Archive for the 'buat duit dengan review' Category


Sementara aku sempat update blog ini, aku update juga satu lagi bayaran ciput yang aku terima dari Triond. Yap, bayarannya sangat rendah. Tetapi ianya membuktikan bahawa kita tetap boleh buat duit dengan program Triond ini. Ya, aku tahu ada yang gelak sebab aku tunjuk bukti bayaran yang rendah-rendah macam ini. Biarlah kalau ada yang gelak. Jika korang faham apa yang aku lakukan, aku yakin korang takkan gelak setelah mengetahuinya.

Ini bukti bayaran yang aku dapat dari Triond. Cukuplah. Leh beli gula-gula hacks kegemaran aku tu. Boleh meneman aku yang kadang-kadang mengantuk malam kalau sabun Aqura dah habis guna. Hehe..

paymenttriondmac 300x148 Komisen ke 5 dari Triond


Cara nak buat duit dengan program Triond ni tidaklah susah sangat. Korang boleh pilih 2 cara untuk buat duit dengan Triond. Pertama, melalui gambar. Yang kedua, melalui artikel. Jika korang ada banyak gambar yang menarik, upload gambar korang di Triond dan letakkan tag yang sesuai dan panas di gambar tersebut. Aku yakin, ramai orang akan search gambar tersebut nanti. Melalui cara inilah aku berjaya dapat komisen dari Triond sebanyak 5 kali.

Bagaimana pula dengan Artikel? Ya. Korang boleh buat duit melalui artikel. Senang sahaja. Korang fikirkan satu topik yang menarik, letakkan keyword-keyword panas dan korang yakin ramai orang akan berminat dengan keyword tersebut, letak sikit perasa SEO, boldkan apa-apa yang patut dan buat artikel yang agak tersusun dari segi bahasa. Nak senang, buat sistem point. Itu lagi mudah. Tak perlu nak buat karangan macam aku tengah karang nih..dah siap semua. Haa, submit dan tunggu pihak Triond aktifkan artikel tersebut. Selalunya dalam 2-3 hari sahaja. Kalau gagal, korang buat artikel lain yang lagi hebat dari yang sebelumnya. Macam tak biasa tulis artikel plak, kan?

Ok. Itu sahaja. Banyak benda lagi pasal Triond ni. Tapi lebih baik korang fikir dulu dan decide, nak join atau tidak. Jika korang selesa dengan program yang korang sertai sekarang, tak perlu join triond. Tapi kalau tanya aku, aku join semua program yang aku suka. Yang tak suka pun kekadang aku join. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan mencabar minda sahaja..

Ps: Dah tak penat. Tapi nak tidur petang ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Semalam petang aku merempit dari Damak ke Banting. Jam menunjukkan pukul 4.11 minit. Start enjin kereta, drive selaju yang mungkin dengan kadar yang berhati-hati walaupun mata memang mengantuk sebab dah 4 hari berturut-turut tidur pukul 2-3 pagi tetapi gatal juga nak balik ke rumah hujung minggu ini. Kemudian, berhenti rehat dan solat kejap. Rempit lagi sekali..dah sampai terowong, potong sana, cilok sini..nampak ada awek lawa dalam bas panjang warna pink tu, kena jeling pulak dengan awek tu, apa lagi, aktiviti kejar mengejar dimulakan. Bila aku masuk Ampang, bas pink tu gi jalan ke jalan yang satu lagi. Ciss!! Awek comel tu siap main lambai-lambai dan gelakkan aku. Nak buat macam mana, tak ada rezeki nak ngorat dia. Dan, aku terus drive sampailah ke Banting dalam lebih kurang jam 9 malam.

Haa, itulah sipnosis pendek kisah semalam. Aku tak sempat sangat nak menaip apa-apa malam tadi sebab secara jujurnya aku sendiri rasa otak aku tak cukup oksigen, pengaliran darah tak cukup sempurna, mata pun dah kejap celik kejap pelan, apa mak abah aku cakap pun aku tak berapa nak masuk, last-last, aku dah berdengkur kat bilik aku dalam jam 11 malam dengan baju dalam beg gunung aku tak dikeluarkan, dengan laptop terpasang, dengan handset yang telah dicas, dengan tak bermandinya, dengan tak sempat nak baca email, nak tulis kerja-kerja review yang menunggu untuk diselesaikan dan bermacam-macam lagi tugas yang nak tak nak aku kena buat hari ini dan dalam masa 2 hari ini sebelum aku kembali semula ke Damak untuk sambung kerja yang tertangguh. Huh..sengal badan aku ni. Nak cari tukang urut, tapi pakcik tu sibuk pula. Full aje dia kalau aku balik Banting. Nak suruh bini, tak ada pulak..

Dan kepada mereka yang telah membayar untuk Panduan VCC dan Panduan TNX 2.0, aku telah menghantar link download sebentar tadi. Sila download melalui link yang telah aku berikan. Maaf agak lambat sebab aku baru sahaja semak email aku tadi. Ni pun baru aje balik dari servis “Black Saga” aku tu. Kena Rm105.50. Kira oklah tu. Baru dua kali aku servis kereta tu. Ikut hati aku nak servis kat Mentakab, tapi memang tak ada masa sejak 1-2 bulan ni. Terpaksalah aku buat kat Banting gak. Siap dalam masa satu jam. Jadi, balik dari servis, aku terus buat kerja apa yang patut. Sejujurnya, aku sangat menghargai waktu-waktu cuti aku sebab hanya dengan waktu cuti ini sahajalah aku mampu menumpukan kerja-kerja online aku dengan 100%. Tidak seperti hari kebiasaan aku, penuh dengan field work, penuh dengan paper work, penat nak bersosial, penat nak menjaga hati orang, penat nak melayan budak-budak dan anak dara orang, pening nak menyiapkan kerja yang sepatutnya bukan kerja kita. Jadi, aku bersyukur sangat sebab adanya hari cuti ini. Terima kasih kepada mereka-mereka yang mencipta hari cuti ini..

Tentang satu perkara, jika korang hendak aku menulis review untuk korang, korang boleh terus rujuk di ruang Pengiklanan dan Sponsor. Sila baca dan pilih yang mana satu korang mahukan. Jika mahu beli iklan berbentuk banner di blog ini pun boleh. Dan seterusnya, leh terus transfer ke akaun bank aku dan bagi sedikit details tentang job atau review yang korang mahukan. Aku akan balas email korang tu dalam masa terdekat untuk bertanya tentang urusan itu dan aku akan usahakan untuk siapkan kerja tersebut dalam tempoh 3-4 hari. Paling cepat, 24 hours. Paling lambat, satu minggu. Itupun jika aku betul-betul sibuk dan biasanya aku akan beritahu korang yang aku sibuk atau tak. Kalau tak sibuk, memang aku akan buat cepat. Jika sibuk, aku mintak maaf dan aku akan cuba buat secepat mungkin. Sekarang aje ada 4-5 review untuk blog ini dan blog lain aku. Tengah atur mana satu yang nak buat dulu dan kena baca e-book dan produk diorang dulu. Tak leh main hentam aje buat review orang nih. Kena fahamkan betul-betul..

Ps: Satu soalan. Korang masih ingat, bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat dulu? Err..korang ingat tak?

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Akhirnya, penantian yang ditunggu oleh pembeli Panduan TNX 2.0 telah pun tiba. Semua pembeli panduan tersebut telah pun mendapat panduan tersebut diemail masing-masing pada awal pagi tadi. Jika masih ada yang belum dapat atau aku terlepas pandang, sila hubungi aku dengan kadar yang segera atau komen diruang komen dibawah beserta email korang. Aku akan semak dan beri link download pada korang dengan kadar yang segera.

Selain itu, website rasmi atau web jualan untuk Panduan TNX 2.0 sudah pun dilancarkan pada pagi tadi juga. Mungkin ianya tidak sehebat yang korang fikirkan atau seperti yang korang mahu, tetapi ini yang aku mampu buat dan aku buat sesimple mungkin. Aku harap panduan ini dapat membantu semua pembeli panduan tnx untuk buat duit dengan TNX dengan lebih berjaya. Ingat, target kita adalah 10 hingga 50usd sebulan. Jika dapat lebih, ianya merupakan bonus pada diri korang semua.

panduantnx20 Panduan TNX 2.0 Dilancarkan


Jangan lupa untuk daftar di forum private di link yang aku berikan pada korang tu. Daftar dan tanyalah apa-apa sahaja yang berkaitan dengan tnx dan panduan tnx ini. Selagi aku boleh jawab, aku akan jawab berdasarkan pemerhatian, ujikaji dan pengalaman aku selama 1 tahun bersama TNX.

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan panduan ini, boleh terus dapatkannya di website rasmi dengan kadar yang segera. Mungkin aku juga akan naikkan harga panduan ini ke RM57 pada bulan hadapan. Harga terkini adalah RM47.00 dan korang boleh buat bayaran melalui akaun maybank, CIMB dan juga paypal.

Boleh dapatkan disini : Panduan TNX 2.0

Tentang program affiliate, aku akan lancarkan dalam masa terdekat dan aku mungkin buka untuk semua orang atau mungkin juga hanya kepada mereka-mereka yang telah awal mebeli panduan ini. Ini cuma bonus dari aku untuk pembeli panduan tnx ini. Mungkin komisennya tidaklah sebanyak mana, tetap ianya lebih bagus daripada tak ada langsung. Betul tak? Jadi, siapa mahu buat duit dengan TNX? Sila angkat tangan sekarang. Hehe, macamlah aku nampak korang angkat tangan..

Ps: Fuhh, penat dari malam tadi tak habis-habis lagi. Aku tak mandi lagi nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Apa benda yang aku hendak ceritakan kali ini? Tak banyak. Tapi aku nak tanya korang semua. Pernah tak korang mengalami kesusahan dan pada ketika itu tidak ada sesiapa yang mampu tolong korang pada waktu itu? Ada kawan, tapi diorang tak dapat membantu. Ada insan tersayang, juga tak mampu nak bantu. Tolong senyum dan sengih aje. Ada keluarga. Tapi tak suka kalau diorang bantu korang. Dan macam-macam kekangan lagi yang menyebabkan korang terasa susah pada ketika itu? Pernah? Aku kira mesti ramai antara korang mengalami pengalaman sebegitu. Begitu juga aku dan korang semua. Paling teruk, pernah hampir 1 bulan tak makan nasi. Cuma berbekalkan maggi dan biskut kering serta teh kosong tanpa gula pembekal hidup ketika di universiti. Bukan tak ada duit nak berbelanja, tapi duit tu cukup-cukup untuk tiket kapal terbang balik ke Semenanjung. Itupun dah cukup berjimat agar tak terasa sakit sangat..

Jadi, aku yakin setiap orang ada pengalaman masing-masing. Dan aku rasa mungkin korang berminat untuk membaca satu lagi pengalaman yang berbeza dari seorang lagi blogger yang mungkin korang kenal iaitu Yazid atau Ajids. Beliau juga merupakan penulis buku “Buat Duit dengan Blog” dan juga penulis ebook Rahsia Blog. Dan kini beliau hadir sekali lagi dengan produk terbaru beliau iaitu Diari IM.

diariim Review: DiariIM oleh Yazid Yahya


Diari IM lebih kepada kisah pengalaman Yazid dalam dunia internet, blogging dan internet marketing. Aku rasa mesti korang pernah baca ulasan aku tentang beliau dan produk beliau. Dulu, memang dia bermula dari bawah. Macam-macam cabaran yang beliau tempuhi walaupun beliau masih lagi belajar. Melakukan kesilapan sana dan sini.  Sampai kena tegur di forum, kena ejek dan sebagainya. Tapi sekarang, Yazid berjaya dan tahu cara untuk dapat wang dengan pelbagai cara. Malah, aku yakin dia boleh pergi lebih jauh daripada apa yang dia capai sekarang. Mungkin satu masa nanti dia boleh buat sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah kita lihat sekarang.

Dalam Diari IM juga beliau akan terangkan juga sedikit info tentang pengalaman beliau dalam proses membuat Buku “Buat Duit dengan Blog”. Aku sendiri membaca buku tersebut dan ianya agak bagus untuk dibaca terutamanya untuk mereka yang mahu belajar tentang dunia internet dan blogging. Walaupun buku itu agak ringkas, tapi ia mampu memberikan sesuatu pada pembaca. Aku yakin korang pun boleh dapat sesuatu, bukan? Jadi, boleh dapatkan ebook Diari IM ini dan ianya percuma.

Download Ebook Diari IM: Diari IM

Ps: Bengang dengan satu lagi budak perempuan. Suka cari pasal dengan aku. Huh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011