Archive for the 'Buat Duit dengan Mudah.my' Category


Benar. Tak sampai sehari aku duduk di Banting dan nak tak nak esok aku akan pulang kembali ke Jerantut untuk melawat Wan aku yang berada disana. Aku balik dari Damak semalam. Hari ini hari ahad. Esok hari pula hari Isnin. Pagi esok, aku akan berangkat terus ke Jerantut. Tapi bukan dengan kereta hitam aku tu. Kali ini dengan Toyota Vios abah aku. Aku dan adik aku akan bergilir bawa. Kalau aku rajin, aku bawa terus dari Banting. Tapi memandangkan aku dok berjaga malam nih, aku rasa baik aku pass tugas memandu ini kat adik atau abah aku. Confirm esok pagi aku mengantuk punya. Biarlah orang yang cukup tidur ni yang memandu. Lepas subuh rasanya nanti baru aku cari bantal. Kul 8 pagi dah nak bertolak. Satu hape pun tak kemas lagi. Mesti mak aku mengamok besar pagi esok. Wakaka..

narutocheating Politik Blogger dan IM Tempatan


Akhirnya, merasa juga aku menggunakan internet melebih 10 jam sehari. Jika tidak, memang tak sampai 2 jam aku dapat menggunakan internet dengan mesranya. Terasa azab sekali. Mungkin sebab aku dah terlalu lama bermain dengan internet dan terlalu cepat mengenal dunia komputer. Aku rasa, memang aku akan kerja sendiri tak lama lagi. Kerja kerajaan ini pun aku tak tahu sampai bila aku akan buat. Bergantung juga pada bos aku. Dia tak suka, dia buang aje aku. Tapi kalau dia suka, dia simpanlah aku lama-lama. Aku pun tak pasti, tapi once aku dah capai tujuan aku, mungkin aku akan meninggalkan dunia kerja kerjaan ini.

Banyak faedah yang aku dapat dari kerja-kerajaan ni. Malas aku nak cerita, tapi pendek cerita aku faham sangat dah perangai dan peel orang kerja kerajaan. Selagi kita tak cuba masuk dalam bidang ni, memang sampai bila-bila kita takkan tahu “feel”nya. Sebab tu aku cukup “respect” dengan mereka-mereka yang kerja dengan kerajaan. Bukan senang tu. Karenah birokrasi, politik dalaman, politik bawah pokok, politik kedai kopi, politik bawah kain, politik sana sini dan sebagainya tu memang dah jadi darah daging menda ni. Biarpun korang tak nak terlibat, tapi kalau dah terbabit, memang sampai bila-bila kat dahi kita ni dah tercalit dalam buku rekod politik kerja-kerajaan ni. Yang baik tu kira baguslah, yang kurang baik nih, korang faham-faham ajelah. Pergi mana-mana pun, mesti jumpa politik punya. Tak ada politik, takkan wujudlah sesebuah negara dengan baik. Ada bagusnya juga wujudnya politik. Bila berlakunya perbezaan pendapat, barulah sesebuah negara itu akan maju. Dan sebab itulah politik tu dah macam darah daging dalam sesebuah negara. Apa benda yang kita buat, mesti ada orang tak suka. Dah realitinya macam tu. Kita terpaksa dapat menerimanya sama ada kita suka atau tidak..

Cerita bab politik ni. Jangan kita fikir jauh sangat. Politik blogger tempatan dan IM tempatan pun lebih kurang juga. Aku rasa ramai yang dah nampak bukan? Mesti ada turun naiknya. Setiap blogger, ada pengikutnya masing-masing. Setiap IM ada peminatnya yang tersendiri dan setiap otai, ada murid-muridnya yang akan follow. Bagi aku, ini satu perkembangan yang menarik jika kita pandang dari sudut positif. Jika 5-6 tahun dulu, jangan haraplah korang boleh tengok para blogger bergaduh, mengutuk antara satu sama lain, berkongsi pendapat, buat personal coaching, buat seminar dan sebagainya. Kini, bilangan blogger yang muncul di Malaysia, dah tak terhitung rasanya. Itu belum lagi jumlah blog yang memang susah untuk kita kira secara manualnya. Jadi, politik blogger dan IM tempatan memang akan berterusan. Benda ni mudah dan kita kena pandang dari sudut yang berbeza. Selagi ada unsur kebaikan dan kejujuran, aku akan terus bersaing dalam arena ini. Insya-Allah, pasti ada perkara yang positif yang boleh kita belajar dan kongsi bersama.

Okey. Tengkuk aku dah penat. Aku pun dah penat update blog-blog aku seharian ni. Jadi, aku undur diri dulu untuk mengemas barang-barang aku untuk 2 hari dan 1 malam. Insya-Allah hari Rabu aku akan online macam biasa.

Ps: Pelan tindakan untuk projek GDI aku sedang dirangka. Harap-harap success pada tahun 2010 ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini sepatutnya ada banyak perkara yang perlu aku lakukan. Tetapi memang tak banyak pula yang aku kena lakukan bila masanya telah tiba. Jadi, aku mengambil sedikit masa untuk online dan update satu lagi income yang aku terima dari satu program ini. Ye, program ini masih baru aku sertai dan setakat ini cuma 3 kali aku terima bayaran termasuklah pada bulan lepas. Ya, program itu ialah Intellilinks. Korang pernah dengar kan?

intellilinksthirdpayment 300x158 Komisen Ketiga dari Intellilinks


Itu bayaran ketiga dari Intellilinks. Biarpun tak banyak, tetapi sudah 3 bulan berturut-turut aku berjaya buat duit dengan program Intellilinks ni. Yap. Program ini lebih menyerupai Text Link Ads berbanding TNX. Ya, ini kerana program ini sukar untuk mendapat advertiser. Sebiji macam program TLA. Dan aku terpaksa mengakui hakikat itu yang mana program ini cukup sukar. Tapi ianya tidak mustahil. Kita tetap boleh buat duit dengan program ini, yang penting, kita mesti terus mencuba.

Cara nak buat duit dengan Intellilinks? Aku tak ada cara yang tepat. Yang penting jika blog korang ada pagerank dan alexa rank yang bagus, itu dah cukup untuk membuatkan blog korang diluluskan oleh mereka. Jika blog tak ada pagerank, memang cukup sukar melainkan alexa rank korang cukup tinggi. Aku tak tahu aspek apa yang mereka perlukan, tetapi sekurangnya kita leh gunakan alexa rank dan pagerank sebagai kayu ukuran. Ok?

Itu yang aku gunakan dan itu juga yang aku beritahu korang. Selebihnya, korang kena fikir apa agaknya yang advertiser mahu dari blog-blog korang. Jadi, kalau dah tahu, sila sediakan apa yang mereka mahu. Itu sahaja. Mudah kan? hehe..

Oklah. Hari Sabtu ni aku terlibat dengan liga badminton yang ditubuhkan oleh kawan-kawan aku. Kiranya tak official la. Tapi kiranya kita orang akan berentap bermain badminton dan banyak juga kerja yang kita orang kena lakukan untuk memenuhi permintaan diorang tu. Aku sendiri tak pasti aku dah cukup training atau tidak. Lantaklah, hentam ajela..

Ps: Blog ni bengong kejap. Terpaksa aku ganti file header yang baru. icon sad Komisen Ketiga dari Intellilinks

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


1. Agak sibuk minggu ini. Perlu selesaikan beberapa perkara berbangkit. Baru sahaja habis meeting. Lepas ni nak berkejar ke Jerantut untuk buat kerja offline lain. Ada benda yang perlu diselesaikan. Bukan sahaja Damak dan Jerantut. Tapi dah kena gi Maran dan Bandar Pusat Jengka lagi. Huhu..

2. Kena singgah sebentar ke Pejabat pos dan juga CIMB. Nak aktifkan semula CIMBclicks. Kalau tak, memang banyak benda yang tak boleh buat nampaknya.

3. Aku sudah mula menulis panduan TNX 3.0. Mungkin disebabkan aku ada banyak masa untuk menulis berbanding untuk online, jadi aku akan mula menyiapkan draft awal untuk panduan TNX 3.0. Setakat ini, harga adalah RM50 dan mungkin aku akan naikkan jika aku rasa ianya perlu.

4. Aku sudah dapat duit TNX yang terbaru. Nanti aku akan update di forum Wangcyber, blog ini dan juga blog-blog MMO aku yang lain.

5. Bilangan pembeli Panduan TNX semakin ramai. Tahniah kerana sudah menyedari potensi program TNX ini. Aku yakin ramai yang aku cuba buat duit dengan TNX setelah gagal menjana pendapatan melalui program-program hebat yang lain. Mungkin TNX ini lebih mudah barangkali atau korang sudah nampak satu lagi lubuk duit yang mudah melalui platform blog. hoho..

6. Orang PTS sudah hantar novel yang aku hendak hari itu hasil daripada aku letak banner PTS diblog ini. Aku rasa ramai blogger yang berbuat demikian juga kan? Mesti korang dah terima email tersebut kan? Jadi, aku harap aku akan dapat novel itu nanti. Tak sabar nak baca. Ya, aku sudah rajin membaca novel berbanding membaca blog sekarang. Internet punya pasal la ni. Agak-agak korang, kalau aku tulis buku pasal TNX, PTS nak ke buku jenis macam tu? Hoho..

7. Esok cuti. Aku mahu tidur sepuas hati. Haha.. icon smile Titan, PTS dan Damak

8. Baru je withdraw sedikit duit paypal ke akaun Maybank aku. Saje nak cuba cara nih. Aku malas dah rasanya nak jual duit paypal nih. Baik guna cara yang dikatakan cara yang terbaik nih. Rate 3.2++. Memang rendah. Tapi mungkin ini cara yang lebih selamat untuk mengelakkan kita daripada ditipu oleh para-para scammer..

Ps: Itu sahaja. Aku akan update lagi lain kali. Sangat sibuk..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pagi tadi, aku sibuk mengemaskan bilik. Mak aku dah bising sejak 2 minggu lepas sebab bilik aku ni bersepah dan tak terurus. Maklumlah, orang bujang. Memang malas nak kemas bilik. Takkan korang tak faham. Jadi, dengan rasa terpaksa aku pun mengemas sikit bilik ni agar lebih kemas dan bersih sikit.

Sedang aku sibuk kemas, aku terjumpa banyak barang lama dalam bilik ni. Maklumlah, sebelum bilik ni jadi bilik bujang, bilik ni sebenarnya stor untuk menyimpan barang. Jadi, banyak gak la barang-barang lama yang aku boleh kategorikan antik berbanding pada zaman sekarang. Ada radio buruk yang masih boleh berfungsi, kipas jenama Nuodi yang masih gagah berpusing, 2 handphone lama yang baterinya tak kong, berpuluh novel-novel yang aku pernah beli, beratus majalah kreko dan arena yang masih cantik tetapi agak berhabuk, satu monitor komputer yang masih boleh digunakan, satu CPU yang menggunakan disket besar untuk bermain games, koleksi kad Dragon Ball sebanyak 3 album, koleksi CD dan DVD anime yang aku kumpulkan sejak aku dibangku kolej lagi, satu printer HP yang masih berfungsi cuma sudah lama tak digunakan dan 1 modem router lama yang pernah aku gunakan untuk melayari internet sebelum aku beli modem yang baru.  Fuhh, banyak betul barang yang masih boleh digunakan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku buang semua benda ni,tapi ada juga barang-barang tu mempunyai nilai tersendiri seperti koleksi Kad Dragon Ball yang mencecah ratusan kad bersinar yang aku kumpul sejak aku berumur 8 hingga 18 tahun. Malah, hingga hari ini, jika aku jumpa kedai yang menjual kad bersinar dragon ball, memang aku akan beli biarpun harga 1 kad adalah RM10.00. Harga termahal kad bersinar dragon ball yang pernah aku beli dulu adalah RM20. Sebab memang cuma ada 10 kad sahaja kad bersinar yang mempunyai gambar Goku sedang buat bola jiwa. Memang susah nak dapat tu. Ada seorang peminat, mahu beli dengan harga RM500. Aku tolak mentah-mentah. Sebab itulah kad pertama yang sangat cantik dan sukar untuk dimiliki. Tapi mungkin aku jualjika mereka menawarkan pada harga yang lebih premium. Haha..

Jadi, barang-barang lain aku mahu buat apa? Mungkin aku akan jual di Mudah.my. Sebab pasaran disana agak bagus terutamanya untuk pasaran tempatan. Aku akui ramai pembeli yang inginkan barang-barang antik dan juga barang terpakai. Mana tahu radio lama kepunyaan abah aku tu ada orang yang berminat hendak membelinya? Sejak aku lahir lagi radio itu berfungsi dan sehinggalah saat ini, radio lama ini masih boleh berfungsi. Siap boleh pasang kaset lagi tu. Bukan senang tu, radio sekarang ada lagi ke yang pakai kaset? Semua main CD dan DVD aje kan? Jadi, mungkin aku akan pasarkan ke Mudah.my sebab ramai orang kata kat situ senang untuk jual barang. Aku pun dah buat survey, memang agak menarik dan aku tahu banyak trafik setiap hari. Ini bermaksud ribuan rakyat Malaysia melayari Mudah.my untuk membeli dan menjual barang. Tapi bagaimana hendak menjual di Mudah.my? Mudahkah?

buatduitdengamudahmy 300x239 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Mudah.my


Pada mulanya, aku juga tidak tahu cara-caranya. Tetapi apabila aku dapat nasihat daripada Raja Kamil melalui produknya yang terbaru iaitu Panduan Buat Duit dengan Mudah.my. Aku sangat teruja untuk menjual barang-barang lama dan barang antik yang mampu dijual di Mudah.my. Oleh kerana produk itu berbentuk audio, korang akan dapat dengar dan ulang banyak kali untuk memahami panduan dan tips untuk menjual barang di Mudah.my dengan lebih berkesan sekaligus membantu kita untuk buat duit dengan Mudah.my. Secara jujurnya, banyak info dan tips yang kita boleh dapat daripada pengalaman Raja Kamil melalui audio tersebut. Aku tahu ramai yang sudah berjaya selepas mendengar audio dari Raja Kamil. Pengalaman beliau mendapat RM13000 hasil menjual motosikal di Mudah.my membuatkan ramai orang berminat untuk mula menjual di internet. Malah, ada segelintir daripada mereka mendapat manfaat daripada produk terbaru beliau. Secara jujurnya, ini antara produk audio yang aku boleh katakan sangat membantu pembelinya. Dan jangan risau, jika korang nak tahu lebih lanjut tentang Mudah.my, korang boleh email Raja Kamil untuk meminta bantuan samada dari segi pertanyaan ataupun nasihat. Insya-Allah, beliau akan membantu.

Dalam produk itu, korang akan dapat..

-5 cara untuk buat duit di mudah.my
-2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
-8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta

Jadi, mungkin korang ada banyak barang yang kat rumah tu nak dibuang, bukan? Apa kata korang jual barang itu di Mudah.my? Jika barang itu rosak sedikit, korang baiki apa yang patut, kemudian dapatkan produk Raja Kamil, baca dan apply semua cara yang ada dalam audio itu dan mula menjual di Mudah.my. Siapa tahu, ada seseorang diluar sana yang berminat untuk mendapatkan barang korang tu? Malah, jika korang merupakan supplier atau pembekal bagi produk-produk kesihatan ataupun korang tokey kedai komputer, korang juga boleh menjual produk korang di Mudah.my. Ini salah satu cara promosi yang bagus untuk kedai korang, bukan? Mana tahu, sales di internet lebih bagus daripada sales offline? Di Mudah.my, anda boleh menjual apa sahaja seperti Kereta, Tanah, Banglo, Produk kesihatan, Barangan elektrik, komputer dan sebagainya. Tapi jangan pula korang hendak jual orang dan dadah atau barang-barang terlarang. Nanti ada yang kena tidur balai jawabnya..

Boleh dapatkan panduan audio itu disini: Panduan Buat Duit dengan Mudah.my

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011