korang. Trip Taman Negara kali ini kita orang skip kanopi. Tak lalu dah jambatan yang tergantung-gantung. Terus ke Bukit Teresek dan Lubuk Simpon.

2009 08 06 010308 300x191 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010346 300x224 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Ini gambar sebelum kita orang masuk ke Taman Negara. Ni baru kat tempat parking aje. Sementara menunggu kereta budak-budak perempuan. Kitorang posing la sikit. Aku rasa korang leh kenal pastikan yang mana satu si Titan ni? kan? kan? Yang paling kerek dan handsome sekali. Haa, tu la aku..

2009 08 06 010400 300x216 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010412 300x219 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Haa, sekarang dah kat kaunter penerangan. Aku lupa sorang kene bayar berapa. Tapi member aku yang uruskan hal tu semua. Kamera pun aku dah malas nak bayar. RM5 untuk sebulan untuk setiap kamera. Itupun jika korang rajin ambil gambar. Aku dah malas ambil gambar untuk 2nd trip ni. First trip dulu rajin gak aku bergambar. Sekarang, biarlah turn diorang plak..

2009 08 06 010424 300x220 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010436 300x225 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Ini baru suku perjalanan ni. Aku dah marah-marah waktu ni. Yelah, kene tunggu diorang. Maklumlah, aku jenis naik laju kalau bab-bab bukit atau gunung ni. Aku dengan member aku yang kurus sorang tu terus pecut tinggalkan diorang kat belakang. Mana leh tahan maa. Semput kalau jalan lambat-lambat biarpun ada pempuan. Malas aku tunggu diorang. Korang leh tau kan mamat mana yang tengah bengang kat gambar tu. Haa, itulah aku. Aku nak sampai cepat. DIorang sibuk nak bergambar plak. Haiya..takpe. Kawan punya pasal. Aku wat bodo aje walaupun air mukaku terserlah. Haha..

2009 08 06 010448 300x226 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010500 300x220 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Ni dah nak sampai. LAgi 100-200 meter aje lagi nak sampai ke penghujung Bukit Teresek ni. Ala, 1.5 kilometer aje. Tapi secara menegak la. Bukan melintang. Lama gak bertapak dan akhirnya sampai jugaklah kitaorang. Time ni, aku dengan member aku bagi peluang diorang jalan kat depan. Malas dah nak jalan laju-laju sebab memang tempat yang nak dituju tu boleh kata dekat sangat dahhh..

2009 08 06 010525 300x226 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010537 300x227 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Haa. Dah sampai pun. Korang tengok. Hampir 90% riang gembira sebab sampai ke tempat yang dituju. Aku macam biasalah. Bengang. Bukan apa. Aku dah lapar ni. Nak gi mandi kat Lubuk Simpon lagi. Tapi depa lambat-lambat la plak. Tahulah penat. Aku pun penat. Tapi sayangnya, tak dapat plak aku tunjukkan gambar kat lubuk sana. Seksi sangat kitaorang kat sana. Jadi, gambar tu biarlah kenangan peribadi kita orang. Haha..

2009 08 06 010548 300x223 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara

2009 08 06 010619 300x229 Gambar Panas Titan di Bukit Teresek dan Taman Negara


Maaflah jika gambar kurang jelas. Gambar ni memang aku saje edit biar tak berapa jelas. Tapi korang boleh cam kan Titan yang mana satu? Ala, yang paling gaban sekali dalam banyak-banyak gambar tu la. Mesti korang boleh cam aku yang mana satu kan? Lepas habis semua tempat tu, kita orang pun balik dengan Black Saga aku tu. Dua-dua keta merempit tak ingat dunia dengan kelajuan 100-130 km/j dari Taman Negara ke Jerantut. Fuhh..lenguh kaki tekan minyak memanjang dan main brake serta handbrake. Try buat drift pakai kereta automatik. Bagai nak gila Black Saga aku tu bawa laju kat corner. Nasib tak langgar kereta orang lain. Hahaha..

Ps: CUkuplah celoteh aku. Dah panjang sangat dah entri ni. Jarang aku bercerita sebegini. Mood aku dah datang balik. Mungkin aku boleh call dia dalam 2-3 hari ini. Ni yang aku malas. Nak call orang kene ambil mood dulu. Hari ini hari yang agak gembira. Kenapa? Jangan tanya.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011