Archive for the 'blogger separuh masa' Category


Ok. Aku nak kongsikan bayaran pertama yang aku dapat dari program Adstract.com. Tak banyak yang aku dapat. Tapi kira bolehlah juga kan untuk cover apa yang patut. Lagipun, program ni memang susah sikit nak dapat duit. Nak capai 100usd pun lambat, nak tunggu dapat bayaran pun lambat. Tapi takpe, janji depa bayar, aku takde masalah.

Untuk pengetahuan korang, aku tak guna kat blog aku yang ni atau blog personal aku yang lain. Aku lebih banyak gunakan iklan Adstractni untuk blog niche aku yang lain sebab trafik datang dari negara yang berbeza. Bayaran CPM dan klik dari negara lain lebih kacak berbanding Malaysia. Jadi, aku kena terima hakikat yang Adstract ni tak cukup power untuk trafik Malaysia. Tapi tak semestinya korang tak boleh dapat apa-apa dari trafik Malaysia. Ada sen-sennya. Tapi tidaklah sebanyak trafik luar. Betul tak?

578811 426139297411937 100000476123832 1784349 270102906 n Komisen pertama dari Adstract.com


Kalau blog korang ada banyak trafik dari negara luar, aku cadangkan korang sertai Adstract. Adstract ni ada banyak program 2tier mereka. Ada banyak anak syarikatnya. Tapi aku lebih prefer stick dengan Adstract berbanding program-program diorang yang lain. Lagipun, iklan Adstract ni takde popup rasanya. Jadi, tak rasa annoying sikitlah berbanding program Paid-to-Promote.net.

Apapun, kalau korang nak cuba, bolehlah pergi usha apa yang patut. Aku dah share. Korang nak cuba atau tidak, terpulang pada kekacakan diri korang. Korang rasa korang kacak, jadi seharusnya korang cuba. Haha..

Ps: Aku nak gi cari lamb chop ni. Lapar sungguh.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku cuma nak update ringkas aje. Serius, aku masih mengalami sindrom carleg akibat drive jauh hari ini. Jadi, aku perlukan rehat dan kena mandi. Badan dah berbau wangi semacam dah ni.

Ok. Ini bayaran terbaru dari program Paid-to-Promote.net. Pertengahan bulan Mac ni aku tak dapat cashout setelah 34 kali aku berturut-turut dapat bayaran tanpa gagal. Ini kali pertama aku fail. Sebabnya? Masa pertengahan bulan tu, earning PTP aku tak cukup 5 dollar. Jadi, tak dapatlah nak withdraw. Maklumlah, aku tengah sibuk masa tu, blog pun tak update sana-sini, jadi kurang sangatlah trafik kat blog-blog aku tu. Tak boleh salahkan sesiapa, salah aku jugak kan? Jadi, terputuslah rekod aku menerima bayaran dari program ini secara tetap. Tak apa., lelaki kacak tak kesah punya dengan hal remeh-temeh macam ni, kan?

524260 419555741403626 100000476123832 1758601 810944846 n Komisen ke 35 dari Paid to Promote.net


Bagi mereka yang dah cuba program ini dan berjaya dapat duit pada setiap bulan, aku ucapkan tahniah sebab bukan senang nak dapat duit dari program ini. Kalau dapat, aku rasa itu satu kemenangan besar dalam kehidupan blogging korang. Yelah, ada orang dah cuba program ini berbulan-bulan, tapi masih tak dapat satu pun bayaran. Tak ada hasil. Tapi korang, akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan tersebut. Jadi, tahniah sekali lagi dari aku.

Siapa minat, leh cuba daftar kat ini: Paid-to-Promote.net

#Banyak blog-blog aku yang bernaung dalam hosting Hostgator down sekarang ni. Termasuklah blog sampingan lelaki kacak aku tu. Tak dapatlah korang baca entri merepek dari aku disitu. Nanti aku setelkan masalah tu dengan Hostgator. Kena rasuah dengan aiskrim pedepop agaknya, baru dapat setel masalah ni. Haha..kalau tidak, aku jentik bulu ketiak diorang. Jangan memain dengan aku. Grr..

Ps: Ok. Nak mandi. Siapa mahu ikut??

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku sibuk hari ini kerana hari ini hari isnin. Banyak benda yang perlu disiapkan. Serius, dalam seminggu ni memang aku akan jadi salah seorang manusia yang super sibuk didunia. Jangan ditanya apa yang aku sibukkan tu, sebab memang aku jarang bagitau. Banyak rahsia yang masih perlu aku rahsikan. Kalau tak, ianya takkan jadi sebagai suatu rahsia. Betul tak?

Ok. Ini bayaran terkini dari Innity. Memang tak banyak kalau nak dibandingkan dengan bayaran bulan-bulan lepas. Tapi sekurangnya, masih ada hasil dari program Innity ni. Aku memang bersyukur kerana bukan semua orang boleh buat duit dengan Innity. Malah, bukan semua orang ada blog yang layak untuk program Innity. Bila blog aku dah terpilih, jadi aku harus bersyukur dan terus berusaha untuk lebih berjaya.

komisenpertamamonavie Komisen ke 15 dari Innity


Bagi yang masih kecewa kerana masih tak lepas-lepas lagi dengan Innity, aku harap korang tak mudah putus asa dan jangan putus asa. Sentiasa bangkit dan berusaha seadanya. Aku yakin, usaha keras korang akan membuahkan hasil jika korang buat apa yang sepatutnya. Tapi kalau korang malas, aku tak dapat nak buat apa. Sebab aku kenal sifat malas ini dengan sedalam-dalamnya kerana aku salah seorang yang malas. Jika orang semalas aku ni pun boleh berjaya buat duit dengan Innity, mengapa orang malas yang lain tidak boleh?

Baik. Waktu dah habis. Aku blah dulu.

Ps: Penat minggu lepas tak habis lagi. Sambung plak penat minggu ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Ada hasil sikit hasil dari penglibatan aku dengan jus monavie ni. Tak banyak, tapi bolehlah kan. Sebenarnya aku dah terlupa sangat pasal Monavie ni sejak aku sibuk berkursus. Sampai siap lupa maintain bulanan lagi. Haha..takpe. Nanti ada masa, aku gi HQ, bila 2-3 kotak untuk stok baru jus monavie. Aku punya stok dah tinggal sekotak dua aje lagi. Tak cukup tu untuk minum 2-3 minggu ni. Kena topup dulu la gayanya.

komiseninnitybaru Komisen pertama dari Monavie


Siapa yang berminat dan mahu penerangan. Leh contact aku. Tanya ajelah apa yang patut. Aku tahu, aku jawab. Aku tak tahu, aku tanya upline aku. Dia leh jawab. Aku bagitaulah jawapan dia pada korang. Jujur. Aku tidaklah tahu sedalam-dalamnya tentang Monavie. Aku tahu apa yang aku baca, apa yang aku kaji dan apa yang aku lihat. Benda yang aku tak baca, benda yang aku tak tahu, benda yang aku tak kaji dan juga benda yang aku tak pernah nampak, of courselah aku tak tahu. Kalau ada soalan aku tak boleh jawab. Sila faham. Aku tak tahu. Aku tak nak tipu korang. Sebab Monavie ni, memang MLM. Banyak orang kata MLM ni menyusahkan. Aku tak nafikan hal itu. Sebab tu, nasihat aku..nak join MLM ni mesti ada 3 benda. Modal, produk power dan Semangat yang tak mengaku kalah. Ada 3 benda ni, insya-Allah..boleh meletup punya.

Bab MLM ni, aku tak salahkan mana-mana syarikat MLM. Kerja mereka memang nak buat untung. Tapi aku tak suka sikap sesetengah orang kita yang mempromosikan MLM ni. Bab paksa tu dah jadi lumrah. Bila orang kata memang dia tak ada duit nak buat MLM ni, JANGAN DOK paksa mereka lagi dah. Nak cari orang yang nak buat duit ni senang sebenarnya. Biasanya mereka yang cari kita. Jadi, orang yang cari kita nilah kita didik sebaiknya tentang syarikat MLM yang kita sertai tu. Orang yang malas cari kita, toksah buang masa. Tugas kita, didik mereka, beri informasi dan teruskan promosi. Biasanya, orang kita ni bila dah ramai join sesebuah MLM tu, barulah mengada-ngada nak join. BIla rasa macam ramai dah join, mulalah malas nak promosi dan start bagi 1001 alasan malas nak aktif dengan MLM walaupun dah dipujuk oleh kawan-kawan dan upline..bagi aku, mereka yang gagal dalam MLM ni, hampir 99% adalah disebabkan sikap diri sendiri. Tak perlu nak salahkan upline, syarikat dan orang lain. Cuma 1% aje disebabkan oleh faktor-faktor yang malas aku ceritakan disini.

jusacaimonavie 300x215 Komisen pertama dari Monavie


Bukan sahaja MLM, even kerja kat pejabat pun. Bila ada orang baru masuk, tiba-tiba tak sampai setahun boleh naik gaji dan naik pangkat, sedangkan korang yang dah bekerja 4-5 tahun, tak pernah-pernah naik pangkat. Mesti korang bengang kan kalau kena situasi macam tu. Tapi cuba fikir, mengapa korang tak dapat naik pangkat kalau korang malas, buat kerja malas, bila bos suruh buat kerja, bangkang aje, kutuk bos belakang-belakang, buat kerja sambil lewa, mengumpat dan bergosip kerjanya dan macam-macam lagi. Jadi, tidak hairanlah kalau ada budak baru masuk, kerja bagus, ada ijazah lagi, rajin buat kerja tanpa disuruh, even disuruh pun buat dengan kacak sekali. Mana-mana bos dan CEO syarikat pun suka kalau ada pekerja macam ni. Naik gaji seribu dua pun tak membangkrapkan syarikat punya.

Apa aku cakap ni, apa yang berlaku dalam realiti kehidupan di Malaysia. Aku dah kerja macam-macam kerja. Baik kerajaan, swasta ataupun kerja sendiri. Perangai semua lebih kurang aje. Yang malas, yang menindas, yang gila kuasa, yang ditindas dan macam-macam lagi. Kalau tak kuat, selamanya kita kat bawah. Aku tak suka duduk bawah lama sangat. Ada masa dan kena masa, aku nak duduk diatas. Sampai bila nak duduk kat bawah kan? Kena masa, kita patut rampas kuasa. Haha..

Ps: Ok..dah mengarut sangat dah ni. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011