Archive for the 'bonus' Category


Pernah tak korang semua terasa macam kekurangan wang? Pernah tak korang rasa macam rasa ralat aje dalam kehidupan harian korang? Pernah tak korang rasa macam tak berpuas hati dalam kehidupan anda? Pernah tak korang rasa macam ada yang kurang ketika korang minum air kopi kegemaran korang ketika waktu hujan? Adakah korang tahu jawapan untuk segala persoalan itu?

Ya. Ada. Tetapi mungkin jawapan itu berbeza bagi setiap orang kat dunia ini dan salah satu jalan penyelesaian untuk membendung masalah kewangan korang yang serius itu, mungkin korang boleh lihat satu lagi peluang yang dibawa oleh saudara Firdaus Arfaai yang aku boleh kategorikan sebagai seorang yang bijak mencuri dan mencari peluang untuk menambahkan pendapatan melalui platform internet. Ya, Firdaus bukanlah pakar dalam bidang menulis blog ataupun menjual barang di E-bay. Malah, beliau juga tidaklah pakar dalam program seperti Google Adsense dan Nuffnang. Tapi aku melihat beliau kepada seorang Internet Marketer yang bijak mencari peluang dalam kaedah dan cara beliau yang tersendiri. Setiap sentuhan beliau biasanya akan menghasilkan ribuan ringgit dan kali ini beliau hadir dengan Rahsia SMS Cafe melalui produk 1SMSCafe. Pernah dengar tak produk ini?

Ok. Apa itu 1SMSCafe ni?

1SMSCafe ini merupakan satu lagi program affiliate yang menawarkan pulangan yang lumyan dan aku yakin Firdaus ada strateginya yang tersendiri untuk mempromosikan produk ini.  Apa yang kita dapat dari 1SMSCafe ini? Ya, selain ditawarkan untuk menjadi affiliate program ini, kita juga akan dapat produk utamanya iaitu Sistem Bulk SMS. Sistem ini akan membolehkan korang menghantar beribu-ribu SMS hanya dalam 1 masa dan dengan satu kadar ke semua operator. Kadar SMS pula merupakan 6 sen hanya bagi 1 kredit. Menurut Firdaus, ini merupakan kadar termurah yang berada dalam pasaran Malaysia.

Itu sahaja?

Tak. Ada lagi. Program ini menawarkan program multi-tier yang lumayan dengan hanya sekali bayaran seumur hidup. Jadi, tak ada bayar bulan-bulan. Dan anda juga mendapat 1000 sms secara percuma setelah anda menyertai program Sistem Bulk SMS ini. Yang berbeza, ianya dilakukan secara online dan plannya tidak melibatkan pangkat, pairing dan tiada had masa. Tentang pembayaran bonus, korang akan dibayar secara mingguan dan tak ada pemotongan yang dilakukan ketika korang menerima bayaran dan pastinya ini berbeza berbanding beberapa program yang lain.

Syarikat yang menjalankan program ini adalah VINC Integrated Solutions Sdn Bhd (846067-W). Syarikat ini merupakan anak syarikat kepada Syarikat Wireless Messaging Sdn Bhd. Menurut Firdaus lagi, syarikat ini sudah ditubuhkan sejak tahun 2003 sehingga sekarang dan terlibat dengan pembangunan software dan merupakan pemprogram aplikasi kepada klien-klien dari berbagai industry seperti perkhidmatan, perdagangan, insuran, penjagaan Kesihatan, Automotif, Industri Hartanah, Penyediaan Software MLM, CRM, dan penyediaan pelbagai platform pembangunan aplikasi. Jadi, mungkin syarikat ini boleh dipercayai dan aku yakin Firdaus juga percaya dengan syarikat ini. JIka tidak, beliau takkan berminat dengan program sebegini. Betul tak?

Untuk penjelasan yang lebih jelas, aku syorkan korang download laporan khas yang dibuat oleh Firdaus Arfaai untuk membantu korang mengenal program 1SMSCafe ini dan syarikat yang terlibat dengan lebih terperinci. Ingat, sebelum kita sertai mana-mana syarikat atau program, maklumat tentang program tersebut mesti kita faham sepenuhnya. Jangan sertai program yang tak ada asas yang kukuh. Jadi, baca dulu laporan ini kerana ianya percuma dan penjelasan dalam laporan ini sangat mudah difahami. Jika tak berapa faham, mungkin korang boleh terus tanya Firdaus selepas itu.

Bukti bayaran? Aku malas nak cakap banyak. Dalam laporan khas tersebut, memang ada banyak gambar cek yang Firdaus kongsikan. Kalau tak percaya lagi, terus email Firdaus dan minta bukti. Aku percaya Firdaus bukan seorang penipu dan aku yakin program ini memang boleh membantu korang untuk menjana sedikit pendapatan yang agak lumayan melalui platform internet. Yang penting, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan ambil tindakan. Kalau kita senyap dan duduk diam, memang sampai bila-bila kita takkan dapat 1 sen pun. Jadi, mahu buat duit dengan 1SMSCafe ini atau tidak, tepuk dada, tanya selera. Leh download laporan tu kat sini >> 1SMSCafe.com

Ps: Siapa Firdaus Arfaai? Semuanya ada dalam laporan khas itu!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Dalam 1-2 hari ni, rasanya beberapa hosting aku bermasalah. Kebanyakkanya adalah masalah akismet dan juga masalah htaccess. Aku sendiri tak tahu bagaimana file htaccess aku berevolusi samada disebabkan oleh aku sendiri atau anasir-anasir yang gagal aku dan pihak hosting ketahui. Tapi aku sangat berterima kasih kepada Netkl Network. Mereka memang betul-betul buat kerja dan tak mengular. Inilah antara syarikat hosting tempatan yang cukup aku respek kerana betul-betul hebat dari segi support terutamanya untuk aku yang agak jahil bab-bab teknikal hosting nih. Aku tau serba-sedikit, tetapi aku tidak tahu semua benda. Benda-benda basic sahaja yang aku tahu. Sebab tu aku masih suka dengan Netkl walaupun aku ada banyak hosting lain.Huhu..



Kini, aku rasa korang dah tak ada masalah untuk komen diblog ini macam biasa. Cuma satu masalah yang masih membelenggu aku adalah pemilihan untuk theme blog ini. Aku sudah melakukukan beberapa siri ujikaji untuk pemilihan theme blog ini dibeberapa blog aku yang lain, ada theme yang bagus, tetapi ramai yang dah pakai theme tu. Jadi, mungkin aku akan jeling-jeling di premium theme yang sesuai untuk blog aku. Beli pun, beli ajelah. Janji blog ni akan lebih cepat ketika loading dan tidak serabut. Aku akui banyak banner yang bersidai diblog aku dan mungkin juga aku akan buang sedikit-sedikit yang mana tak mendatangkan apa-apa lead atau sales. Tapi hampir 90% banner yang aku letak mendatangkan hasil. Takkan aku nak buang pulak. Tapi mungkin aku akan gunakan plugin yang sesuai untuk iklan diblog ini.

Aku juga merancang untuk beli satu hosting bersaiz besar dan mempunyai specs seperti unlimited add-on, unlimited space, unlimited mysql, unlimited bandwitch dan sebagainya. Sesuai untuk aku letakkan blog-blog aku dalam satu rumah dan mudah untuk aku control. Malah, mempunyai hosting yang besar yang berharga dalam lingkungan RM400-RM800 sebulan, mampu menghasilkan income yang lumayan jika kena caranya. Yup. Aku sudah tahu 3-4 cara untuk meningkatkan pendapatapatan 2-3 ganda dengan cara yang aku temui sendiri. Salah satunya adalah Cincai Blogging dan juga serpihan daripadanya adalah dengan terhasilnya Panduan TNX versi 2.0. Tentang Panduan TNX versi 2.0, sudah siap semuanya. Link download juga sudah aku siapkan. Apa-apa hal-hal teknikal juga sudah 70% selesai dan sekarang cuma tinggal web jualan sahaja. Aku sudah cari designer untuk uruskan hal itu. Jika siap cepat, aku akan lancar seperti yang aku usahakan iaitu sebelum masuk bulan November. Jika lambat, mungkin diawal bulan November. Harap-harap tidak ada apa-apa masalah yang berbangkit dalam tempoh waktu itu.

Kawan sekerja aku hairan. Apa yang aku buat dengan laptop aku sehingga diorang ajak makan pun sampai kena paksa aku untuk keluar makan. Diorang kata nanti aku kene colon cancer kalau tak makan. Gila apa. Takkan sampai kene colon cancer kot.Yelah, aku tak lapar lagi takkan nak gi kuar makan. Nanti aku ceritakan pada beliau kerana aku kesuntukan masa hari itu. Mungkin beliau juga sesuai untuk aku jadikan apperantice untuk projek TNX ini. Insya-Allah, akan ada satu forum private untuk semua pembeli Panduan TNX versi 2.0. Di sana nanti, kita akan bincang tentang TNX dengan lebih lanjut. Tapi maaf, hanya untuk pembeli sahaja.

Ps: Agak bengang hari ini. Ada budak perempuan cari gaduh dengan aku. Huh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ehm..apa nak cerita hari ini ye? Sedar tak sedar, dah nak hujung minggu. Minggu ini pun aku masih sibuk dan macam-macam benda yang aku belajar dalam minggu ini. Nak cerita pun, mungkin korang tak berapa faham. Jadi, biarkan ajelah yek. Nanti-nanti aku cerita. Kalau korang selalu lepak kat blog-blog aku yang lain, mungkin ada sikit-sikit yang korang dapat tangkap apa yang aku maksudkan..

Tadi aku pergi talk. Talk pasal MLM. Tapi ni MLM baru dan aku rasa cara penyampaian dari Team 912 nih memang menarik. Aku pergi pun sebab nak temankan kawan aje. Yang datang pun tak ramai sebab MLM ni masih baru lagi walaupun MLM ni mempunyai backup daripada koperasi yang bernama Shamelin. Pernah dengar nama Shamelin tak? Apa pendapat korang tentang business Shamelin nih? Macam-macam aku dengar tadi. Tapi biar aku fikir dulu samada aku berminat nak masuk atau tak. Secara jujur, memang aku berminat nak join 1 syarikat MLM. Tapi yang mana satu, itu aku tak pasti..



Tentang blogging pula, aku memang telah tetapkan yang aku akan teruskan dunia blogging aku. Walaupun mungkin tidak full blast macam 2-3 tahun yang lepas. Tapi mungkin aku akan half blast tetapi dengan secara konsisten dan sistematik.

Tentang kelas Personal Coach untuk TNX. Aku telah tetapkan pengkerasnya. RM100.30 sahaja. Letak duit tu dalam sampul surat dan bagi kat aku sahaja. Ataupun transfer ke akaun CIMB atau Maybank aku. Maaf, aku cuma buat kelas ni jika ada yang berminat sahaja. Ada asas atau tak. Aku tak kesah. Aku akan terangkan apa yang patut korang tahu. Setakat ni, minggu ni ada 3 orang dah selesai. Minggu depan, aku tak pasti. Tapi ada 1 orang dah booked. Awal bulan 8 pun dah ada 2 orang booked. Jika aku takde aral pada hari-hari yang kita dah tetapkan, kelas tu ON sahaja. Bonus dari personal Coach ni, aku akan tambah sikit untuk beberapa program yang sesuai combinationnya dengan TNX. Maksudnya, korang leh buat combination program TNX dengan beberapa program yang sesuai. Program apa, biarlah rahsia dulu. INi bonus tambahan sahaja dari aku. Jika ada yang rasa macam mahal, takde masalah. Leh terus register program TNX dan cuba terus buat duit dari TNX. Takde masalah.

Ps: Tadi, lepas talk Shamelin. Lepak kedai mamak jap. Layan plak tengok cite Red Planet. Fuhh, dah lama gila aku tak layan cerita sains fiksyen camni. Sekali sekala lepak camni, rasa cam orang muda plak. Haha..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Review. Hari ini aku akan sentuh tentang review ataupun ulasan berbayar dalam bahasa melayu atau korang sendiri boleh terjemahkan sendiri mengikut pemahaman masing-masing. Aku yakin ada antara korang yang berjaya membuat duit melalui review atau menulis artikel untuk program-program tertentu seperti Payperpost, Sponsoredreviews, Blogsvertise dan Pay2blog serta banyak lagi. Tak larat aku nak letak semua dan korang leh search kat google jika mahu. Banyak. Tinggal pilih dan sertai sahaja.

Jadi, bagaimanakah hendak membuat review atau ulasan berbayar? Secara mudahnya, ianya tersangatlah senang. Hanya perlu tulis seperti korang menulis diblog masing-masing. Kebiasannya job yang kita dapat tu akan meminta kita menulis sekitar 50-400 patah perkataan sahaja dengan beberapa syarat mudah yang korang kene patuhi. Selapas itu, advertiser akan menyemak dan korang akan menerima bayaran dari pihak advertiser atau pihak yang mengendalikan program tersebut. Contoh untuk program tersebut adalah Payperpost dan Sponsoredreviews.

Jadi, apa yang susah sangat dengan ulasan berbayar ni? Ada beberapa kesusahan yang telah dikenalpasti oleh aku dan juga beberapa orang yang pernah dan tak pernah ambil tahu tentang bab-bab review berbayar ni. Antaranya ialah penguasaan bahasa english yang lemah. Bagi aku itu alasan KUNO yang sepatutnya dihapuskan. Jika benar korang hendak buat duit diinternet ni, korang kene tahu bahasa english. Paling sengal pun, memahami basic english. Jika korang kata english tu susah dan sebagainya. Aku boleh kata korang boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia internet ni. Sebabnya? Korang memanjang memberi alasan. Kalau tidak pun, korang boleh pilih jalan lain untuk buat duit. Tak semestinya hanya dengan tulis review sahaja boleh buat duit. Benda lain pun boleh. Tapi korang kene faham, diinternet, bahasa ibundanya adalah bahasa english. Jika korang lahir di Artik atau Uganda sekalipun, bahasa english yang tetap digunakan di browser Internet Explorer atau Mozilla Firefox korang tu. Jadi, jika mahu buat duit, jika mahu money, belajarlah bahasa english.

Hei. Aku berkata begini bukan sebab aku pandai bahasa english. Keputusan SPM aku dalam mata pelajaran bahasa english adalah 7D dan ketika PMR aku mendapat C dalam bahasa english. Jadi, jika orang yang agak sengal macam aku ni boleh buat duit lebih 1-5k ringgit malaysia dalam masa sebulan, takkan korang tak boleh? Belajarlah dan teruskan belajar. Aku dulu juga bermula dengan kosong. Takde orang bermula dari nombor satu atau sebelas. Semua bermula dari kosong. Hape aku merepek dah nie..

Tak boleh ke buat ulasan berbayar ni dalam bahasa melayu bro? Ini salah satu soalan yang kawan aku tanya tadi. Boleh. Takde masalah sebab aku sendiri menawarkan servis untuk menulis ulasan berbayar atau review sebanyak RM30 untuk ulasan biasa dan RM50 untuk ulasan beserta dengan teknik SEO tertentu yang dapat membuatkan artikel itu berada dalam muka surat pertama di search engine. Jadi, jika aku pun boleh, korang pun boleh. Apa yang perlu buat? Belajar dan banyakkan membaca. Jika ada yang berminat nak pakai servis review aku, sila hubungi aku menggunakan ruang contact diatas. Sila pilih pakej RM30 atau RM50. Takde refund. Nak percuma, tulis artikel sendiri. Ni antara bukti artikel aku pun artikel bodo..



Ini hadiah untuk Review PanduanVCC yang Naem anjurkan aritu. Aku antara orang yang berjaya dapat hadiah utama sebanyak RM30 dan hanya 3 orang sahaja yang bertuah untuk dapat 3 tempat utama tu. Kira ok apa kalau kita tulis artikel kan? Its better than nothing right? Its still money!

Jadi, disini aku nak bagitau, jika korang pandai menulis. Tak kiralah dalam english atau melayu. Pastikan korang belajar cara untuk membuatkan artikel korang menarik dibaca dan juga bijak dalam mempermainkan SEO untuk tujuan trafik. Ini bukan sahaja membantu dalam menulis ulasan berbayar sahaja, malah dalam banyak perkara. Nanti aku ulas tentang perkara apa tu. Aku dah pening lalat ni.

Promosi dari aku. Dapatkan servis Pingdom sekarang. Kenapa? Pingdom offer 75% diskaun untuk penyertaan akaun baru. So, lepas ni. Korang leh dapat sms percuma dari pihak PIngdom jika website atau blog korang down atau up bila-bila masa sahaja. Best woo pakai Pingdom. Haha..tapi kalau nak try secara percuma, boleh. Tapi versi trial cuma bertahan 30 hari aje. Trick kawan aku. Habis 30 hari, buat akaun baru. Habis lagi. Wat akaun baru. Memang sengal tul..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?
Custom Shirt
Outdoor Heater
Wicked Tickets
stubhub tickets
-----------------------------