blogging | EarnCent.com


Archive for the 'blogging' Category


Sementara aku sempat update blog ini, aku update juga satu lagi bayaran ciput yang aku terima dari Triond. Yap, bayarannya sangat rendah. Tetapi ianya membuktikan bahawa kita tetap boleh buat duit dengan program Triond ini. Ya, aku tahu ada yang gelak sebab aku tunjuk bukti bayaran yang rendah-rendah macam ini. Biarlah kalau ada yang gelak. Jika korang faham apa yang aku lakukan, aku yakin korang takkan gelak setelah mengetahuinya.

Ini bukti bayaran yang aku dapat dari Triond. Cukuplah. Leh beli gula-gula hacks kegemaran aku tu. Boleh meneman aku yang kadang-kadang mengantuk malam kalau sabun Aqura dah habis guna. Hehe..



Cara nak buat duit dengan program Triond ni tidaklah susah sangat. Korang boleh pilih 2 cara untuk buat duit dengan Triond. Pertama, melalui gambar. Yang kedua, melalui artikel. Jika korang ada banyak gambar yang menarik, upload gambar korang di Triond dan letakkan tag yang sesuai dan panas di gambar tersebut. Aku yakin, ramai orang akan search gambar tersebut nanti. Melalui cara inilah aku berjaya dapat komisen dari Triond sebanyak 5 kali.

Bagaimana pula dengan Artikel? Ya. Korang boleh buat duit melalui artikel. Senang sahaja. Korang fikirkan satu topik yang menarik, letakkan keyword-keyword panas dan korang yakin ramai orang akan berminat dengan keyword tersebut, letak sikit perasa SEO, boldkan apa-apa yang patut dan buat artikel yang agak tersusun dari segi bahasa. Nak senang, buat sistem point. Itu lagi mudah. Tak perlu nak buat karangan macam aku tengah karang nih..dah siap semua. Haa, submit dan tunggu pihak Triond aktifkan artikel tersebut. Selalunya dalam 2-3 hari sahaja. Kalau gagal, korang buat artikel lain yang lagi hebat dari yang sebelumnya. Macam tak biasa tulis artikel plak, kan?

Ok. Itu sahaja. Banyak benda lagi pasal Triond ni. Tapi lebih baik korang fikir dulu dan decide, nak join atau tidak. Jika korang selesa dengan program yang korang sertai sekarang, tak perlu join triond. Tapi kalau tanya aku, aku join semua program yang aku suka. Yang tak suka pun kekadang aku join. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan mencabar minda sahaja..

Ps: Dah tak penat. Tapi nak tidur petang ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Dalam 2-3 minggu ini memang kehidupan aku dipenuhi dengan kerja, kerja dan kerja. Memang besar perbezaan antara kerja-kerja seorang blogger, kerja-kerja seorang blogger dan kerja-kerja seorang penjawat kerajaan. Sangat berbeza dan aku akui aku mula menyukai kerja-kerja tersebut.

Kerja-kerja seorang blogger

Aku akui aku memang sangat suka dengan kerja ini. Sejak aku melangkah ke dunia blogging ini. Banyak benda yang aku dapat tak kiralah benda baik atau benda yang kurang baik. Aku terima seadanya. Mana taknya, ketika aku memulakan dunia blogging pada 2006, aku hanya bermula dengan blogspot sahaja. Itupun blog personal dan aku itu juga blog yang aku gunakan untuk buat duit dengan program Google Adsense dan akhirnya, aku berjaya dengan blog tersebut. Pada tahun 2007, aku beli domain pertama dan kedua aku dan akhirnya sehingga hari ini aku sudah membeli lebih dari seratus buah domain dari pelbagai syarikat. Semuanya untuk projek-projek blogging aku dan separuh daripadanya telah aku set untuk membantu aku menjana income secara automatik.



Ya..percaya atau tidak, income TNX, TLA dan Google Adsense telah menjadi 3 side income automatik bagi aku setiap bulan. Biarpun jumlahnya tidaklah sebanyak mana, tetapi aku tidak putus duit dari 3 program tersebut.

Selain itu, servis seperti mengaktifkan akaun paypal dengan menggunakan VCC juga merupakan servis paling untung yang pernah aku lakukan. Selama 3 tahun lebih aku buat servis ini dan tidak salah aku katakan yang aku sudah jana lebih dari 10k daripada servis ini. Pernah dalam 1 bulan aku berjaya mendapat bersih 1k daripada servis ini sahaja. Dulu la. Tapi sekarang, aku sudah tak menawarkan servis ini. Sebab aku terlalu sibuk dengan kerja kerajaan aku sekarang ni. Servis review dan penjualan banner di blog-blog aku juga merupakan income yang lumayan sejak aku menceburi bidang ini. Alhamdulillah. Itu sedikit sebanyak tentang kerja-kerja blogger aku..

Kerja-kerja seorang Internet Marketer (IM)

Kerja ni berbeza dengan kerja-kerja blogger. Aku tidaklah mahir sangat dan aku bukanlah seorang IM yang berjaya. Aku lebih cenderung dengan dunia blogger. Aku pernah muncul dengan beberapa panduan seperti Panduan Rajapayloadz, panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan terkini adalah Panduan TNX 2.0. Alhamdulillah, kesemua produk itu berjaya membantu aku sedikit income setiap bulan. Jangan tak percaya, panduan Shareasale, Panduan VCC, Panduan Tunemoney dan Panduan TNX 2.0 merupakan penyumpang utama aku setiap bulan jika dikira dari sudut IM. Sedikit sebanyak, panduan tersebut membantu diri aku dan juga rakan-rakan yang lain dari pelbagai aspek. Tidak salah aku katakan bahawa melalui kerja-kerja blogger ini aku mampu untuk tidak lapar setiap bulan.

Dan Panduan TNX 2.0 merupakan produk panas yang pastinya berbeza berbanding produk aku yang lepas kerana inilah satu-satunya Panduan TNX yang berbahasa melayu di dunia dan juga di Malaysia. Mungkin aku bukan pengguna TNX yang hebat, tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya mendapat 100 dollar sebulan dari program ini dan panduan yang aku tulis itu akan membantu ramai pembeli dan blogger untuk menjana pendapatan dari TNX. Insya-Allah, kita semua bolehh..

Kerja-kerja seorang penjawat kerajaan

Pastinya sangat berbeza. Aku kena bangun awal pagi. Kena berdisiplin dan bertanggungjawab. Terpaksa mendengar leteran bos dan jumpa ramai orang. Terpaksa berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dalam masa yang singkat. Malah, berpeluang untuk jumpa orang-orang besar kerajaan. Dan macam-macam kekangan dan masalah yang akan aku hadapi apabila aku bekerja sebagai seorang penjawat kerajaaan. Tetapi aku temui beberapa perkara yang telah aku cari selama ini. Insya-Allah, apa yang aku inginkan akan tercapai. Jika aku masih stay dengan kerja aku yang lama, aku kurang pasti adakah aku akan berjaya menemui apa yang aku hendak. Yap, keinginan dan kehendak kita berbeza. Aku tidak kata hidup sebagai seorang Full Time Blogger atau IM tidak best. Cuma apa yang aku cari, aku tidak jumpa. Tetapi aku jumpa ketika aku bekerja sebagai seorang penjawat kerajaan. Ianya berlaku apabila aku cuba berubah angin. Akhirnya, Allah makbulkan. Tapi aku yakin bahawa dunia blogging dan IM akan tetap sebati dengan darah daging aku..

Dari segi gaji atau keuntungan, memang income aku drop hampir 50% bila aku masuk dalam dunia kerja kerajaan ini. Tetapi aku tak kesah. Mengapa? Aku jumpa apa yang aku mahukan. Aku nampak target dan tujuan hidup aku. Mungkin korang pun ada tujuan masing-masing. Bila dan dimana? Ianya berbeza bukan? Jadi, setiap pekerjaan ada kelebihan masing-masing. Aku menyanjungi mana-mana kerja di dunia ini biarpun cumalah seorang cleaner. Tanpa Cleaner, jangan harap tandas kat KLIA tu bersih. Huhu..

Ps: Okeh..penat nih. Aku nak taip benda lain. Benda lain yang keluar..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku rasa sangat mengantuk sangat. Nak kerja pun rasa macam malas aje. Yelah, malam tadi aje aku gi main badminton sampai jam 12 tengah malam. Sambung gi ngeteh plak sampai jam 2 pagi. Sampai rumah dalam 2 setengah, layan plak Astro Channel 413 sampai jam 3 lebih. Tertidur depan tv dan bangun semula jam 4 pagi. Gi minum air sejuk. Sambung tidur 2nd round kat atas katil. Dan terbangun jam 6 pagi. Siap-siap mandi semua, solat, breakfast, kul 7 pagi, drive kereta dengan mengantuknya ke tempat kerja. Hasilnya, badan aku lesu dan mengantuk pada pagi tadi. Ni dah sampai tengah hari pun rasa masih mengantuk lagi. Ada satu program lagi nak kena urus jam 12 tengah hari ni, tapi mata cam kuyu semacam aje. Dapat bantal ni, memang best. Masa nih la kawan aku yang sorang ni cerita kat aku tentang satu jenis sabun yang boleh menahan mengantuk..

sabunaquratahanmengantuk


Sabun Aqura. Pernah dengar tak? Kawan aku ceritalah sikit tentang sabun Aqura. Banyak gak khasiatnya dan yang paling istimewa tentang sabun ni, bila kita pakai, boleh kurangkan dan hilangkan ‘feel’ mengantuk tu. Tapi sayangnya, kawan aku tak bawak plak sabun tu. Kalau tak, boleh jugak aku cuba jadi testimoni hidup beliau. Yelah, kawan aku cerita benda tu bagus. Kalau dia nak buat kerja malam-malam, nak drive malam-malam, memang pakai sabun Aqura tu. Insya-Allah. Tahanlah mengantuk tu. Setakat ni, memang berkesan dan aku agak teruja jugaklah dengan benda ni. Selalu aku makan’ chewing gum’, jajan, bantai tongkat ali kalau nak memandu malam. Untuk tahan mengantuk. Tapi kini, mungkin aku boleh cuba sabun Aqura nih.

Tadi aku gi tengok kat satu website tentang info Sabun Aqura ni. Yelah, kena gak tahu apa kebendanya nih kan. Mana tahu ada benda yang patut kita tahu sebelum kita mencubanya dan apa yang aku perhatikan, ramai yang telah menggunakannya dan kebanyakkan dari mereka berpuas hati dengan sabun tersebut. Tapi aku percaya mesti ada yang tak berjaya. Yelah, produk-produk kesihatan ni sebenarnya bukannya berkesan kat setiap orang di muka bumi ini. Tak semua orang merasai kesan yang sama. Tetapi sebagai salah satu alternatif untuk mengelakkan korang dari mengantuk, mungkin sabun ni merupakan cara yang baik untuk menghilangkan perasaan mengantuk tu.

Ini lagi info yang aku dapat dari salah satu website tersebut. Sabun Karbon ini agak menakjubkan, mampu membersih kulit secara lembut. Menghilangkan kegatalan dan bau dengan hanya satu mandian. Ianya mempunyai kelebihan ion negatif dengan sinar infra merah jauh memberi lebih kesegaran serta mengembalikan tenaga.

Selain itu, ianya berkuasa menghasilkan persekitaran yang diperkaya dengan ion negatif, menyerupai persekitaran air terjun dan sinaran inframerah yang memancar jauh, menyerupai cahaya mentari pagi. Maka, Aqura mampu menjadikan anda berasa segar dan tahan mengantuk selepas diguna. Karbon, bahan yang diguna sejak zaman purba, mempunyai banyak kegunaan termasuk menghilangkan bau, agen pencuci dan bahan anti kulat. Em..nampak cam menarik dan pelik. Tapi itulah yang aku baca di website-website tersebut. Agak menarik dan mungkin aku boleh cuba nanti.

Aku tanya lagi kat kawan aku. Sabun Aqura ni sesuai untuk siapa?

Dia kata, ramai orang. Pendek cerita. Semua orang boleh cuba. Tapi ianya sangat sesuai kepada Pemandu jarak jauh, Pemandu lori atau bas, mungkin pemandu F1 dan penarik beca pun boleh cuba, Pekerja tiga syif atau empat syif atau pekerja yang gila bekerja, Pelajar-pelajar yang nak score dalam peperiksaan, Golongan profesional yang memerlukan tumpuan penuh terhadap kerja mereka, mereka yang mudah mengantuk macam aku dan nobita, pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam dan siang. Aku rasa ramai lagi yang boleh pakai. Tetapi golongan-golongan digalakkan untuk mencuba. Bukan apa, kita boleh lihat macam-macam akibat berlaku bila kita mengantuk. Siap ada yang eksiden, siap ada yang kena marah dalam kuliah, siap ada rumah terbakar, siap ada yang kene buang kerja kerana tidur kat tempat kerja, siap ada yang gagal peperiksaan dan sebagainya. Jadi, apalah salahnya kita cuba sabun Aqura ni kan?

sabunaqura


Ok. Saudara Firdaus ada info lebih lanjut tentang sabun Aqura ni. Dia yang cerita dengan aku pasal sabun ni. Korang leh tanya lebih-lebih kat beliau atau korang download aje panduan yang beliau buat ni. Baca dan cuba fahamkan. Dan beliau juga ada peluang yang bagus untuk korang jika korang hendak menambah sedikit pendapatan melalui sabun Aqura nih. Macam mana? Korang gi baca dulu panduan tu. Itupun kalau berminat.

Apapun, leh download kat sini: Ubat menahan ngantuk

Dan jika nak tahu peluang untuk buat duit sabun Aqura ni. Leh tengok dengan lebih lanjut dekat website ni : Sabun Aqura

Ps: Lepas ni, leh la berjaga malam nak buat blog niche banyak-banyak. Tapi tak leh selalu. Masih kena tidur juga. Sabun ni cuma alternatif sahaja tau. Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Semalam petang aku merempit dari Damak ke Banting. Jam menunjukkan pukul 4.11 minit. Start enjin kereta, drive selaju yang mungkin dengan kadar yang berhati-hati walaupun mata memang mengantuk sebab dah 4 hari berturut-turut tidur pukul 2-3 pagi tetapi gatal juga nak balik ke rumah hujung minggu ini. Kemudian, berhenti rehat dan solat kejap. Rempit lagi sekali..dah sampai terowong, potong sana, cilok sini..nampak ada awek lawa dalam bas panjang warna pink tu, kena jeling pulak dengan awek tu, apa lagi, aktiviti kejar mengejar dimulakan. Bila aku masuk Ampang, bas pink tu gi jalan ke jalan yang satu lagi. Ciss!! Awek comel tu siap main lambai-lambai dan gelakkan aku. Nak buat macam mana, tak ada rezeki nak ngorat dia. Dan, aku terus drive sampailah ke Banting dalam lebih kurang jam 9 malam.

Haa, itulah sipnosis pendek kisah semalam. Aku tak sempat sangat nak menaip apa-apa malam tadi sebab secara jujurnya aku sendiri rasa otak aku tak cukup oksigen, pengaliran darah tak cukup sempurna, mata pun dah kejap celik kejap pelan, apa mak abah aku cakap pun aku tak berapa nak masuk, last-last, aku dah berdengkur kat bilik aku dalam jam 11 malam dengan baju dalam beg gunung aku tak dikeluarkan, dengan laptop terpasang, dengan handset yang telah dicas, dengan tak bermandinya, dengan tak sempat nak baca email, nak tulis kerja-kerja review yang menunggu untuk diselesaikan dan bermacam-macam lagi tugas yang nak tak nak aku kena buat hari ini dan dalam masa 2 hari ini sebelum aku kembali semula ke Damak untuk sambung kerja yang tertangguh. Huh..sengal badan aku ni. Nak cari tukang urut, tapi pakcik tu sibuk pula. Full aje dia kalau aku balik Banting. Nak suruh bini, tak ada pulak..

Dan kepada mereka yang telah membayar untuk Panduan VCC dan Panduan TNX 2.0, aku telah menghantar link download sebentar tadi. Sila download melalui link yang telah aku berikan. Maaf agak lambat sebab aku baru sahaja semak email aku tadi. Ni pun baru aje balik dari servis “Black Saga” aku tu. Kena Rm105.50. Kira oklah tu. Baru dua kali aku servis kereta tu. Ikut hati aku nak servis kat Mentakab, tapi memang tak ada masa sejak 1-2 bulan ni. Terpaksalah aku buat kat Banting gak. Siap dalam masa satu jam. Jadi, balik dari servis, aku terus buat kerja apa yang patut. Sejujurnya, aku sangat menghargai waktu-waktu cuti aku sebab hanya dengan waktu cuti ini sahajalah aku mampu menumpukan kerja-kerja online aku dengan 100%. Tidak seperti hari kebiasaan aku, penuh dengan field work, penuh dengan paper work, penat nak bersosial, penat nak menjaga hati orang, penat nak melayan budak-budak dan anak dara orang, pening nak menyiapkan kerja yang sepatutnya bukan kerja kita. Jadi, aku bersyukur sangat sebab adanya hari cuti ini. Terima kasih kepada mereka-mereka yang mencipta hari cuti ini..

Tentang satu perkara, jika korang hendak aku menulis review untuk korang, korang boleh terus rujuk di ruang Pengiklanan dan Sponsor. Sila baca dan pilih yang mana satu korang mahukan. Jika mahu beli iklan berbentuk banner di blog ini pun boleh. Dan seterusnya, leh terus transfer ke akaun bank aku dan bagi sedikit details tentang job atau review yang korang mahukan. Aku akan balas email korang tu dalam masa terdekat untuk bertanya tentang urusan itu dan aku akan usahakan untuk siapkan kerja tersebut dalam tempoh 3-4 hari. Paling cepat, 24 hours. Paling lambat, satu minggu. Itupun jika aku betul-betul sibuk dan biasanya aku akan beritahu korang yang aku sibuk atau tak. Kalau tak sibuk, memang aku akan buat cepat. Jika sibuk, aku mintak maaf dan aku akan cuba buat secepat mungkin. Sekarang aje ada 4-5 review untuk blog ini dan blog lain aku. Tengah atur mana satu yang nak buat dulu dan kena baca e-book dan produk diorang dulu. Tak leh main hentam aje buat review orang nih. Kena fahamkan betul-betul..

Ps: Satu soalan. Korang masih ingat, bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat dulu? Err..korang ingat tak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member


















  • Voice your opinion on Australia\'s largest Consumer Review Site

-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------