Archive for the 'blogstarz' Category


Aku mahu keluar sebentar lagi. Ada urusan yang perlu diuruskan dengan kadar yang segera. Jadi, jika post yang sederhana pendek ini tidak memuaskan hati korang. Aku mintak maaf.

Ya. Ini bayaran ke 5 yang aku perolehi dari program TNX. Aku yakin beberapa hari lagi aku akan berjaya memperolehi bayaran yang ke 6. Sebabnya payout adalah serendah 5 dollar sahaja. Aku tidak rasa itu terlalu sukar berbanding beberapa bulan yang lepas ketika aku baru bermula dengan TNX. Bagi aku, TNX adalah sumber pasif baru bagi aku untuk mendapat sedikit pendapatan daripada blog.

tnxnovemberpaymentij4.th I Got 5th Payment From TNX


Nampak? Walaupun jumlah yang aku dapat kali ini tidak banyak. Tetapi ianya berhasil. Taktik gerila dan taktik yang aku kaji berjaya walaupun blog aku itu tidak memenuhi beberapa aspek yang mampu menambahkan nilai point bagi setiap TNX-points yang aku hendak. Aku yakin nilai itu akan bertambah dan aku cuma perlu banyakkan backlinks dan traffic. Harap ianya akan berjaya.

Baik. Itu sahaja update TNX untuk kali ini. Korang boleh rujuk pada artikel-artikel yang lepas untuk membantu korang memahami cara untuk buat duit dengan TNX. Tidak sukar dan tidak juga terlalu mudah. Apa yang perlu, korang mahir menulis di blog masing-masing dan tahu bagaimana hendak menambahkan nilai TNX-points korang setiap hari.

Ps: Ini bayaran pertama untuk bulan November. Aku ada firasat bahawa aku akan dapat 1-2 lagi bayaran dalam bulan ini. Cuma aku tak pasti bila. At least, lebih bagus dari segi bayaran berbanding Blogstarz. Blogstarz, dibayar 2 bulan sekali. Manakala TNX, dibayar berkali-kali setiap bulan asalkan melebih 5 dollar sahaja.

Pss: Mahu lihat cek ketiga aku dari Nuffnang?

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Yael Naim - New Soul.mp3]

Hari ini aku cuma nak beritahu bahawa Matched telah membayar aku lagi bayaran yang sepatutnya aku dapat bulan lepas, tapi tak dapat-dapat. Dalam bayaran tersebut, diorang bagitau ini adalah additional payment untuk bulan Oktober. Tak banyak, tapi ini sudah cukup gembira kerana percubaan aku mendapatkan balik hak aku berjaya.

additionalpaymentmatchehx5.th Komisen Bayaran Ke 7 dari Matched


Aku telah cuba email mereka lebih dari 10 kali. Tetapi setiap kali aku email, email itu akan datang semula ke inbox aku. Ini bermaksud, email mereka ada masalah dan ianya bukan salah aku. Malah, aku sendiri telah pergi ke forum Matched untuk mendapatkan kepastian dan maklum balas dari admin dan mod mereka. Masih juga gagal untuk mendapatkan response. Akhirnya, aku terjumpa satu email dan aku cuba untuk menghubungi jake. Siapa Jake? Jake adalah admin bagi program Matched.co.uk ini. Akhirnya membuahkan hasil dan Jake telah menghubungi aku melalui email dan memberitahu akan menyemak semua link aku yang telah approved.

Semalam, lagi 2 link blog aku direject. Tak apa. Aku boleh hantar link baru. Janji mereka sudah mengotakan apa yang sepatutnya mereka buat. Aku harap mereka akan berubah dengan lebih baik dan program Matched akan mendapat lebih ramai advertiser. Sedikit sebanyak, perkara ini sangat menggembirakan aku kerana aku yakin selepas ini, tidak ada lagi link aku yang tidak berbayar.

Jadi, jika korang rasa ada yang tak kena dengan akaun korang. Korang boleh la email mereka dan cari mereka diforum Matched. Jangan dok diam aje dan mula salahkan sesiapa. Program ini tidak sempurna seperti yang kita nak. Jadi, support antara publisher, advertiser dan admin mestilah bagus. Jika kita ada masalah, mereka juga ada masalah. Untuk selesaikan masalah ini, ketiga-tiganya kene berusaha. Kalau aku tak berusaha untuk menghubungi mereka, adalah mustahil untuk Jake menghubungi aku bukan?

Itu sahaja untuk hari ini. Jika ada yang belum menyertai program Matched. Bolehlah mencuba sekarang dan rujuk post-post aku yang lepas tentang Matched : Matched.co.uk

Ps: Program Blogstarz dan Matched. Mana korang lagi suka?

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


I got one payment from Text Link Ads. Hoho!

Hari ini aku cuma hendak tunjuk dan kongsikan satu lagi bukti bayaran yang aku terima untuk program Text Link Ads. Aku rasa korang dah tahu tentang Text Link Ads bukan? Setiap bulan aku akan menerima sejumlah wang dari TLA. Setakat ini memang tak pernah failed setiap bulan.

paymenttextlinkadsoctobjn9.th Komisen Ke 10 dari Text Link Ads


Jadi, jika ada antara korang yang belum menyertai program TLA ini, korang boleh menyertai mereka dengan kadar yang segera. Korang semua boleh rujuk post-post aku yang lepas untuk ketahui bagaimana cara hendak buat duit melalui program TLA.

Ini antara program yang menjadi salah satu income passive melalui blog yang telah aku pelajari. Jika nak diceritakan, terlalu banyak program yang sama macam Text Link Ads atau TLA ini, tapi tak semua setanding dan sehebat TLA. Backlinks dan Teliad antara pencabar utama TLA. 3 program ini mempunyai modus operandi yang sangat serupa iaitu menjadi penyedia ruang untuk jual beli text link di website atau blog korang. Jadi, sudahkah korang menyertai program seumpama ini? Yang pasti, ianya sangat berbeza dengan program buat duit Blogstarz ataupun Buluhmas. Hoho!!

Ok. Itu sahaja untuk hari ini. Jika ada blog, sertai Text Link Ads sekarang : Text Link Ads

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Seperti yang aku rancang semalam. Aku akan tulis sesuatu hari ini. Aku rasa entry ini akam memasuki search engine google dan yahoo dalam masa 1 minggu ini. Ok. Apa yang aku nak cerita hari ini adalah tentang apa itu BlogStarz. Aku rasa 1-2 minggu ini cerita Blogstartz sangat panas dan ramai gak blogger yang menulis tentang pandangan diorang tentang Blogstarz.

Ada yang kutuk, ada gak yang tak berapa faham, ada gak yang bengang, ada juga yang menyokong. Yang menghina pun ada. Yang kutuk sana sini pun ada dan tak kurang juga yang tak puas hati. Rileks, kita cuma nak berbincang apa yang Blogstarz mampu berikan pada orang-orang yang hendak buat duit melalui Blogstarz ni. Jadi, mari kita bercerita..

Apa itu Blogstarz?

Pada pandangan aku, Blogstarz sama sahaja seperti Blogspot atau Blogdrive. Yang berbeza adalah, Blogstarz adalah versi berbayar. Blogspot dan Blogdrive pula versi percuma.

Apakah perbezaan ketara Blogstarz dengan penyedia blog yang lain?

Blogstarz menawarkan program buat duit yang CONFIRM dapat duit. Blogspot atau penyedia blog percuma langsung TIDAK menawarkan program buat duit. Malah, Blogstarz merupakan penyedia blog versi berbayar. Sudah pasti banyak tawaran dan servis yang menarik disediakan oleh mereka.

 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Blogstarz


Adakah Blogstarz Scam, Fraud atau Menipu?

Sila rujuk pada website ini : Blogstarz Scam?

Berapakah yang perlu kita bayar untuk menyertai Blogstarz?

Ada beberapa pakej yang boleh korang pilih. Pakej termurah adalah RM99 sahaja.

Bagaimana kita boleh buat duit dengan Blogstartz?

Blogstarz memberikan kita 3 cara untuk buat duit iaitu Perkongsian Clickshare dan Sistem Reverse Charge. Kalau jual produk kat blog blogstarz tu, aku rasa semua blog atau website, itu bukan apa yang ditawarkan oleh Blostarz, itu kita jual sendiri. Beza besar tu. Dan kita juga boleh buat duit dengan menjadi rakan kongsi perniagaan Blogstarz seperti By2Automatch. Malah, ada gak peluang dapat duit dengan cari blogger untuk join Blogstarz ni. Sila rujuk sini : Arkib Blogstarz

—————-

Dipendekkan cerita, serba serbi memang Blogstarz ni SANGAT BAGUS dari pandangan mata aku dari banyak aspek. Dan mungkin seperti yang diwar-warkan akan membuka minda orang yang langsung tak tahu pasal internet, akan tahu pasal internet dan mula berminat untuk menulis blog. Malah, mungkin ini peluang mereka memasarkan produk mereka. Pelbagai kemungkinan kita boleh fikirkan. So, korang leh fikir apa yang bagus pada Blogstarz ni dari segi kebaikan.

—————-

Keraguan Tentang Program Blogstarz ClickShare

Terdapat beberapa keraguan dan tanda tanya timbul apabila ramai yang mempersoalkan tentang perihal Clickshare yang ditawarkan oleh Blogstarz. Sila lihat gambar dibawah :

 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Blogstarz


Ini keraguan aku dan member lain tentang program Clickshare.

Blogstarz menawarkan RM0.10 sehingga RM1.00 jika kita klik mana-mana adsense pada blog anda di Blogstarz. Jadi, korang leh klik mana-mana iklan adsense di blog korang. Tapi maksimum adalah RM200 sahaja. Aku tak tahu bagaimana untuk mengetahui berapa banyak klik yang diperlukan untuk mencapai Rm200 itu. Tapi aku rasa, mesti banyak kali kene klik untuk capai RM200. Kalau paling cikai, 1 klik dapat bagi kita RM0.10. Ini bermakna mungkin 2000 kali kene klik iklan adsense baru mencapai RM200..fuh. Penat nak klik tu. Tapi aku yakin tak ramai orang klik sebanyak tu. Mungkin ada iklan adsense yg bernilai RM1 atau RM0.50. Itu bergantung pada pihak Blogstarz menentukan harga bagi setiap klik di iklan adsense yang dilakukan oleh ahli mereka. Ok.

Apakah keraguan disini? Keraguan pertama. Kalau nak dapat duit dari Blogstarz, mesti kene klik iklan adsense diorang. NO Ads Click, No money. Itu yang aku faham. Tapi dalam 2-3 hari ini, aku dapat lihat ada iklan dari Blogstarz sendiri dan juga iklan Adbrite. Mungkin kerana ramai yang komen sana sini, diorang menambah iklan dari company yang berbeza dan menggunakan sistem rotator bagi memaparkan iklan-iklan tersebut. Jadi, agaknya, berapakah yang Blogstarz akan bayar untuk 1 iklan klik untuk iklan BLogstarz dan Adbrite? Itu aku tak tau. Takde kenyataan lagi kat website Blogstarz. Yang adsense ni pun aku rujuk dari blog lain.

Keraguan kedua timbul ialah sistem Clickshare itu sendiri. Kita semua maklum, Google Adsense tidak membenarkan kita klik iklan Adsense kita sendiri dan tidak membenarkan kita menggalakan dan menyuruh orang lain klik adsense kita. TOS Adsense dan policy adsense sendiri menyatakan kita tak boleh klik iklan Adsense sendiri. Ada satu kotak chat yg tulis. Kita kene click iklan setiap 5 minit sekali. Aii, biar betul. Dalam hal Blogstarz, aku tidak tahu pihak Blogstarz ada klik iklan sendiri atau tak. Itu kene tanya diorang. Tapi mereka menggalakan ahli-ahli Blogstarz untuk klik iklan adsense. Jika tidak, mereka tidak ada peluang untuk buat duit dengan Blogstarz. Macam aku cakap, No ads click, no money.

Aku yakin tidak ramai pengguna baru atau blogger yang baru tahu menyertai Blogstarz tahu tentang TOS Google. Yang tahu pun, mungkin buat tak kisah sahaja. Jadi, ini yang membuatkan ramai orang ragu-ragu dan tak berminat untuk menyertai Blogstarz. Masalah haram atau halal. Aku tak tahu. Baik tanye pada mereka yang lebih pakar. Jadi, itu terpulang pada pandangan masing-masing. Semua benda mempunyai risiko tersendiri.

Keraguan ketiga timbul pada masalah bayaran. Ok. tadi aku kata sehari kita mampu capai RM200 kan? Modal kita untuk sertai adalah seminimum RM99 sahaja. Jadi, korang dah balik modal dan dapat untung selama 1 bulan sahaja. Hebat bukan? Tapi, dari apa yang aku tahu, bayaran akan dibuat hanya untuk 2 bulan sekali. Jadi, andai katalah, kita dapat jana RM200 sehari. Dalam 30 hari, kita mempunyai potensi untuk capai RM6000!! Wow! Sangat lumayan. Pendapatan adsense aku sendiri tidak sehebat itu. Itu baru satu bulan? Kita dibayar 2 bulan sekali. Jika kita bernasib baik, kita akan dapat capai RM12000 selama 2 bulan! Wow lagi!! Lumayan bukan? Dan jika ada 1000 orang yang berjaya capai level tersebut dalam 2 bulan. Blogstarz kene bayar 12 000 000.00. Erk..berapa tu? 12 juta ringgit malaysia!

Wow! Satu kira-kira yang mengiurkan..Ini hanya kira-kira mudah. Ok. Cincailah. 500 orang berjaya capai. Sekurang-kurangnya RM6 juta diperlukan untuk bayar member Blogstarz. Wow, mesti keuntungan Blogstarz lebih dari jumlah itu jika mereka mampu bayar ahli mereka kan? Tapi biasanya, kira-kira aku ini mesti lari punye. Sebabnya? tak semua orang akan berjaya dapat RM200 sehari. Confirm. Mungkin ada yang RM10 je sehari, mungkin ada yang RM15 je sehari..ada yang RM1 je sehari..kalau ada yg tak klik hari ni, diorang tak dapat apa-apala kan? So, tak semua berlaku seperti yang aku kira tadi. Tapi aku rasa, banyak gak yang diorang kene bayar kat ahli diorang setiap 2 bulan. Mesti diorang tahu camana nak bayar member diorang kan? Mesti ada jalan penyelesaian. Ini cuma kira-kira mentah dari aku sahaja. So, inilah hasil rambang yang korang akan dapat hasil klik iklan adsense, blogstarz ads dan adbrite atau iklan private mereka yang aku tidak tahu.


Keraguan keempat timbul dipihak advertiser. Mungkin ada advertiser yang membeli ruang pengiklan di Google dan Adbrite akan mengalami kerugian. Ini kerana visitor yang datang adalah bertujuan untuk mendapatkan komisen hasil klik di Blogstarz. Jika korang ditempat Advertiser, apakah pandangan korang? korang suka diperlakukan begitu atau korang jenis tak kesah? Mungkin ada advertiser tak kesah dan beranggapan mungkin 10% daripada visitor yg click iklan itu akan berminat dengan iklan mereka. Tapi bukankah itu tidak adil? Adbrite dan Adsense mempunyai hak untuk mengantung akaun Blogstarz kalau mereka tahu hal tersebut atau ada yang gatal tangan membuat laporan. Jadi, apa pendapat korang sebagai advertiser? Aku sendiri pernah menggunakan banyak PPC untuk beriklan. Jadi aku tahu perasaan advertiser Google dan Adbrite.

Keraguan kelima. Rata-rata yang menyertai Blogstarz tertarik hendak buat duit mudah melalui sistem Clickshare. Jika ada yang menyertai blogstar hanya untuk tujuan blogging sahaja. Itu mengarut namanya. Dinasihatkan, kalau nak tulis tentang diri korang. Baik daftar blogspot dan tulislah apa yang korang nak. Blogstarz bagus untuk mereka-meraka yang hendak buat duit dan mahu buat duit. Jadi, ini perbezaan yang ketara. Blogstarz khas untuk mereka yang hendak buat duit. Dan cara buat duit yang sangat popular adalah clickshare iaitu klik iklan yang ada diblog Blogstarz masing-masing.

—————

Itu sahaja. Aku rasa dah cukup panjang aku mengulas dan menulis keraguan tentang Blogstarz. Dari Clickshare sahaja aku rasa ramai yang boleh bercerita berjela-jela. Kalau clickshare itu tidak diperkenalkan. Adakah korang rasa Blogstarz akan wujud? Adakah Blogstarz mampu menarik perhatian orang lain untuk menulis blog? Banyak persoalan timbul dan aku hormati pandangan korang masing-masing. Jadi, ruangan komen sentiasa terbuka. Silalah beri komen dan hujah anda. Ingat, ini hanya pendapat sahaja. Dan penerangan di website Blogstarz sangat sedikit. Tidak terlalu perinci yang diterangkan tentang Clickshare. Ada banyak lagi point. Tapi cukuplah 5 keraguan sahaja. Aku cuma ragu aje. Mungkin ada kenyataan aku salah. JIka salah, sila beritahu yang betul. Boleh? Jika salah, aku akan wat counter post untuk entri ini. Takde hal punya..

Ps: Jadi, inilah antara cara buat duit dengan Blogstarz. Mudah bukan? icon smile Edisi Siasat: Buat Duit dengan Blogstarz

Popularity: 12% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011