Archive for the 'BlueAdvertise' Category


Aku malas nak cerita panjang-panjang tentang isu Blueadvertise ni. Sebab bukan aku sahaja yang menghadapi masalah ni, tapi ramai yang sudah kena ban dari Blueadvertise atau akaun blueadvertise mereka deactivated oleh pihak BlueAdvertise. Tapi, sempat jugalah aku dapat 7 kali bayaran dari BlueAdvertise ni. Walaupun tak banyak, rasa macam terkilan jugalah sampai kena ban macam ni. Tak patut betul la..

blueadvertisebanblogger Mengapa aku kena ban dari BlueAdvertise?


Jadi, mengapa ini berlaku?

1. Mungkin aku sendiri ada langgar peraturan BlueAdvertise tanpa aku sedari. Aku sendiri pun tak tahu apa sebab aku kena ban dan aku sendiri tak tahu apa yang aku dah buat sampai akaun aku pun kena deactivatedkan oleh pihak mereka.

2. Memang aku letak iklan blueadvertise ni dekat lebih 10 buah blog. Nak kata aku spam diorang, tak boleh kata macam tu pula. Aku pun letak cuma 1 jenis iklan aje kat blog aku. Takdelah sampai 10 iklan aku letak kat blog aku tu macam sesetengah blogger. Mereka sendiri dah bagi amaran, 1 jenis iklan tu, tak boleh letak lebih dari dua. Entahlah..aku tak tahu..

Jadi, apa yang perlu aku buat?

1. Aku buat akaun baru dan mula balik macam biasa. Tapi aku takkan letak kat blog yang sama. Aku akan letak kat blog-blog yang tidak pernah lagi aku gunakan untuk blueadvertise. Aku masih ada spare blog yang masih boleh aku gunakan. Kita tengok, diorang bayar lagi atau tidak..(aku belum buat akaun lagi, tapi mungkin jap lagi kot..)

2. Atau, aku biarkan aje dan malas dah buat duit dengan Blueadvertise ni. Bukan tak ada lagi program luar yang aku tak boleh join. Masih ada banyak lagi program yang bayar kita melalui impression ni. Contoh terbaik adalah program YMads yang bakal bayar aku dekat 600 usd tu. Hehe..

Setelah apa yang terjadi, aku tahu yang aku memang tak boleh stick hanya dengan satu program. Aku mesti ada banyak program yang boleh support dan bekalkan aku duit-duit paypal untuk memenuhkan tabung paypal aku itu. Jadi, kepada semua rakan blogger sekalian, jangan hanya tertumpu pada satu program sahaja. Bukannya apa, lebih banyak program yang boleh bagi kita peluang untuk buat duit, adalah lebih baik berbanding satu program sahaja. Tetapi aku tak salahkan jika ada antara korang semua yang mahu stick pada satu program sahaja. Jika satu program itu boleh bagi beribu pada korang, stick terus. Tak ada masalah punya.

Sejujurnya, aku ada banyak blog. Jadi, aku tak boleh nak guna satu program sahaja untuk jana duit melalui blog aku. Aku perlukan banyak program untuk jana lebih banyak wang dari blog-blog aku. Lain ceritanya pula kalau aku cuma ada satu blog sahaja yang aktif. Jadi, tidak hairan kalau kita nak stick pada satu program tertentu sahaja. Kalau ada banyak blog, pulangannya juga akan lebih lumayan. Betul tak?

Ps: Okehh..aku nak sambung balik mengarang ebook baru aku tu. Ebook tu juga akan cerita sedikit tentang program BlueAdvertise. Jangan lupa beli bila ebook aku tu dah siap aa. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari Jumaat lepas, aku dah dapat bayaran kelima dari program BlueAdvertise. Nampaknya program ini tidak gagal dengan kacaknya untuk terus bayar aku ke akaun paypal aku. Walaupun tidak banyak sebab memang tak banyak blog yang aku cuba untuk program ini, namun sekurangnya aku masih tetap dapat program dari program yang baru aku jumpa dalam sebulan lebih ni..

komisenkelimadariblueadvertise Komisen ke 5 dari BlueAdvertise


Ok, aku cuma nak kongsi beberapa tips untuk tambah trafik ke blog korang khasnya untuk trafik international. Maksudnya, trafik dari luar negara kita ni. Pertamanya, sila lihat trend apa yang tengah panas dan popular untuk market luar. Cerita pasal Selena Gomez ke, Justin Bieber ke, Kung Fu Panda 2 ke, ulasan filem-filem luar ke dan sebagainya. Memang ramai yang buat begini dan terbukti memang korang boleh dapat trafik dari luar. Pendek kata, tengok trend semasa dan apa yang tengah panas pada waktu ini..

Kedua, attack pada keyword. Cari keyword yang panas. Keyword ni ada dua. Keyword yang kita kena sambar secepat mungkin seperti kad penganalan Obama dan Justin Bieber bercium dengan Selena Gomez. Buat satu artikel berkaitan keyword itu. Keyword tu mesti ada kat title, kat setiap perenggan, dan pastikan juga dibahagian tag, mesti ada keyword yang korang targetkan tu. Ini salah satu cara dan cara ni memang selalu diguna pakai oleh ramai otai blogger diluar sana. Jika blog korang dah berusia 1-2 tahun..itu sangat advantages untuk tackle keyword. Jika blog korang memang dah strong kat search engine, apa jenis keyword pun senang nak tackle jika korang tahu caranya. Sejujurnya, aku nampak ramai blogger Malaysia yang dah tahu cara ni dan gunakan semaksimum mungkin sampai aku rasa macam satu hari nak buat 10-20 artikel setiap hari. Kalau korang perasan, mesti korang jumpa blogger-blogger tersebut. Hoho..

Cara ketiga untuk hari ini, mantapkan blog korang. Banyakkan artikel dalam blog korang. Biasanya dalam tempoh 3-4 bulan, blog korang sudah patut ada lebih dari 100 artikel. (Boleh cuba tiru ujian 3 bulan aku tu.) Itu sahaja dah cukup hebat untuk tackle banyak pembaca dan pelawat ke blog korang. Jika masa itu korang letak iklan adsense dan mojoritinya adalah dari luar seperti US, UK dan Canada, memang senang-senang korang boleh dapat 100-200 dollar setiap bulan. Itu jika Google Adsense? Kalau BlueAdvertise? YMads? Atau program-program yang membayar kita melalui impression? Rasa-rasa berapa yang korang akan dapat?

Keempat, jenis blog korang. Niche blog dan personal blog ada keistimewaanya tersendiri. Aku tidak nafikan mana-mana blog boleh buat duit. Janji kita tahu caranya. Kalau blog niche, contohnya jika blog itu menumpukan niche hiburan, semuanya cerita pasal hiburan dari muka surat pertama hingga muka surat terkini. Jangan tetiba masuk pula cerita pasal politik ataupun kereta. Nanti blog tu jadi macam rojak pula. Lain ceritanya memang korang nak buat blog yang mempunyai 3-4 jenis niche. Itupun tak ada masalah, cuma nampak berselerak sikitlah. Dah tak nampak pula blog tu macam menumpukan satu niche sahaja. Tak nampak originalnya..dan jika ada advertiser, mungkin mereka kurang berminat untuk beriklan. Berbeza pula dengan blog personal, dia boleh masuk semua niche. Dan peluang untuk buat duit lebih besar. Sebab tu, kita nampak ramai blogger malaysia yang ada personal blog, cerita semua benda dalam blog mereka. Sebab mereka tahu, peluang mereka akan lebih besar walaupun blog mereka nampak macam surat khabar..semua cerita nak tulis walaupun kekadang macam ada yang copy-paste dan macam tulis satu dua perenggan aje.. Jadi, pilih mana-mana dan pilih program buat duit yang sesuai untuk blog korang tu. Insya-Allah, korang boleh jana duit dari blog korang.

Ok. Cerita dah habis..aku rasa aku mengarut dah ni dengan tips-tips yang macam tak masuk akal. Tetapi yang tak masuk akal ni ramai orang kita buat. Sebab mereka semua nak dapat hasil yang tak masuk akal. So, semua orang hilang akal. Haha..

Ps: Wokehlah..aku malas nak merepek lagi. Ayat aku agak bercelaru. Kalau korang dapat faham apa yang aku cuba sampaikan, aku ucapkan tahniah. Sebab apa? Sebab korang nampak hint yang aku cuba sampaikan..aku sendiri baca pun, aku rasa pening. Oleh sebab aku malas nak edit balik apa yang aku tulis, korang layankan aje apa yang aku merapu ni. Aku tahu, korang memang sporting dan sempoi. Ok. Layann..haha!

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok, seperti yang korang duga aku dah dapat bayaran terkini dari program BlueAdvertise. Program yang membayar kita dalam tempoh tujuh hari iaitu NET7. Nampaknya, sudah 3 minggu berturut-turut program ini berjaya membayar aku tanpa gagal dan aku yakin ramai juga blogger tempatan yang juga berjaya buat duit dengan BlueAdvertise. Betul tak? Siapa yang dah dapat duit dari BlueAdvertise, sila angkat tangan macam Usop Wilchaa. Hehe..

komisenke4dariblueadvertise Komisen ke 4 dari BlueAdvertise


Memang tidak banyak yang aku perolehi sebab aku pun tak letak iklan banner bagi BlueAdvertise dekat banyak blog yang mempunyai trafik yang agak tinggi. Trafik blog tersebut rendah dan cuma beberapa blog sahaja yang tinggi untuk wujud sebagai blog sokongan bagi program BlueAdvertise.

Jika anda baru datang ke blog ini dan juga baru kali pertama membaca tentang program BlueAdvertise, aku beritahu semula bahawa program BlueAdvertise ini bayar kita berdasarkan jumlah impression atau hits yang masuk ke blog kita berdasarkan kadar yang tertentu. Jadi, berkemungkinan kita boleh buat duit dengan banyaknya dari program ini jika blog korang mempunyai trafik yang sangat banyak sehingga mampu membuatkan semua blogger tanah air jeles dengan blog korang.

Apapun, boleh tahu dengan terperinci disini >> BlueAdvertise

Ps: Aku dengar, abah dengan mak aku gi dating hari ini. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku tak nak buang masa, nak hantar laptop ni gi klinik. Demam panasnya dah teruk sangat. Baru pasang tak sampai setengah jam, dia pandai off sendiri walaupun aku dah letak cooler kat bawah laptop ni, Maklumlah, laptop pun dah berusia, macam-macam penyakitnya. Aku tak nak laptop ni dapat penyakit jantung pula, jadi untuk pencegahan, aku akan hantar ke klinik untuk buat post-moterm secara menyeluruh.


komisenke3dariblueadvertise Komisen ketiga dari BlueAdvertise


Masuk cerita pasal program yang baru aku jumpa tak sampai 2 minggu ni, ya, inilah bayaran ketiga dari program BlueAdvertise. Serentak bayaran dengan bayaran Bursttraffic. Aku rasa, korang dah boleh letak kepercayaan kat program ini untuk cuba buat duit dengan blog korang.

Ecpm untuk program ini bagi trafik lokal adalah $0.01. Memang sangat rendah, tapi ini tidak bermakna kita tak boleh dapat langsung duit dari program ini. Boleh, tapi rendah sikit la. Kalau trafik dari luar tinggi, korang boleh dapat lebih dari program ini. Nak cuba atau tidak, korang fikir masak-masak. Nanti kata aku paksa pulak. Ada yang kena tumbuk nanti. Haha..tapi tak salah mencuba kan?

Dahh, leh cuba kat sini >> BlueAdvertise

Ps: Ini program buat duit dengan blog. Takda kaitan dengan 3gp ataupun cerita biru yang popular tu.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011