Archive for the 'blog buat duit' Category


Hari ini aku gi kenduri sepupu aku yang bertunang pada hari ini. So, secara rasminya petang tadi dia dah jadi tunang orang. Dan mungkin bernikah pada tahun ini juga. Aku ucapkan tahniah pada Huda sebab dah bertunang. Umur dia sebaya dengan aku. Masa kecik dulu, selalu gak main kejar-kejar dan mandi sungai sama-sama. Sekarang..Huda dah bertunang. Aku? Belum bertunang. Tak apa, dia memang patut pun kahwin. Usia 28 tahun ni, orang kata senang dapat title anak dara tua kalau masih belum berkahwin.

Kesian pula aku fikir bila asal perempuan dah penghujung 20an ni disandarkan pada gelaran sebegitu rupa. Apa pula perasaan perempuan bila ada kawan beliau sendiri kata macam tu? Walaupun dengan nada bergurau, tapi aku tak rasa benda macam tu patut dibuat lawak. Fikir sikit. Kadang-kadang, ada perkataan kita tu walaupun dikatakan dengan perkataan yang kelakar, mungkin kurang sesuai dengan keadaan. Aku bukan kata tak bagus jadi diri sendiri yang jujur dan lantang bersuara, tetapi agak-agaklah. Kalau kena kat keluarga sendiri, kena kat kaum kerabat sendiri atau diri sendiri, barulah terasa yang cili tu pedas rasanya..

Aku tiba rumah lewat petang. Badan penat. Mata mengantuk. Tak ada selera makan. Lepas maghrib, terus aku tewas dikatil empuk aku tu. Bangun, dalam kul 3 pagi. Isyak pun kul 3 setengah. Jangan tiru perangai lelaki kacak ni. Tak berapa kacak bab jaga solat. Kena lebih berusaha untuk jadi lelaki kacak yang lebih beriman dan disayangi para malaikat. Huhu..

komisentnxbaru2012 Komisen ke 88 dari TNX


Aku baru aje dapat bayaran dari program TNX. Tak banyak. Tapi kira bolehlah dari tak dapat apa-apa pun kan? Income TNX aku makin lama makin teruk. Kena banyak buat ubahsuai dari segi strategi kalau masih mahu maintain dapat duit dari program Tnx ini. Sasaran aku untuk dapat bayaran sebanyak 100 kali dari TNX masih belum tercapai. Aku harap aku akan capai sasaran tersebut sebelum tahun 2012 ini berakhir. Hoho..

undiearncentworldblogger Komisen ke 88 dari TNX


Terima kasih sekali lagi siapa yang undi blog kacak ini dalam World Blogger and Social Media Awards 2012. Ini kali pertama aku masuk awards ni. Untuk kategori Upcoming Blogger of The Year. Ada pula pencabar yang cukup sukar untuk dikalahkan. Walaupun undi-undi ini cuma menyumbang 50% sahaja dari segi permarkahan, tapi 50% itu cukup besar untuk mempengaruhi keputusan juri. Tetapi tak kisahlah. Janji aku nak orang Malaysia yang menang kategori tu. Jangan bagi negara lain yang menang. Kalau korang nak aku menang, sila undi blog kacak aku itu. Hehe..

Ps: Serius, aku masih mengantuk pada saat dan tika ini.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tadi, aku sempat baca surat khabar berita harian dan kosmo online. Banyak berita menarik. Tapi macam biasa, aku selalu akan cari informasi pasal sukan. Ada berita yang best untuk dikongsikan. Seperti yang korang macam dah tahu, Safee Sali dan Safik Rahim GAGAL ke Cardiff City kerana isu permit kerja dan faktor usia. Betul juga. Bab usia tu aku setuju. Pukul rata pemain kelab luar, ramai yang main untuk kelab ketika umur diorang dah belasan tahun. Safee pula, dah nak masuk 28-29 tahun kalau tak silap. Kiranya dah nak masu geng 30an.

Bab permit, tak leh nak kata apa dah. Memang dari awal tak lepas. So far, bagi aku benda ni bagus untuk pendedahan kepada negara luar tentang betapa hebatnya pemain negara kita dan juga pendedahan kepada pemain muda supaya tonjolkan sikit bakat tu agar kelab luar dari Malaysia leh ajak korang bermain untuk kelab mereka. Jangan dok Malaysia aje. Macam mana ranking Malaysia nak naik kalau berterusan macam ini..

safeesali Komisen ke 13 dari Innity


Dan satu lagi berita yang aku suka baca bila Foo Kok Keong dah bising pasal Piala Thomas dan sukan Olimpik. Beliau minta BAM untuk memilih dan jangan bebankan Chong Wei dengan macam-macam pertandingan. Kalau korang ada layan Astro Arena, ada rancangan sukan, tapi aku tak ingat apa nama rancangan tu. Tapi masa tu ada Jalani Sidek. Dia pun cakap lebih kurang macam ni. Pendek kata, tahun ini isu sukan yang akan meletup adalah perlawanan kelayakan Piala Dunia yang tinggal 3 perlawanan lagi tu, Liga Super 2012, Sukan Olimpik acara Badminton dan Piala Thomas. Untuk blogger yang nakkan trafik, buat siap-siap artikel ni awal-awal. Parking artikel kat search engine. Bila dah masanya, buat satu lagi artikel backup untuk tembak balik search engine dengan artikel baru. Nescaya, trafik akan mencurah-curah tanpa kita minta..

Ok. Cukup berita sukan hari ini. Ini bayaran terbaru yang aku dapat dari program kesukaaan blogger di Malaysia. Ya, Innity. Ini bayaran yang ke 13 aku dapat dari Innity. Macam biasa, tak banyak macam bayaran bulan-bulan lepas. Sikitt sangat. Tapi kira bolehlah kan? Kang aku dapat banyak, kena buat kenduri pula. Haha..

komisenterbaruinnity2012 Komisen ke 13 dari Innity


Korang nak tak tips untuk melepasi syarat-syarat Innity tu? Mudah aje. Buat Superblog. Korang dah tahu kan macam mana nak buat superblog yang aku maksudkan tu? Pergi search kat google dan taip “Apa itu Superblog”. Korang akan jumpa artikel aku dan sila baca. Faham? Dan bila dah tahu dan baca artikel-artikel berkaitan superblog tu, sila gandakan usaha korang sebanyak 2 kali. Sebab syarat innity dah jadi ketat dan mereka naikkan 2 kali ganda kesusahannya berbanding syarat yang lama.

Dan jika korang nak alternatif lain untuk buat duit secara bulanan melalui blog korang. Korang boleh sertai Intensif Tunai yang dijalankan oleh MamaMurai yang cukup baik hati untuk bagi peluang korang buat duit dengan blog masing-masing. Boleh gi sini >> Intensif Tunai dari MamaMurai.com

Ps: Wokehh.aku nak cari nasi lemak. Lapar gila pagi ini. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Hari ini aku nak kongsikan dengan korang bayaran terbaru yang aku terima dari program Paid-to-Promote.net. Kali ini, agak jatuh berbanding bayaran yang lepas. Tapi sekurangnya, masih lepas 5 dollar daripada minimum payout yang menjadi syarat utama bagi program ini sekarang.

komisenpaidtopromote Komisen ke 31 dari Paid to Promote.net


Oleh sebab aku tak nak superblog aku tu banyak sangat iklan popup yang keluar akibat program Paid-to-Promote.net ini, jadi..aku letak hanya pada waktu malam memandangkan masa tu pelawat tak berapa banyak sangat. Dan aku cuma letak pada waktu banyak orang tengah dok mencari informasi tentang info panas macam Borang Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham Rakyat 1Malaysia, Anwar Ibrahim dibebaskan, Isu pelajar nak bom helikopter Najib, dan banyak lagi. Hanya waktu artikel itu dinaikkan, nescaya trafik akan datang tanpa aku minta walaupun aku nak menghalang pun tak boleh. Jadi, memang iklan tu cuma akan keluar pada artikel yang panas dan pada hari yang aku pilih. Ianya tidak akan keluar setiap masa. Sebab aku sendiri dah rasa annoying dengan iklan popup tu, apatah lagi korang dan pembaca yang lain kan? Cukup 5 dollar, aku keluarkan iklan tu. Haa, bijak tak aku? Haha..

Semalam, ada orang tanya yang apa fungsi dan faedah jika Alexa rank blog kita tu tinggi atau ada pada kedudukan yang baik? Salah satu caranya, senang nak buat duit. Bila alexa rank kita tinggi, maksudnya blog kita ada trafik. Jadi, kita boleh buat duit dari trafik tersebut. Kalau program CPM yang membayar kita melalui impression, inilah antara penangan alexa rank. Walaupun bukan secara direct, tetapi sedikit sebanyak membantu kita untuk dapat sedikit pendapatan dari blog. Nak harap Nuffnang aje. Memang susahlah. Dah la orang kita ni jenis malas klik iklan Nuffnang kat blog orang lain. Diorang lagi suka klik iklan kat blog sendiri aje. Jadi, macam manalah orang lain nak dapat duit dari nuffnang kan? So, pilih mana-mana iklan CPM tempatan atau luar, letak kat blog bila Alexa rank korang dah tinggi sikit.

Dah, leh daftar program ini kat sini: Paid-to-Promote.net

Satu lagi kelebihan mempunyai alexa rank yang tinggi adalah korang akan lebih senang terima job atau iklan. Ada beberapa orang suka cari orang untuk tulis review hanya berdasarkan alexa rank. Kalau blog tu penulisnya bagus dan kacak macam aku, itu satu bonus. Kena pula, niche blog sesuai dengan apa yang hendak dipromosikannya. Itu jhuga bonus. Aku baru sahaja terima satu tawaran untuk tulis review dalam blog earncent ni. Cuba fikir, dalam setahun ni..berapa kali korang terima tawaran untuk tulis review dalam blog korang dan berapa kali korang terima tawaran dari advertiser yang mahu beriklan kat blog korang? Kalau sekali pun tak pernah, haa..korang kena buat sesuatu. Mungkin kurang promosi agaknya atau badan korang terlalu banyak angin. Kena banyak-banyak minum air halia macam ni. Baru buang sikit angin dalam badan tu..

Ps: Aku jumpa satu cerita menarik. Betulkah lelaki kacak boleh tingkatkan peluang untuk perempuan hamil? Lelaki tak berapa kacak tak leh buat perempuan hamil ke? Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku tak berapa sihat lagi sejak malam tadi. Demam kura-kura aku macam tak kebah sehingga ke petang ini. Jadi, aku update seringkas yang aku boleh untuk hari ini.

1. Terima kasih kepada Kenichi Tago kerana tak melawan sangat semalam dan bagi Chong Wei menang. Kalau dia melawan pun, dia akan kalah juga sebab Chong Wei memang layak menang berdasarkan prestasi semasa. Aku suka waktu time Kenichi Tago tersenyum riang bila bola beliau sangkut ke net atau bolanya memanjang keluar.

2. Tahniah kepada Selangor kerana berjaya mengalahkan Perak 1-0. So, sekarang Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan berkongsi 4 mata. Tahniah kepada PKNS FC yang berjaya mengekang Kelantan (1-1). Tahniah juga pada Negeri Sembilan kerana menang 2-0 ke atas Johor FC. Dalam liga Super kali ini, aku sokong 3 pasukan ini, Selangor, PKNS FC dan Negeri Sembilan. Haha..

komisenterbaruinnity Komisen ke 10 dari 701panduan


3. Ini merupakan bayaran terkini dari program 701panduan. Sebenarnya, bayaran ini untuk bulan November 2011. Tapi aku baru aje dibayar beberapa hari yang lepas. Agak lambat, tapi sekuranganya mereka bayar walaupun dah jarang balas email yang aku hantar. Apatah lagi orang lain yang dok cuba daftar nak join 701panduan, tapi tak lepas-lepas.

4. Invois untuk bayaran bulan Disember pun dah dapat. Tapi lebih rendah dari target asal. Sepatutnya, bulan November aku boleh dapat sekali gandar dari jumlah yang diatas. Tapi macam blogger lain, diorang kena tolak, takkan aku tak kena tolak kot.

5. Hati-hati dan jangan buat salah dengan 701panduan. Ramai yang dah kena ban dari program 701panduan. So, jaga akaun masing-masing. Blog yang ada sediakan link download untuk video, filem dan lagu memang akan dalam perhatian dan mungkin dibuang. Begitu juga dengan blog yang dok cerita pasal cerita orang dewasa dan juga politik. Ramai dah kena. So, sila berhati-hati ketika melintas dijalan raya.

6. PAda mulanya, aku ingatkan ini bayaran terbaru dari Innity. Tapi ternyata aku silap. Ini bayaran dari program 701panduan. Aku dapat pastikan bila invois dari 701panduan masuk ke inbox aku. Kalau tak, susah aku nak detect duit tu untuk program yang mana satu..

7. Kalau ada yang jeles. Aku nak cakap satu benda. “Sila Jeles dengan sepenuh hati hati anda..”

Ok. Dah. Cukuplah aku merepek. Tak sangka artikel semalam pasal lelaki kacak takkan pernah putus asa ramai yang dok komen dan mengadu blog aku ni banyak habuk. Yelah, yelah. Blog aku jelah yang banyak habuk. Aku nak cari penyapu jap. Nak sapu habuk dalam blog nih. Korang pandai komplen aje. Bukannya nak tolong buang habuk tu pun. Grr..

Ps: Hidup memang tak selalunya cerah. Tapi hari ini hari yang cerah. Aku suka!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011