Archive for the 'bukisa' Category


Esok aku akan kembali ke Jerantut setelah seminggu berehat di Banting. Mungkin lain kali aku akan cari tempat lain untuk berehat. Aku tak kesah dekat mana-mana, janji ada tempat tidur dan aku masih boleh melayari internet. Itu dah cukup. Tapi mungkin aku akan ambil masa untuk pergi ke satu tempat yang jauh sikit atau berkhemah dihutan. Takde masalah rasanya. Bawa aje GPS dan kompas. Insya-Allah tak sesat. Hehe..

Dalam setengah jam lagi, kita dah boleh berbuka. Itupun jika aku sempat habiskan artikel ini. Tadi baru aje shopping barang sikit. Ada projek sikit minggu depan kat Jerantut dan aku ditugaskan untuk beli beberapa barang dan minggu depan juga ada 2 orang akan ambil personal Coaching tentang Asas Blog dan WordPress dan Cara Buat duit dengan Blog manakala personal coaching TNX juga akan diajarkan sekali sebagai bonus. Walaupun tiada modul tetap, tapi aku yakin mereka boleh tangkap apa yang akan aku beritahu mereka. Ambillah nota apa yang patut. Lagipun bulan puasa ini aku rasa kita ada banyak masa untuk belajar dan masa untuk ujikaji. Insya-Allah, semua blog MMO aku akan aku update. Sekarang memang aku malas nak tulis apa-apa. Cuma diblog ini aje aku rajin update berbanding blog-blog yang lain. Mungkin aku sibuk layan anime dan baca manga online sahaja. Haha..

blue 300x206 Titan, Banting dan Jerantut


Malam semalam, aku terawih lambat. Dalam jam 2 pagi. Itupun wat 8 rakaat aje sebab aku berbuka puasa dengan kawan-kawan aku kat Bagan Lalang. Lepas tu, kitaorang terus ke Alamanda. Lepak kat sana main bowling dan sempat pula tengok wayang cerita Orphan. Balik rumah dekat jam 2. Nasib adik aku belum tidur lagi. Kalau tidak, memang aku tidur dalam kereta lah gamaknya. Kene plak adik perempuan aku pun balik rumah juga semalam, sempat pula dia tibai laptop aku. Patutlah tanya password laptop aku malam tadi, dan aku sempat layan naruto 10 episode sebelum tertidur dalam jam 4 pagi. Pastu, abah aku kejut untuk sahur dan aku sambung layan naruto lagi beberapa episode sebelum aku terlelap semula..

Minggu depan juga aku akan buat semula projek-projek yang terbengkalai. Antaranya projek TNX, projek GDI, projek TLA, projek Speed Adsense, projek Bukisa, projek Shamelin dan juga beberapa projek yang sempat aku plan dalam minggu ini. Ya, rehat-rehat juga. Tapi notepad aku tu aku taip juga apa-apa yang patut sementara aku terlintas apa-apa dalam otak ni. Takdelah rehat bodoh aje. Apapun, semoga ianya akan berjalan dengan baik. Benarlah, blog merupakan insuran terbaik bagi aku untuk masa depan. Akan aku curahkan apa yang patut melalui medium blog ini buat duit dengan blog melalui cara dan acuan aku sendiri.

Ps: Iklan Nuffnang semakin banyak dalam bulan puasa ini. Korang perasan atau tidak? Ke aku sorang aje perasan tentang iklan Nuffnang yang selalu bertukar-tukar. Biasanya korang akan nampak iklan Nuffnang pada waktu tengah malam, petang dan waktu subuh. Time tu, memang galak iklan Nuffnang keluar kat kebanyakkan blog-blog aku..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Agak sedikit sibuk pada bulan Julai ini. Ya, aku akui bulan ini istimewa. Mengapa? Nanti korang tahulah dalam post-post aku yang akan datang. Aku sedang cuba buat sesuatu yang gila sekarang dan tak perlulah aku ceritakan apa yang aku nak buat tu. Kalau ada yang perasan, perasanlah. Yang tak perasan, tak perlulah tanya apa yek..

Yap. Ini bayaran ke 3 yang aku terima dari program Bukisa. Aku harap apa yang dirancangkan akan membuahkan hasil pada setiap bulan. Aku berjaya tunekan selama 3 bulan berturut-turut. Bukan senang nak buat duit dengan Bukisa ni sebenarnya. Alhamdulillah dan aku akan teruskan promosi seperti biasa. Tak perlu henjut gila-gila sebab aku ingin mengekalkan cara pasif aku tu. Kang bila dapat kaut banyak, kene ban pula. Itu yang tak sedap, kan? Jadi, buatlah secara sederhana..

bukisajunepayment 300x126 Komisen Ke 3 dari Bukisa


Yup. Tak banyak. Tapi cara aku terbukti berjaya menjana sedikit pendapatan melalui Bukisa. Siapa kata kita tak boleh buat duit dengan Bukisa? Jika kita yakin, Insya-Allah boleh. Yang penting kita kene usaha dan belajar cara untuk menjadikan impian kita berjaya. Secara jujur, aku sendiri tak rasa aku mampu buat duit dari program ini. Tapi bila aku dapat trik dan cara yang betul untuk melonjakkan pendapatan aku dengan Bukisa. Ingat senang nak dapat 3 kali berturut-turut setiap bulan dari sesebuah program? Ini bukan jual ebook atau jual software. Ini kita buat duit dengan sesebuah program. So, ini berbeza bukan? Jadi, jangan samakan 2 perkara yang berbeza ni.

Secara jujur, aku dah bocorkan trik untuk buat duit dengan Bukisa ni. Jika ada yang perasan, korang tiru aje apa yang aku buat. Jika tak perasan, kenela selidik apa yang patut. Kunci utama ada tiga. Pertama, kena pandai main SEO. Ini bagus untuk tujuan trafik. Kedua, kene pandai pilih niche artikel dan video. Kerana kita kena pandai tackle orang untuk baca artikel kita. Ketiga, penggunaan meta dan keyword. Jika pandai tune 2 benda nih, memang bukan sahaja korang boleh buat duit dengan Bukisa, program lain pun boleh. Cuma aku lebih senang dengan Bukisa. Kerana ianya lebih mudah dan membayar dengan rate yang tinggi. Iaitu 1000 unik impression bersamaan dengan $3.42 dollar. Tinggi tu..

Ps: Baru balik dari parti bujang kawan aku kali ke 3. Dia kene keje tempat lain plak..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Seperti yang aku duga, ujikaji aku untuk program Bukisa telah membuahkan hasil dan aku telah menerima bayaran komisen kedua dari Bukisa tanpa sebarang halangan. Terima kasih kepada Bukisa kerana membayar komisen tanpa halangan dan cepat macam biasa. Hoho..

bukisamaypayment 300x136 Komisen Kedua dari Bukisa dan 7 Tips Buat Duit dengan Bukisa


Seperti entri edisi siasat dan open case yang lalu, apa yang aku lakukan untuk membuat duit pasif melalui program Bukisa telah membuahkan hasil. Di sini, aku sediakan beberapa tips yang mungkin membantu korang untuk mempercepatkan proses korang untuk dapat buat duit dengan Bukisa ini. Ianya menjadi dengan aku, tapi aku tak tahu pula dengan korang.

Cara pertama. Pilih niche, berita panas, cerita panas, anime, gambar panas yang korang rasa sesuai untuk korang letakkan dalam artikel yang bakal korang tulis di Bukisa. Dan jangan lupa, Bukisa sudah mencapai Pagerank 3. Rugi korang tak wat artikel dan buat backlink ke blog-blog korang. Ok, dah pilih kan? Kemudian, disini korang kene aplikasikan ilmu SEO korang. Boldkan keyword-keyword utama dan juga keyword utama itu mesti ada kat ruang title korang. Kalau 2 benda ni takde, jangan harap artikel korang leh masuk 1st dan 2nd page kat Google. Kat Yahoo, susah sikit. Boleh, tapi lambatla. Betul. Aku kata lambat, lambatlah..

Cara kedua. Promote kat 3 tempat keramat ini. Twitter, Digg dan juga Facebook. Pendek cerita, semua site social networking, korang promote dengan berhemah. Jangan main cincai aje. Kang akaun kene ban, aku tak tanggung. Aku sendiri pun blast 2-3 artikel sehari untuk promotion dan aku cuma pakai 16 artikel aje dan ianya sudah cukup untuk buat aku terima bayaran setiap bulan. Bukisa itu income pasif? Aku setuju.

Cara ketiga. Korang ada join Adf.ly? Triond? AssociateContent? Gather? Squidoo? Gabungan 5 program dan Bukisa akan membuatkan income keenam-enam program tu meningkat dengan mendadak. Pepandailah korang buat combination antara 6 program tu. Takkan tak faham kan? Selit-selit je antara artikel bukisa dengan Gather, combine plak squidoo dengan gambar dari Triond, link-link tu semua korang clock dengan Adf.ly. Pendek cite, kalau korang kreatif, memang income 6 program ini akan meningkat. Tak nak cuba sudah, gi main jauh-jauh. Itu belum lagi combination dengan abrite, widgetbucks, adsense, obeus, bidvertiser dan program2 ppc yg lain. Huhu..

Cara keempat, korang tahu kan Bukisa ni ada program referral? Ambil code referral, promote. Blast kat email list korang dan promote supaya diorang masuk dan hantar artikel. Ingat, 1000 impression bersamaan dengan $3.42 dollar. Sape nak bagi tu? Ini program yang paling mahal dibayar berdasarkan impression yang aku pernah jumpa setakat ni. Memang gila. Itu yang aku suka. Bukisa itu memang boleh jadi income pasif setipa bulan? Sekali lagi aku setuju!

Cara kelima, korang tahu kan yang Bukisa ada fungsi feed? Dan setiap username ada feed masing-masing? Haa, korang ada blog jugak kan? Apa lagi, tepeklah ke blog high trafik korang. Blog low trafik pun letak juga feed bukisa tu. Feed bukisa korang tu akan list semua artikel yang korang tulis dan diluluskan oleh Team Bukisa. Kalau tak lulus, memang tak kuar punye sebab tak menepati syarat-syarat dan TOS diorang.

Cara keenam, klik sendiri korang punye artikel sejuta kali. Confirm banyak impression kan? Haha, ini bukan cara topi hitam lagi. Ini cara gila. Jadi, abaikan cara yang ke enam ini melainkan korang tahu cara nak tukar ip korang setiap saat. Kalau korang leh wat, cuba saja. Mana tahu diorang tak leh tahu. Korang gak dapat duit tu. Tapi aku malas wat cara tu. Susah wei. baik pakai SE0. Ingat nak tambah lagi 10 artikel. Mesti leh dapat lebih dari Bukisa ni. Haha..

Cara ketujuh. Korang tahu teknik spamming? Ada 2 cara teknik spamming. Yang baik, korang ada email list kan? korang list semua link artikel dalam email yang korang nak blast, tulis ayat-ayat yang memberangsangkan, blast ke email list korang. Mesti 50% akan klik link tersebut. Tak caya, pergi buat. Itu cara spamming yang pertama, cara yang kedua plak, korang gi mana-mana blog high traffic, haa, apa lagi, wat lah komen yang bagus-bagus dan elakkan daripada dicop sebagai spammer. Kalau kantoi, sendiri mahu ingatlah. Apapun, cara ini pun aku tak rekomen sebab aku tahu orang kita memang kaki spamming.

Ok. Cukuplah 7 tips untuk buat duit dengan Bukisa. 7 cara ni kalau korang buat betul-betul, memang korang leh goyang kaki setiap bulan terima duit dari Bukisa. Aku dah 2 bulan berturut-turut terima duit dari Bukisa dan aku rasa bulan depan dan bulan depan pun masih maintain untuk terima duit dari Bukisa. Jadi, dipendekkan cerita. Jika aku sebagai lelaki melayu boleh, korang pun mesti boleh gak kan? kan? Dah, pi register Bukisa dan ikut arahan diatas.

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak kongsikan dengan korang satu lagi program baru yang masuk dalam program edisi siasat dalam blog ini. Masih ada beberapa projek blog yang aku sedang jalankan dan edisi siasat ini antara salah satu daripadanya. Jadi, mari kita membaca bersama-sama.

Ok. Seperti tajuk diatas. Ianya berkaitan dengan Adf.ly. Edisi Siasat tentang Buat duit dengan Adf.ly. Secara jujurnya ianya membayar kita dengan berdasarkan berapa ramai orang yang telah klik di link yang telah diringkaskan menjadi link yang lebih pendek.

adfly Edisi Siasat: Buat Duit dengan Adf.ly


Tak faham? Ok. Sebelum kita masuk ke bahagian buat duit. Kita kene tahu dulu bagaimana program Adf.ly ini berfungsi. Korang pernah dengar kan tentang tinyurl dan snipurl serta pelbagai lagi website yang menyediakan tempat untuk memendekkan link yang panjang menjadi pendek. Jadi, Adf.ly juga bertindak sama seperti website demikian. Cuma kali ini mereka turut memberi imbuhan berdasarkan jumlah klik yang berjaya kita dapatkan.

Daripada pengalaman aku beberapa hari ini, nilai 1 klik adalah $0.001. Jadi, jika dapat 10 kali klik dah capai $0.01. Kira oklah tu kan dan korang boleh create seberapa banyak link yang korang mahu. Sekarang, aku lebih suka pakai Adf.ly berbanding tinyurl. Jika kita ada alternatif baru dan mampu menyumbang pendapatan, apalah salahnya kita cuba kan? Jadi, aku harap korang sudah faham bagaimana hendak buat duit dengan Adf.ly ini bukan?

Jika mahu daftar, gi sini: Daftar Adf.ly Percuma

Bahagian seterusnya adalah promosi. Disini aku beritahu sedikit tips untuk membuat promosi. Korang boleh promosikan di twitter, Digg, Stumbleupon, forum, blog personal korang dan sebagainya dengan syarat tak buat spam bodoh. Nak spam pun, biarlah berhemah sikit. Jangan tunjuk ketara sangat korang nak buat duit dengan Adf.ly ni. Agak-agaklah sikit. Kang takde orang klik, takde duit la jawabnya kan? So, berhati-hati. Tak semua orang suka kita. Jadi, cuba dengan cara yang berhemah. Jika kita buat dengan ikhlas, Insya-Allah ada habuan kita dalam pelbagai bentuk suatu hari nanti.

Bayaran minima adalah $20 usd. Biasalah tu. Tapi aku rasa korang masih boleh cecah nilai minimum jika korang kene cara promosinya. Buat ajelah. Aku combinekan bukisa, triond, adf.ly, blog marketing kepada satu. Maksudnya dalam 1 artikel diblog aku, aku mampu mempormosikan hampir 3-5 program dalam masa yang sama. Haha, sebab itu aku suka menulis artikel dan review sekarang. Banyak yang kita boleh dapat dalam masa yang singkat jika kita pandai eksploitasi kelebihan kita dan internet. So, apa tunggu lagi? Sertai Adf.ly sekarang!

[audio:M Nasir - Bonda.mp3]

Ps: Lagu ini ditujukan khas untuk mak aku. Selamat hari Ibu dan juga kepada emak seseorang, emak dia, emaknya dan juga emak-emak diseluruh Malaysia yang mempunyai anak yang nakal macam aku..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011