Archive for the 'buat duit dengan blog' Category


Agak sibuk beberapa hari ini. Jadi, tak dapat nak aktif macam biasa. Ini bayaran terkini dari program Text Link Ads. Tak banyak yang aku dapat. Bayaran pun makin kurang. Mungkin sebab takde advertiser berminat dengan blog-blog aku lagi. Masih kena tunggu dan bersabar. Tapi sejak 2-3 tahun ni, memang tak putus-putus dapat duit dari TLA setiap bulan. Ok gak tu, kan?

textlinkadsjanuari2012publisher Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads

textlinkadsjanuari2012 Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads


Satu bayaran sebagai publisher, satu lagi bayaran sebagai promoter. Tak banyak, tetapi tetap boleh dibanggakan sebab tak ramai blogger dari Malaysia yang boleh maintain dapat duit tiap-tiap bulan dari progam Text Link Ads ni kan? Hehe..

Oklah, aku mengantuk sangat 2-3 hari ini. Banyak tidur sikit. Maklumlah, simptom Nobita masih pekat lagi dalam hidup aku. Jadi, kalau tak tahan memang aku tidur aje waktu malam ni. Waktu siang, berjaga macam biasa.

Ps: Tak lama lagi, aku update siapa yang menang ek..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Badan aku tak berapa selesa pagi ini. Ada macam ura-ura nak demam dan kena selsema. Aku memang tak berapa gemar bila ada tanda-tanda mungkin kena selsema. Tak berapa best. Banyak benda yang akan terganggu. Harap-harap aku tak kenalah ye. Hehe

Baik. Ini bayaran terkini dari program 701panduan. Tak banyak yang aku dapat dari program ini dan ini merupakan bayaran yang ke 11 dari program 701panduan. Tak sangka aku masih berjaya buat duit dengan 701panduan walaupun tidaklah segagah masa muda-muda dulu. Walaupun begitu, aku tetap lelaki kacak kerana berjaya dapat duit dari 701panduan. Korang ado? Takdo kan? kan? Haha..

payment701panduan Komisen ke 11 dari 701panduan


Siapa yang hendak sertai program 701panduan, korang boleh join kalau nak. Tapi aku dengar sekarang ni macam susah betul nak lulus dengan diorang. Kalau lulus pun, ambil masa yang sangat lama. Sedangkan kalau kita nak tanya atau email mereka masa mula-mula dulu, rajin benar menjawab. Kekadang, panjang jawapannya. Sekarang, kalau bertanya agak lambat pula. Tapi aku tetap dapat email invois setiap bulan bila aku layak dapat komisen dari program ini. Dan aku juga ada dengar ramai blogger yang dah kena ban dari 701panduan. Malah, ada sesetengah blogger yang hampir separuh bayaran yang sepatutnya mereka dapat, ditolak tanpa sebarang penerangan yang jelas. Aku sendiri pun pernah dapat kurang. Tapi aku ni jenis tak kisah. Diorang bagi, aku ambil je. Diorang tolak, aku ambil gakk. Haha..

Jadi, bagi mereka yang gagal buat duit dengan blog, dan sudah tentu gagal dengan program 701panduan tetapi mahu buat duit dengan blog masing-masing. Aku cadangkan korang cuba 2 insentif yang mungkin leh bantu korang buat duit dengan blog pada setiap bulan:

1. Insentif RM0.02 dari Denaihati.com
2. Insentif RM0.03 dari Mamamurai.com

Setiap klik dan trafik yang korang dapat bawa ke 2 blog tersebut tu, akan dibayar. Jadi, untuk tahu dengan lebih lanjut, korang klik dan baca apa yang patut. Aku malas nak terang semua tu. Biar korang yang berdikari sikit. Boleh?

Ps: Ya, income kali ini lebih teruk berbanding income 701panduan yang lepas-lepas.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ini artikel pertama aku taip selepas aku dapat semula laptop Fujitsu yang kena heart attack semalam. Jadi, aku nak update sesuatu yang ringkas tetapi mudah difahami. Ini bayaran terbaru yang aku terima dari program Paid-to-Promote.net. Tak banyak, tetapi kira boleh tahan gak apa yang aku dapat dari program ini setiap bulan. Makin lama, makin ok berbanding bayaran yang sebelum ini.

Insya-Allah dalam minggu ini aku akan update siapa yang menang dalam Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah. Aku tahu, korang tak sabar nak tunggu siapa yang jadi pemenangnya bukan? Jadi, sila tunggu dengan sabar. Lebih banyak korang bersabar, lebih kacak. Betul tak?

421371 373440592681808 100000476123832 1622216 152365432 n Komisen ke 32 dari Paid to Promote.net


Dah habis. Ringkas kan? Kepada seiapa yang berminat, bolehlah join program ini. Dibayar 2 kali setiap bulan dan dibayar menggunakan akaun paypal. Dan yang penting, mereka bayar trafik dari Malaysia. Itu yang aku suka walaupun aku tak letak kat blog earncent ini. Bukan apa, aku tak nak bini aku jeles. Kang hilang status Glitterati aku tu. Haha..

Ps: Ada 2 berita gembira aku dapat hari ini. Tapi biarlah rahsia. Takmo share dengan korang. Nanti korang hebohkan kat orang lain pula. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku gi kenduri sepupu aku yang bertunang pada hari ini. So, secara rasminya petang tadi dia dah jadi tunang orang. Dan mungkin bernikah pada tahun ini juga. Aku ucapkan tahniah pada Huda sebab dah bertunang. Umur dia sebaya dengan aku. Masa kecik dulu, selalu gak main kejar-kejar dan mandi sungai sama-sama. Sekarang..Huda dah bertunang. Aku? Belum bertunang. Tak apa, dia memang patut pun kahwin. Usia 28 tahun ni, orang kata senang dapat title anak dara tua kalau masih belum berkahwin.

Kesian pula aku fikir bila asal perempuan dah penghujung 20an ni disandarkan pada gelaran sebegitu rupa. Apa pula perasaan perempuan bila ada kawan beliau sendiri kata macam tu? Walaupun dengan nada bergurau, tapi aku tak rasa benda macam tu patut dibuat lawak. Fikir sikit. Kadang-kadang, ada perkataan kita tu walaupun dikatakan dengan perkataan yang kelakar, mungkin kurang sesuai dengan keadaan. Aku bukan kata tak bagus jadi diri sendiri yang jujur dan lantang bersuara, tetapi agak-agaklah. Kalau kena kat keluarga sendiri, kena kat kaum kerabat sendiri atau diri sendiri, barulah terasa yang cili tu pedas rasanya..

Aku tiba rumah lewat petang. Badan penat. Mata mengantuk. Tak ada selera makan. Lepas maghrib, terus aku tewas dikatil empuk aku tu. Bangun, dalam kul 3 pagi. Isyak pun kul 3 setengah. Jangan tiru perangai lelaki kacak ni. Tak berapa kacak bab jaga solat. Kena lebih berusaha untuk jadi lelaki kacak yang lebih beriman dan disayangi para malaikat. Huhu..

komisentnxbaru2012 Komisen ke 88 dari TNX


Aku baru aje dapat bayaran dari program TNX. Tak banyak. Tapi kira bolehlah dari tak dapat apa-apa pun kan? Income TNX aku makin lama makin teruk. Kena banyak buat ubahsuai dari segi strategi kalau masih mahu maintain dapat duit dari program Tnx ini. Sasaran aku untuk dapat bayaran sebanyak 100 kali dari TNX masih belum tercapai. Aku harap aku akan capai sasaran tersebut sebelum tahun 2012 ini berakhir. Hoho..

undiearncentworldblogger Komisen ke 88 dari TNX


Terima kasih sekali lagi siapa yang undi blog kacak ini dalam World Blogger and Social Media Awards 2012. Ini kali pertama aku masuk awards ni. Untuk kategori Upcoming Blogger of The Year. Ada pula pencabar yang cukup sukar untuk dikalahkan. Walaupun undi-undi ini cuma menyumbang 50% sahaja dari segi permarkahan, tapi 50% itu cukup besar untuk mempengaruhi keputusan juri. Tetapi tak kisahlah. Janji aku nak orang Malaysia yang menang kategori tu. Jangan bagi negara lain yang menang. Kalau korang nak aku menang, sila undi blog kacak aku itu. Hehe..

Ps: Serius, aku masih mengantuk pada saat dan tika ini.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011