Archive for the 'buat duit dengan review' Category


Jika semalam korang dah baca 5 cerita yang menarik yang berlaku dalam tempoh 7 hari tu, ini merupakan sebahagian daripada cerita-cerita tersebut. Salah satu income atau pendapatan tambahan yang aku terima adalah melalui program TNX. Ya, ini merupakan komisen yang ke 57 dari TNX. Sebelum akhir hujung bulan ini aku akan keluarkan komisen yang ke 58 untuk bayar 2 buah domain yang akan expired dalam pertengahan bulan ini. Dan itulah kebiasaan yang aku buat. Aku akan keluarkan sedikit income dari TNX dan akan bayar domain-domain dan hosting-hosting aku.

tnxpaymentaugust2010


Ini bayarannya dan buktinya. Tak banyak. Tapi wang sebanyak ini sudah cukup untuk membantu aku untuk menggunakannya secara berfaedah untuk pelbagai perkara. Dengan duit itu juga sebenarnya sudah mampu untuk belanja aku makan selama sebulan jika aku mahu. Jika aku lebih berjimat, RM50 sebulan untuk belanja makan pun boleh aku buat. Cuma memang sakitlah kalau makan bubur nasi dengan ikan kering atau ikan bilis selalu. Hoho..

Susah sangat ke buat duit dari TNX ni? Ya. Susah. Tapi jika korang belajar satu demi satu, ianya tidak mustahil. Ramai blogger yang telah berjaya dengan TNX. Dan terlalu ramai yang sudah dapat imbuhan atau pendapatan yang lumayan dari TNX. Malah, sudah ramai blogger-blogger baru dan lama yang berjaya menjadikan TNX sebagai platform untuk buat duit diblog masing-masing. Jika kami boleh, insya-Allah, korang semua pun boleh!

Sedikit tips dari aku, jika mahu buat duit dari TNX. Pastikan blog korang tu terupdate. Maksudnya, ada entri terkini dan jangan hantar blog-blog yang tidak terkini. Sekurang-kurangnya update dalam 5-6 post sebulan. Itu sudah memadai dan macam aku kata dulu, pastikan blog-blog korang tu sudah berusia antara 1-4 bulan dan pastikan juga sudah ada banyak artikel didalam blog tersebut. Baru senang blog itu hendak diluluskan dan mampu menjana pendapatan secara separa automatik kepada kita. Memang aku akui, agak sukar bagi permulaan, tetapi selepas itu, semuanya akan jadi automatik. Pendek cerita, kita bersusah dulu dan besenang di setiap hujung bulan.

Boleh cuba TNX jika berminat >> TNX.net

Dan jika mahu penjelasan dengan lebih terperinci dan mahukan tip-tips tentang TNX dengan lebih lanjut, boleh dapatkan Panduan TNX 2.0. Insya-Allah, panduan tersebut akan membantu korang buat duit dengan TNX dengan lebih kencang dan bergaya pada setiap hujung bulan.

Ps: Aku lapar nasik sebenarnya nih.. :(

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tak banyak yang aku hendak update pada hari ini sebab aku sangat sibuk pada minggu ini. Cuma hendak kongsikan komisen ke 54 yang aku dapat dari program TNX yang aku selalu promosikan tanpa henti ini. Ya, aku tahu sudah selalu sangat aku sentuh tentang program TNX dalam blog-blog aku. Jadi, aku harap makin ramai orang dan blogger mampu buat duit dengan TNX pada masa yang akan datang. Begitu juga dengan pihak TNX, aku harap mereka tetap gagah untuk menerajui dunia jual beli link untuk manfaat kami bersama. Hehe..

Ini bayaran komisen ke 54 dari TNX. Aku akui ianya tidak banyak. Tetapi aku tahu ianya satu jumlah yang besar bagi mereka yang tidak pernah dapat satu dollar pun dari internet ini. Dan aku bersyukur kerana aku masih berjaya buat duit dengan TNX. Alhamdulillah..

tnxpaymentjune


Tips untuk mereka yang hendak buat duit melalui TNX. Korang boleh geledah semua artikel tentang TNX yang aku tulis dalam blog ini. Semuanya aku sudah cerita dan korang mungkin boleh tangkap hint-hint tersembunyi yang aku terbocorkan kepada korang yang ada dalam Panduan TNX 2.0 aku tu. Aku harap Panduan TNX yang aku buat itu dapat membantu segelintir blogger yang memilikinya. Jika ada yang tak faham, jangan malu-malu bertanya di forum rahsia tu. JIka segan, boleh PM atau email aku untuk bertanya sebarang soalan berkaitan dengan TNX.

Boleh daftar TNX di sini >> TNX.net

Jika korang pernah gagal dengan Nuffnang. Tak dapat satu sen pun dari Nuffnang, cubalah TNX. Jika korang gagal dengan Google Adsense. Cubalah pula dengan TNX. Jika korang gagal untuk menjual e-book, korang juga boleh cuba TNX. Jika korang sudah putus asa dengan program affiliate seperti Clickbank, Amazon, Comission Junction dan sebagainya. Korang juga boleh cuba TNX. Untuk menyertainya adalah percuma. Apa yang korang perlukan, sediakan blog yang diperlukan untuk buat duit dengan TNX. Itu sahaja.

Ps: Hidung tersumbat. Memang rasa tak best hari ini..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Semalam, ada kawan-kawan sepejabat aku bercerita. Masing-masing nak beli laptop sebab mudah nak online kat rumah. Yelah, semua orang sibuk berfacebook dan berblog sekarang, jadi masing-masing pun nak buat akaun facebooklah. Nak ek sana, nak ek sini dan macam-macam lagi. Biasalah, nama pun manusia, kalau orang tu ada laptop, aku pun nak ada laptop jugak. Ni lah namanya orang Melayu. Tapi bagus juga, semangat berdaya saing yang berbara-bara memang bagus dan aku harap lebih ramai orang kita memiliki laptop peribadi sendiri. Apa barang main pinjam-pinjam kan? kan? Hehe..



Cerita bab laptop atau netbook ni, aku ada satu cara yang mungkin boleh bantu korang memenangi 2 Laptop Acer Aspire One yang comel dan kiut. Jadi, jika korang mahu berpeluang untuk menang laptop tu, ada cara-caranya. Takkan dapat percuma macam tu aje kan? Dan sapelah yang baik hati nak bagi 2 bijik Latop Acer Aspire One nih?  Ya..siapa lagi. Si Denaihati sekali lagi menganjurkan satu contest yang selalunya menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Jadi, aku yakin korang pun mungkin berminat kalau nak menang hadiah ni. Bukan itu aje, korang pun akan dapat RM20 untuk satu referrer yang berminat untuk mempromosi contest Denaihati ini. Kira ok apa kan?

Hanya tiga sahaja syarat yang dikenakan kepada blog yang berminat untuk menang Acer Aspire One :

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://amanz.my. (tengah cari sponsor untuk hadiah entri terbaik)

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

Hadiah Acer Aspire One pertama akan dihadiahkan kepada blog yang menjadi TOP REFERRER TERTINGGI yang menghasilkan trafik ke blog denaihati sepanjang 2010 berdasarkan analisa Google Analytics. Tak kisahlah macam mana korang nak promote contest ni, janji korang promote. Kalau korang tak promote, korang takkan menang. So, take action la. Orang malas, memang takkan dapat apa-apa..

Manakala, hadiah Acer Aspire One kedua akan dihadiahkan kepada PENGOMEN TERBANYAK sepanjang 2010. Bermula Mac PENGOMEN TERBANYAK akan mendapat ruang iklan percuma selama 1 bulan. So..korang leh target untuk bulanan dan tahunan.

Untuk tahu dengan lebih lanjut, sila rujuk disini : Contest Denaihati

Kepada BLOG yang rajin mempromosi contest “DENAIHATI” akan mendapat hadiah RM20 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih besar hadiahnya. Perhatian katogeri referral yang dimaksudkan di sini adalah apabila blog ANDA menjadi referral kepada contester baru. So, jangan lupa kalau korang berminat nak join contest ni, jangan lupa letak nama TITAN atau blog Earncent sebagai referral korang. Tak dapat laptop, dapat komisen untuk referral pun jadilah. Hehe..

Pss: Aku tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog Denaihati.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sementara aku sempat update blog ini, aku update juga satu lagi bayaran ciput yang aku terima dari Triond. Yap, bayarannya sangat rendah. Tetapi ianya membuktikan bahawa kita tetap boleh buat duit dengan program Triond ini. Ya, aku tahu ada yang gelak sebab aku tunjuk bukti bayaran yang rendah-rendah macam ini. Biarlah kalau ada yang gelak. Jika korang faham apa yang aku lakukan, aku yakin korang takkan gelak setelah mengetahuinya.

Ini bukti bayaran yang aku dapat dari Triond. Cukuplah. Leh beli gula-gula hacks kegemaran aku tu. Boleh meneman aku yang kadang-kadang mengantuk malam kalau sabun Aqura dah habis guna. Hehe..



Cara nak buat duit dengan program Triond ni tidaklah susah sangat. Korang boleh pilih 2 cara untuk buat duit dengan Triond. Pertama, melalui gambar. Yang kedua, melalui artikel. Jika korang ada banyak gambar yang menarik, upload gambar korang di Triond dan letakkan tag yang sesuai dan panas di gambar tersebut. Aku yakin, ramai orang akan search gambar tersebut nanti. Melalui cara inilah aku berjaya dapat komisen dari Triond sebanyak 5 kali.

Bagaimana pula dengan Artikel? Ya. Korang boleh buat duit melalui artikel. Senang sahaja. Korang fikirkan satu topik yang menarik, letakkan keyword-keyword panas dan korang yakin ramai orang akan berminat dengan keyword tersebut, letak sikit perasa SEO, boldkan apa-apa yang patut dan buat artikel yang agak tersusun dari segi bahasa. Nak senang, buat sistem point. Itu lagi mudah. Tak perlu nak buat karangan macam aku tengah karang nih..dah siap semua. Haa, submit dan tunggu pihak Triond aktifkan artikel tersebut. Selalunya dalam 2-3 hari sahaja. Kalau gagal, korang buat artikel lain yang lagi hebat dari yang sebelumnya. Macam tak biasa tulis artikel plak, kan?

Ok. Itu sahaja. Banyak benda lagi pasal Triond ni. Tapi lebih baik korang fikir dulu dan decide, nak join atau tidak. Jika korang selesa dengan program yang korang sertai sekarang, tak perlu join triond. Tapi kalau tanya aku, aku join semua program yang aku suka. Yang tak suka pun kekadang aku join. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan mencabar minda sahaja..

Ps: Dah tak penat. Tapi nak tidur petang ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------