Archive for the 'blogging' Category


Ya. Ada hasil sikit hasil dari penglibatan aku dengan jus monavie ni. Tak banyak, tapi bolehlah kan. Sebenarnya aku dah terlupa sangat pasal Monavie ni sejak aku sibuk berkursus. Sampai siap lupa maintain bulanan lagi. Haha..takpe. Nanti ada masa, aku gi HQ, bila 2-3 kotak untuk stok baru jus monavie. Aku punya stok dah tinggal sekotak dua aje lagi. Tak cukup tu untuk minum 2-3 minggu ni. Kena topup dulu la gayanya.

komiseninnitybaru Komisen pertama dari Monavie


Siapa yang berminat dan mahu penerangan. Leh contact aku. Tanya ajelah apa yang patut. Aku tahu, aku jawab. Aku tak tahu, aku tanya upline aku. Dia leh jawab. Aku bagitaulah jawapan dia pada korang. Jujur. Aku tidaklah tahu sedalam-dalamnya tentang Monavie. Aku tahu apa yang aku baca, apa yang aku kaji dan apa yang aku lihat. Benda yang aku tak baca, benda yang aku tak tahu, benda yang aku tak kaji dan juga benda yang aku tak pernah nampak, of courselah aku tak tahu. Kalau ada soalan aku tak boleh jawab. Sila faham. Aku tak tahu. Aku tak nak tipu korang. Sebab Monavie ni, memang MLM. Banyak orang kata MLM ni menyusahkan. Aku tak nafikan hal itu. Sebab tu, nasihat aku..nak join MLM ni mesti ada 3 benda. Modal, produk power dan Semangat yang tak mengaku kalah. Ada 3 benda ni, insya-Allah..boleh meletup punya.

Bab MLM ni, aku tak salahkan mana-mana syarikat MLM. Kerja mereka memang nak buat untung. Tapi aku tak suka sikap sesetengah orang kita yang mempromosikan MLM ni. Bab paksa tu dah jadi lumrah. Bila orang kata memang dia tak ada duit nak buat MLM ni, JANGAN DOK paksa mereka lagi dah. Nak cari orang yang nak buat duit ni senang sebenarnya. Biasanya mereka yang cari kita. Jadi, orang yang cari kita nilah kita didik sebaiknya tentang syarikat MLM yang kita sertai tu. Orang yang malas cari kita, toksah buang masa. Tugas kita, didik mereka, beri informasi dan teruskan promosi. Biasanya, orang kita ni bila dah ramai join sesebuah MLM tu, barulah mengada-ngada nak join. BIla rasa macam ramai dah join, mulalah malas nak promosi dan start bagi 1001 alasan malas nak aktif dengan MLM walaupun dah dipujuk oleh kawan-kawan dan upline..bagi aku, mereka yang gagal dalam MLM ni, hampir 99% adalah disebabkan sikap diri sendiri. Tak perlu nak salahkan upline, syarikat dan orang lain. Cuma 1% aje disebabkan oleh faktor-faktor yang malas aku ceritakan disini.

jusacaimonavie 300x215 Komisen pertama dari Monavie


Bukan sahaja MLM, even kerja kat pejabat pun. Bila ada orang baru masuk, tiba-tiba tak sampai setahun boleh naik gaji dan naik pangkat, sedangkan korang yang dah bekerja 4-5 tahun, tak pernah-pernah naik pangkat. Mesti korang bengang kan kalau kena situasi macam tu. Tapi cuba fikir, mengapa korang tak dapat naik pangkat kalau korang malas, buat kerja malas, bila bos suruh buat kerja, bangkang aje, kutuk bos belakang-belakang, buat kerja sambil lewa, mengumpat dan bergosip kerjanya dan macam-macam lagi. Jadi, tidak hairanlah kalau ada budak baru masuk, kerja bagus, ada ijazah lagi, rajin buat kerja tanpa disuruh, even disuruh pun buat dengan kacak sekali. Mana-mana bos dan CEO syarikat pun suka kalau ada pekerja macam ni. Naik gaji seribu dua pun tak membangkrapkan syarikat punya.

Apa aku cakap ni, apa yang berlaku dalam realiti kehidupan di Malaysia. Aku dah kerja macam-macam kerja. Baik kerajaan, swasta ataupun kerja sendiri. Perangai semua lebih kurang aje. Yang malas, yang menindas, yang gila kuasa, yang ditindas dan macam-macam lagi. Kalau tak kuat, selamanya kita kat bawah. Aku tak suka duduk bawah lama sangat. Ada masa dan kena masa, aku nak duduk diatas. Sampai bila nak duduk kat bawah kan? Kena masa, kita patut rampas kuasa. Haha..

Ps: Ok..dah mengarut sangat dah ni. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku gi kursus. JANGAN tanya aku kursus apa. Nanti semua salah teka. Aku tak suka bagi soalan kuiz yang jawapannya ada macam-macam. Jadi, abaikan perenggan pertama ini. Boleh?

Ok. Ini komisen terbaru dari salah satu program affiliate yang aku sertai. Program ni bernichekan coklat. Aku rasa korang dah tahu kan aku dah join macam-macam program affiliate yang bersandarkan coklat. Jadi, salah satu daripadanya membuahkan hasil. Bolehlah. Tak banyak, tapi bolehlah aku belanja gadis-gadis muda yang comel-comel kat sini. Haha..

419422 409494672409733 100000476123832 1724722 1966055104 n Komisen kedua dari BuatCoklat.com


Kepada yang dah dapat bayaran untuk contest lepas, tahniah. Jangan joli dengan duit tu. Siapa yang belum claim. Sila claim. Siapa yang belum dapat duit terutamanya yang minta guna akaun CIMB. Aku minta maaf. Agak kelam-kabut 2-3 hari ini sampai bank CIMB yang kat depan mata pun aku boleh tak nampak. Jadi, lewat sikit untuk bayaran guna CIMB. Tapi kalau korang minta guna Maybank atau Paypal, insya-Allah aku boleh bayar online selagi celcom broadband aku ni tak habis bandwidthnya.

Kepada para peserta Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012, jangan lupa untuk kasi pekat keyword lelaki kacak diblog masing-masing. Ada 3 fasa dalam 3 bulan ni yang korang kena jaga-jaga. Fasa permulaan ni, korang kena banyak henjut backlink ke blog utama korang. Camana nak buat backlink? Sila Google atau baca kat blog yang dok cerita pasal SEO dan backlink. Buat benda yang sama pada bulan kedua dan fasa terakhir, pada hari-hari nak dekat judgement day tu..korang pulun habis-habisan. Tak perlu buat hari-hari, nanti kena tendangan penalti plak dari Google. Kena sandbox, kena tu, kena ini. Korang gak yang sakit. Aku tak sakit. Aku sengih aje. Haha..

Ps: Fuh, mengamuk plak Mama Murai. Apa pasal agaknya ye??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Esok aku ada banyak benda yang kena siapkan. Jadi, aku nak beradu dulu. Siapa yang mahu temankan? Orang lelaki tak boleh aa. Gadis-gadis sahaja. Haha..

Ok. Aku dah transfer dan buat bayaran bagi mereka yang dah bagi no akaun bank kat aku untuk sebahagian besar 15 orang blogger kacak semalam. Terutamanya bagi yang bagi akaun Maybank. Untuk CIMB, paypal atau bayaran melalui topup Maxis atau Celcom, aku akan usahakan secepat mungkin. Buku yang korang menang tu, akan dapat dalam 1-2 minggu ini. Aku tak berani bagi jaminan esok akan sampai. Jadi, sila tunggu dengan kacaknya.

424547 406089672750233 100000476123832 1714747 1363837635 n Komisen ke 90 dari TNX


Ini pula bayaran terkini yang aku dapat dari program TNX. Tak banyak. Aku keluarkan sebab nak bayar 2 bijik domain yang kena renew. Maklumlah, duit paypal aku memang cepat habis. Jadi, kena topup melalui TNX. TNX biasanya akan bayar kita dalam 1-7 hari selepas kita request. Paling cepat aku pernah dapat dalam 24 jam. Paling lambat, mahu dekat 2 minggu. Tapi aku tak ada masalah dengan TNX. Setakat ini, mereka kekal kacak membayar aku tanpa gagal.

Tak lama lagi, akan tercapai juga salah satu misi aku bersama TNX. 100 kali bayaran dari TNX bakal tercapai. Doakan aku berjaya capai sebelum TNX ni bungkus. Aku harap, diorang tak bungkus. Bagilah peluang kat aku untuk capai impian aku tu. Hoho..

Ps: Sharizat berundur ke memang tempoh dia jadi senator tu dah nak habis??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Ini merupakan update ringkas untuk bayaran dari program Text Link Ads. Satu bayaran untuk akaun publisher dan satu lagi bayaran untuk affiliate program. Kedua-duanya dibayar dengan bayaran yang berbeza. Tidak dicampurkan. Jangan tanya aku mengapa. Sebab aku sendiri tak tahu mengapa ianya terjadi. Kadang-kadang, bukan semua lelaki kacak tahu dalam hal-hal TLA ni. Ada juga benda yang aku tak tahu. Faham?

431654 399232326769301 173579686 n Komisen ke 51 dan 52 dari Text Link Ads

431654 399232323435968 100000476123832 1694686 340941936 n Komisen ke 51 dan 52 dari Text Link Ads


Memang tak banyak. Tapi aku bersyukur sebab masih mampu dapat duit dari program TLA ini tanpa perlu memukul atau mencopet beg tangan gadis-gadis muda yang perasan lawa. Bukan apa, kekadang aku geram gak dengan golongan gadis yang perasan lawa ni. Sudahlah pakaiannya kadang-kadang menyeksa jiwa. Bawa pula beg yang cantik dan mahal. Ingat pencopet atau peragut tak bertauliah ni bodoh ke? Mereka tahu juga beg mana yang mahal atau beg yang murah.Diorang tak bodoh. Pulak tu, bawa beg segabak besar. Bukan aku tak suka bawa beg besar-besar tu, tapi pepandailah jaga. Dan cara pegang beg tu pun, peganglah betul-betul. Kalau betul cara pegangnya, peragut datang naik motor, peragut tu yang tergolek. Masa tu, silalah gadis-gadis muda atau makcik yang tak berapa muda ni bagi tendangan tanpa bayang dan tinju super sonik tak terbatas kepada peragut terebut.

Merepek dah ni. Haha..

Ok. Berbalik kepada program TLA. Aku bukan terer dalam bab-bab bersilat dengan TLA ni. Aku boleh katakan aku agak gagal dengan TLA sebab gagal maintain 10usd sebulan dari program ini. Yelah, nak update blog dan kekalkan momentum blog, nak cari pagerank dan nak kekalkan prestasi alexa rank, bukan satu kerja yang mudah. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Untuk superblog, memang aku sendiri akan kendalikan secara personal terutamanya yang melibatkan program premier macam Innity, Admax, Adstract, Google Adsense, TLA, TNX dan beberapa program yang lain. Tapi kalau program biasa seperti Nuffnang, Advertlets, Triond, Paid-to-Promote, CPM.biz, Metavertizer dan banyak lagi program lain, memang untuk update blog tu aku tidak lakukan dengan tepat. Ada masa, aku update dan ada masa, aku cari orang, upah diorang tolong update. Kena plak sekarang ni memang aku boleh kategorikan aku sakit kuat. Memang susah nak buat kerja dan nak berjalan. Jadi, kalau ada yang aku tak update dan ada masa aku tak online mahupun balas email atau komen korang, sila maafkan aku atas kekurangan dan kekhilafan aku. Sesungguhnya, aku insan lemah walaupun aku sentiasa kacak.

Oklah. Aku memang pening kepala ni. Nak rehat sat.

Ps: Dah berapa botol dah aku telan ubat batuk ni. Huh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011