Archive for the 'buat duit dengan review' Category


Hari ini aku nak cerita tentang pengalaman aku bersama dengan program Linkadage. Aku rasa mesti korang dah baca edisi siasat dan artikel open case berkaitan dengan Linkadage pada artikel yang lepas. Jika belum baca atau terlepas baca, boleh aja gi ke 2 artikel dibawah ini:

1. Edisi Siasat: Buat Duit dengan Linkadage
2. Open Case: Buat Duit dengan Linkadage

Dipendekkan cerita, aku mendaftar program Linkadage ini pada 4 oktober 2008 dan mendapat jualan beberapa hari selepas itu dan sehinggalah ke hari ini aku tidak pernah lagi miss mendapat komisen dari Linkadage setiap bulan walaupun jumlahnya memang tak boleh lawan income TNX atau income TLA. Tapi aku tetap bersyukur walaupun jumlah yang aku terima itu sedikit. Itu lebih bagus daripada aku langsung tak dapat apa-apa daripada program ini bukan? Ini juga turut membuktikan bahawa kita tetap boleh buat duit dengan Linkadage dan pada masa yang sama ini juga membuktikan kita tetap boleh buat duit dengan blog walaupun nilai pagerank blog kita itu adalah PR0. Semua link yang terjual diblog aku adalah kebanyakkannya daripada PR0. Semua blog tu dah kene tendang dek Google. Tu pasal jatuh ke PR0.

linkadagepaymentproofaugust 300x142 Komisen ke 12 dari Linkadage


Dan ini juga merupakan komisen aku yang ke 12 dari segi penjualan link setiap bulan dan 1 kali aku menerima bayaran untuk komisen affiliate. Secara mudah, sudah 13 kali aku terima bayaran daripada Linkadage. Jadi, kira oklah kan? Ini juga bermaksud aku sudah bersama dengan Linkadage genap 11 bulan 5 hari atau menghampiri 12 bulan. Fuhh, tak sia-sia aku sertai program ini sebab duit yang aku dapat tu biasanya aku invest untuk beli domain. Hosting memang dah banyak. Jadi, beli domain ajelah dengan duit paypal tu. Not bad, kan?

Boleh daftar Linkadage kat sini: Daftar Linkadage

Ps: Jumlah komisen tu sikit sangat. Tu pasal aku tutup. Kalau lebih 5 dollar. Memang aku tunjuk punya. Jadi, jangan ditanya mengapa aku berbuat demikian. Saja je. Takde benda sangat pun. Jadi, ini salah satu sumber pendapatan aku untuk dapat duit paypal. Tu pasal tiap-tiap bulan, akaun paypal aku penuh dengan duit paypal. Inilah antara salah satu penyumbang pasif setiap bulan. Hoho!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Baru hari ini aku dapat sentuh internet. Ciss, bila aku balik Banting hari jumaat yang lepas, abah aku bagitau internet problem. Terus aku menonong ke bilik aku dan lihat modem. Memang tak menyala bahagian DNS dan aku dah try setting apa yang patut. Adjust sana. Bukak plug itu, plug ini. Shut down kejap itu ini. Adjust apa yang patut termasuklah main jampi serapah ntah apa yang aku bebelkan, tapi masih cam lagu tu jugak. Jadi, 3 harilah aku berkabung tak tentu pasal. Aku try pergi online kat cyber cafe, internet pun camtu juga. Aku syak internet kawasan aku ada masalah. Mungkin tak semua tempat, tapi kebanyakkan cafe yang aku gi, internet memang masalah. Kalau tak lembab, mesti putus-putus. Akibatnya, aku dengan orang lain yang nak surf internet, tetiba jadi gamers plak. Haha..

Tapi aku yakin kepulangan aku 3 hari itu tak sia-sia. Ada banyak benda yang aku dapat selain tidur yang agak kurang kawalan. Nasib baik mak aku rajin kejut aku time solat. Kalau tak, memang terbabas aje dibuatnya. Salah aku juga. Tidur tak kunci jam atau alarm handset. Apa yang aku dapat? Yap, beberapa idea untuk projek TNX, projek GDI dan juga projek Adsense aku. Nanti aku ceritakan kalau projek tu berjalan lancar. Blog-blog tnx aku ada yang belum terindex. Maksudnya, bot-bot tnx yang malas tu masih belum ke blog aku. Itu yang menjadi permasalahannya. Kalau takde link yang diindex, memang kebarangkalian untukjual link mencapai tahap kosong. Haru tul la..nampak gaya, terpaksa aku tanya ruang support diorang jugak. Lama tol diorang wat hal cam gini walaupun income tnx aku masih berjalan macam biasa..

mangamanis Titan, Lapar dan Mangga


Aku rasa sekarang memang musim Pay Per Lead la. Punya banyak betul yang berjalan sampai ke hari ini dan aku yakin akan muncul lagi program berbaur PPL ni pada masa akan datang. Yang terbaru adalah PPL CeritaIM yang menceritakan dekat 13 orang Internet Marketer yang berasal dari Malaysia. Huhu..ok apa. Bukan senang nak dengar cerita 13 orang IM yang aku boleh kelaskan berjaya buat duit dari internet ni.

Korang nak baca, gi download la : tips TNX la, triond tips, bukisa tips, cara nak lulus akaun adsense la, cara nak install fantastico, cara nak tulis blog, cara nak dapat trafik, uih..macam-macamlah. Penat aku jawab soalan korang tadi. Harap dapat membantu. Kalau tak faham, tanya je lagi sampai aku tak tahu apa nak jawab. Haha..

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa lagi sebab nak tunggu waktu berbuka nih. Lapar tu memang lapar, tapi aku sabarkan aje sebab lapar tu memang wajib bila bulan puasa ni. Mana ada orang tak lapar bila bulan puasa ni, betul tak? Kalau tak lapar, kat tasik atau hotel manalah agaknya depa makan ek. Hahaa..aku baca surat khabar tadi. Ada ke gi tasik untuk jadi port berbuka puasa ditengah hari. Punya banyak port lain, tasik gak dipilih. Kalau betul nak makan, haa..gi beli makanan. Makan senyap-senyap kat rumah. Ini dah lah tak puasa, makan kat tasik atau semak. Pulak tu kantoi. Kene tangkap plak tu. Malu beb. Nasib gambar tak masuk surat khabar atau kat blog aku nih..

Ps: Sape lapar? Meh tengok manga tu sama-sama. Slurppp..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Setelah berfikir panjang dalam tempoh 1-3 minggu ni, aku akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai GDI. Tahu apa itu GDI? GDI merupakan singkatan nama bagi Global Domain International. Secara mudahnya GDI menyediakan kemudahan domain dan dalam masa yang sama memberikan peluang kepada kita untuk buat duit dengan GDI.

Haa, macam mana tu? Mula-mula, aku pun tak berapa faham. Tapi bila aku join. Kemudian aku login dan aku godek-godek dalam dashboard GDI aku tu. Takdelah susah sangat. Sama aje macam program-program affiliate yang lain. Apa yang sama? Jika produk lain ada produk. Produk GDI adalah domain. Jadi, jika korang beli domain dengan bayaran $10 dollar sebulan. Korang akan satu domain dengan extension .ws (contohnya macam http://ohmelayu.ws). Jadi, inilah produk kita. Domain yang kita beli itulah merupakan produk GDI dan ini melayakkan kita untuk mempromosikan GDI dan buat duit jika ada yang menyertainya bersama kita.

gdi 300x82 Edisi Siasat: Buat Duit dengan GDI


Tapi, macam mana kita boleh buat duit dengan program GDI ini? Ok. Ini cara yang paling mudah jika korang hendak terangkan pada prospekbaru yang berminat atau downline korang. Misal kata, downline korang pun beli domain dengan GDI. Kene bayar $10 dollar setiap bulan. Jadi, berapa komisen yang korang dapat? Korang akan dapat $1 setiap bulan seandainya downline korang kekal membayar $10 setiap bulan. Jadi, jika aku ada 1 downline yang valid dan membayar $10 untuk bulan pertama, aku pun turut dapat $1 sebagai komisen. Jika ianya berjalan selama 10 bulan. Korang dah dapat $10 untuk 10 bulan, bukan? Nampak sikit bukan? Tapi itu jika 1 orang. Jika korang ada 100 downline dan 100 orang tu kekal membayar $10 dollar setiap bulan. Bukankah korang akan selamba badak aje dapat $100 dollar setiap bulan? Itu 1 bulan. Jika 12 bulan? $1200 setahun. Itu kiraan mudah. Jika kurang, korang dapat kurang. Jika lebih, korang dapat lebih la kan? kan?

Ini yang aku faham dan ada bonus yang lain yang korang akan tahu lepas menyertai GDI. Benda ni mungkin nampak mahal bagi sesetengah orang sebab kita kene bayar $10 dollar setiap bulan. Tapi bagi aku nilai $10 dollar atau RM35 adalah nilai topup aku setiap bulan. Biasanya aku habiskan dalam RM100 lebih untuk buat panggilan dan sms. Jadi, aku pejam mata sebelah ajelah untuk GDI ini. Jika ada downline, ini bonus bagi aku dan aku akan bantu downline aku dari segi support dan promosi. Hadiah tambahan seperti ebook juga akan aku sediakan. Tak banyak. Tapi lebih baik ada sesuatu untuk downline aku daripada tak ada, bukan?

Yang bagusnya tentang GDI. Kita boleh pilih nak terima bayaran menggunakan cek atau paypal. Sudah pastinya aku akan guna paypal sebab bayarannya lebih pantas berbanding cek. Yelah, nak tunggu cek sampai ke rumah pun lambat. Better aku terima bayaran menggunakan cek. Dan bayaran minimum untuk paypal adalah sebanyak $10 dollar. Jika pakai cek, $25 dollar. Macam lama nak menunggu bukan? So, korang pun sendiri tahu mana satu yang nak pakai. Tapi jika korang berminat untuk membayar $10 secara bulanan dan menerima komisen melalui debit kad seperti Tunemoney. Anda dialu-alukan. Aku menggunakan paypal sebagai tools pembayaran kerana ianya mudah dan berlaku secara automatik.

Korang leh register percuma untuk 7 hari untuk tempoh percubaan jika mahu. Selepas tempoh 7 hari, baru caj $10 dollar itu dikira dan ditolak dari akaun kad debit/kredit atau akaun paypal korang tu. So, fikir masak-masak mahu join GDI atau tak. Sebab memang $10 dollar tu akan ditolak secara automatik selepas korang setting diakaun GDI korang tu. Aku tak menyesal join GDI sebab aku tahu bagaimana nak cover $10 dollar tu dan tahu bagaimana nak promosikan GDI ini. Jika ada yang ragu-ragu, boleh contact aku untuk pertanyaan lanjut. Benda ni simple. Cuma aku yakin orang melayu kita bermasalah dari segi nak maintain RM35 setiap bulan itu aje. Anggap aje macam korang call awek korang. Tak sampai 1 jam pun dah habis kredit tu, kan? So, apa kata laburkan RM35 tu untuk GDI setiap bulan? Lepas tu, nak call awek setiap jam pun boleh kalau duit dah banyak. Haha..

Dah gi register kat sini : Daftar GDI

Ini ulasan pertama aku tentang GDI. Tunggu sahaja artikel tentang GDI dilain hari sebab aku akan tunjukkan 2 cara untuk korang cover kos $10 dollar setiap bulan untuk membantu korang buat duit dengan GDI. Gabungan program A dengan GDI akan membantu korang buat duit dengan GDI. Malah, gabungan program B dengan GDI, juga akan membantu korang cover $10 dollar setiap bulan dengan GDI. Jika nak gabung program A dan program B dan GDi, pun boleh. Tunggu sahaja artikel aku selepas ini. Aku dah penat taip dan korang leh layan video GDI ni dulu. Nak gi buat kerja kejap. Ok. Babai!

Popularity: 10% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku akan cerita tentang satu lagi cara untuk buat duit diinternet menggunakan platform blog. Aku tak pasti korang pernah dengar atau tidak program ini. Tapi yang pasti, ianya mesti baru bagi korang. Dan ianya sangat sesuai untuk website atau blog yang ada aktiviti trafik yang sangat mengagumkan. Sebelum aku cerita lebih jauh, baik aku terangkan sikit apa yang perlu kita tahu tentang Program ExitJunction ini.

exitjunction Edisi Siasat: Buat Duit dengan ExitJunction


Program ExitJunction ini baru sahaja aku tahu dan aku sendiri tak pasti berapa ramai yang dah berjaya buat duit dengan benda ni. Jadi, ini satu lagi ujikaji baru yang aku sesuaikan untuk 1 blog high traffic dan 1 blog baru yang sedang meningkat untuk menjadi high traffic blog. Ini bermakna, blog baru juga sesuai untuk program ini dengan syarat traffic ke website korang bukan tahap cipan atau contentnya terlalu buruk. Janji content korang sentiasa update dan ada sedikit traffic, itu sudah mencukupi untuk menyertai program ini.

Syarat lain, mungkin blog bahasa english sahaja yang mereka terima. Tapi aku telah hantar blog-blog bahasa melayu untuk diluluskan oleh pihak ExitJunction. Kita lihat samada diorang luluskan atau tidak. 2 blog bahasa english aku diluluskan dalam tempoh 48 jam. Tapi tempoh untuk kita lulus menyertai program ini mungkin mengambil masa yang agak lama. Aku rasa aku daftar program ExitJunction ni 2 minggu lepas dan baru sahaja beberapa hari lepas aku dapat email yang memberitahu aku lulus untuk program ini. Tapi selepas aku submit blog baru, blog tersebut lulus dalam tempoh 48 jam. Jadi, bagi aku ianya bukan satu proses yang menyukarkan kita. JIka kita mahu buat duit. Susah sikit tak apa kan?

Ok. Jadi bagaimana hendak buat duit dengan ExitJunction? Kita dibayar bukan berdasarkan klik macam adsense atau Nuffnang. Tapi kita dibayar jika ada visitor yang meninggalkan blog kita. Tapi bukan berdasarkan impression. Kiranya cam ginilah. Jika ada orang masuk blog korang, dia blah lepas tu. Jadi, kiraan earning korang berdasarkan itu. Bukan berdasarkan jumlah impression. Jika jumlah impression, memang senang sangatlah kan nak buat duit? Aku tahu banyak blog yang ada nilai impression sehingga tahap gampang sekali. Berjuta impression setiap bulan. Mahu putih mata admin program nak bayar duit diorang. Haha.. tapi program ExitJunction mencipta fenomena baru dengan membayar kita apabila ada orang keluar dari blog kita. Dan aku rasa ianya juga berdasarkan IP address. Mungkin 1 IP, satu orang. Bagi aku, still macam pay per impression tapi khas untuk 1 IP dan diorang mengira semua IP tak kiralah korang dari international ataupun US. Biasanya trafik dari US sahaja program macam ni bayar kan? Tapi international trafik macam negara kita pun diambil kira. Nantikan sahaja edisi open case dari aku bila aku rasa ianya sesuai untuk dikongsikan.

Bayaran adalah dalam bentuk paypal. Minimum pula adalah 25 dollar. Aku tak rasa ianya satu nilai yang sukar untuk dicapai. Tapi jika trafik blog kita tu memang ciput, mungkin ianya mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke nilai minimum. Jadi, jangan marahkan sesiapa jika korang tak dapat buat duit dari ExitJunction. Setiap program ada risiko dan setiap orang ada kelebihan masing-masing. Tidak bermakna korang gagal buat duit dengan Exit Junction, korang gagal buat duit dengan blog. Mungkin ada program lain yang lebih sesuai dengan korang. ExitJunction cumalah satu lagi program adsense alternative yang aku jumpa dan aku kaji. Jadi, terpulang samada korang mahu mencuba atau tak.

Risiko untuk kene tendang dengan pakcik G? atau hilang pagerank. Itu aku tak pasti. Sebab ini bukan program jual beli link. Takde kaitan langsung. Jadi, aku tak pasti samada ianya berkaitan atau tidak jika korang ingin mencuba diblog-blog buat duit korang. Terpulang pada pemerhatian masing-masing.

Ps: Selsema dan batuk masih galak. Perlukah aku pergi ke klinik kali kedua? Ubat klinik haritu dah habis. Aku pelik. Kenapa takde antibiotik kali ini agaknya? Mungkin itu penyebab demam, batuk dan selsema aku menjadi-jadi kali ni..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011