Archive for the 'buat duit dari internet' Category


Hari ini aku nak kongsikan satu lagi bayaran yang baru aku dapat dari Text Link Ads. Aku yakin korang tahu tentang program ini jika korang sudah lama membaca blog ini. Bagi pembaca baru yang tersesat atau tercari-cari blog ini, Text Link Ads merupakan salah satu program yang membantu kita buat duit dengan menjual text link di blog dan program ini membayar setiap blogger pada awal bulan. Malah, program ini juga merupakan salah satu program yang menyumbang kepada aku duit dollar setiap bulan. Memang tak banyak, tapi dah cukup bagi aku untuk tersengih-sengih setiap bulan. Hehe..tapi bulan ni, kiranya macam dapat duit raya dari Text Link Ads. Kan? Kan?

tlapaymentaugust2010 300x127 Komisen ke 32 dari Text Link Ads


Dan aku rasa hari ini hari yang agak sibuk kerana terlalu banyak perlu diselesaikan sebelum cuti raya yang bakal datang. Aku tak mahu banyak kerja tertangguh dan perlu aku lakukan ketika cuti nanti. Orang lain bercuti, kita pula terpaksa balik dan buat kerja. Untuk kerja online, sudah aku jadualkan apa yang aku patut buat agar aku tak rasa macam menyesal aje ketika berhari raya nanti. Nak beraya pun rasa macam tak best aje..

Duit raya kali ini mungkin agak banyak yang perlu aku sediakan kerana anak buah dah makin ramai. Aku aje yang tak ada anak. Jadi, takde returnlah untuk aku. Nak harap aku gi cari duit raya? Takkan aku nak pergi beraya macam zaman kanak-kanak dulu. Naik malu gak dibuatnya. Tapi nenek aku, mak aku dan abah aku memang saje je bagi aku duit raya setiap tahun. Aku dengan gembira menerimanya kerana bukan senang diorang nak bagi kita duit dan aku sangat hargai pemberian mereka itu. Memanglah tidak banyak macam ribu-ribu ringgit tu. Bukan itu yang aku mahu. Pemberian itu membuktikan lagi tentang kasih sayang mereka pada aku. Aku tahu nilai duit dalam sampul raya tu tidak akan sama dengan segala penat jerih mak abah aku yang menjaga aku ketika aku masih tidak reti merangkak dan menulis blog.  Ya, aku sayang mak dan abah aku. Aku juga sayang nenek aku. Atuk-atuk aku pun aku sayang. Aahh, semua oranglah aku sayang. Hehe..

Ramadan kali ini, memang berbeza. Aku terasa akan nilai kasih sayang tu berbeza. Aku terasa kerinduan. Aku gemarkan perasaan merindukan seseorang. Aku juga tahu yang dalam bulan ramadan ini, pernah ada satu peristiwa yang sangat melukakan aku.  Malah, sehingga hari ini parutnya masih berbekas.. Emm, tak mo lah cerita bab tu. Sambung lain kali ek..

Ps: Dah la. Aku nak gi berbuka plak..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini kerja. Hari esok kita cuti. Tadi sahur, petang ni berbuka.

Tak banyak perkara yang hendak aku cerita, tapi yang pasti aku tahu setiap hari aku ada kerja yang perlu diselesaikan, aku ada tanggungjawab yang perlu digalas, aku ada arahan yang perlu dipatuhi dan aku ada banyak hutang yang perlu dilangsaikan. Begitu juga dengan korang, adik korang, mak angkat korang dan sebagainya. Setiap orang ada kerja masing-masing yang tersendiri.

Bila cerita bab kerja nih, aku cukup tak suka dengan perangai seorang kawan aku ini. Aku dah penat berperang mulut dengan dia. Bukan aku nak kata apa, tapi mamat ni memang tak makan saman. Kerja berlambak tak siap. Tapi dia masih banyak masa untuk bermain-main, berborak, chatting sana sini dan juga rajin juga pergi mengorat gadis-gadis ditempat kerja.

Aku tak halang dia buat macam tu. Aku tak larang dia nak chatting lama-lama. Aku tak kesah dia nak test ilmu mengorat dia tu dan aku langsung tak hairan langsung kalau dia nak main-main masa kerja. Tapi kerja yang bertimbun tu, tolonglah selesaikan. Dia kena faham. Kalau kerja dia tak siap-siap. Dia kena tahu plak yang ramai lagi orang yang tengah tunggu kerja dia siap untuk menyudahkan kerja. Contohnya begini. Setiap orang ada tugas-tugas yang telah diagihkan. Team A, cari kain. Team B, buat ukuran kat kain. Team C, cari butang baju dan sampin. Team D, jahit baju. Kalau team B tak buat kerja. Camana Team D nak buat kerja? Jadi, takkan siaplah baju melayu encik W ni. Kiranya gitulah perbandingannya. Aku tahu yang hati tu kerja macam nak tak nak ikhlasnya. Tapi kita kena faham yang kita ni bukan kerja sorang-sorang dan ada setiap tempat kerja ada politiknya tersendiri. Kita kena campur sekali-sekala. Bukan hendak tahu sangat macam-macam perkara, cuma kita kena alert tentang sesuatu. Ada bagusnya politik pejabat ni kalau kita gunakannya untuk perkara yang baik.

Dan terapkan dalam diri yang kita buat kerja ni ikhlas dan untuk mencari rezeki yang halal. Ya. Kita dapat gaji. Jadi, buatlah kerja dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita dapat kerja yang mudah. Jadi, cepatlah siapnya. Kadang-kadang kita dapat kerja banyak dan melampau-lampau susahnya. Jadi, agak lambatlah siapnya. Kalau terlalu sukar, minta pertolongan kawan. Mungkin kawan-kawan kita ada teknik dan cara yang lebih bagus dan cepat untuk selesaikan masalah kita tu. Sama juga dalam dunia blogging. Kita nak belajar tentang blogging. Jadi, kita kena tahu apa yang kita kena belajar. Jika nak belajar sorang-sorang. Boleh. Cuma lambat sikit kita lihat hasilnya dan perlukan banyak masa dan tenaga untuk digunakan. Kalau kita belajar dengan kawan atau kita cari guru, ianya akan menjimatkan masa dan sekaligus akan menghasilkan kerja yang lebih mengagumkan. Betul tak? Tak perlu nak bodoh sombong atau pura-pura tak tahu. Bersederhana itu lebih afdal dan lebih bagus!

Jadi, nasihat aku. Apa sahaja kita yang kita buat, kita lakukannya dengan bersemangat dan jangan lupa, kita nikmati saat tersebut. Jika kita boleh enjoy ketika kita makan atau berdating, takkan waktu kerja kita tak boleh nak enjoy??

Ps: Pagi tadi terlajak tidur. Secara officially, ini kali kedua aku tak bersahur dalam bulan Ramadan tahun ini. Adehh..rugi. Rugi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

Aug 23

Salah Siapa?

15 comments - Post a comment


Kalau tak buat kerja, kita tak dapat apa-apa. Betul atau tidak?

Benda yang aku nak cerita ni simple. Tapi disebabkan oleh orang kita ni terlalu bijak dan pandai, benda ni selalu disalahertikan dalam pelbagai jenis maksud dan pandangan yang berbeza. Dalam beberapa jenis situasi dan melibatkan beberapa syarat yang tertentu seperti kalau kita tak buat kerja, kita tak promosi, kita tak baca, kita tak tau kerja itu halal atau tidak, kita tak pasti apa yang kita buat dan sebagainya akan menyebabkan kita tak dapat apa-apa terutamanya dalam bidang perniagaan dan buat duit di internet.

Ada banyak program dan cara untuk buat duit melalui internet. Samada melalui blog, menyertai sesebuah program, sertai skim itu ini, menyertai pelaburan tertentu dan sebagainya. Semua benda ni kita akan lihat satu perkara yang penting. Kalau kita tak buat kerja, kita takkan dapat satu sen pun. Korang setuju atau tak dengan pendapat aku? Tak kerja. Tak ada hasil.

Itu belum cerita pasal produk lagi. Belum masuk bahagian produk tu halal atau haram. Belum cerita lagi produk tu sebagai produk sampah atau produk “kambing hitam”. Belum lagi cerita tentang plan perniagaan atau strategi yang dikatakan menghampiri money game atau plan perniagaan MLM yang agak mengelirukan. Dan apa yang aku kata ni mungkin ramai yang kurang setuju. Korang punya akal dan fikiran. Boleh berfikir dan korang sendiri tahu ramai pengusaha sesebuah program yang memang sedang mencari ramai orang untuk diperdayakan.

Jadi, adakah sesebuah program itu disalahkan jika korang tak dapat duit dari program tersebut sedangkan korang tak usaha dengan smart. Sudahlah tidak berusaha dengan bijak, tidak berusaha siang dan malam. Kemudian, disalahkan pula pada produk syarikat atau plan program tertentu yang dikatakan menyukarkan ahli untuk mendapat duit dengan mudah. Memanglah. Mana ada dapat duit dengan mudah. Tak ada. Plan yang direka pun tidak akan mengayakan kita dan SEMUA program atau syarikat kat dunia nih memang akan UNTUNG BESAR dan jadi kaya raya kita produk dan program mereka menjadi sambutan. Syarikat atau program memang akan jadi KAYA biasanya. Diorang akan untung besar. Takkan ada sesiapa yang lebih kaya dari syarikat atau program. Ini kita kena tahu. Aku dah menyampah bila orang menyumpah-seranah yang mengatakan admin ini tipu, admin ini kaki bohong, syarikat ini penipu besar, syarikat ini salah, syarikat ini mengelirukan dan syarikat ini skim cepat kaya.

Sebelum korang menyalahkan sesebuah program atau syarikat, pernah tak korang siasat latar belakang dan plan perniagaan atau cara untuk buat duit dari program dan syarikat tersebut? Pernah? Kalau pernah? Pernah tak korang tahu hampir 75% operasi yang dikendalikan oleh mereka? Pernah tak jumpa bukti yang program ini membuahkan hasil? Ada testimonial dari yang dah berjaya? Jika ada review, adakah review itu boleh dipercayai dari beberapa segi yang mampu membuatkan kita yakin dengan produk dan pelan marketing syarikat atau program tersebut? Pernah lakukan? Dan seandainya korang dah yakin, dan korang sertai program tersebut. Dan selepas beberapa bulan korang GAGAL buat duit dari syarikat atau program tersebut, adakah syarikat itu bersalah kerana korang gagal buat duit? Adakah salah produk itu kerana produk itu gagal menghasilkan jualan? Adakah salah syarikat tersebut kerana mencipta pelan yang meragukan? Salah siapa?

Dan jika korang menuduh tanpa bukti, jangan tak percaya jika korang boleh kena saman tak tentu pasal atas tindakan korang tersebut. TAPI  jika korang ada bukti kukuh, ada ramai yang rasa tertipu dan yakin korang boleh saman syarikat atau program tersebut, MENGAPA korang tak ambil tindakan untuk bawa bukti tersebut dan ketengahkan ke mahkamah atau badan yang mampu menegakkan kebenaran bagi pihak korang? Mengapa korang tak berbuat demikian? Jika tak ada bukti, jangan cakap banyak. Sudahlah gagal dalam promosi, dikatakan pula sudah promosi berbulan-bulan. Walhal, dok main facebook hari-hari, chatting kat YM. Apa kes? Sudahlah gagal menjual produk, dikatakan pula produk tu takde kualiti, produk lapuk, produk RR, MRR ni takde value langsung. Produk digital ni dah tak sesuai untuk masa sekarang. Sape cakap?? Sudahlah gagal untuk mencari seorang downline, tapi dikatakan semua ini salah syarikat atau program 100%.Dan banyak lagi..

Ok. Persoalannya. Adakah itu patut? Adakah itu adil? Kita lihat masyarkat kita pada hari ini suka masuk program itu, suka join MLM ini, suka masuk program ini, cuba-cuba menulis blog, cuba jadi blogger, suka jual e-book, jadi peniaga e-bay, suka cuba syarikat ini. Katanya sekadar mencuba nasib. Ok. Itu kita boleh terima lagi. Tapi bila masuk part menyalahkan company, menghina, mencarut, berdusta dan menipu atas fakta yang diutarakan, aku sangat membenci perbuatan tersebut. Pertama, tanpa bukti kukuh. Kedua, pendapat tanpa sokongan yang sangat berasas. Ketiga, cetek dalam dunia buat duit di internet dan dunia perniagaan. Rata-rata berfikir, mereka sahaja yang benar. Mereka yang mmebuat fatwa tersebut. Ini haram, itu halal. Ko salah, aku betul. Diorang pembohong, aku yang benar. Sungguh jarang sekali aku melihat yang mengaku bahawa itu sebenarnya kesilapan mereka sendiri. Tidak membuat rujukan. Tidak berusaha dengan lebih gigih. Tidak menyalahkan orang lain tanpa bukti. Tidak yakin dengan diri sendiri. Dan atas sebab ini juga aku lihat keadaan orang melayu yang semakin layu ditinggal oleh bangsa-bangsa yang lain. JIka kita fikirkan secara waras, orang Melayu antara orang yang paling bijak di dunia ni. Korang setuju atau tak dengan pendapat aku ni?

Cukup. Cuma aku tinggalkan satu soalan pada korang. Pernah tak korang diri korang tu sebenarnya yang bersalah sebelum menyalahkan orang lain? Pernah tak korang rasa diri korang tu yang tak betul sebelum menuduh orang lain?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Jika semalam korang dah baca 5 cerita yang menarik yang berlaku dalam tempoh 7 hari tu, ini merupakan sebahagian daripada cerita-cerita tersebut. Salah satu income atau pendapatan tambahan yang aku terima adalah melalui program TNX. Ya, ini merupakan komisen yang ke 57 dari TNX. Sebelum akhir hujung bulan ini aku akan keluarkan komisen yang ke 58 untuk bayar 2 buah domain yang akan expired dalam pertengahan bulan ini. Dan itulah kebiasaan yang aku buat. Aku akan keluarkan sedikit income dari TNX dan akan bayar domain-domain dan hosting-hosting aku.

tnxpaymentaugust2010 300x133 Komisen ke 57 dari TNX


Ini bayarannya dan buktinya. Tak banyak. Tapi wang sebanyak ini sudah cukup untuk membantu aku untuk menggunakannya secara berfaedah untuk pelbagai perkara. Dengan duit itu juga sebenarnya sudah mampu untuk belanja aku makan selama sebulan jika aku mahu. Jika aku lebih berjimat, RM50 sebulan untuk belanja makan pun boleh aku buat. Cuma memang sakitlah kalau makan bubur nasi dengan ikan kering atau ikan bilis selalu. Hoho..

Susah sangat ke buat duit dari TNX ni? Ya. Susah. Tapi jika korang belajar satu demi satu, ianya tidak mustahil. Ramai blogger yang telah berjaya dengan TNX. Dan terlalu ramai yang sudah dapat imbuhan atau pendapatan yang lumayan dari TNX. Malah, sudah ramai blogger-blogger baru dan lama yang berjaya menjadikan TNX sebagai platform untuk buat duit diblog masing-masing. Jika kami boleh, insya-Allah, korang semua pun boleh!

Sedikit tips dari aku, jika mahu buat duit dari TNX. Pastikan blog korang tu terupdate. Maksudnya, ada entri terkini dan jangan hantar blog-blog yang tidak terkini. Sekurang-kurangnya update dalam 5-6 post sebulan. Itu sudah memadai dan macam aku kata dulu, pastikan blog-blog korang tu sudah berusia antara 1-4 bulan dan pastikan juga sudah ada banyak artikel didalam blog tersebut. Baru senang blog itu hendak diluluskan dan mampu menjana pendapatan secara separa automatik kepada kita. Memang aku akui, agak sukar bagi permulaan, tetapi selepas itu, semuanya akan jadi automatik. Pendek cerita, kita bersusah dulu dan besenang di setiap hujung bulan.

Boleh cuba TNX jika berminat >> TNX.net

Dan jika mahu penjelasan dengan lebih terperinci dan mahukan tip-tips tentang TNX dengan lebih lanjut, boleh dapatkan Panduan TNX 2.0. Insya-Allah, panduan tersebut akan membantu korang buat duit dengan TNX dengan lebih kencang dan bergaya pada setiap hujung bulan.

Ps: Aku lapar nasik sebenarnya nih.. :(

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------