Archive for the 'bonus' Category


Aku rasa korang mesti tak tahu bahawa satu lagi program pay per lead telah dilancarkan oleh seorang lagi anak muda berbangsa melayu di Malaysia hari ini. Beliau adalah Zul Yunus. AKu kurang pasti jika itu adalah nama penuh beliau atau tidak. Tapi aku rasa aku pernah berborak melalui Yahoo Mesengger dengan beliau. Jap, adakah dia salah seorang pelanggan vcc aku dulu? JIka ya, maafkan aku kerana aku terlupa. Ini kerana terlalu ramai yang mengambil order dari aku. Lebih dari 200 orang dah rasanya kalau aku tak silap kira..

Apapun. Zul Yunus telah melancarkan program pay per lead beliau dan menawarkan bonus e-book yang bertajuk “Kedai Internet”. Apakah isi kandungan laporan percuma ini? Isinya sangat mudah dan senang difahami.

aff5 Pay Per Lead Terbaru   Kedai Internet


Secara jujur, hampir kesemua maklumat yang ada dalam laporan percuma itu aku sudah tahu dan mungkin ada sedikit sebanyak aku sentuh dalam blog ini. Tapi jika korang hendak tahu apa kelebihan laporan “Kedai Internet” ini, adalah lebih baik korang download dan baca. Aku baca 2 kali sepintas lalu dan dapat absord semua ilmu yang ada dalam laporan tersebut. Mungkin kerana hampir kesemuanya aku pernah cuba.

Aku boleh katakan laporan ini memberitahu bagaimana kita hendak buat duit dari internet dan apa yang kita perlu ada sebelum membuat duit dari internet. Nak tahu apa yang kita perlu ada? Gi la download laporan tu dulu. Tak bestlah aku bocor semua kat sini.

Gi download dulu, pastu korang komen pasal laporan tu kat blog aku atau kat blog masing-masing.

Muat turun Laporan Percuma Kedai Internet : Download sekarang!

Ps: Macam biasa. Komisen Pay Per Lead dari Zul Yunus adalah Rm0.20. Cari 5 orang, dah dapat singgit! Banyak tu weh. Leh beli gula-gula hacks dua puluh bijik! icon smile Pay Per Lead Terbaru   Kedai Internet

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Doraemon - Japanese Theme.mp3]

Anda Mahu Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Affiliate? Jka korang telah berputus asa dalam menjana pendapatan dengan affiliate, atau pendapatan affiliate anda cukup-cukup makan saja, perlu ambil serius dengan apa yang aku tulis ni.

Rahsia Pro Affiliate Full Edition baru sahaja dilancarkan oleh Team SmartBrain iaitu Din Beramboi dan Kento. Mungkin korang masih ingat tentang mereka kerana pernah menghasilkan ebook percuma bab pertama Rahsia Pro Affiliate hampir dua bulan lepas.

Ebook Rahsia Pro Affiliate edisi Full Edition ini menceritakan tentang bagaimana ingin menjadi Pro Affiliate yang menjana 4K atau lebih walaupun kita tiada list. Hebat bukan? Korang boleh lihat di sini:

Selain daripada menceritakan trick, cara, panduan dan rahsia mereka sendiri, mereka juga telah membongkarkan rahsia 2 usahawan internet Malaysia yang hebat di dalam bidang affiliate iaitu Sukeri dan Shahraduan. Rahsia mereka berdua JARANG dibogkarkan oleh sesiapapun !

Selain daripada Teknik Pro Sukeri dan Teknik Pro Shahraduan, mereka juga telah mendedahkan Teknik Smart dan Rahsia Selamatkan Komisyen yang ditunjukkan bukti bagaimana mereka menjana pendapatan lumayan dengan cara tersebut. Ebook edisi Full Edition ini menceritakan tentang bagaimana ingin menjadi Pro Affiliate yang menjana 4K atau lebih walaupun kita tiada list. Hebat bukan?

Sekarang ini mereka telah memberikan Harga Promosi Raya dengan jualan harga rendah. Baik korang dapatkan sekarang kerana sedikit masa lagi, mereka akan menaikkan harga… Rebutlah peluang ini yang datangnya bukan selalu…yang akan mengajar anda step by step bagaimana ingin menjadi Pro Affiliate yang berjaya.

Harganya cumalah RM67.00 sahaja. Jika korang lambat, harga akan dinaikkan lagi dan aku rasa jika korang benar-benar mahu tambah pendapatan korang melalui affiliate program, ebook ini wajar dibeli. Tapi kalau dah beli, jangan lupa pulak untuk buat apa yang korang belajar. Beli tapi tak belajar, tak guna jugak kan? kan?

Tawaran KHAS dari aku. Aku akan bagi satu Laporan Berbayar Terbaru iaitu Laporan Khas Bagaimana untuk mendapatkan lebih dari 100 domain hanya dengan harga RM30 atau 10usd sahaja ( Itupun kalau korang berminat nak dapatkan bonus ini. Bonus ini aku tak pernah jual lagi.

Ok. Jika ada yang berminat nak dapatkan EBook Rahsia Pro Affiliate Full Version, leh beli melalui link affiliate aku dan dapatkan Bonus Laporan Berbayar Terbaru aku secara percuma.

Ebook Rahsia Pro Affiliate Full Version + Laporan Khas - Beli Sekarang!

new 480x60 static Bagaimana Beli 100 Domain dengan RM30 Sahaja..

Korang dapat serpihan bonus untuk Laporan Terbaru aku. Aku dah tulis 6 tips cara untuk dapat Crazy Trafik ke website di sini. Leh baca sekarang.

Ps: Ulcer dah kurang sket da. Lega..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Beberapa hari yang lepas. Aku menerima satu DVD yang sangat lawa. Secara jujurnya, aku tidak sangka Syed dan Team JomSeminar mengeluarkan DVD ini. Tapi bila aku dapat DVD tersebut dan menonton DVD itu sekali imbas. Aku dapat beritahu hasilnya sangat memuaskan. Tidak ramai yang IM lokal yang sanggup bergabung tenaga dan berkumpul untuk menghasilkan DVD berbentuk pembelajaran sebegini. Serius, cikgu komputer kat sekolah aku dulu pun failed bab-bab SEO, CRM dan trafik. Malah, tidak kejam aku katakan student yang ambil major IT pun belum tentu leh faham benda-benda ni semua sekaligus mengaplikasikannya. Aku tulis berdasarkan fakta dan pengalaman. Korang tak suka, aku tak kesah aa..

videouasahawan 300x225 Tawaran untuk Pembeli DVD VideoUsahawan


Ok. Itu dia DVD VideoUsahawan yang aku dapat tu. Ok. JIka korang beli DVD Video Usahawan ini, apa yang korang bakal dapat dan apakah isi kandungannya? Ok. Isinya terdiri daripada beberapa bahagian penting iaitu

1. Pengenalan
2. Persediaan
3. Buat Duit dengan Internet
4. Pasaran & Pemasaran
5. Trafik
6. Hartanah Maya (VRE)
7. Jualan
8. CRM
9. SEO

Malah, korang akan dapat bonus seperti :

1. Video Ekskslusif pengalaman dengan 5 Mentor IM bernilai RM1,670
2. Pakej Buat Duit yang bernilai RM1,107
3. Rahsia Website Flipping yang bernilai RM47
4. Teknik Grayhat Adsense bernilai RM47
5. Ebook Duit Segera Internet bernilai RM47

Senang ceritalah, nilai Bonus Ekslusif Terhad di atas berjumlah RM1,248! Dan nanti dulu. Itu belum campur bonus yang aku bagi jika korang beli DVD Video Usahawan ini melalui link affiliate aku:

Bonus dari Earncent.com

1. Pakej Koleksi Salah satu Rahsia Pendapatan Titan bernilai RM30
2. E-book Rajapayloadz Untuk Tujuan Ujikaji sahaja. RM30
3. E-book Panduan Membuat Duit melalui Shareasale. RM30

3 Bonus yang berbeza ini akan menjadi milik anda seandainya korang beli DVD Video Usahawan ini melalui link yang akan aku berikan disini. Malah, korang juga akan dapat Akses Khas Khidmat Sokongan Tertutup di JomBincang.com yang bernilai RM 6,680.00! Tak percaya? Sila pergi ke website rasmi dan lihat sendiri apa yang mereka tulis. Bukan aku saja-saja reka cerita tau!

Ok. Harga DVD Videousahawan ini adalah RM67 sahaja. Tapi awas, harga ini akan naik sebanyak RM30 selepas tempoh promosi ini tamat. Aku tidak pasti bila tempoh promosi ini tamat. Tapi jangan buang masa kerana jika korang beli lambat. Harga akan naik dan aku rasa tawaran promosi ini tidak lama. Jadi, janganlah buang masa ye. Dapatkan segera!

Korang leh beli di link ini : Beli DVD VideoUsahawan

Peringatan: Jika mahu bonus yang aku tawarkan, sila beli melalui link yang aku sediakan. Jika korang tak buat demikian, aku tidak akan beri bonus yang aku tawarkan. Itu perkara normal bukan?

Ulasan Earncent.com : DVD ini digarab dengan baik sekali. Tidak kejam aku katakan bahawa Team JOmSeminar berjaya mengeluarkan satu lagi produk yang berkualiti. Ini bukan sebab kami adalah JV terawal dengan Team JomSeminar. Anda semua tahu, jika aku tak puas hati. Aku akan kutuk sesuatu produk itu bukan? Tapi aku tidak dapat berbuat demikian setelah aku melihat prestasi Team JomSeminar. Mereka begitu agresif dan menawarkan perkhidmatan yang sangat memuaskan.

Dari segi support yang diberikan dan pembungkusan DVD ini, sudah cukup meyakinkan aku bahawa produk ini berkualiti. Setelah aku melihat isi kandungan DVD ini, aku dapati isi kandungannya sangat memuaskan. Biarpun korang bebal atau tidak ada basic langsung dalam membuat duit di internet, aku rasa korang boleh memahami isi kandungan ini dengan cepat. Sepatutnya DVD ini wujud 5 tahun yang lepas. Tak adalah aku terkial-kial belajar sendiri. Huh, sengsara tau belajar sorang-sorang..

Selain itu, bonus yang ditawarkan menarik hati aku seperti Rahsia Website Flipping dan Teknik Grayhat Adsense. 2 Produk ini juga sangat berkualiti. Mungkin dari segi level, tidak ramai newbie boleh follow cara yang ada dalam 2 ebook ini. Tapi ianya sangat berguna dikemudian hari. Serius, 2 produk ini korang patut ada. Cuma jika boleh, Syed boleh beri lebih banyak contoh, ujikaji dan lebih banyak bukti dari segi bayaran pada masa akan datang. Bagi aku itu penting.

Itu sahaja komen dan ulasan ringkas dari aku. Maaf Syed. Aku lupa bagi testimonial masa dapat SMS dari korang. Aku on da way balik kampung ke Pahang ketika itu. Line internet pun takde. Secara ringkas, berbaloi korang mengeluarkan RM67 itu untuk produk yang sangat berkualiti ini. Serius, takde lagi produk DVD yang menggunakan bahasa melayu sebaik ini dalam dunia business online ini. Newbie atau Otai, wajib memiliki DVD ini. Korang tak nak beli dari link affiliate aku pun takpe. Janji korang beli DVD ini..

Ps: Jika korang beli dari link affiliate aku. Sila emailkan bukti pembayaran ke email titan1[at]earncent.com dan tidak lupa juga kepada Team Jomseminar. Selepas aku dan mereka double confirm. Aku akan hantar bonus itu pada korang dan korang juga akan dapat produk VideoUsahawan dari mereka. Penghantaran DVD adalah melalui pos ekspress. Ia sampai sangat pantas dan biasanya mengambi masa 1-2 hari sahaja. icon smile Tawaran untuk Pembeli DVD VideoUsahawan

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011