Archive for the 'blogger kacak' Category


Hari ini hari ahad. Jadi, tak banyak yang nak diceritakan. Aku sendiri agak santai dalam 1-2 hari ini. Sambil menikmati keenakkan cendol banting dan juga pizza yang dah dekat 3 bulan aku tak makan, aku harap minggu depan akan menjadi minggu yang terbaik dalam sisa-sisa hidup aku di bumi ini. Tadi, baru tonton cerita Battleship. Macam best pula layan. Cerita Navy US kalahkan kapal angkasa Alien dari Planet mana ntah dengan menggunakan kapal perang lama yang dah berapa tahun tak guna. Nampak macam tak logik, tapi biasalah. Benda tak logik nilah yang selalu wujud kat dunia ni. Hoho..

149493 449993835026483 100000476123832 1855357 889057548 n Komisen ke 54 dari Text Link Ads


Tak banyak yang aku dapat. Tapi masih mampu beli semangkuk cendol bersama sesudu jagung. Itupun dah cukup kacak kan? Tak perlu nak cabut 28 helai bulu ketiak kiri dan kanan. Tapi kalau nak aku belanja, itu aje pengkeras yang korang kena lakukan. Ada berani?

Aku penat. Petang ni nak jalan jauh.

Ps: Tengah seronok layan game kat facebook. Marvel. Avengers Alliance. Hoho..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Lupakan kejap tentang isu mansuh PTPTN ataupun macam mana nak buat duit dengan Admax Network tu. Hari ini aku cerita pula satu lagi program yang agak berbeza berbanding dengan program-program yang pernah aku cerita dalam blog ini. Tapi mungkin di superblog aku yang lain, aku ada mention pasal Adstract ni. Itupun kalau korang pernah baca superblog-superblog aku tu. Aku ni memang jenis malas beritahu blog-blog aku yang lain. Dan walaupun korang teka betul sekalipun, aku akan ignore aje komen korang tu kat blog ini. Jadi, kalau aku tak balas komen tu, faham-faham ajelah ye. Itu bermaksud, aku belum bersedia lagi..

Ok. Apa kebendanya Adstract ni??

Adstract ni bayar kita melalui impression. Mereka juga bayar melalui klik. Lagi banyak klik yang korang dapat, lagi banyaklah habuan yang korang akan terima. Jadi, pendek cerita kasi banyak trafik ke blog korang. Lagi banyak unique visitor, lagi banyaklah juga impression. Setiap negara ada ratenya sendiri. Masa aku join dulu, rate untuk IP Malaysia ni kira tinggi gak. Tapi lama-lama, jadi rendah semacam aje. Sedih gak aku dibuatnya. Dulu ada gak dapat $0.50 dollar untuk 1k punya impression. Sekarang, dah jatuh ke $0.1 ~ $0.03. Kekadang, naik ke $0.11 - $0.15. Itupun, kalau nasib baik. Tapi untuk rate luar, memang lumayan gak aku dapat. Jadi, seandainya korang ada trafik luar yang seksi, bolehlah korang cuba Adstract.

578811 426139297411937 100000476123832 1784349 270102906 n Edisi Siasat   Buat Duit dengan Adstract


Tapi..tadi, aku kata tak berapa sama kan program ni dengan program tempatan yang lain, kan? Ya, jumlah impression atau klik tu dibayar apabila iklan itu keluar di video-video yang ada dalam blog korang. Kalau blog korang ada korang tepek video, di video itulah akan keluar iklan. Pengunjung atau pelawat terpaksa klik pangkah untuk tonton video tersebut. Jadi, korang dapat impression kat situ. Kalau 1 entri tu ada 10 video, tak pasal-pasal korang dapat 10 impression/view kan? Kalau ada berpuluh artikel yang lain? Beribu? Lom masuk bahagian category dan tag lagi? Haa..

Get ready for the birth of the most affordable VW ever - #VWPoloSedan this 19th April!

Dan minimum payout dia agak tinggi. Mesti 100 dollar. Kalau tak sampai angka tu, memang sakitlah. Setiap bulan, ada invois yang diorang keluarkan. Kita cuma perlu klik butang accept aje. Dah cukup, pihak Adstract sendiri akan hantar duit tu melalui akaun paypal kita. HOho..

Berminat? Gi daftar kat sini: Adstract

Bukti bayaran yang pernah aku dapat, korang leh tengok yang aku kongsi ni. Tak banyak kan? Tapi bolehlah nak beli apa-apa yang aku tak pernah ada sebelum ini. Hehe..

Ps: Brader Denaihati kita ni buat contest lagi la pulakk..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Dua tiga bulan lepas, aku menggatal sikit nak cuba bila aku tengok salah satu superblog aku masih boleh maintain 1000k unique visitor dan 2-4k impression dalam SEHARI. Jadi, aku test daftar dua buah program yang lebih kurang macam Innity. Dua program tersebut adalah program Adsfactor dan Admax Network.

Berita tak baik. Superblog aku fail dengan Adsfactor. Dan aku lihat mana-mana blog yang lepas dengan Adsfactor, iklannya jarang betul aku keluar. Aku dah pernah spy beberapa blog yang ada iklan Adsfactor ni, iklannya jarang keluar. Kalau keluar pun, berapa kali aje. Aku tak tahu nilai 1 klik tu berapa yang tuan punya blog tu dapat kalau ada klik. Itu belum kira bab impression lagi. Jadi, bagi aku memang tak berbaloi walaupun aku ada trafik sebanyak tu. Tapi sebab aku ni ni ada penyakit 3G (Gatal, Gila dan Genius). Jadi, aku try juga program Adsfactor. Hasilnya, permohonan aku ditolak. Demm.

538414 433652729993927 100000476123832 1805144 1011127376 n Edisi Siasat   Buat Duit dengan Admax Network


Berita baik. Permohonan aku dengan program Admax Network. Berjaya. Tahniah buat diri aku walaupun aku tahu ramai blogger yang baru 2-3 bulan menulis blog dah mampu lepas dengan Admax. Trafik diorang mesti macam air terjun. Sepanjang aku letak iklan Admax ni, mula-mula memang tak nampak iklan. Sekali dapat, 1-2 iklan aje. Untuk pengetahuan, setiap kali iklan sesebuah syarikat tu akan keluar kat blog kita, pihak Admax akan beritahu awal BILA iklan tu akan keluar. Dari berapa hari bulan sehingga berapa hari bulan. Begitu terperinci kan? Berbeza betul dengan Nuffnang, Innity dan Advertlets. Dari satu segi, aku lihat Admax ni begitu teratur.

Dan bila aku capai minimum payout, aku disuruh buat invois pula. Adeh, aku ni dah la fail bab-bab buat invois. Nak buat invois minta duit guna akaun paypal pun masih mengigil. Jadi, ada tak antara korang yang dah berjaya capai minimum payout dan boleh ajar aku macam mana nak buat invois minta duit kat Admax Network ni. Maaflah. Aku budak kacak. Tapi bebal sikit bab-bab invois ni. Jadi, sila ajar aku. Boleh?

Sesiapa berminat, boleh cuba Admax >> Admax Network

Iklan: Blog about sports & fitness? Want to be a part of London 2012 Olympic Games as a blogger? #SamsungGlobalBlogger

Sori. Aku tak dapat apa-apa komisen pun bila promosi benda ni. Jadi, sila klik dan lawat website rasmi Admax Network. Mana tahu, korang adalah blogger yang akan lebih kacak dan berjaya dengan Admax berbanding ketika bercinta dengan Advertlets, Nuffnang dan Innity?

Ps: Siapa nak beli rokok Dunhill dengan lebih murah? Bila aku baca ada perempuan yang kedua-dua biji mata diorang dikorek. Hati aku sedih. Mengapa ada lelaki tak kacak buat macam ni??? Mengapa???

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Hari ini cuti umum dan khas. Kenapa hari ini semua orang cuti? Sila fikir sendiri. Aku tak mahu jawab soalan senang mengapa hari ini ramai yang dok cuti dan tido kat rumah masing-masing. Yang tido kat rumah orang lain tu, aku tak tahu.

Ok.Jap lagi aku nak gi berjalan-jalan dengan kengkawan. Ntah mana diorang semua nak berjalan, aku tak tahu. Tapi kiranya nak pusing KL gak la. Aku layankan aje kehendak dan nafsu windows shopping diorang ni. Aku cuma nak main bowling aje. Dah lama tak main. Haha..

562797 427320277293839 100000476123832 1787864 2003340281 n Komisen ke 53 dari Text Link Ads


Bayaran dari program Text Link Ads kali ini adalah antara yang paling kecil sekali jumlahnya yang pernah aku dapat selama aku sertai program ini. Mungkin lepas ni dah susah aku nak dapat duit dari program TLA ni. Maklumlah..advertiser pun dah macam bagi petanda untuk blah dari blog-blog aku. Jadi, aku terima sahaja hakikat ini. Aku pasrah. Aku reda. Menyerah atau tidak. Aku tak peduli. TLA bukannya satu-satunya cara untuk aku buat duit melalui blog. Masih ada banyak lagi cara yang lain. Betul, tak?

Oklah. Aku nak mandi dulu. Haha..

#Betul ke ada Muslim Online Travel Agency ni?? Korang tahu tak benda ni?

Ps: Lapar. Lapar..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011