Buat Duit dengan Private Advertising. Mungkin bagi sesetengah orang, cara ini agak baru dalam dunia pengiklanan, tapi bagi aku, rohaizad dan 5xmom serta blogger-blogger tegar yang telah biasa dengan istilah ini. Ini kerana kami semua selalu mendapat pengiklanan jenis ini tak kiralah dari pasaran lokal atau international. Ini akui kerana aku baru sahaja menerima satu bayaran untuk satu link sebanyak 50 dollar untuk bayaran satu tahun. Murah bukan? Jika dibahagikan kepada 12 bulan, ini bermakna aku dapat $4.17 dollar setiap bulan untuk link tersebut. Tapi, ianya bayaran untuk satu perkataan yang dilinkkan ke website advertiser. Bukankah ianya satu bayaran yang lumayan? Jika lebih dari satu perkataan? Hah, bagaimana??

Benar, ini yang dinamakan sebagai buat duit dengan private advertising ataupun direct advertising yang ditawarkan oleh semua blog yang telah aku selaraskan dahulu. Dan akhirnya sekarang ianya membuahkan hasil. Si stephen tu beli satu blog post dan aku hanya perlu letakkan link yang dia mahu kat satu perkataan dalam blog post pada tahun 2008. Haa, jangan main-main dengan blog post lama-lama ni, boleh buat duit apa.
Tapi, bagaimana dia berminat nak beli blog post dan link kat blog ni? Ini kerana blog ini turut menjana income dari TLA dan dia telah follow up aku melalui email dan telah deal dengan aku. Aku tak letak harga tapi aku yakin harga tu agak berbaloi dan yang menakjubkan, tak sampai 1 jam beliau sudah transfer duit ke akaun paypal aku. Haha, dan aku sedang deal dengan dia untuk 2 lagi blog post untuk harga yang sama. Siapa beliau? Aku tak dapat bagitau. Beliau akan jadi salah satu sponsor baru untuk blog ini dan blog2 aku yang lain untuk niche tertentu. Hehe..bukan senang nak dapat sponsor macam ni. Takkan aku nak bagitau awal-awal plak. So, korang pun boleh dan cuba pelbagaikan blog post korang dan sertai program-program seperti TLA, Inlinks, TNX, PPP, Bukisa dan lain-lain lagi. Mungkin ini akan menarik ramai perhatian sponsor dan advertiser untuk membeli blog post diblog-blog korang nanti.
Ini baru bayaran dari pasaran luar. Aku juga baru menerima bayaran untuk review satu produk dan insya-Allah aku baru sahaja seleseai download dan akan buat sedikit ujikaji dan menjana trafik untuk review tersebut. Semoga usaha aku akan membantu beliau mendapat lebih banyak trafik dan sekaligus membuahkan pulangan yang lumayan. Siapa nak aku wat review atau nak beli iklan diblog ini, boleh hubungi aku diruang contact ye untuk maklumat lanjut.
Ps: Jadi, siapa kata private advertising tak boleh buat duit? Dalam ker atau luar. Aku terima semua asalkan kene dengan niche blog aku. Kalau nak iklan pasal benda bukan-bukan, memang aku tak layan. Haha!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
















